Showing posts with label my Nuha. Show all posts
Showing posts with label my Nuha. Show all posts

Friday, August 11, 2023

Sambutan Hari Lahir My Nuha & My Nawfa 2023 & Dating Anniversary ke 20


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jom la kita spill gambar sekitar sambutan hari lahir My first born daughter dan my last born daughter untuk tahun ni. Mula-mula ingat nak buat sambutan weekend. Sebab tak ready lagi nak buat bouquet untuk my Nuha. Sekali my hubby tanya tak nak buat surprise ke. So kita surprisekan lah diri sendiri, siapkan bouquet untuk my Nuha, dan zass pergi kedai kek Ina Azlina Seksyen 7 belikan kek . Sekalikan terus untuk my Nawfa punya. 




Hasil kerastangan saya dan last minute. My nuha dapat airpod tipu-tipu. hahaha

My Nawfa punya hadiah. Tak dan nak gubah yang adik. Masuk terus dalam box dengan hadiah2 dia. 


Sekali kek terpenyek pulak tulisan. Kek tinggi dari kotak ke macam mana tak tahulah. Redha je lah nak. Buat rasa-rasa. Mujurlah sedap juga kek perasa coklat vanilla. Tapi banyak sangat icingnya. Dah tua-tua ni kurang pulak yang jenis banyak-banyak icing kan tapi habis jugak satu slice makan suap-suap dengan my hubby. hahaha. Sekali lah dengan Dating Anniversary kitorang yang ke. Berapa eh sayang? Tahun bila kita bercinta? hahahaha. Bongok kan dua-dua dah hilang ingatan. 2003 lah sayang. Aduhai. Tu pun boleh lupa. Kenal masa nak pergi praktikal kat JPN Pahang dulu.My hubby tolong carikan rumah sewa.Lepas tu hujung-hujung praktikal terjatuh cinta pulak. hahaha. Kisah 20 tahun lepas dah rupanya. Semoga kita saling berkasih sayang sampai syurga yer sayang. I love you much more than you imagine darling :*




Qutaibah telah mengkhabarkan kepada kami daripada Malik daripada 'Abdullah bin Abu Bakr daripada 'Abbad bin Tamim daripada 'Abdullah bin Zaid katanya; bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman yang ada di surga."



Monday, October 04, 2021

Sambutan Hari Lahir Nur Nuha Humayra & Nur Nawfa Haniyya 2021

Assalamualaikum . Hari ni kita throwback birthday dua lagi anak dara tahun ni . Bulan 8 special sket sebab ada 3 celebration la sepatutnya. Tarikh anniversary perkenalan saya dengan my hubby yang jatuh pada  2 Ogos jugak sama dengan birthday my first born daughter dan my last born daughter pun bulan Ogos iaitu 24 Ogos. Memandangkan sama je bulan Ogos, kita sekalikan je lah . Lagipun kami jugak yang sambut kan. Mak tengah diet ni kita makan kek sekali jelah. hahaha. Layan gambar sekitar birthday dua beradik ni. Meriah cara kami je. Alhamdulillah . 
























































Hot Air Baloon With Mini Cadbury Chocolate by @magicsurprise_byruhil


Kek by @modernecks




Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan…” (Surah Al Insyirah Ayat 5 hingga 6)



Thursday, May 14, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 - 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni nak cerita pasal sambungan kawalan pergerakan fasa 3- 4. Tak apa lah cerita backdate pun sebab pkp  pun disambung lagi sampai 9 Jun . Dalam fasa 3-4 dah masuk minggu di bulan Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang untuk berbuka dan berterawikh bersama keluarga kecil kami . Rutin kerja masih dari rumah untuk fasa 3-4. Anak-anak pun masih belajar dari rumah. Sepanjang puasa masuk hari ke 21 ni , masih gigih nak masak dan biasanya order kuih dengan group taman. Kadang-kadang buat kuih dengan anak-anak. Jom la tengok juadah berbuka puasa. Sama je lebih kurang menu macam hari biasa cuma ada tambahan dessert. Alhamdulillah, anak-anak pun ok berpuasa tahun ni sebab awal Ramadhan mak dah bagi gula-gula cakap nak belanja mainan kat Shopee. hahaha. Si Nayla siap buat wish list bagai .


Salam Nuzul Al Quran 


Sejak duduk rumah banyak makan si bongsu. Badan pun dah bulat.
 Semua yang mak masak dia makan especially macam mee dan spagetti. 


Aiskrim pun dah makan. Ni rembat mak punya


Cekodok pun fav . Opss . Seksi 


Sepanjang puasa boleh la solat terawikh berjemaah tapi biasanya Nayla sampai isyak je. Kakak je sampai abes terawikh


Yang si kecik tu mengacau je kerjanya . Orang takbir terus dia kuat-kuat Allah Akbar. hahaha


Dengan anak-anak dara mak 


Kucing pun terawikh 😅

Jom tengok dessert sepanjang Ramadhan 


Tok Aji Serban memang wajib la bulan puasa 


Ni karipap sardin


Bakar dalam air fryer je


Wadai Kepeng


Rasanya ni sebelum puasa 


Musim PKP ni Apam Balik pun boleh buat sendiri 


Boleh la setakat nak makan sendiri 


Cekodok makin hitam makin sedap


Kegagalan buat donut dulu telah terubat. hahaha


Ni my hubby punya. Perabiskan stok yang ada dalam stok beku . 30 nekbat terakhir. 


Agar-agar santan 


My signature dessert bulan puasa sebab my hubby tak suka agar plain


Kek ni my hubby beli sebab isteri craving nak makan kek. Dah buat dah kek milo sorang makan sebelum tu. hahaha


Sagu Gula Melaka request by My Nayla


Rasa sama je warna je berbeza. Hahaha


Onde-onde epic failed. Masin tang kelapa. Terlebih garam. hahaha. Yang ni my Nuha yang gentelkan. Mak siapkan adunan je. 


Roti John asal boleh. Sebab nak habiskan stok Roti Gardenia almost expired. 


Puding Karamel. Sedap sejuk-sejuk. Lama jugak tak buat


Puding Permata request by My Nayla jugak tapi sebenarnya dia nak makan coktail. sabar je la.


Memang gigih mak dia buat puding ni. First time buat macam ni. Renyah . 
Nak perabiskan pun mak sorang je sudahnya. 


Akok Kedut pun buat sendiri 


Guna acuan cara je. Acuan Kak Yat tak hantar2. hahaha. GPS Lost 


Sedap dari beli rupanya. hahaha. Angkat bakul 

Layan je lah juadah berbuka. Lauk pun dah berulang-rulang je pun 






Ikan Percik Bawal 


Kari Daging




Ayam Kurma lagi 



Sotong Stim Ala Thai 



Nasi kerabu 


Sambal Ikan Nasi Kerabu


Gigih nak makan. Buat Nasi Kerabu untuk satu 


Kari Kepala Ikan




Daging Bakar


Ada jugak beli. Nasi Arab D' Arab Cafe


Brownies order dari Safurara




Ayam Bakar Air Fryer






Siakap Stim


Stok Kerutuk terakhir


Ikan Bakar Air Fryer

Ok. Sampai sini dulu. Banyak gambar makanan je kan. hahahaha. 


Selamat berpuasa semua yer. Jom kejar 10 Ramadhan terakhir ! Jangan lupa amalkan doa dibawah yer


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)