Assalamualaikum dan Selamat Petang. Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Komuniti Russell Taylors PC Users (Malaysia) pun dah berkembang.Ahli pun dah 2000 lebih. Sekarang bukan setakat Russell Taylors PC jer tapi ramai jugak yang share pasal Russell Taylors Air Fryer dan Bread Maker Russell Taylors yang lain. Teruja mak. Memang bikin nak beli jugak. Tunggu next birthday lah pulak kan. hahaha
Hari ni saya nak share Tips Untuk Hilangkan Bau yang tidak menyenangkan pada RTPC. Tips ni saya dah kongsikan pada FB group RTPC. So yang mana dah ada RTPC boleh la join yer. Kebiasannya, masa mula-mula dapat PC pengguna baru tanya apa yang perlu diorang buat dulu sebab pot RTPC ni stainless steel kan so dia akan ada bau besi. Biasanya bau ni tak melekat pun kat makanan tapi biasalah kan, tetap ada bau jugak kan. Tips ni pun boleh diaplikasi kepada semua jenama PC yang lain. Konsep lebih kurang sama jugak. Saya pun join group Philips untuk tengok resepi sebab bila kita dah tahu konsep memang amatlah mudah nak diaplikasi pada PC masing-masing.
Langkah-langkah :
1. Masukkan dua cawan air dan beberapa hirisan lemon / daun limau / limau nipis.
2. Onkan PC. Tutup penutup PC
3. Halakan valve ke seal / close
4. Tekan Steam , tekan pressure select dan simbol - dan setkan kepada P5.
Tunggu sehingga PC release sendiri. Tak perlu halakan valve ke exhaust/ open.
Selamat mencuba !
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie
Facebook: https://www.facebook.com/elissmie
Instagram: https://www.instagram.com/elissmie/
Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.
(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518)