Ini kejadian tengah hari semalam. Majlis makan-makan sempena farewell Puan Isdayanti yang akan berpindah ke pangkuan suami terchenta , kampus Jasin, Melaka. Selamat berkhidmat dengan cemerlang di tempat baru Is ! Sebelum makan kita posing-posing dulu . Makanan pun nak posing jugak tau ! Lepas tu kita baca doa makan yer..hehehe . Ini kira JJCM @ elissmie.com sekali lah yer.
Is diapit oleh saya dan Ad. Is ni orang kampung Ad :) First time berkenalan kat Kg Gajah dulu kan Is. Rupanya kita 3 orang mengenali orang yang sama...kecik betul dunia ni . Kejap jer kenal ko kan. Dah nak kena pindah balik Melaka. Nanti sampai Melaka, aku carik ko yer :)
Tak cukup korum lagi yang join farewell ni...
Macam janji-janji pulak kaler baju korang yer..
Wajah empunya belog pun nak menyelit ;p Geng baju uniform :p
Sementara tunggu bil pun sempat lagi posing
Semalam, pizza paling last sampai. Padahal meja belakang semua dah licin makan. Hangen jugak satu badan. Asyik terkena ajer dengan pizza hut Seksyen 7 ni. Tapi situ jugak pergi sebab paling dekat nak balik ofiz kan. Sudahnya lepas kul 2 jugak abes makan. Kami order set Golden Fortune 2 dua set untuk 8 orang makan. RM 57.90 satu set. Total burst : RM 150++
Inilah pizza yang dinantikan. Golden Fortune. Sedap makan panas-panas. Sejuk dah kurang sedap.Cheese cepat muak kan. Memang tak boleh lawan dengan my all time favourite - Super Supreme, i love you :p
Yang ni pizza dengan fake crab bak kata Dayana ;p
Ala Carte Golden Fortune Pizza RM28.90 Regular, RM37.90 Large
Fortune Fizz . Kalau Ala Carte RM5.20
Fortune Platter. Ala Carte RM 13.90 . Yang fishball tu sedap pulak. Siap ada suun dalam dia. Yang macam quiche tu apa ntah namanya pun sedap jugak. Garlic bread boleh cicah sup.
Add on soup of the day RM2.80 semangkuk
Korang dah cuba ker pizza Golden Fortune Pizza Hut ni ?
p/s:
Korang bercuti ke mana weekend ni ? Selamat bercuti !!