Showing posts with label bday org. Show all posts
Showing posts with label bday org. Show all posts

Friday, August 11, 2023

Sambutan Hari Lahir My Nuha & My Nawfa 2023 & Dating Anniversary ke 20


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jom la kita spill gambar sekitar sambutan hari lahir My first born daughter dan my last born daughter untuk tahun ni. Mula-mula ingat nak buat sambutan weekend. Sebab tak ready lagi nak buat bouquet untuk my Nuha. Sekali my hubby tanya tak nak buat surprise ke. So kita surprisekan lah diri sendiri, siapkan bouquet untuk my Nuha, dan zass pergi kedai kek Ina Azlina Seksyen 7 belikan kek . Sekalikan terus untuk my Nawfa punya. 




Hasil kerastangan saya dan last minute. My nuha dapat airpod tipu-tipu. hahaha

My Nawfa punya hadiah. Tak dan nak gubah yang adik. Masuk terus dalam box dengan hadiah2 dia. 


Sekali kek terpenyek pulak tulisan. Kek tinggi dari kotak ke macam mana tak tahulah. Redha je lah nak. Buat rasa-rasa. Mujurlah sedap juga kek perasa coklat vanilla. Tapi banyak sangat icingnya. Dah tua-tua ni kurang pulak yang jenis banyak-banyak icing kan tapi habis jugak satu slice makan suap-suap dengan my hubby. hahaha. Sekali lah dengan Dating Anniversary kitorang yang ke. Berapa eh sayang? Tahun bila kita bercinta? hahahaha. Bongok kan dua-dua dah hilang ingatan. 2003 lah sayang. Aduhai. Tu pun boleh lupa. Kenal masa nak pergi praktikal kat JPN Pahang dulu.My hubby tolong carikan rumah sewa.Lepas tu hujung-hujung praktikal terjatuh cinta pulak. hahaha. Kisah 20 tahun lepas dah rupanya. Semoga kita saling berkasih sayang sampai syurga yer sayang. I love you much more than you imagine darling :*




Qutaibah telah mengkhabarkan kepada kami daripada Malik daripada 'Abdullah bin Abu Bakr daripada 'Abbad bin Tamim daripada 'Abdullah bin Zaid katanya; bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman yang ada di surga."



Friday, January 21, 2022

Sambutan Hari Lahir Nur Nayla Hazeeqa & My Hubby 2022

Assalamualaikum. Hari ni kita kasi throwback lah .Sambutan birthday my Nayla dan my hubby untuk tahun 2022. Birthday my Nayla biasa berkongsi dengan my hubby je lah. Layan gambar sekitar birthday dua beranak ni. Meriah cara kami je. Alhamdulillah . 

Sebenarnya preparation untuk birthday kali ni awal lagi buat sebab Hot Air Baloon With Ferrero Rocher Chocolate tu saya buat sendiri. hahaha. Save budget mak nak. Amatur kan. Lupa nak amik gambar close up. Kek memang request by my hubby. Nak makan kek Secret Recipe Chocolate Banana. Punya lama tak makan kek SR. Memang banyak lah dia makan kan. Berbaloi la beli. 

Hadiah my hubby tahun ni kita beli handphone yang sama je isteri terchenta baru adil. hahaha. Last beli handphone tahun bila ntah. Itulah my hubby. Selagi boleh pakai. Sebenarnya sama je perangai kami dua. Tukar pun sebab dah tak boleh nak install apps. hahaha. Skang dah bagi Nayla handphone nya ganti yang hilang hari tu. Nayla pulak macam-macam la hadiah dia dapat kan. Kena buat video kompilasi hadiah pulak nanti. hahaha




























Hot Air Baloon With Ferrero Rocher Chocolate by @elissmie


Kek Chocolate Banana by Secret Recipe Seksyen 7 


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Seorang hamba berkata: “Hartaku, hartaku!.” Sesungguhnya harta bagi seorang hamba ada tiga: “Yang dimakan maka akan dihabiskan, yang dipakai maka akan diusangkan atau yang diberikan (untuk kebajikan) maka akan tetap dimiliki, selain daripada itu akan lenyap dan akan ditinggalkan untuk orang lain.” (Riwayat Muslim, no. 2959)

Monday, October 04, 2021

Sambutan Hari Lahir Nur Nuha Humayra & Nur Nawfa Haniyya 2021

Assalamualaikum . Hari ni kita throwback birthday dua lagi anak dara tahun ni . Bulan 8 special sket sebab ada 3 celebration la sepatutnya. Tarikh anniversary perkenalan saya dengan my hubby yang jatuh pada  2 Ogos jugak sama dengan birthday my first born daughter dan my last born daughter pun bulan Ogos iaitu 24 Ogos. Memandangkan sama je bulan Ogos, kita sekalikan je lah . Lagipun kami jugak yang sambut kan. Mak tengah diet ni kita makan kek sekali jelah. hahaha. Layan gambar sekitar birthday dua beradik ni. Meriah cara kami je. Alhamdulillah . 
























































Hot Air Baloon With Mini Cadbury Chocolate by @magicsurprise_byruhil


Kek by @modernecks




Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan…” (Surah Al Insyirah Ayat 5 hingga 6)



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)