Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, February 10, 2020

Import Calendar ke dalam Google Calendar dari Lotus Notes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak bagi tutorial macam mana korang nak export calendar IBM Notes ( Dikenali sebagai HCL Notes sekarang) . Dah share pun di facebook bagi yang follow tu. Tapi 2 post . So hari ni mak rangkumkan saja bagi senang dan senang untuk mak rujuk lain kali. Semoga menjadi ladang pahala mak kat sana. In Sya Allah. 

Cara untuk export calendar dari Notes calendar




1. To export all entries in your Notes calendar, click FileExport.

ATAU

To export only some entries, click Calendar entries or Grouped entries to the left of the calendar, select the entries to export, and then click FileExport.

2. In the Save as type field, select Calendar File (.ics)

3.Choose where on your computer to save the file.

4. Click Export.

** Specify whether to export only selected entries or all entries from the calendar.

Cara untuk import Notes calendar ke dalam Google Calendar



1. Open Google Calendar.
2. In the top right, click Settings ⚙️ Settings.
3. Click Import & Export.
4. Click Select file from your computer and select the file you exported. The file should end in "ics".
5. Choose which calendar to add the imported events to. By default, events will be imported into your primary calendar.
6. Click Import.

Rupanya IBM Notes tidak boleh export data dalam kalendar yang ada repeating Entry Type Meetings, All day events dan Anniversaries.Bila import dalam google calendar data tak masuk semua. Solutionnya, kena download satu app ni nama dia Thunderbird. Ikuti langkah-langkah kat gambar. 





Jangan lupa install pulak. Sampai esok tak siap macam tu.

Masukkan nama korang, email address gmail dan password. Then teruskan. Klik Ok ke next je lepas tu.


Dah berjaya login tu. Klik ikon kalendar yang saya bulat merah tu.


Klik kanan pada ruang kosong bawah tulisan kalendar tu dan pilih New Calendar.


Pilih On My Computer. Pilih Local


Namakan kalendar tu . Then tekan Next


Klik Finish


Klik pada Events and Tasks



Klik Import file calendar dari Lotus Notes yang korang dah download tu




Pilih kalendar yang korang create tadi . Data tu akan masuk dalam tu. 

Lepas dah confirm data tu masuk. Apa lagi. Export la. Tujuan export adalah sebab korang nak kena import balik dalam Google Calendar. 



Pilih Calendar mana yang korang nak export. Semestinya kalendar yang korang baru create tu la kan. huhuhu





Dah save file tu boleh follow step Cara untuk import Notes calendar ke dalam Google Calendar kat atas tu. 


Semoga bermanfaat !

Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi KeluargaDaripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416)


Thursday, April 21, 2016

Aplikasi My Home Button untuk butang home Galaxy Mega tak berfungsi

Dah tiga tahun dah saya pakai Galaxy Mega ni.  Jenama mesin basuh katanya. Sabar jer lah nak..Tahun ni baru dia buat peel. Galaxy Mega saya ni ibarat Nokia juga. Jatuh tak payah cakap lah berapa kali. Nasib tak buat peel pekak macam Nokia. hahaha. Hari tu sekali nak tekan button home, tak boleh pulak dia. Haish..Dah nak kena tukar lah nampaknya telefon baru ni.

Sebelum ni, kalau saya nak pergi home, memang saya tekan butang back tepi butang home atau tekan butang off kat tepi sebelah kanan tu tapi leceh jugak lah. Lama jugak bertahan tu . Tapi yang syoknya my Nayla tak tahu yang telefon tu hidup sebab bila tekan butang home telefon tak menyala. Mesti dia bagi balik telefon kat saya sebab dia ingat bateri dah habis. hahahaha

Sekali , cuba google keluar untuk baiki home button ni, keluar pulak aplikasi My Home Button yang khas buat android yang ada masalah tidak boleh tekan butang home ni. hahaha. Ramai rupanya ada masalah yang sama dengan telefon saya. 

Home button tu lah yang tidak berfungsi



Aplikasi My Home Button. 



My home screen



Nampak tak lembaga warna pink tu. Icon Android tu. Tu la pengganti Home button tu..Korang boleh nak tarik letak kat mana..Atas ke tepi ke bawah ker. Memang dia floating jer.



Bila tekan lambang android tadi, dia akan keluar macam ni dan tekan kat gambar rumah tu untuk ke Home Screen. 



Ni kalau buka facebook. Warna dia boleh customize ikut warna kita suka.Saiz pun boleh tukar . Saiz saya amik yang paling kecil. 


Dari sini pun boleh klik, selain lambang Android tadi tu. 


Korang ada masalah butang home juga ke? 

Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.


Monday, April 11, 2016

AirDroid Cara Mudah Transfer gambar dari Handphone Android ke PC

Sebagai blogger saya rasa rata-rata semua guna smartphone jer untuk amik gambar untuk blog.Tak ada masa nak angkut DSLR setakat nak masuk blog kalau blogger picisan macam saya ni.hahaha Tapi yang lecehnya, nak transfer gambar tu.Kabel tertinggal lah dan macam-macam lagi lah alasan. Nak watermark gambar pun satu hal jugak.  [ Tutorial : Boleh guna Photoscape untuk watermark gambar sekaligus

Hari ni saya berkongsi Apps yang korang perlu download kat smartphones korang tapi Android Handphone ajer lah. Yang iPhone korang google lah sendiri. hahaha. Namanya AirDroid. 



Korang taip jer AirDroid dan Install. 


Dah download , register dan login kat smartphone korang,  korang pergi jer dekat sini

http://web.airdroid.com/

Bila login kat sini dia akan detect smartphone kita tu. 



Tadda.... Nampak tak Photos tu. Klik kat situ, dan gambar korang akan terpapar di skrin komputer atau Mac korang. Korang boleh Download kesemua gambar dengan menekan Select All dan Download.

Atau tekan satu-satu dan klik download dalam bulatan merah.
Lupa nak bagitau kat blog, dah dapat anak saudara gegirl yang pertama , adik saya yang bongsu tu :)
Chinta Inara Aisha pada 26.02. 2016 yang lalu..


 Nak upload pun senang. Tarik jer gambar masuk dalam ni..Dah settle..

Lepas ni dah tak ada alasan lagi untuk korang malas update blog sebab lupa bawa cable atau tak sempat nak transfer ke pc yer..Apps ni bukan setakat boleh download atau upload gambar jer sebenarnya, whatsapp, message, dengar lagu dari handphone dan jawab call pun boleh tau. Hebat sungguh.  Apsal baru sekarang saya tahu. Tu pun secara tidak sengaja sebab malas nak connect telefon ke PC. 




Semoga bermanfaat. Korang pernah guna Apps ni ? Atau Apps yang lain yang lebih kurang sama?


Menyegerakan Solat Subuh
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari. 


Friday, January 22, 2016

Macam mana nak tebus point Astro Circle ?

Korang pengguna Astro ? Kalau yer, boleh la meneruskan pembacaan tapi kalau tak langgan Astro boleh la tambah pengetahuan kot nak langgan Astro lepas ni. Hari ni nak tunjuk macam mana nak tebus point Astro Circle tu. Rugi kalau korang tak tebus dah penat-penat bayar bil tu Astro tu kan yang-hujan-tak-boleh-tengok-tv-tu.

Mula-mula masuk website Astro Circle: http://astrocircle.astro.com.my/ . Bagi yang tak pernah daftar, daftar dulu . 



Macam mana nak dapat point Astro Circle ? Sebenarnya bergantung dengan pakej apa yang korang amik dan berapa lama korang dah jadi pelanggan astro.



Dah login, korang klik kat katalog penebusan . Pilih hadiah mengikut mata ganjaran yang korang ada 


Sekarang saya ada 220 mata. Sebenarnya dah tebus hari tu sekali. 
Ada pelbagai pilihan hadiah yang korang boleh tebus .


Kategori alat tulis

Kategori Aksesori

Hari tu saya tebus Pencil case Sofea The First ni --> 1200 point tak silap . Dah sampai . Hampir sebulan juga dari tarikh penebusan. 

Hey, check out MilkADeal Cashback.Register sekarang dan dapat bonus cashback terus dalam akaun anda RM5 !! Dapat RM10 dah boleh cashout pulak tu !!

Bukan itu sahaja , korang pun boleh print voucher yang ditawarkan kat situ.


Tapi voucher Legoland tu macam dah tamat tempoh jer. Kalau tak dapat diskaun 35% untuk tiket masuk .

Korang dah pernah buat penebusan point Astro Circle? 

"Malu itu Semuanya Baik"
Daripada Imran bin Husain RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu hanya menghasilkan kebaikan.” Atau Junjungan bersabda : “Malu itu semuanya baik.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat Muslim juga menyatakan sifat malu itu akibatnya adalah baik, dan katanya lagi Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu keseluruhannya adalah baik.

Wednesday, March 05, 2014

Macam mana nak jadikan Blog Blogspot Mobile Friendly ?

Semalam ada terbaca perkongsian yang best dari Denaihati iaitu Tips Untuk Blogger 2014. Boleh baca disini http://denaihati.com/tips-untuk-blogger-2014 . Terpanggil untuk berkongsi cara-cara untuk menjadikan blog di Blogspot/ Blogger sebagai Mobile Friendly. Mobile Friendly maksudnya bila orang baca blog kita di smartphones/tablets ianya memang senang nak dibaca. Berbeza kalau baca blog kita menggunakan pc atau laptop. Ianya tidak menjejaskan template blog asal kita tapi memudahkan pembacaan on the go. 


Pilih Template . Mobile. Klik pada  butang settings di bawah Mobile layout tu. 

Pop up ini akan terpapar dan pilih Yes, Show mobile template on mobile devices. 
Pilih template yang korang berkenan . Pilihan blog saya Default . 



Ni screenshot dari Galaxy Mega. So tulisan blog tu jadi lebih besar dari  tulisan asal dan mudah untuk membacanya dan nak komen pun senang..
Tapi jangan risau kalau lebih suka baca guna template asal. Ada pilihan View Web Version bawah butang Home tu untuk kembali melihat blog tersebut dalam versi asal. Mudah kan. 

Blog korang mobile friendly tak ?? Cer try ...cer try !

Thursday, February 27, 2014

Macam mana nak capture full screen ?

Lama tak ada tutorial kan. Hari ni sedang menyiapkan manual sistem untuk administatror yang akan guna nanti. So alang-alang dah buat tutorial kat situ , buat sekali tutorial kat sini sambil-sambil kan. Dah nak siap pun manual tu. Alhamdulillah. Free sket kalau siap cepat-cepat. Esok boleh horay horay ! Gaji kan dah dapat . 

Selalu kalau saya buat manual sistem tu especially borang-borang dia akan melarat sampai ke bawah. Kalau tekan butang print Screen kat keyboard tu mana lah dia boleh capture habis kan. So sebelum ni saya ada guna software iaitu Duck Capture. Boleh print screen full screen. [boleh download kat sini : http://www.ducklink.com/p/free-screen-capture-tool

Tapi semalam baru tahu yang kat dalam Google Chrome ni ada jugak extension yang boleh capture full screen ni. Korang pergi Settings -> Extensions -> Get More Extensions. [ atau klik sini  : https://chrome.google.com/webstore/category/extensions?hl=en-US ]

Nama extension tu Awesome Screenshot : capture & annotate


Lepas tu tekan Added To Chrome. Tadda...Dah boleh guna...



So dekat chrome tu terus boleh capture mengikut apa yang kita nak lah. So untuk capture full screen, Capture Entire Page. 

Awesome ! Memang Awesome lah !


# IT memang mudah dan menyeronokkan bukan ? 

Semoga bermanfaat !


Monday, June 24, 2013

Macam mana nak design personalize Fridge Magnet dengan mudah

Ini pembelian ke 8 saya melalui Milkadeal. Biasanya saya beli bila ada banyak point saya dapat dan tak perlu guna banyak sangat cash. hahaha. Kedekut punya pasal. Disebabkan sebelum ini dah pernah ada Personalize Fridge Magnet untuk Nuha, so nak bagi adil buat untuk Nayla sekali la. Kebetulan masa offer tu ada point RM10. Masa pantang hari tu rugi RM90 sebab tak tebus jadi expired.huhu Saya dapat RM18 untuk 6 personalize Fridge Magnet  4" x 3". Register Milkadeal percuma kat sini untuk penjimatan berganda ok :)

Sebenarnya saya malas nak design sendiri ( 1 ajer cari template kat internet yang gambar pooh tu ) dan design yang lain-lain kat bawah ni saya just gunakan PhotoTinks dan download gambar dan edit kat photoshoot untuk jadikan saiz  4" x 3" dan buang sekali watermark PhotoTinks. Hasilnya tadaa...Tak sabar pulak tunggu hasilnya sampai nanti :) Sayang, FM ni akan sampai kat ofiz sayang yer :p Take note ! hehehe







Korang pernah buat personalize Fridge Magnet ?


Kalau korang nak jugak personalize fridge magnet macam ni pergi jer kat laman web bawah ni yer tapi tak dapat lah harga macam saya .  Biasa RM 72 untuk 6 keping ni atau RM12 sekeping.

PhotoDelivery.com.my (Photo Delivery Enterprise) - (001683824W)
ADDRESS
29-1, Jalan Puteri 2/6, Bandar Puteri Puchong, Selangor
Puchong 47100
Malaysia
PHONE
+603 8052 0276
WEBSITE
http://www.photodelivery.com.my



Friday, June 07, 2013

Macam mana nak letak watermak pada gambar sekaligus ?

Hari ni entry tutorial. Korang perasan tak semua gambar dalam belog saya ni ada watermark. Dulu saya pernah offer watermark percuma tapi skang tak sempat dah nak buat. Bagi yang nak guna watermark tu boleh rujuk kat sini tapi ni nak tunjuk cara nak letak watermark pada gambar sekaligus iaitu satu batch terus. Mula-mula download dulu freeware apps ni dulu Photoscape.



1) Dah siap download tu , buka freeware ni dah pilih Batch Editor seperti dibawah yang anak panah merah tu.




2) Pilih folder yang memuatkan gambar-gambar korang yang nak letak watermark.



3) Lepas tu , tarik gambar tu masuk kat ruangan tengah tu yang ada tulisan Drop your photo here. Tadda...semua gambar dah diletakkan kat tengah.


4)Tengok kat bahagian tengah tu jer. Ada tab Home ,Filter dan Object belah kanan tu.Pilih tab Object dan tick pada Photo1 dan pilih watermark yang korang dah ada, Kalau guna photo klik kat pensil warna kuning sebelah kanan tu dia akan keluar option utk korang setkan opacity gambar tu. Biasa ada orang buat watermark dia jadi blur ajer so korang gerakkan ke kiri bahagian opacity tu. Kalau nak terang mcm biasa 255 la opacity nya.

* Kalau tak ada gambar watermark pilih ajer Text1 dan masukkan nama belog korang atau apa-apa yang korang nak letak pada gambar lah.



4) Dah masuk part yang magis ni, korang nampak anak panah yang saya buat tu. Kalau korang letak kat tengah2 gambar watermark tu rasanya semua gambar watermark masuk frame, boleh buat sekali harung ajer tick pada anak panah merah ( Convert All ) tapi kalau ada gambar yang korang nak letak tu kat tepi kat pilih anak panah biru ( Convert current photo) . Tapi ni kan tutorial nak letak watermark sekaligus so pilihlah anak panah merah. Sekelip mata ajer semua photo anda sudah diwatermark ! Dan yang best tu, kalau korang pilih frame kat tab Home tu, semua gambar ada frame yang sama. Mudah sangat :p Tak perlu photoshop bagai lah.


Korang guna software apa untuk letak watermark pada gambar kat belog korang ?

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  


My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)