Wednesday, October 19, 2011

Kehamilan Luar Rahim , ramai yang tak ambil peduli ?

Rata- rata kawan-kawan yang me jumpa tidak pernah tahu pasal Kehamilan Luar Rahim.Hari ni me terpanggil nak berkongsi dengan korang tentang bahayanya Kehamilan Luar Rahim. Sebenarnya me pun memang tak pernah ambil peduli pasal Kehamilan Luar Rahim sebelum ini sehingga ianya terjadi pada diri sendiri dan membuatkan me rasa sedikit kecewa tidak tahu mengenainya terlebih awal.

Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim. source : here




Tanda-tanda Kehamilan Luar Rahim sebenarnya agak sama dengan kehamilan biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu ambil peduli dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
    Sekiranya gejala begini berlaku, korang kena cepat-cepat berjumpa dengan doktor secepat mungkin sebab Kehamilan Luar Rahim boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika tidak dirawat dengan kadar segera.

    Sumber :Sini


    Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-

    1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

    2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

    3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

    4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

    5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

    6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

    7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

    Sumber : Sini

    Kat bawah ni me cerita mengikut pengalaman me pulak.

    Sebenarnya me lambat tahu me pregnant dan memang masa tu tengah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat yang kedua .Pada minggu ke 6 baru me positif mengandung iaitu minggu kita semua sibuk nak balik beraya. Hari sabtu me gerak balik terengganu dan sepanjang di terengganu me sudah rasa sakit bahu dan sakit belakang seperti nak period tu .Ingatkan sebab me travel terlalu lama dan jauh yang menyebabkan me sakit macam tu. Selepas habis beraya, me pulang ke terengganu sehari awal dari hari bekerja. Pada malam sebelum me kena admit kat wad, me rasa sakit perut macam nak buang air besar, tapi tak pun. Sakit dia memulas-mulas macam kita nak beranak tu. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Doktor mula-mula suspek appendiks. Bagi yang pernah kena appendiks, korang tahu la macam mana sakit dia.Hari ketiga di hospital keluar sedikit pendarahan, memang sket sangat lah. Lepas me discharge, esoknya me dapat tanda berikut yang sebenarnya tiub fallopio me dah pecah :-
    • Pitam
    • Pening kepala
    • Denyutan nadi yang laju
    • Tekanan darah yang rendah
    • Sakit pada bahagian bahu (kerana pendarahan di dalam abdomen mengganggu saraf phrenic yang terletak pada diafragma)
    Tiub fallopio me akhirnya telah dibuang disebelah kanan setelah menjalani pembedahan selama 4 jam dan kehilangan darah sehingga 1800 ml. Kalaulah me lambat tiba dihospital, mungkin me sudah tidak dapat peluang lagi untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan korang semua. Innalillahiwainnailaihirojiun....



    Pesanan buat rakan-rakan yang sedang berusaha mendapatkan baby, bila ajer korang buat ujian air kencing dan disahkan positif hamil, plz plz plz cepat-cepat jumpa pakar sakit puan untuk sahkan kandungan korang samada diluar atau didalam rahim.

    Rawatan

    Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.



    Tuesday, October 18, 2011

    Bagaimana mengira kelayakan pembiayaan peribadi ?

    Sebelum ni me tak pernah pun nak buat pembiayaan peribadi atau pun nak pinjam ah long so tak berapa tahu la bagaimana nak kira kelayakan pembiayaan peribadi tu. Semalam, me singgah kat bank rakyat dan tanya bagaimana untuk mengira kelayakan pembiayaan peribadi.So, ilmu yang sedikit ni, boleh laa dikongsi bersama.Kata sharing is caring.


    1) Mula-mula, kira dahulu gaji pokok termasuk semua elaun yang korang dapat. Bagi sektor kerajaan, ada imbuhan tetap khidmat awam, imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup. Total ni me namakan sebagai [A].


    Contoh :

    Gaji Pokok 3540.12
    Imbuhan tetap perumahan 180.00
    bantuan sara hidup 300.00
    imbuhan tetap khidmat awam 160.00

    A = 4180.12


    2) Totalkan semua potongan yang ada dalam slip gaji terkini korang contohnya potongan PPTN, zakat , tabung haji , bayaran kereta.Total ni me namakan sebagai [B].

    PPTN 150
    Perumahan 800
    Kereta 700
    Tabung Haji 200

    B = 1850

    3) So, kelayakan pembiayaan peribadi korang adalah :- (A * 60% ) - B

    Contoh : ( 4180.12* 60% )- 1850

    C= 658.072 sebulan boleh dipotong dari gaji korang.

    4) Jom tengok jadual pembayaran balik (boleh dapatkan kat bank)  , tengok jumlah korang nak pinjam, katakan korang nak pinjam RM30,000. Tengok jumlah kelayakan yang rendah/sama la dengan kelayakan korang dapat tadi seperti C.

    Ikut jadual ni, RM607 selama 5 tahun ( 60 bulan ) .


    5) Nak tahu maksimum korang boleh pinjam pulak,tengok kat bahagian 20 tahun dan nilai yang hampir dengan jumlah kelayakan korang.Ikut jadual ni, RM655 selama 20 tahun ( 240 bulan ) dan pinjaman bernilai RM77,000.




    Faham ker tak faham ? Kalo tak faham korang boleh la faks sahaja slip gaji korang kepada bank yang korang berminat nak buat pembiayaan peribadi tu, lagi mudah. Tunggu ajer jawapan dari diorang..hehehehe


    Korang pernah buat pembiayaan peribadi ??






     p/s:

    Moga impian my hubby tercapai lah nak pakai motor idaman hatinya tu dan buat keputusan yang tepat samaada Kawasaki Ninja 250 SE atau Honda CBR :)

    p/s: 

    Tak sabar tunggu cek sampai, Insya Allah, minggu depan dah boleh kunci rumah. 
    Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini....




    Monday, October 17, 2011

    Kalaulah bini korang gangster ??

    Memandangkan KPI kitorang setiap bulan adalah hanya 1 movie 1 bulan di Astro First, bulan ni kitorang beli movie Bini-biniku Gangster. Overall boleh bagi 9/10 bintang . Kelakar habis lah, tapi ada jugak part yang nampak bosan sket tapi tak banyak sangat lah.Next month movie apa pulak yer nak tengok . Tapi kena tunggu bil Astro sampai dulu la :p




    Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

    Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.credit to : here

    Kalaulah bini korang gangster ? 
    Macam mana ? Huraikan (10 M) 

    p/s: eh, macam soalan PMR 1997 pulak :p


    Friday, October 14, 2011

    Ulang Tahun Perkahwinan , ada ker yang terlupa ?

    Sayang , hari ni (14 Oktober ) empat tahun yang lalu .. 
    Kita selamat diijabkabulkan.. Alhamdulillah, kita masih bernafas menghirup udara bahagia...Terima kasih untuk segala-galanya kekasih hatiku ....


     Sayang, bermula dengan lafaz ijab, diriku seadanya sudah menerima dirimu ...


     Sayang,didalam kelemahan dan kekuranganku, sempurnalah ia dengan adanya dirimu
     Sayang, kebahagianmu adalah kekuatan bagiku , dirimu adalah sebahagian dariku...


    Sayang, tiada satu didunia yang kuinginkan selain dipelukmu selalu, kerna kaulah perlindunganku..

     
    Sayang, semoga diriku selalu menyenangkan, membahagiakan dan  mendamaikan dirimu...
    Tiada kata lagi mampu kuucap untuk gambarkan kasih sayangku padamu...

    Sayang, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke- 4.
    Semoga bahagia milik kita untuk selamanya.....

     p/s: 

    * Maaf jika entry ini boleh menyebabkan korang muntah :p 


    Thursday, October 13, 2011

    Design Kabinet Dapur Sendiri baru puas hati, btol tak ?

    Hari ni officially me masuk ofiz hari ke-4. 2 hari tak duduk dalam ofiz pun sebab jadi AJK makan-makan tu :p Lambat update hari ni sebab dari pagi sampai ke tengah hari duk kemas meja, maklumlah dah pindah ofiz. Rupanya banyak sampah yang sampai ke sini dari tempat lama. Terima kasih pada Ad dan Niza yang tolong kemas barang aku dari tempat lama ke tempat baru ni.Jasa kalian amat kuhargai..


    Inilah partition me yang baru. Me pun nak konsep LESS IS MORE macam Niza jugak :p 
    Tapi meja me lagi semak la dari Niza :p Ni padangan depan ajer, pandangan tepi hancusss :p


    p/s:
    Tq kak ema for bday gift :) Terus gantung gitu..

    Hari ni episod deko-deko di elissmie, pasal kabinet dapur. Masih ingat dapur idaman me pada entry ini. Hari ni share dengan korang program/aplikasi yang mana korang boleh design sendiri kabinet dapur korang secara online gitu.So marilah kita start design sendiri kabinet dapur kita yer kawan-kawan..


    1) Easy Planner 3D Powered by Easy Planner 3D  (tak perlu download tapi kena installed JAVA la)  http://www.easyplanner3d.com/designmyroom.php.


    2) IKEA Home Kitchen Planner (kena dowload) tapi  tak support untuk Google Chrome dan  Mac OS 10.7
     http://www.ikea.com/ms/en_CA/rooms_ideas/splashplanners.html



    Sebenarnya boleh jer lukis atas kertas kan tapi nak nampak pro gunalah program FREE yang ada :p Ni design my hubby atas kertas. Me punya design pun ada, tapi malu laa nak tayang, tangan me tak berseni..hehehe

    p/s:

    Teringin nak pergi HOMEDEC 2011 kat KLCC  20- 23 Oktober dan 27-30 October ni. 
    Korang pernah pergi ? Best ker erk? 
    Banyak ker tawaran menarik especially on Kitchen Cabinet ?? Me nak ajak my hubby terjah la kalo free.

     
    Korang design kabinet dapur sendiri tak ? Rekomen kat me kontraktor kabinet dapur yang murah dan servis terbaik kat area Klang/Shah Alam boleh??


    Wednesday, October 12, 2011

    Rezeki tergolek, ada ker istilah ni ?

    Rezeki tergolek ni boleh ker disitilahkan kepada Durian Runtuh ? Semua tergolek macam durian baru gugur kan..hehehe

    Durian Runtuh- keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka. credit to : source


    Inilah yang dikatakan rezeki tergolek. 
    Akhirnya cek Nuffnang yang ke - 7 telah kunjung tiba dan baru pagi ni depositkan ke bank. 




    Menang cabutan bertuah dan cenderahati event hari INFOTECH.

    Tak sia-sia jadi AJK makan-makan kan :p



    Hadiah hari lahir dari Ad, masih menunggu hadiah dari KB dan Kak Ema :p
    Pakatan kita Jumaat ni kira on yer :p Sila decide kat mana nak sambut belated birthday me yer :)


    Hadiah hari lahir dari Liya, http://mrsharis.blogspot.com/



    p/s:

    Entry hari ni bermotifkan sajer nak bagi korang jelez..hehehe :p Larikssss




    p/s:

    Gambar ni sajer letak nak bagi korang semangat buat kerja bila tengok ada boz besar :p
    Sebab ada ramai rupanya silent reader blog aku adalah staff UiTM :p



    Tuesday, October 11, 2011

    Korang nak IPAD 2 dan Samsung Galaxy Tab FREE? Meh la datang event ofiz aku hari ni...




    Korang nak 2 benda kat atas ini dengan Percuma ??? Macam mana boleh dapat percuma pulak kan ? Korang just amik cop setiap both jabatan ofiz me dan seluruh IT company yang ada, dan berpeluang mendapat peluang menang IPAD 2 dan Galaxy Tab FREE . Best kan ? Meh la terjah ke sini....

    Sebenarnya ofiz me semalam dan hari ni buat HARI INFOTECH dengan tujuan memperkenalkan INFOTECH, ofiz me dengan nama baru dan visi baru ni kepada seluruh warga UiTM lah kekdahnya. Tapi orang awam pun boleh jugak masuk tau. Keterangan lanjut, korang boleh rujuk sini.




    p/s: 

    Masuk-masuk kerja tak perlu buat kerja tapi jadi AJK pulak :p AJK makan-makan pulak tu..hahaha





    Monday, October 10, 2011

    Ada ker ber'madu' yang best ??

    Ni bukan nak cerita pasal ber'madu' seperti Abang Jam :p Tu me mintak jauh , ai tak rela you dimadukan :p  Tapi Maaduu yang best ni, satu website yang korang boleh layan drama bersiri dari Korea. Katanya, kalo kat korea tengah on air, lepas tu korang boleh tengok plak lepas abes drama tu kat Maaduu siap ada sarikata english/malay lagi. (Ni aku baca kat paper lah :p ) Yang tambah best tu, dia tak ada buffered macam kat You Tube atau web streaming yang lain...Laju jerr nengoknya...even aku pakai broadband Celcom :)




    So bagi penggemar movie K-Pop tu boleh laa terjah kat sana. http://www.maaduu.com/
    Tapi korang kena register dulu for FREE untuk layan drama yang ada dan sebelum boleh layan movie kena tonton iklan (tak boleh skip) tapi iklan sekejap ajer setiap kali masuk episod baru .


    Aku dah lama gila tak tengok drama Korea ni. Semalam aku dah layan satu movie dah :p My Wife is a Superwoman, drama 2009.

    Sinopsis :

    A bittersweet success story of a man whose wife does everything she can to help her husband get a leg up in society so that she can also reap the rewards from his success and become a glamorous housewife. But what is the real reason that drives her and her female friends to obsess about success?
    A modern-day Cinderella who wasn’t able to nab a knight in shining armor! Here we have one woman who pours all her energy into making her husband a success in society. Another woman who is like a servant gets her hands on the glass slipper, which fits! Then there’s the woman who steps on a princess with the stiletto heel of her shoe. The realities of women’s social clubs! The power of their husbands determines the pecking order of their wives’ status in society. A real princess who has all the material things in life that she could ever want but remains unhappy! And a woman who wants to be loved.


    Korang minat ker layan drama Korea ??



    Friday, October 07, 2011

    Nasi Arab with Roasted Chicken di D'Arab Cafe

    Walaupun masih dalam pantang, episod jalan-jalan cari makan di elissmie tetap ada. Ingat orang dalam pantang tak boleh berjalan ker?Ni pantang zaman moden katakan :p Last Monday, kitorang pergi makan kat D'Arab Cafe yang menyajikan Arabic Food.Cafe ni lokasinya kat belakang Unisel , Seksyen 7 lama dan sebenarnya dalam food court kat situ. Dulu pernah sekali makan kat Arabic Food tapi kat Pusat Komersial Seksyen 7 seperti entry ini.


    Selalunya kitorang pesan Nasi Arab with Lamb Kabsyah, tapi kali ni me nak try pulak Nasi Arab with Roasted Chicken .


    Nasi Arab with Roasted Chicken RM12, 
    Ayamnya lembut sangat dan bagi me lagi sedap dari Chicken Kabsyah tapi Lamb Kabsyah lagi sedap..hehehe




     p/s:

    Kat belakang my Nuha tu, ada jual Nasi Kukus Ayam Berempah (RM6) yang ofiz me selalu order kalo buat makan-makan tu seperti dalam entry ini...


    Korang suka ker makan nasi Arab ? Nasi Arab di Saba', Cyberjaya, tetap nombor satu dihatiku :)


    Thursday, October 06, 2011

    Bagaimana mengurangkan parut pembedahan?

    Korang pernah tengok iklan Dermatix kat tv? Ala, iklan yang perempuan berparut yang tiba-tiba mengecil dan ghaib bila lelaki hensem terpandang parut dia tu ?


    Baru ku tahu jugak, Dermatix tu juga boleh mengurangkan parut pembedahan. Parut c-sect me masa bersalinkan my nuha dulu gila tebal sebab tak pernah sapu apa-apa. Dah doktor tak cakap apa-apakan. Bendul betul :p Masa me buat ectopic pregnancy operation hari tu, doktor bagi me Dermatix tu la untuk mengurangkan parut pembedahan tu. Katanya parut me sebelum ni tebal dan dia dah trim bagi cantik dah pun. Tq doktor. Terasa diri ini lebih seksi dimata my hubby..hahahaha



    Inilah rupa krim Dermatix tu, boleh digunakan selepas 2 minggu selepas pembedahan.
    Tiub ni tahan 2 bulan untuk parut 6 inci. 

    p/s:

    Tak tahu lah berapa ringgit kan sebabnya ini adalah FREE , sebab dah masuk dalam bil hospital hari tu :p



    Korang ada petua/ krim lain untuk mengurangkan parut pembedahan ?


    Monday, October 03, 2011

    Tips Pindah Rumah, korang share la pengalaman korang disini..

    Insya Allah, dalam masa 2 minggu lebih lagi (karenah birokrasi) , me akan dapat kunci rumah untuk harta pertama me dan hubby . Semalam, dah pergi tengok lagi rumah tu, penyewa dah pindah dah pun.Nak jer mintak kunci awal :p Tapi kang nampak plak gelojohnya...hehehehe So me dalam proses bersabar lah ni. Harap-harapnya dapat duduk sebelum hari raya haji lah kan.


    Skang tengah pening dengan hubby tentang design kitchen kabinet, nak cat rumah kaler apa dan yang paling me pening nak memindah barang-barang dari rumah sewa ke rumah baru. Korang ada tips tak ? Dulu masa duk rumah sewa ni, memang dah ckp dgn hubby jangan beli barang banyak2, tapi setelah hampir 4 tahun menyewa, banyak pulak barang yang dah dibeli :p

    Ni antara tips yang me google , me copy paste dan kredit kepada empunya blog untuk perkongsian semua.

    TIPS PINDAH RUMAH - credit to http://www.ciklaili.com/2010/06/tips-pindah-rumah-baru.html

    1. Mengemas

    - Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
    - Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat.
    - Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.
    - Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
    - Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.

    2. Asingkan barangan

    - Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.
    - Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.
    - Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika dilakukan orang lain.
    - Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik tidur.

    3. Keselamatan perabot

    - Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus dengan kain atau sarungkan dengan plastik.


    TIPS PINDAH RUMAH CARA ISLAM - credit to http://islam-jalan-hakiki.blogspot.com/2010/01/tips-pindah-rumahpejabat-mengikut-islam.html

    1. AZAN
    - para ulama berpandangan adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah/premis baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat tempoh kosong yang dimaksudkan ialah lebih daripada 40 hari dan ada pula yang berpandangan lebih daripada 15 hari.
    - dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

    2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH

    - sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

    3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

    - dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran”(hadis riwayat Al-Baihaqi).

    4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS

    - amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan berkenaan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat kursi 1 kali (tetapi ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali).

    5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM

    - perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
    - bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:

    i) ambil air secawan
    · baca surah Al-Fatihah
    · baca ayat Kursi
    · baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas)

    ii) tiup ke dalam cawan tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
    iii) kemudian jirus ke setiap penjuru rumah dengan air tersebut. Mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jam.



    Korang ada tips pindah rumah yang lain untuk dikongsikan ???



    Friday, September 30, 2011

    Siapa mudah terpengaruh dengan iklan angkat tangan ?

    Ok, jatuh tangan..hahaha Me pun salah sorang yang mudah terpengaruh dengan iklan . Banyak barang-barang yang me beli mesti ada kena mengena dengan iklan. Baik produk makanan, penjagaan diri mahupun elektrik.


    Iklan kat TV la paling banyak mempengaruhi seorang suri rumah yang sedang berpantang ni . Hahahaha. Makin lama me duk kat rumah, makin banyak la pengaruh iklan meresap masuk dalam badan me ni ha.. Seb baik ada 10 hari jer lagi sebelum me memulakan tugas di ofiz :p

    Korang dah cuba Gardenia Delicia Waffles yang baru tu ?? Me dah try pun. Rasanya tak sedap mana pun, rasanya lagi sedap waffles yang me buat :p Tapi tekak orang lain-lain kan, mana tahu korang suka plak.

     Me beli yang Fresh Egg Vanila. Tak tahulah kot perasa lain sedap :p

     RM 1.40 untuk 2 keping waffles tu..



    Lepas tu terliur plak dah nak makan Pizza terbaru tu kat Pizza Hut tu , Chunky Loaded Pizza yang asyik duk tayang-tayang jer depan mata perempuan dalam pantang ni. Kurang asam boi btol la :p


    Korang dah try pizza ni ? Sedap ker tak sedap eh sebenarnya ? Ingat nak pi makan lepas abes pantang ni...hahahaha

    Korang senang ker dipengaruhi oleh Iklan ???


    Thursday, September 29, 2011

    Suri rumah perlu dibayar gaji setimpal, setuju ?

    Hari ni dah masuk hari ke 5 me buat kerja rumah tanpa bantuan my ma yang dah balik Terengganu dengan my Abah last week. Maklumlah masih berpantang, kerja tak berani nak lasak-lasak lagi setakat basuh baju, jemur baju dan sediakan breakfast, lunch dan dinner serta layan karenah my Nuha.Belah malam pulak, my hubby ringankan beban me,dengan mop rumah seperti kebiasaanya lah :)





    Jadi suri rumah penatnya, lagi penat dari me duk ofiz buat kerja programmer,mengadap coding dan betulkan error kat sistem. Mana taknya, celik je mata , maka bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk tidur.So, me rasa bukan calang-calang orang boleh jadi suri rumah sepenuh masa. Me masih tiada kemampuan itu. Cukup lah suri rumah sepenuh masa hujung minggu. .

    So bagi yang bergelar suri rumah, janganlah merasa rendah diri kerana suri rumah pun adalah kerjaya jugak tau!

    Seseorang suami patutnya membayar gaji yang setimpal di atas pengorbanan isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa ni, setuju tak ?



    My little helper, yang kadang -kadang buat tekanan darah me naik kalo dia start buat ragam..hehehehe

    p/s : 

    Penat jugak nak fikir, nak masak apa untuk lunch dan dinner :p



    Wednesday, September 28, 2011

    Divider antara ruang tamu dan ruang makan mana yang sesuai ?

    Jumpa lagi dalam episod deko bersama elissmie :) Lama dah tak citer pasal deko kan :) Me dan my hubby belum decide lagi nak letak divider apa yang sesuai untuk bahagikan ruang tamu dan ruang makan rumah baru kami nanti . Bila baca-baca kat Impiana, ada banyak ideanya.



    1. Jenis display cabinet




     credit to : here

    2. Jenis Tirai





    credit to : here


    3. Jenis Kayu Solid






    pic credit to :here


    4. Jenis Kaca




    Korang rasa divider antara ruang tamu dan ruang makan jenis yang mana yang sesuai ?



    Tuesday, September 27, 2011

    Tengok wayang dari rumah lebih jimat dan mudah kan ? Astro First lah kan ?

    Akhirnya movie pertama yang me tonton kat rumah adalah Hantu Bonceng. Seb baik ada Astro First, merasalah orang pantang nak tengok wayang kan. hehehe. Memang mudah dan jimat la boleh tengok wayang kat rumah ni sebab ianya serendah RM15 untuk 48 Jam.Dah berapa kali duk tengok ni :p Maklumlah ada peminat cerita hantu tegar kat rumah ni (My Nuha la :) Senang sket nak buat kerja...hahaha. Pagi ni ajer dah 2 kali dia tengok :p




    Me bagi 5/5 bintang lah untuk Hantu Bonceng.

    Seronok jugak tengok wayang sambil-sambil lipat baju, jemur baju dan siap baring-baring sekali dan boleh pulak update blog :p [Adegan yang tidak boleh dicapai apabila menonton wayang dipawagam kan ? ]

    Bagi yang masih tidak tahu membuat pembelian movie di Astro First, boleh ikut langkah berikut. Credit to Astro First

    1. Sila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).


    2.Tekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan.


    3.Tekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.




    4.Anda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!


    5.Untuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di 'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.


    Thursday, September 22, 2011

    Naik ambulans kena bayar RM200?

    Ni last nak cerita entry yang ada sangkut paut dengan hospital.hahaha. Nanti korang jemu plak kan macam tadak cerita lain plak :p Tapi ni satu pengalaman baru aku la, merasa naik ambulans.





    Ambulans ? Korang pernah naik ambulans ? Kiranya hari tu first time la aku naik ambulans. Dah la terpaksa diusung dari tingkat 2.Aku langsung tak buka mata sebab ngeri bercampur sakit.Asyik duk sebut Allah ajer sepanjang turun tangga dengan canvas stretcher tu dan masa dah masuk dalam ambulans tu baru aku buka mata. Laju jugak driver ambulans ni bawak aku rasa, sebab sekejap ajer dah sampai kat DE*MC .Patut la banyak kes babitkan kemalangan ambulans kan.





    DE*MC tak der ambulans, masa my hubby call dia bagi no telefon EMS Ambulance.Tak sampai setengah jam, ambulans datang angkut me lah. Ni jugaj kiranya first time la my Nuha tengok ambulans secara dekat, tak habis cerita pasal ni kat me yang me naik ambulans sebab me sakit perut :p Lepas dah sampai, dia hulur bil ambulans kat my hubby, nah bayar RM200. hahahaha. Tak sampai 5 minit jer pun dah RM200. My hubby cakap kalo tahu mahal macam tu, dia dukung ajer..hahaha. Keji tak ? ;p Seb baik dapat claim balik dengan ofiz dia.Selamat duit dia :)

    Ni info yang me dapat dari Yellow Pages

    Ambulance Service:

    EMS Ambulance

    Address:
    No. 2, Jln Tokoh 2 25/28b,
    Taman Sri Muda,
    40400 Shah Alam,
    Selangor

    Tel: 012-282 7454

    Email: siti_jazalina@ymail.com

     Senarai ambulans servis yang lain kat sini..

    Korang pernah ker naik ambulans?Cer citer..cer citer


     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)