Monday, May 29, 2017

Salam Ramadhan

Assalamualaikum. Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak !  Jom lipat gandakan ibadah bulan ini kerana pahala pun berlipat kali ganda . Hari tu masa tazkirah sebelum ramadhan Ustaz Firdaus ada kongsi supaya listkan doa apa yang kita ingin mohon kalau kita bertemu Lailatul Qadar dan doa tersebut boleh juga dibaca sepanjang berpuasa sebab antara doa yang mustajab adalah doa orang yang berpuasa dan paling baik 10 minit sebelum berbuka. In sya Allah. Sama-sama lah kita submit doa hari ini. Antara doa saya adalah masuk syurga tanpa hisab. Aaminn ya Allah.. Ramadhan , jangan kau cepat pergi..



Bagi yang masih berdiet kira kalori, boleh baca coretan lama saya :

Kalori 10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa buat semua pembaca elissmie.com dan semoga mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda  !

Friday, May 26, 2017

Shopping Online di HappyFresh & Dapat Cashback dari ShopBack Malaysia

Korang pernah dengar pasal Shopback? Shopback ni kira medium pengantara antara online shopping store. Yang best tu, bila korang shopping online dari mana-mana store yang ditawarkan Shopback, korang akan dapat pulangan wang tunai pulak dari Shopback. Tapi sebelum tu korang kena lah buat pendaftaran terlebih dahulu. Bukan setakat tu saja, korang refer kawan untuk pendaftaran pun dapat pulangan tunai juga tau iaitu sebanyak RM 5. Lepas tu kawan korang pulak shopping, dapat lagi pulangan tunai kat kita RM 5. Amboi berganda-ganda pulangan tunai dari Shopback kan. Teruja kan? 


Tak faham jugak, korang boleh tonton video kat atas ni. Cukup RM 10 dah boleh redeem !


Untuk pendaftaran , klik sini laju-laju 



Yang best tu, dalam Shopback siap ada yang jual barangan dapur. Yeay !! I love groceries shopping. My kind of therapy ok. Setiap bulan wajib  groceries shopping . Lagi mudah kalau di hujung jari kan.  Antara groceries store yang ada seperti HappyFresh, honestbee , Walmart dan Lazada . Pilih sahaja store kegemaran korang . 


Ni saya try masuk website HappyFresh . Pulangan tunai sehingga 5 %. Menarik kan?
Yang best tu siap ada kategori Produk Organik . Teruja betul tengok buah-buahan dan sayur-sayuran kat hujung jari ni. Selalu shopping kain baju jer, apa kata cuba groceries shopping pulak lepas ni.

honestbee pulak pulangan tunai sehingga 4%  . Farm to table gitu barangan kat dalam website honestbee ni. Semestinya bahan yang segar untuk menyedapkan masakan korang nanti


Nak lagi teruja ? Sekarang ni, Lazada sedang menawarkan lazada voucher tau. Sehingga 12 % pulangan tunai pulak tu. Rugi tak grab ni.

Dah habis teruja ? Belum lagi. Ni hah nak cakap Shopback sempena Hari Raya pulak . Boleh shopping keperluan hari raya dan dapat pulangan. Banyak brand yang terlibat. Boleh rambang mata dibuatnya. Antaranya termasuk barangan rumah, baju raya dengan jenama fashion designer terkenal,kasut raya, baragan elektrik dan makanan


Jangan terlepas tawaran dari Shopback Malaysia yer.  Untuk pendaftaran , klik sini laju-laju . Selamat bershopping dan menjana pulangan tunai !



Thursday, May 25, 2017

Chicken and Shrimp Siu Mai, Steamed Chinese Dumpling

Saya ni memang peminat makanan cina. Jatuh cinta makanan cina masa pertama kali cuba makan di Restoren Mohd Chan. Lepas tu rasanya hampir semua restoren halal cina saya cuba di sekitar Shah Alam ni. Yang paling saya suka semestinya dumpling. Sampai satu tahap nak makan sangat tapi susah sangat nak jumpa dumpling yang kena dengan tekak saya, saya belajar buat sendiri lah kan kasi puas hati. So dumpling saya ni saya adaptasi dari Siew Mai Dumpling. Kalau versi asal guna daging yang tak halal tu dan udang tapi versi saya mestilah guna ayam.

Bahan-bahan  :-

 2 ketul Ayam bahagian dada dicincang halus
10 ekor Udang dicincang halus
1 batang lobak merah dicincang halus
10 biji cendawan butang dicincang halus
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar garam
2 sudu oregano
2 sudu gula perang
2 sudu lada hitam
1 biji telur 
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu sos tiram
1 inci halia dicincang halus
1 ulas bawang besar holland  dicincang halus

Kulit dumpling / Kulit Popia

Seelok-eloknya bahan-bahan ni diblend guna food processor tapi saya guna blender biasa je so saya tambah minyak untuk gerakkan blender so adunan dia agak lembik sedikit. Lepas tu saya tengok youtube ada yang cincang macam tu jer. So saya cincang pulak. Sebenarnya dah banyak kali saya buat, hasil dia lebih kurang sama jer . Terpulang la pada korang nak buat macam mana samaada nak cincang, guna blender atau food processor.

Dah ada isi, boleh la mula membalut. Ikut suka korang lah nak balut macam mana. Tapi kalau Siu Mai sepatutnya isi terbuka kat atas tu. Tapi guna kulit popia memang tak jadi nak buat macam tu kecuali guna kulit dumpling.  

Ni masa awal-awal dulu tak tahu ada jual kulit dumpling. Sebab nak makan sangat saya guna kulit popia. Pun licin banyak ni. Nasib semua suka makan dumpling. 

Ni bila dah tahu ada jual Kulit Dumpling. Yang ni jenama KG Pastry, RM 2 lebih 

Yang ni jenama Lo Sam pun sama RM 2 lebih tapi rasanya yang KG Pastry lagi banyak keping. Tak tulis pulak berapa keping kat situ. Tapi berat sama jer 200 gram.


Janji boleh makan, rupa tak comel pun lantak . hahaha


Hari tu jumpa pulak Siu Mai Dumpling kat Checker jenama Sri Mas, RM 10 untuk 16 pcs. Sedap jugak . 


Ni saya buat untuk Zira yang mengidam. hahaha

Close up sket. Yang saya punya yang ada carrot kat atas, yang beli ada telur ikan. hehe


Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, May 19, 2017

Kira Kalori Makanan Guna Template Excel Sedia Ada

Assalamualaikum semua ! Salam Jumaat yang barakah. Biasa hari jumaat jer JJCM @ elissmie. Tapi hari ni sebab dah insaf, kita share pasal Diet Kira Kalori. Hari ni hari kedua saya kembali mengira kalori setelah dua bulan berada di tahap plateau dimana berat tidak naik dan tidak turun sebab saya seimbangkan makan dengan puasa isnin khamis tanpa workout. hahaha. Kali ni semangat sket sebab ada geng diet walau 2 ketul jer, dengan sahabat baik zaman sekolah saya, Ana atau saya lebih suka panggil Mek Na. Mati saya kena kecam ni . hahaha. larikss..


Ni gambar kitorang pada tahun 2009 dan 2012. Tahun-tahun berikut tu tak payah cerita la. Sama-sama mengecil kami ni. hahaha .Kali ni saya teruskan diet kira kalori saya seperti sebelum ni. Dulu saya target 1KG seminggu. Memang setiap hari workout. Kali ni saya target workout 2 kali seminggu iaitu hari weekend so target saya 500 kcal dikurangkan setiap hari. Ingat nak zumba balik. 

Berbalik kepada topik asal pasal Kira Kalori Makanan Guna Template Excel sedia ada tu. Saya baru tahu minggu lepas bila saya nak buat kiraan untuk jadual pemakanan untuk Ana. So daripada manual kira, lagi semangat nak kira kalau ada yang pemudah cara. So bila nak guna excel tu, korang klik pada New. Lepas tu search template , meal plan. So pilih Meal planner. 



So ni lah yang terpapar. So kalau korang nak masukkan sendiri makanan yang lain, klik pada Setup tu. Untuk diet kira kalori, korang bahagikan potion tu kepada beberapa bahagian. So dalam ni dia bahagi siap-siap 4 kategori. Masukkan jumlah yang dikehendaki.
Bawah ni yang saya masukkan sendiri. Korang boleh rujuk website kat bawah.

http://www.fatsecret.co.id/
http://sususejat.com/cal/food_calorie_list_2.pdf
http://www.kalorimakanan.com/

http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/makan/panduannilai_kalori_2.pdf



So nak key in pergi ke Mon. Dia Kat situ korang masukkan lah apa yang korang dah makan tu .


Close up sket. Dia ada  drop down tu , so pilih makanan yang korang makan, automatik maklumat akan terpapar cuma korang kena masukkan ruangan Serv tu jer. Takkan pulak excel tu tahu apa yang korang makan pulak kan. hahaha


Kat sini la korang boleh nampak terlebih makan atau terkurang makan. Target 400 jer kalori untuk dinner sebab puasa bantai sampai 735. Kena top up lagi  makan merapu kan nak bagi cukup kalori. hahaha . Tak boleh makan kurang dari BMR yer. 

BMR saya : 1385 kcal
DCR  : 1904 kcal
mDCR : 1904- 500 kcal = 1404 kcal
Untuk turun 1 KG =  7700 kcal perlu dibuang 
7700/500 = 15 hari yang diperlukan untuk buang 1 KG . So kita tunggu result 2 minggu lagi yer . 
Patut lah berat saya tak turun tak naik rupanya BMR dan DCR dah sedikit. Memang kena workout ! hahaha. Tak sedar diri betul selama 3 bulan ni. 

Berat saya terkini : 18/5/2017 - Jumlah yang ingin dikurangkan 9.5 KG

Korang dah timbang berat badan ker ? Ada penurunan tak ? Jom sama-sama #misikurussihat #misikurusraya #misikuruscantik #semogaistiqamah


Dari Thariq bin Asy-yam r.a., katanya: "Seseorang itu apabila masuk Islam, lalu Nabi s.a.w. mengajarkan shalat padanya, kemudian orang itu diperintah supaya berdoa dengan kalimat-kalimat ini - yang artinya: Ya Allah, berikanlah kepada saya pengampunan, kerahmatan, petunjuk, kesihatan dan rezeki."
(Riwayat Muslim)

Friday, May 12, 2017

5 Aktiviti Menarik di Sabah #MYTravelAdventure

Hari ni nak tulis pasal pengalaman melancong dalam Malaysia. Pengalaman paling berharga adalah ke Sabah. Harus kena ulang lagi sebab masa kitorang pergi tahun 2015 dulu, gempa bumi baru jer berlaku , so banyak tempat yang kitorang tak dapat cover. Semoga ada rezeki lain kali , boleh pergi sekali lagi. Sekarang saya nak kongsikan antara 5 aktiviti menarik yang wajib korang buat apabila berkunjung ke Sabah. Apa-apa , jangan lupa booking hotel dulu , nak mudah booking ajer dengan Traveloka. Dulu kitorang stay kat Grand Borneo Hotel yang terletak dalam 1Borneo Hypermall, pusat membeli-belah terbesar di Sabah. Cuma 30 minit dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu. 

Berikut adalah 5 Aktiviti Menarik di Sabah yang korang perlu cuba : 



1) Snorkeling di Pulau-pulau sekitar Sabah

Ini yang paling menggamit kenangan sekali bila berpeluang ke Sabah. Memang Sabah terkenal dengan pulau-pulau yang cantik. Pasir putih dan air yang membiru. Pengalaman snorkeling yang mengujakan apabila melihat batu karang dan ikan yang bewarna warni . Siapa yang suka scuba, aktiviti tu pun boleh dilakukan di pulau sekitar  Sabah.  Antara pulau-pulau yang menarik yang saya sempat lawati adalah Pulau Manukan dan Pulau Sapi .





2) Makan Makanan Laut di Dataran Todak

Sabah ni boleh dikatakan syurga makanan laut. Siapa yang tak suka makan makanan laut di Sabah sangatlah rugi. Sebab makanan laut kat sini , dah la segar malah harga pun murah berbanding Semenanjung. Tak menyesal cuba lobster yang sedap tu. Sekali sekala dapat makan kan. Antara tempat makan yang wajib korang kunjungi adalah Dataran Todak. Pilih sahaja makanan laut yang korang suka dan masak masakan yang korang gemari. Bagi saya, Lobster Cili yang paling win. 


3) Menyaksikan Pertujukan Buaya dan beri buaya makan di Taman Buaya Tuaran


Kat Taman Buaya Tuaran, kami sempat menyaksikan Pertunjukan Buaya.  Suatu pengalaman yang mengujakan tatkala melihat aksi pekerja di Taman Buaya Tuara berjaya baring dan mencium  buaya . Tapi jangan korang cuba pulak aksi mereka yer. Mestilah diorang sudah menjadi penjinak buaya terlatih. Bukan itu saja, kat sini pun korang berpeluang memberi buaya makan makanan yang disediakan oleh pihak Taman Buaya Tuaran. 




4) Beli Cenderahati di Pasar Kraftangan , Pasar Malam Kampung Air dan Pasar Ikan Masin


Wajib beli cenderahati bila melancong kan untuk kawan-kawan dan diri sendiri tanda kenangan pernah datang ke Sabah. Tempat yang sesuai untuk beli barangan cenderahati seperti keychain, gelang mutiara ada 2 pilihan samada di Pasar Kraftangan atau Pasar Malam Kampung Air.  Untuk beli ikan masin atau ikan bilis sabah adalah di Pasar Ikan Masin. Korang boleh request untuk dibungkus terus dan senang nak bawa ke lapangan terbang.




5) Melawat Rumah Terbalik Sabah


Penutup jalan-jalan di Sabah , tak sah kalau tak singgah di Rumah Terbalik Sabah. Tapi gambar tidak boleh dirakam di dalam Rumah Terbalik ni. So kalau korang nak tengok apa yang terbalik dalam rumah tu, korang kena pergi sendiri lah nampaknya. Selain itu, dalam rumah tersebut juga ada Muzium 3D. Kat dalam ni korang boleh bergambar sampai lebam. Kat luar rumah terbalik pun ada juga tempat yang boleh bergambar kenangan tanda korang sudah sampai di Rumah Terbalik Sabah. 


#MYTravelAdventure – What’s your local travel story?



Join #TravelokaMY today in this #MyTravelAdventure and tell the world your local Malaysian travel story. How to join? Find out here.

Thursday, May 11, 2017

Pemborong Barangan Perkahwinan,GM Klang

Ni cerita tak tahu lah berapa minggu lepas ni. Masa tu Nina, anak buah my hubby datang rumah. Kebetulan dia nak cari barang-barang yang masih tak cukup untuk dia nak deko hantaran dia .Dia nak nikah bulan Ogos nanti.  Mula-mula kitorang cari kat kedai barang perkahwinan Jalan Meru tu tapi tak ada . So lajak terus lah ke GM Klang esoknya. Pemborong Barangan Perkahwinan kat GM Klang ni yang kat sebelah bangunan GM Plaza tu kat blok C. So senang, tak perlu bersesak kat dalam.Lama gila tak pergi GM Klang. Kali terakhir pun dah tak ingat bila. 



Sekarang ni bermula 1 April 2017 waktu operasi  untuk Blok C sahaja bermula 10 pagi sampai 10 malam. Yang mana nak cari barang perkahwinan tu boleh la shopping sampai lebam. hahaha

Sebelum tu nak menggamit nostalgia dulu la. Rasanya tak pernah lagi tayang hantaran kitorang kahwin dulu dalam blog ni. Cerita 10 tahun lepas ni. Lantak lah kan. Dah belog saya. Hantaran kahwin kitorang, saya dan Kak Long yang buat untuk dua-dua pihak. Terima kasih Kak Long, tak terbalas jasamu. 

 Yang ni untuk sebelah pihak lelaki . Tema coklat hijau. 


Yang ni guna kotak gabus yang dibalut kain organza. Hantaran dari pihak my hubby . Teman purple. Haruslah mak yang pilih semua tema. #nostalgianya

Ok la, kembali ke alam realiti. Kat GM Plaza tu memang dah aim dah apa yang kami nak beli. Sekarang ni kotak kayu untuk hantaran memang tengah in. Tak silap dalam RM 8 satu kotak tapi Nina dah beli awal-awal lagi. Murah dari GM Plaza dia dapat beli online. So kami cari bahan untuk deko kotak tu seperti rumput hiasan, kertas guni, riben dan bunga . Kami pergi dua buah kedai kat dalam tu. Kedai pertama adalah Pemborong Sarang Hae Yo. Peminat K Pop gamaknya owner ni. Dalam tu kitorang beli bunga, kertas guni dan riben. Memang rambang mata . 


Ni antara bunga yang menjadi pilihan . Tips nak pilih bunga, amik gambar bunga tersebut. Tengok yang mana menyerlah yang tu kami pilih. hahaha. Macam pakar sangat . 

Sempat lagi bergambar dalam ni . 


Cantiknya bunga bulat-bulat ni. Saya berkenan betul letak kat rumah tapi my hubby tak gemar bunga plastik. Bunga hidup pun tak pernah beli. Sadiss....

My Nuha dan My Nayla..Kemain posing anak-anak dara mak 

Nina dan puteri-puteri mak. Yang Nayla pegang tu kain guni. Harga lupa lah pulak. Banyak warna kain guni ni rupanya. Bukan warna guni biasa tu ajer. Yang ni coklat gelap yang Nina pilih. 


My nyawa 

 Lepas dah settle kedai pertama,my hubby bawa anak-anak pergi minum kat situ. Diorang dah start mengarut lah kan sebab lama kami duk belek bunga. hahaha. Sampai mak yang tak ada kena mengena ni pun rambang mata. Semua nampak cantik. Last-last my hubby masuk campur, dia pun sekali tolong pilih bunga.Tak sangka laki mak ada bakat jadi pak andam. hahaha. Lariksss...Kat kedai pertama tak jumpa rumput hantaran.So kami pergi ke kedai kedua iaitu Bagus Setempat Sdn Bhd . Sini ada, satu keping tak silap RM 9. 

Bawak ni idea dekorasi yang Nina nak buat lah untuk hantaran dia nanti. Kotak, bunga dan rumput. 


Yang ni idea dekorasi menggunakan kotak, kertas guni, dan bunga. 



Ada ker yang tengah mencari barangan perkahwinan tu? Semoga sharing hari ini bermanfaat dan urusan korang dipermudahkan. Memang jimat kalau DIY berbanding beli yang dah siap tau :) 


Pemborong Sarang Hae Yo : 

P6, Pavilion 6, Block C, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor

Bagus Setempat Sdn Bhd :

P1-17, Pavilion 13, Block C, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor


Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Bukanlah kaya itu dengan sebab banyak harta benda, tetapi kaya itu ialah kaya jiwa.”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Friday, May 05, 2017

Kedai Makan Fei & Ali by Foodsbury , Seksyen 9 , Shah Alam

Lama tak bersiaran. Asal bersiaran ajer pasal makan. Mau tak glemer pasal JJCM@elissmie kan. Hari ni gambar-gambar dibawakan oleh iphone. haha. Kasi korang terliur lebih. Tahun 2017, haruslah dimulakan dengan Ida macam biasa. Lahir bulan April katakan. Apapun, Selamat Hari Lahir Ida, Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberi rahmat dan kasih sayang oleh Allah dan sentiasa berjaya dalam setiap apa yang dilakukan :) 

Hari ni Ida belanja kitorang di kedai makan area Seksyen 9 iaitu Kedai Makan Fei & Ali. Sebelah Foodsburry bagi yang pernah pergi. Satu lot kedai kecik saja, so sila datang dalam kumpulan kecil. Kalau ramai kena booking dulu lah agaknya yer. 




Bergambar depan kedai dulu



Harus bergambar dengan birthday girl




Geng pakatan hari lahir. peace yo!




Kak Ema dan Ad




Kami lagi



#feidanali



Tengok Menu dulu


Klik untuk pembesaran berganda


Western Platter RM 52
Yang part ayam tu tak masak pada mulanya, dan diorang tukar ayam baru lepas tu. Paling sedap Lamb skewer dalam tu :) Peminat kambing..haha



All Time Favourite Nachos RM 9.90



Kak Ema dan Ad order Gamberoni Pasta RM 16.90


Saya order Beef Teriyaki with Special Olio RM 15.90 

 

Jemput tengok ! Yang Ida punya , nasib nampak jugak sipi-sipi..haha


 Overal , Ambience 3/5 bintang , Servis 4/5 yeay dan Food 3/5 yums !!!

Facebook : https://www.facebook.com/fei.dan.ali/
Instagram : https://www.instagram.com/fei.dan.ali/

Address : Kedai Makan Fei & Ali, 
Wisma Faiz Azrina, 
No. 22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, 
Seksyen 9, Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia


feidanali@gmail.com 017-6349190 (whatsapp only) 
Waktu perniagaan : Selasa- Khamis  7.30 malam -10.30 malam 
// Jumaat - Ahad12 tengah hari -3 petang & 7.30 malam -10.30 malam 

Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)