Monday, June 30, 2014

Pengalaman pertama kali anak berpuasa

Hari ni nak kongsikan pengalaman pertama anak saya iaitu my nuha berpuasa. Alhamdulillah, semalam mampu berpuasa penuh sampai waktu berbuka setelah bermacam-macam drama yang keluar termasuk drama air mata. hahaha . Mungkin entry Cara Melatih Anak Berpuasa yang saya kongsikan dulu boleh dipraktiskan. 

Waktu sahur, saya panaskan mee goreng baki malam tu dan gorengkan telur goreng. Siap-siapkan buat air milo ais dan kejut dia bangun. Mudah sekali dia bangun sebab sebelum tidur dah tanya dia nak puasa tak esok. Dia kata nak. Kalau nak kena bangun sahur saya kata. Dia pun dah faham sebab selalu duk ulang-ulang tengok Upin dan Ipin episod Ramadhan tu kan. 


Berselera sekali makannya waktu sahur tu. Sepinggan mee habis dimakannya. 

Semalam, awal pulak bangunnya pagi tu. Saya pulak, lepas Subuh penat sangat tertidur balik.Sebab malam tu dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah dari KL hantar anak buah hubby ke rumah sewa dia. Dah awal tu dia tengok TV. Pukul 10 lebih dia kejut saya, Ummi saya lapar sangat dah tak tahan. Terus saya bangun duduk dengan dia dan pujuk-pujuk sambil cerita pasal orang yang kat Afrika ada yang tak makan sampai kurus kering bukan setakat sampai pukul 7 ajer. Saya kata, kakak mesti boleh punya tahan sebab masih boleh bercakap lagi. Nanti kalau kakak lapar sangat sampai tak boleh bercakap, baru Ummi bagi makan. 

Petang tu, Abah dia janji akan belikan hadiah kalau dia puasa penuh sebulan ni. Muka dia dah excited sangat tu sebab akhir-akhir ni memang jarang belikan dia mainan sebab lebih belikan dia buku atau stationery. Lepas tu pujuk-pujuk dan tanya dia nak makan apa untuk berbuka. Dia request Nasi Lemak Ayam Goreng. Petang semalam, kami ke bazar Ramadhan di Seksyen 7 Shah Alam memenuhi kehendak orang yang pertama kali puasa ni. Alhamdulillah, ada rezeki dia Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah . Tercari-cari gerai Mak Uda Selera Pantai Timur tapi tahun ni macam tak der jer.Sobs. Tapi nasib baik ada gerai lain yang jual Nasi Minyak dan Nasi Dagang juga dan boleh tahan masakannya. Gerai tu paling hujung tepi jalan kalau nak cuba yer :) Ada banner Nasi Dagang Penyu Menangis tak silap . Lupa nak amik gambar gerai. 


Alhamdulillah, berjaya my Nuha mengharungi puasa di hari pertama dengan jayanya. Makan pun banyak ...hihihi


Dr Mohd Fadhilah Kamsah kata, nak ajar anak puasa, ajar anak solat dulu . 
#telekungselfie #telekunglycrarm35 

Hari ni bekalkan dia 2 ketul roti ni sambil pesan ' Kalau kakak lapar sampai tak boleh bercakap baru makan roti ni tau ' ....hahaha . Harap-harap cikgu pun memberi sokongan moral untuk anak mak hari ni :p

Updated : Hari kedua gagal puasa sebab cikgu ajak dia pergi makan. Aduyai.. Dia cakap dia malu sebab puasa! Apakah ? Apakah ? Harap-harap hari ni dia mampu berpuasa lagi...Tadi tanya cikgu, cikgu kata ingat dia tak puasa..Padahal dah cakap masa hantar semalam.

Korang start melatih anak-anak puasa dari umur berapa ? Ada tips yang ingin korang kongsi tak ? #seconddayfasting


Thursday, June 26, 2014

Pengalaman pertama menghadiri grading Koryo Taekwondo

Hari sabtu lepas, my nuha ada grading taekwando dia yang pertama. Majlis berlangsung di SK Setia Alam. Saya pulak yang terlebih nervous mengalahkan anak yang steady ajer. Dah la baju taekwando dia , hari grading tu lah baru nak dapat. Cikgu dia terlepas pandang yang my nuha dah bayar baju taekwando tapi still tak dapat baju. Mak pulak sengal sebab ingatkan anak mak sorang jer belum dapat baju..huhuhu



Katanya start pukul 1.30 petang tapi 2.30 petang baru mula. Panggil nama ajer dah sejam sebab ada banyak ragam anak-anak ni. Ada yang dari tadika, sekolah rendah dan menengah sekitar situ la kiranya ni sekali harung.


Tengah menunggu untuk beraksi

Cuaca yang panas. Sempat berkongsi air dengan kawan baik,Aimi. 

Yang belakang dia tu la cikgu dia , Sir Rizman. 

 Serius sangat anak mak :p

Dah lepas grading ni..


I'm proud of you dear. Tak sangka anak mak ikut arahan :p

My two lovely princess :)

Haruslah muka mak pun nak enterfame :p

Jom la layan video semasa sesi grading dia tapi tak habis videonya..





Terjumpa Kak Ros, http://littlemamadiary.com/ tapi lupa pulak nak amik gambar.4 tahun tak jumpa. Tayang gambar lama lah yer :p ( entry lama : http://www.elissmie.com/2010/01/mbp-rock-world.html ) Izzah pun dah besar gitu.Sama jugak grading untuk tukar tali pinggang kuning. Ingat zaman sekolah dulu, lain sistem taekwando dia.First grading dapat calit kuning tapi yang ni tali pinggang kuning.Mungkin lain-lain badan taekwando lain sistem nya.



credit http://koryotaekwondo.com.au/

Lepas dah habis grading, boleh terus balik. tak sampai 10 minit rasanya tapi nak menunggu panggil nama tu sejam. So lepas ni, tak perlu rushing-rushing sangat untuk majlis grading taekwando ni. Nasib baik my Nayla tak banyak ragam. Seronok jer tengok  kawan-kawan ramai.

Korang pernah attend grading taekwando? Pernah belajar taekwando tak ? 
 

Wednesday, June 25, 2014

Pernah mengira guna batang aiskrim ?

Hari ni entry nostalgia @ elissmie. Korang pernah mengira dengan batang aiskrim tak ? Ingat masa sekolah rendah, siap kumpul batang aiskirm gitu untuk mengira dalam kelas. Ada jugak yang bawak lidi kan. Nostalgia sungguh kan. Even tak berapa minat matematik, tapi rasa seronok jugak dapat mengira guna batang aiskrim .



Ni pulak batang aiskrim yang saya jumpa kat Tesco Shah Alam. Dah tak perlu kumpul batang aiskrim sendiri sebab siap-siap ada jual. Menarik kan ? Ada 2 jenis. Satu kayu dan satu jenis foam. 

Harga RM8.90 untuk jenis foam tapi yang kayu tu tak tertengok pula harganya.


Hari tu, my hubby nak carikan my Nuha sempoa tapi jenis yang manik warna-warni sebab nak ajar dia mengira. My Nuha ni nampak suka jugak matematik. Harap tak tiru gen kami berdua yang tak suka matematik.hahaha.Puas my hubby cari kat kedai stationery tapi tak ada .Last-last jumpa kat kedai runcit kat area Dengkil.
Klasik sangat kan ? RM5.90 jer 


Kalau nak beli jugak, Ni hah kedai dia, my hubby cakap kat kedai india muslim tepi masjid Dengkil.

Semoga my nuha semangat nak buat kira-kira :p


Korang mengira guna apa masa kecik-kecik dulu?
#nostalgia@elissmie


Monday, June 23, 2014

Jom shopping online @ Sophiea Azzahraa

Korang selalu shopping online tak ? Kalau kaum hawa, kalau tak dapat cuci mata kat mall, online pun jadi especially dah tengah-tengah bulan ni kan. Tapi yang heran, kalau tang shopping online ada pulak duit yer. Magis kan. hahaha . Ni ha, nak promote satu fb page untuk korang cuci-cuci mata shopping secara online iaitu Sophiea Azzahraa yang mana page ni menjual barangan Sophie Paris Malaysia tau.Banyak barangan dalam rangkaian Sophie Paris ni rupanya. Pilih la yang mana korang berkenan yer jangan segan-segan.

Antara barangan yang ada ialah jam tangan. Nampak trendy design jam tangan dia kan. Ditambah pula dengan warna yang menarik tertarik gitu.



Yang ni tali boleh tukar-tukar dan boleh match dengan warna baju mungkin .

Bagi yang tak suka tali kulit, boleh la pilih jam ni . Menarik kan?

Dah dekat nak raya, shopping sekali untuk hari raya pun boleh. Handbag raya dah ada ker ?
Ni hah, macam-macam design dan warna handbag yang menarik yang boleh korang pilih. Boleh terambang mata ni .



Wallet dan Handbag dengan rona sedondon. Menarik kan ?



Bagi yang suka corak horizontal , boleh pilih kombinasi handbag dan wallet ini.



Barangan makeup seperti Voluptous Lip Tint ni pun ada untuk korang shopping.



Kat  Sophiea Azzahraa , bukan barang korang ajer boleh shopping tapi anak-anak jugak. 


Kaum lelaki pun tak terkecuali juga, boleh shopping di  Sophiea Azzahraa. Banyak wallet yang menarik untuk korang pilih yer .


Macam mana nak membuat pembelian di Sophiea Azzahraa ni ? Mudah saja, kalau korang berminat dengan barangan di Sophiea Azzahraa , korang boleh pm/inbox/whatsapp/telegram/wechat ke

 019-3330900 
Nak best lagi ? Korang boleh apply untuk membership cuma RM15 sahaja seumur hidup

dan
Setiap pembelian di Sophiea Azzahraa akan menerima potongan 20 % diskaun tau !!!

Jom shopping sekarang ! Jangan lupa like  fb Sophiea Azzahraa  yer :)



* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Friday, June 20, 2014

Dengan Basikal Aku Menjelajah @ TV Alhijrah

Ni antara rancangan tv kegemaran saya sekarang. Tiap-tiap minggu sayang nak miss :p Kenapa baru tertengok. Rasanya dah dua bulan lebih follow rancangan ni. Dulu sebelum tertengok rancangan ni, bila baca tajuk rancangan, dalam hati fikir macam rancangan kanak-kanak jer ni. Lepas tu alih channel. hahaha . Hinggalah suatu hari tu sebab bosan sangat tak der rancangan lain, tengoklah Dengan Basikal Aku Menjelajah . Terus rasa kagum dan tak sabar tunggu episod seterusnya dan seterusnya. Memang tabik spring btol kat Zahariz sebab berjaya membuat dokumentari penjelajahannya seorang diri.


Yang saya tengok tu dia menjelajah ke Iceland dan paling best dapat melihat aurora borealis Memang kagum dengan Zahariz sebab penjelajahannya kira versi mampu milik sebab cuma tidur dalam khemah yang dipasang tapi kadang-kadang ada orang bermurah hati bagi free tidur kat hotel . Rezeki jangan ditolak kan :) Boleh tengok preview kat sini http://zahariz.com/the-film/ . Tujuan penjelajahan ini katanya ingin mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa melihat keindahan alam ciptaanNya , ingin mencari dan mengenal dirinya sendiri, mencari pengalaman baru, dan erti kehidupan. 

Setiap Ahad, 8.30 Malam @ TV Alhijrah

Last week, bercerita dengan staf jabatan lain kat kafe. Sekali dia cerita pasal Zahariz ni. Rupanya , kawan saya tu baca blog Zahariz ni. Blogger rupanya dia yer :) Ni blognya Zahariz.com . Instagramnya :  http://instagram.com/zahariz


Zahariz akan memulakan siri pengembaraannya yang ketiga secara berbasikal dan kali ini beliau akan menjelajah bermula dari Mongolia hingga Sepanyol mengambil masa lebih dua tahun
 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_09/Zahariz-jayakan-misi-berbasikal-ketiga#ixzz358ZiSVX8 © Utusan Melayu (M) Bhd



credit Zahariz.com


credit Zahariz.com

Korang pernah tengok tak rancangan Dengan Basikal Aku Menjelajah @ TV Alhijrah ni ?

p/s:


Jom dapatkan barangan tupperware disini, boleh beli kat sini yer :)
Nak jalan hujung minggu dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


Wednesday, June 11, 2014

Hantaran dan bunga pegang guna fresh flowers, suka tak ?

Sekarang ni cuti sekolah lagi kan ? Cuti sekolah ni sinonim sangat dengan musim orang kawen kan.  Mesti korang yang nak kawen tu masih tercari-cari tema yang akan digunakan untuk hantaran perkahwinan korang kan. Yang bestnya,saya terjumpa satu page kat facebook iaitu Flora Bella Wedding Deco  yang menyediakan hantaran dan bunga pegang ( hand bouquet )  dari bunga-bunga segar atau fresh flowers.Mungkin boleh bagi suntikan idea untuk korang yang masih tercari-cari tema hantaran tu kan ? 


Hantaran handphone dengan bunga ros pink dan ungu 

Sirih junjung pun dah moden dengan sentuhan bunga ros segar peach dan kuning

Hantaran jam tangan dengan bunga ros peach dan kuning 


Ini pula hantaran perfume dengan bunga carnation pink dan peach

Ini pula hantaran perfume dengan bunga ros pink


Ini pulak hantaran buah-buahan yang simple tapi menyerlah dengan buanga ros pink dan kuning

Bawah ni pulak antara bunga pegang yang digubah cantik untuk bakal pengantin...Macam-macam warna ada dan bunga yang korang berkenan 







Berkenan tak ? Berkenan lah tu kan ? 

Bagi korang yang berminat mendapat sentuhan hantaran dari bunga segar dari Flora Bella Wedding Deco , korang boleh berhubung terus dengan pemilik Flora Bella Wedding Deco yer :) Maklumat seperti dibawah yer :) Yang best tu cover seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak lah tapi ada la sket harga tambahan yang akan dikenakan yang boleh dirunding dengan pemilik  Flora Bella Wedding Deco . 

Call / Whatsapp 019 3193 722 


Perkhidmatan yang ditawarkan : 

Perancang Majlis Perkahwinan, Gubahan Hantaran, Jambangan Bunga Pengantin, Hiasan Meja Makan Beradab,Hiasan bilik pengantin,Hiasan Pelamin, Hiasan Cukur Jambul , Solekan Pengantin

Korang suka tak hantaran dari bunga segar ??


Monday, June 09, 2014

First time masuk MR D.I.Y Tesco Setia Alam dan Pemenang FM UiTM

Korang pernah masuk MR D.I.Y ?Tak sangka rupanya macam-macam ada dalam MR D.I.Y ni. Nampak macam barangan ala-ala Daiso pun yer jugak. Macam -macam ada dari hardware, barangan rumah, barangan elektrik, alat tulis,barangan sukan ,hadiah ,accessories kereta dan mainan. Yang best bab tagline dia lah "Always Low Prices " . 


Sebelum ni hubby jer yang pernah masuk. Semalam, sebab nak cari banyak barang-barang, masuk lah sekali.Tujuan asal nak beli kepala paip bilik air yang rosak ajer. Bila dah masuk mula lah merambang mata kan. hahaha. Lain kali boleh datang sini lagi yer sayang..hehehe

My princess :)

Hubby tengah tunggu barang-barang siap ditest.


Nak dekat nak bulan Ramadhan ni, balang kuih dia display kat depan-depan..
Cantik pulak pasu kat atas rak tu :p

Antara barang-barang yang saya sempat beli.

Raket pembunuh nyamuk ni RM11.90

Wireless door bell . Yang ni dia punya receiver macam celcom broadband.Nak guna kena letak kat plug.
RM21.90

Wireless Alarm ni RM11.50


Dah nampak cashier ni, tak reti-reti nak bayar :p


Berjela list.. Total burst RM80.90



Tesco Setia Alam
Lot F56,57, 
No.2, Jln Setia Prima S U13/S, 
Bandar Setia Alam, 
Sekysen U13, 
40170 Shah Alam, Selangor

Korang pernah masuk MR D.I.Y ?


Ok..Ni nak umumkan pemenang FM UiTM iaitu Nad Mama ZN :)
Boleh bagi alamat dan no hp to elissmie [at ] gmail [dot] com
Jawapannnya : RM10 sahaja :)

Bagi yang tak berjaya, lain kali kita main teka-teka lagi yer :) 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)