Aku ni dah tensen btol memikirkan nak raya ni..cuti tahun dah laa ada setengah hari lagi ni..lepas tu dateline nak submit tender lak 2hb..maybe postponed laa kan coz gvt..tapi yang masalahnya abang aku lak nak balik 29 hb..sanggup ker aku nak apply cuti 29-3 hb ni..aduhai...tolong..tolong..aku tak sanggup...angin lalu..sampaikan laa annual leave form aku kepadanya.....approvekan lah..approve kanlah...aku nak cuti..aku nak cuti(baca macam nyanyi lagi 4U2C)..adios asta la vista..vista angkasa........
Tuesday, December 19, 2006
Tuesday, December 05, 2006
Rindu Semakin Dekat.....
Ntah laa apa aku nak merapu hari ni pun aku tak tau..yang pasti aku rindu pada seseorang..yer..seseorang yang sudah tentu dan pastinya merindui aku saban detik dan ketika..hanyalah dia yang bertakhta dihatiku..Dialah Mohd Hizaami Bin Harun..Kepada insan yang bernama seperti tersebut ini dalam Icnya,ketahuilah betapa aku amat merindui dirimu..hanya dirimu yang tahu betapa hebat aku menyintaimu dan merinduimu...tak sabarnya nak balik terengganu..aku akan start cuti pada 30/12/2006 sehingga 3/1/2007.syoknya balik terengganu...sabarlah sayang aku pasti pulang.......
Saturday, December 02, 2006
Spageti peberet Aku...
Ok kwn²..Disini aku sertakan resepi spageti peberet aku..
Bahan-bahannya seperti dibawah ni yer...
500G DAGING KISAR (Biasanya ada dipasaraya²terpilih)
2 ULAS BAWANG PUTIH DICINCANG
3 LABU BAWANG BESAR-DIPOTONG DADU
1 TIN CENDAWAN BUTANG- DIPOTONG 2
I TIN PREGO KECIK(Kalu botol besar harga dier dlm RM11++,bleh buat untuk 15 orang mkn)
Cara-caranya teramatlah mudah...
REBUS SPAGETI BERSAMA 2 SUDU MINYAK MASAK DAN SESUDU GARAM SEHINGGA LEMBUT DAN TOSKAN. (Untuk mengelakkan spageti tu melekat tu pasal laa letak minyak sket,minyak zaitun pun boleh)
Untuk Kuahnya pula:
PANASKAN MINYAK, KEMUDIAN TUMIS BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH TADI SAMPAI GARING.(Jangan rentung plak..)
KEMUDIAN MASUKKAN LAH 1 TIN PREGO TADI.MASUKKAN PULAK DAGING KISAR.
BILA HAMPIR MASAK, BARULAH DIMASUKKAN CENDAWAN TADI YANG SIAP2 DIPOTONG.KALU LETAK SEBIJIK²MACAM TU KAN TERCEKIK PLAK.
BIARKAN KUAH MENJADI PEKAT.
SEDAP JIKA DITABUR SERBUK PHARMESAN CHESE SEBELUM DIMAKAN
Selamat Mencuba!!!Nak Sekali Pasti Nak Lagi..
Thursday, November 30, 2006
The Return Of Mega Sales...
Erm...aku pun tak tau laa mega sales ni aku nak beli aper..dalam kepala hotak aku just fikir mcm mana nak kumpul duit utk kawin jer..antar laa banyak mana phamplet untuk aku..bagi laa bergulung-gulung flyer kat aku..tampal la penuh kat dinding umah aku..iklan laa kat aku banyak mana sampai penuh satu newspaper,The Star ker The News Sraits Time ker,Berita Harian ker Tamil Nayan ker Nang Siang Pau ker..aper-aper la..kerana aku takkan teruja..takkan terpedaya.takkan..takkan..tidak..tidak..aku mesti katakan tidak pada semuanya...PERHATIAN KEPADA SEMUA KWN2 KU YANG BERADA DISEKITAR LEMBAH KLANG,KUALA LUMPUR DAN SEWAKTU DENGANNYA,AKU MERAYU PADA KORANG..JANGAN LAA AJAK AKU PEGI MEGA SALES..HUHUHUHUHU...AKU MESTI KUAT!!HEHEHEHE...
Wednesday, November 29, 2006
Gaji Oh Gaji...
Aku bengang btol la kat sorang ni..dah laa lembab..dier buat aku nyer gaji lambat..dier punya gaji awal2 lagi dah siap..bila aku tanya gaji aku mana dier bleh tanya aku balik,eh hari ni berapa haribulan??buat-buat bodoh..aku pun tak tau dier tuh bodoh atau memang bodoh.....so hari ni baru aku dpt gaji..29hb yang sepatutnya 27 hb..aku tengok dlm purse aku..ada 30 hinggit lagi ni..cukuplah floating cek aku tiga hari..10 hinggit sehari..erm..nasib badan..aku rasa mcm nak pegi bunuh orang jer ni..arghhhhhhhhh..tensen jer..buat keja pun tak semangat..
Sunday, November 26, 2006
Tender Oh Tender...
Aku baru jer tahu yang company aku nyer tender disqualified..mati laa aku mcm ni….aku jer yang ada kebarangkalian yang tinggi untuk mendisqualified kan tender yang company aku antar coz aku prepare dokumen-dokumen wajib untuk submit…ammmaa……appa…mati mcm ni…huhuhuhu…aku takut untuk menerima kenyataan tersebut..aduhai…nape laa aku bleh se-careless itu..ya btol..aku memang jenis yang careless..kalu tak,takkan ma aku pun ckp aku careless atau dlm bahasa ibunda aku, “terbolah”..Aku selalu marah kat abah aku bila dier cakap aku “terbolah”..tapi memang hakikatnya aku begitu…maafkan aku kwn² andainya gaji korang tak naik..atau gaji aku pun tak naik coz tak dpt tender tu especially branch yang kat sabah tuh..huhuhuhu…
Tuesday, November 07, 2006
Vista Angkasa...