Wednesday, October 14, 2026

Happiest 19th Anniversary Mr husbaby !


 

πŸ’œπŸ’ Happiest 19th Anniversary, Suamiku, Mr husbaby, Cinta Hatiku. 
.
19 tahun kita bersama… bukan perjalanan yang sentiasa sempurna, tetapi setiap suka duka menjadikan cinta ini semakin bermakna. Terima kasih Sayang kerana sudah bertahan sejauh ini bersama eliss. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup eliss. Cinta adalah apabila kita tetap bertahan saat keadaan sukar, tetap memaafkan saat hati terluka, tetap memilih untuk memahami saat kita berbeza pendapat, dan tetap pulang kepada satu sama lain disaat dunia terasa begitu melelahkan.πŸ’œ
.
Eliss tidak meminta perkahwinan yang sempurna. Eliss cuma berdoa agar Allah terus memelihara cinta kita, melapangkan rezeki kita, mengurniakan kesihatan yang baik, melindungi keluarga dan anak-anak kita, serta menjadikan setiap ujian sebagai jalan untuk kita semakin dekat kepada-Nya.πŸ’œ
.
Jika diberi peluang untuk mengulang segalanya, eliss tetap akan memilih Sayang, sekali lagi dan berkali-kali. Kerana daripada semua orang di dunia ini, Sayang tetap susuk yang eliss mahu temani hingga ke hujung usia.Terima kasih kerana menjadi rumah tempat hati eliss ingin pulang, walau sejauh mana pun perjalanan hidup membawa kita.πŸ’œ
.
Ya Allah, jika umur kami masih panjang, panjangkanlah dalam keberkatan. Jika langkah kami masih jauh, biarlah kami terus berjalan beriringan.  Dan apabila tiba waktunya kami kembali kepada-Mu, semoga Engkau menghimpunkan kami kembali di syurga-Mu, dalam cinta yang tidak lagi dipisahkan oleh waktu dan kematian πŸ€²πŸ»πŸ’œ
.
19 tahun berlalu, dan doa eliss masih sama — semoga bahagia sampai syurga. πŸ’œ♾️
.
Dulu, kini dan selamanya… tetap Sayang , tetap kita. 😘🌹


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)

Malaysia