Thursday, February 25, 2016

Kuih Nekbat, Kerabu Beka dan Fridge Magnet Istanbul dan Krabi

Sebenarnya stok kuih Nekbat kering ni memang ada dalam stok dari bulan puasa tapi saya frozenkan so boleh la dimakan bila ada orang teringin. My hubby demam hari tu dan terasa nak makan Nekbat. Terus isteri yang solehah (aaminn) ni sirakan untuk suami terchenta gitu kekdahnya.Nak sira mudah ajer. Bawah ni cara-caranya. Daun pandan tu saya guna yang frozen ajer , malas kekdahnya nak selalu buka pintu dapur , jadinya ambil banyak-banyak frozenkan , feeling-feeling duk oversea. Kalau tengok dalam peti sejuk beku tu, halia, lengkuas , kunyit, daun kari, daun limau purut semua ada. hahaha


Sira Nekbat

10 biji nekbat
500ml air
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih

Masak air dan gula hingga mendidih, masukkan daun pandan,cengkih dan nekbat.  Masak selama 6-8 minit ( saya punya stok frozen so lagi lama) , tutup periuk dengan penutup, kecilkan api dan biarkan air gula meresap ke dalam nekbat angkat dan siap di hidangkan.


Nekbat yang saya telah sira. Saya suka makan sejuk-sejuk . So letak dalam peti ais dulu. 
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur. credit : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_nekbat

Seterusnya resepi yang saya ingin kongsikan adalah Kerabu Beko . Beko ni nama dalam sebutan kelantan. Nama buku dia Beka. Nama saintifiknya Oroxylum indicum daripada keluarga tumbuhan bignoniaceae mempunyai pokok yang besar. Kat rumah my ma memang ada sepohon pokok beka ni dan tak lah besar mana lagi. Balik hari tu kebetulan ada sebiji ajer yang tinggal terus suruh my Ma buat kerabu. Sebelum ni memang my ma bakar dulu buahnya untuk lebih wangi sebelum buat kerabu tapi dia cuba tanpa bakar pun sedap jugak. So tak payah nak leceh sangat. Terus hiris halus-halus dan rebus untuk kurangkan rasa pahit dia. Tapi kalau tak ada beko, boleh buat kerabu tauge ke, terung ke, perut ke, jantung pisang ker dan macam-macam lagi. Teknik sama jer.

Kerabu Beko / Beka 

 Bahan-bahannya :

1 biji buah beko/beka yang sudah dihiris dan dicelur. 
3 biji cili padi
Kelapa parut
10 ekor Ikan Sardin/Selayang
Santan dari 1 biji kelapa
Lada Hitam
Bawang merah 6 biji
Gula dan garam secukup rasa 
Perahan limau nipis

Cara-caranya :

1) Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan dan tumbuk sedikit bersama garam dan gula
2 ) Ikan sardin/selayang direbus dan diambil isi sahaja untuk ditumbuk bersama bawang merah dan lada hitam [ bahan tumbuk]
3) Masukkan  bahan tumbuk kedalam periuk dan santan serta sedikit air. Biar sampai menggelegak sekejap, terus padam api.
4) Didalam mangkuk , gaulkan kelapa parut bersama beko dan cili padi dan yang dalam periuk tadi. Tambahkan sedikit perahan limau.


Tak sempat nak plating lagi . Dari dalam kuali terus gambarnya. Tengok terliur balik. hahaha

Kalau tak pernah tengok buah beka, inilah rupa yang belum lagi di masak.Kalu tengok buah beka ni memang teringat tali pinggang orang nak pergi haji tu kan.hehehe

FM Instabul dari ofiz mate my hubby
Istanbul is located in north-western Turkey within the Marmara Region on a total area of 5,343 square kilometers (2,063 sq mi).[c] The Bosphorus, which connects the Sea of Marmara to the Black Sea, divides the city into a European, Thracian side—comprising the historic and economic centers—and an Asian, Anatolian side. The city is further divided by the Golden Horn, a natural harbor bounding the peninsula where the former Byzantium and Constantinople were founded. The confluence of the Sea of Marmara, the Bosphorus, and the Golden Horn at the heart of present-day Istanbul has deterred attacking forces for thousands of years and remains a prominent feature of the city's landscape.[59]

Yang FM Krabi ni pun dari ofizmate my hubby. Terima kasih semua :) Bila nak pergi Krabi sayang ? Tabung RM5 tu dah nak penuh dah kan. hahahaha

Krabi Town (Thai: กระบี่) is the main town in the province of Krabi (thesaban mueang) on the west coast of southern Thailand at the mouth of the Krabi River where it empties in Phang Nga Bay. As of 2010 the town had a population of 52,867. The town is the capital of Krabi Province and Krabi District. Tourism is an important industry. Krabi is 783 km south of Bangkok by road.
Memasak mudah dah menyeronokkan bukan? Jom memasak !

  Adab Ketika Masuk ke Rumah Orang Lain
Daripada Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika kamu telah lakukan yang demikian, tetapi tidak ada jawapan maka hendaklah kamu balik.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 24, 2016

Nota Kasih Sayang Origami untuk Anak

Sebenarnya Nota Kasih Sayang ni hasil perkongsian idea dari Dr Maiza. Dulu pun berblog, skang dah tak kan? So saya tiru idea Dr Maiza untuk my Nuha dulu lagipun my Nayla masih tak reti membaca kan. My Nuha ni memang suka bagi saya hasil seni dia kat saya. Suruh bawa kat ofiz gitu dan tampal kat ofiz kekdahnya. Salah satunya pelapik gelas ni. Tapi macam Dr Maiza jugak, tak pernah nak balas kan. hahaha. Maka terhasil la Nota Kasih Sayang ini khas untuk my Nuha. 





Perkongsian dari fb Dr Maiza. 

So , misi diteruskan untuk my Nuha. Idea saya nak buat nota kasih sayang dalam bentuk origami . So saya google beberapa idea origami yang menarik kat sini untuk dikongsikan dengan korang. So bagi yang ada anak yang dah boleh membaca ni, boleh la cuba Nota Kasih Sayang ni. Kalau masih tak ada ada, untuk suami pun boleh ? hahahaha. Nak nak dekat gaji ni kan. Lalarikss..

Nota Kasih Sayang saya yang pertama untuk my Nuha beberapa hari lepas bentuk aiskrim 

Isi Nota Kasih Sayang yang pertama. Suka tengok ekspresi wajah dia terima kad tu dari saya. Esoknya dia tanya lagi bila nak buat kad untuk dia lagi. hahaha. Dah gian pulak. 
So hari ni saya buat Nota Kasih Sayang yang kedua. Belum bagi lagi ni.Tak ambil masa yang lama pun. Buat yang simple-simple ajer yang penting effort dan ikhlas dari hati kan :) 


Nota Kasih Sayang kedua saya buat  bentuk kucing. Terima kasih Rai untuk kertasnya..hehehe


Isi Nota Kasih Sayang yang kedua. 

Semalam my Nuha demam dan MC sehari so saya angkut pergi ofiz. Sekali dapat balasan Nota kasih Sayang jugak dari my Nuha. 

Saya yang buatkan origami tu tapi dia warnakan senyap-senyap dan selit kat beg saya :) 

Nota dari my Nuha..Nak tergelak pulak baca..anak oh anak..hehehe. Hilang stress mak nak..

Saya punya saya tampal kat peti ais kat rumah  :) 

Bawah ni beberapa idea origami yang korang guna kalau nak buat Nota Kasih Sayang versi origami macam saya ni. Selamat mencuba ! 


Origami aiskirm



Origami kucing 

Origami T-Shirt

Origami Katak 

Origami Cocktail Dress

'
Origami beruang

Korang pernah buat Nota Kasih Sayang untuk anak - anak ? 


Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya”.

Friday, February 19, 2016

Koleksi Terbaru Fridge Magnet dari Nestle

Koleksi terbaru fridge magnet dari Nestle ni dapat dari kafetaria kat ofiz ni. Beli mana-mana air dari mesin Nestle tu samada soya atau Milo dapatlah satu Fridge Magnet. Apa lagi, saya yang jarang sangat nak minum air soya atau milo ni pun terpaksa la beli demi mendapatkan 2 ketul fridge magnet tu. hahaha. Dah la air milo RM 2.20 , nasib la soya RM 1.50 jer.Demi 2 ketul fridge magnet. Air lain kat situ RM1.00 - RM 1.50 jer lah. Biasa beli kopi O baru RM 1.00. Tapi biasa sekali jer la minum belah pagi tapi ni lunch pun minum air manis. Fobia air manis tu tetap ada lagi. 


Hari pertama minum milo. Ad minum soya. Semalam saya minum soya dan Ad minum milo. Dua-dua gila fridge magnet. hahaha

Hasil rembatan kelmarin. Yang Milo saya punya. 


Hasil rembatan saya semalam. 

Koleksi fridge magnet saya yang tidak seberapa kat ofiz. Nasib la CPU bersaiz mini jer yang ada. Naim, kalau hang baca la kan, FM Ireland ko ke yang warna hijau tu, sila tuntut yer kalau datang Shah Alam..Nak bagi terus pun halal la yer ...hehehe

Korang ada koleksi Fridge Magnet kat ofiz? 

Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Tuesday, February 16, 2016

Sepetang beriadah di Pantai Paka, Terengganu

Hari ni rasa lemau lagi badan walaupun dah rehat dari kerja seminggu lebih. Macam tak cukup pulak cutinya. Hahaha. Perjalanan balik ke Terengganu yang dah lama kami tak alami iaitu perjalanan yang panjang macamkan LPT belum siap lagi. 10 jam baru sampai di rumah my Ma. Bertolak pukul 11 pagi sampainya 9 malam. Dari tol gombak ke Bentong yang setengah jam boleh sampai tu sampai 4 jam. 4 jam tu kalau pecut memang dah sampai Paka. My hubby siap nak patah balik sebab pening dan muntah kereta tersengguk-sengguk bergerak.  hahaha. 


Aktiviti biasa bila balik Terengganu haruslah beriadah di Pantai Paka. Beriadah la sangat. hahaha. Sebelum tu haruslah pekena Air Jagung atau keropok lekor kat warung kat situ. Lepas tu layankan my Nuha nak main pasir . Sekarang ombak tengah besar. So memang buat dek jer la kat laut yer. hahaha. Katanya bila malam, ombak siap sampai ke jalan. My Nuha meraung-raung tak nak jejak kaki kat pasir pun sebab takut tengok ombak. hahaha. Boleh tengok gambar ombak jahat  kat IG saya. Follow sekali yer :)  https://www.instagram.com/p/BBhQ--zvj2g/?taken-by=elissmie

Hari ketiga baru berani jejak kaki ke pasir my Nayla tu

Budak suka main pasir, my Nuha

Tengok kemain ceria my Nayla tu. 2 hari sebelum boleh tengok kat sini https://www.instagram.com/p/BBkE7Zfvj0O/?taken-by=elissmie

Dah main pasir dah tak layan orang nak amik gambar dah 

Gambar kaki dihiasi siput kat tepi pantai pun boleh :p

Selain main pasir, diorang kutip kulit kerang kat pantai

Bila isi dalam bekas kaca ni nampak comel dan boleh dijadikan buah tangan pulak kan

Berbackground kat pasir pantai. Boleh jual ni? hehehe

Yang ni berbackgroundkan cengkerang di pasir pantai

My hubby pun tolong sama kutip kulit kerang yang menarik

Dia yang paling seronok nampak

Haruslah diakhiri oleh gambar kami suami isteri 

Cubaan menandukkan isteri. hahaha kantoi

Dah tanduk kan isteri tak pandang kamera pulak

Sabar jer lah kan..layankan jer

Punya kuat angin, baju pun terbang..hehehe



Dalam pukul 7 malam beransur pulang ke rumah my MIL. Tengok budak merajuk tak nak balik yang tak pandang kamera tu. hahaha


Adik? Ada aku kesah? hahahaha

Berilah Walau Sedikit Pun
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”.


Korang dah pernah sampai ke Pantai Paka? 


Thursday, February 04, 2016

Harga Runtuh Jubah Amani , CalaQisya Shah Alam

Dah beberapa kali jugak pergi CalaQisya Shah Alam ni. Sebab memang aim nak beli kasut Orchid , CalaShoes tu tapi selalu warna yang nak tu tak ada. Yang saya minat warna pink atau purple gitu. Tapi pergi time tahu ada sales lah kan. RM50 jer pun sepasang. Kalau tak RM60. hahaha. Tu agaknya selalu tak ada warna idaman. 

Orchid idaman hati  - Credit https://www.instagram.com/thecalashoes/

Hari tu pergi lepas Aliff belanja makan Nasi Ayam Penyet AP kat sebelah CalaQisya dan kebetulan Zira dan Ad nak beli jubah, so masuk la dalam CalaQisya . Sekali amik kau, ada pulak sales Jubah Amani. Dah tiga-tiga beli jubah yang sama. RM50 jer pun. Harga asal RM159. Berbaloi baloi lah kan. Rugi pulak tak beli. Kira jubah yang paling murah la pernah beli setakat ni .Ingat dulu RM70 jubah Aqeela paling murah dah pernah beli kan. 



Saya amik saiz XL, ingat tak muat. Sekali try ok lah pulak.Biasa saiz baju 46-48. Kiranya cutting dia agak besar jugak la. Dan labuh sket kena alter lah. Saya tinggi 159cm.

Dah shopping haruslah bayar dulu kan

Bergambar dengan pintu masuk CalaQisya is a must :p

Semua pink kat sini termasuk pintu masuk. hehehe
Dah rasmi jubah baru ni masa Farewell untuk jabatan kitorang last week..hehehe. Tapi lupa nak amik gambar penuh. Nampak la sipi-sipi kan. Warna mint green gitu. 


Ni gambar model pakai . Cantik kan? Model pakai semua cantik..hahaha


Lagi satu gambar. Credit https://www.instagram.com/calaqisya/


Yang ni masih available kalau beli online, http://www.calaqisya.com/product_info.php?products_id=593

Korang dah pernah beli jubah di CalaQisya ? 


CalaQisya Shah Alam

7a Jalan Plumbum P7/P

Seksyen 7, 40000

Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 

Isnin- Sabtu : 9 pagi  - 6 petang

Tel :  03 55243987


Daripada an-Nawas bin Sam ‘an RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan yang bimbang dalam hati dan engkau tidak mahu perbuatan itu diketahui orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)