Friday, January 29, 2010

Lelaki sejati sahaja suka kereta?

Lelaki sejati sahaja suka kereta? Itu auta sahaja.Jangan marah ok!Tajuk jer gempak.Tapi sebenarnya aku nak jawab tag yang ada kena mengena jugak sikit dengan kereta.hehehe

 [gambar Fah*rin disini]

Lelaki sejati macam ni ker?Mulalah aku nak nyanyi lagu superman!hahahaha.
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku
p/s: [gambar Fah*rin disini] -tengok entry INI.hahahaha sekali lagi.

Ni nak jawab tag dari BULLET.Kang dia mai tembak aku plak.Dah macam Ah Long pulak ko ni yer nak tembak-tembak orang!hehehe..lariks


1) Where is your cell phone?

- atas meja ni hah, apsal ? ko nak tukar hp ko ngan akak ker?akak nak i-phone sebijik tau!

2) Relationship?
- In relationship :) ibu gemok kepada seorang anak dan suami yang hensem yang gemok jugak.

3) Your hair?

- ada , boleh gadai ker?

4) work?
- keje aku adalah merenung coding sampai menjadi satu sistem, hebat bukan? bukan :p

5) Your sisters?
- kakak ipar jer ada 2 orang.Adik ipar, Insya Allah, coming soon!

6) Your favorite thing?
- my cash money.hahahahaha mata duitan seh!

7) Your dream last night?
- tak sempat nak mimpi, badan letih.selepas melakukan aktiviti senaman.hahaha.larikss.

8) Your favorite drink?
- air teh ais, milo ais

9) Your dreamcar?
All time peberet- mestilah lotus elise yer dak!!

10) Your shoes?
-tak suka pakai kasut.Ada sepasang kasut sport dan kasut utk hantaran kawen jer.

11) Your fears?
- Sama macam ko jugak la , Allah S.W.T yang paling utama...takut yang biase2 ni, takut hantu kot tapi tak pernah jumpa dan tak mau jumpa dan kehilangan orang yang tersayang.

12) What do you want to be in 10 years?
- kat mana yer kita erk Sayang? hahahaha.Siap tanya suami plak.sila jawab ya bagi pihak isteri.

13) Who did you hang out with last weekend?
- Geng Mombloggersplanet yang rock the world la!!

14) What are you not good at?
- parking kereta :P

15) One of your wish list items?
-Nak rumah sebijik

16) Where you grew up?
- Dibesarkan di Terengganu

17) Last thing you did?
-Baru lepas ngadap User Acceptance Test Script yang akan di fotostat 50 copies!

18) What are you wearing?
- tak pakai apa-apa.hahahaha.larikss..baju kurung la , hari ni kang jumaat.

19) What aren’t you wearing?
- singlet.hahahaha

20) Your pet?
- NA

21) Your computer?
- pc ofiz, Hp!

22) Your life?
-Alhamdulillah , bahagia.

23) Missing?
- my late grandmother

24) What are you thinking about right now?
- tengah tunggu seseorang yang tak sampai lagi, dah terberanak ker dia?

25) Your car?
tadak kereta tapi duk lunyaikan kereta my hubby jer la hari -hari :)
me with my Cinta Bersulam Rindu
p/s: masa ni kat pantai kemasik dating.hahahaha.ni sebelum kawen :p

26) Your kitchen?


- ni dapur rumah sewa tapi saya sangat suka.

27) Your favorite color?
- merah, pink, purple

28) Last time you laughed?
-gelak dan aku tak boleh dipisahkan , macam mana?

29) Last time you cried?
- bila erk? sudah lupa!

31) Love?
- my darling hubby and my sweet daughter & families

P/S:
Nak tag sesiapa yang tinggal komen semalam kat ENTRY ni, hahahaha.lariksss

P/S:
Lemau badan aku rasanya sebab tak dapat nak blogwalking dan tinggal jejak.1/2 dan 2/2 ni ada testing utk user try guna sistem yang aku joint venture bangunkan dengan vendor, rasa macam nak beranak sulung nervousnya ok!!Next week Insya Allah akan bersiaran seperti biasa dan tinggal komen dan reply komen pada belog!

Teruskan meninggalkan komen! Mungkin anda seorang yang bertuah!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Thursday, January 28, 2010

Memasak pun dapat CUTI?

Memasak adalah hobi aku!Ini seriyes. Tapi sekali sekala makan kat luar contohnya bila dapat gaji atau pada hari -hari istimewa adalah perkara yang membahagiakan bagi isteri yer suami-suami sekalian.hehehe
Dan malam tadi, my hubby bagi CUTI memasak.Jangan jelez :)
Bukan dia yang kena memasak, tapi kami makan kat kedai ler.hiks


Orang yang bertanggungjawab bagi cuti memasak :), my hubby la.


all time tukang sepah meja :), my Nuha





Menu:Nasi Putih+ Ikan siakap 3 rasa+ telur bungkus+ kailan ikan masin+Kerabu Udang+Teh Ais+Sambal belacan
Tempat: Restoren Shid Seafood, Padang Jawa (all time peberet)
Harga: RM40++

Alhamdulillah, kenyang dan bertambah nasi.huhuhu.macam mana diet kita ni bang? Ni malam last OK makan nasi waktu malam :P

Selain memasak, hobi aku adalah membaca.Selain membaca belog, aku suka gak baca buku.



Ni buku yang aku selalu duk baca bulan-bulan.Start baca masa mengandungkan My Nuha sampai sekarang.



Ni buku yang first time beli, sebab Kak Diana kata ada muka dia :) Mahal seh dapur dia, keseluruhan 40K kalo tak silap.Kalo salah, tolong betulkan yer Kak Di.hehehe

 Pagi tadi, aku belek-belek[tak sempat baca lagi], terjumpa barangan IKEA, ni hah.Pengupas bawang putih.p.s: Semua nak mudah zaman skang ni kang.Meh bayar aku RM25 aku kupaskan bawang putih korang seumur hidup.hahahaha



Pengupas bawang putih.
Info Produk: Harga :RM25



Ni buku yang my hubby beli tapi sampai saat ini aku tak sempat lagi baca.Beli sebelum my Nuha keluar lagi.Agaknya, Nuha dulu sempat baca sebelum aku habis baca.hahaha

Korang ada hobi membaca tak?Ni hah, ada Karnival Karangkraf 2010 seperti yang tertera kat bawah ni :)



Tarikh: 29 Januari 2010 - 1 Februari 2010
Masa: 9.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat: Perkarangan Kompleks, Kumpulan Karangkraf S/B,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, 40200 Shah Alam Selangor
Diskaun hebat Alaf 21: 30%

Amalkan budaya suka membaca ok!!


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Wednesday, January 27, 2010

Kehadapan Cik Jiranku Yang Sengal

Kehadapan Cik Jiranku Yang Sengal,

Apsal ko selalu tumbuk sambal malam-malam buta dan pagi-pagi buta?
Aku harap ko tak buasir sebab selalu sangat makan sambal.
Berdengung ok telinga ni setiap kali ko tumbuk sambal.
Kalo sekali sekala tak per la.
Ni hari-hari ko tumbuk sambal.
Ko nak aku tumbuk ko ker? hahaha.[gurau-gurau manja jer]
Nape lah tak alas dengan kain!
Ingat lah , jiran ko yang kat bawah ni sama, semasa ko sedang menumbuk sambal tu.
Aku report polis kang! [sket-sket saman, sket-sket report polis]

Yang ikhlas tapi jauh,

Jiran yang tak tahan bunyi tumbuk sambal tanpa alas




Ini sambal belacan tanpa belacan yang aku tumbuk malam tadi.
Seriyes.Sebab stok belacan sudah habis kat rumah aku.hehehe




Kalo jiran macho macam ni tumbuk sambal tak per, akak tak berani nak saman! hahahaha
Ni mesti kalo tumbuk sambal pun sure meleleh air mata kan!
opss..[gurau-gurau manja jer] jangan saman akak erk..hehehehe

 Pengukus buatan sendiri

Ni aku nak berkongsi tips memasak lagi sekali, tak kisah laa bukan chef pun.Zaman dulu-dulu kan, sebelum aku beli pengukus, korang tau dak, apa yang aku buat bila nak kukus makanan? Biasanya dengan pengukus ni, aku kukus pau yang frozen tu la dan panaskan kuih-kuih semalam atau lauk contoh ayam goreng kfc .hehehe[sebab tadak microwave :P]

Alatan yang perlu :-

1) Bekas pengukus yang berlubang-lubang yang datang sekali bila kita membeli rice cooker.Dalam periuk nasi pun boleh kukus jugak tapi lambat sket aku rasa.hehehe

2) Periuk dan tudung periuk yang bersaiz sama dengan bekas pengukus yang berlubang-lubang tu.



Dari pandangan sisi



Dari pandangan atas

Senang bukan? Bukan alasan lagi untuk tidak mengukus! hehehe.Selamat mencuba yer kawan-kawan!
Mengukus makanan menyihatkan ok! sebab tanpa perlu minyak.



Bayangkan seekor ikan stim limau atau asam boi diatasnya.hehehehe

p/s: Sesiapa yang nak tengok video budak makan sambil tido, boleh lihat SINI :)



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Monday, January 25, 2010

MBP Rock The World!!!

Salam semua.Hari ini hari ISNIN.So mood kena ceria.Permulaan hari bekerja kan setelah bersenang lenang di kala hujung minggu!

Hari Ahad, aku , my hubby & my Nuha pergi MBP gathering tu.Kemain lagi awalnya aku mangun.Kul 610 bangun hari ahad adalah sesuatu yang mengagumkan la.Selalu lepas subuh kami tido balik.Tak elok diamalkan mak aku cakap, nanti tertutup pintu rezeki.huhuhu Tapi ni, aku mangun masak lepas solat ko.
Mesti nak tunjuk gambar makanan la ni kan.

Sila la tahan nafsu anda sekarang bagi yang berpuasa, kalo yang tak berpuasa pergi la breakfast dulu [PAUSE]!!!

Lepas makan, baca entry ni balik yer :P hehehe

Kami datang lambat padahal dah turun rumah pukul 8 sebab tersesat barat ke Kedai Kopi lain.huhuhu.Rupanya kedai kopi ada 2 tempat di Shah Alam ni.Seb baik Long aku ada! Leh aku suh dia baca email dan amik no telefon committe, iaitu Jiji.hahahaha.



Ini yang aku masak for that day!
Menu: Mee Lidi Goreng + Keropok



Me , My hubby, My Nuha





Aktiviti yang my Nuha join! Aku tak join apa-apa, dah la lucky draw, I'm Not So Lucky!! huhuhu
 Seb baik ada goodies bag! Ada perfumes jugak :) Tq all the sponsors!



Dan sesi bergambar ramai-ramai[INI aku curi dari  Azza :P]
cuba carik mana aku & family!


Dengan founder MBP, siapa lagi Kak Ros 


Me with Iem, me tak perasan memula tu.nampak baby baru ingat.hahahaha


Me with Nia, 2nd time jumpa, kali ni baru dapat gambr tapi x dak baby la plak!



Me with Mommy Lina, 2nd time kita jumpa.seronok dapat kecek kelate!



Me with Oli, dia cam aku sebab aku cakap dia yang bagi hair band kat aku hari tu :P



 Me with  Mel, tanya kat wan mana ko hari tu :P


Me with Ena, aku cam ko kan tapi ko tak cam aku.hikss


Me with Mama Aqish, sama2 tersesat ke Kedai Kopi1 :P




Ian dah tido , nuha dah cranky! so here me with Jiey


Me with Jiji, officially jumpa kan tapi tak borak sangat kan sebab korang bz jer nampak nya kan!



Me with Azza (akhirnya bergambar jugak, tapi nape me nganga lak dah.huhuhu)


Me With Shila



 Me with Sumijelly


Me with Hanz


Me with Watie




Akhirnya Nuha meets Nuha :)Aik, rupanya, gambar ai dengan you Liya,dalam kat kamera you ker?hehehe.nanti ai cilok ok!
Mana me with Farah? Kita tak amik gambar berdua!!! aduhai.Maybe ada next time kan!Harap ada next time tu.huhuhu.Dengan Juan pun tak sempat amik gambar.Semua comittee bz as a bee :P MC of the day :) Dengan BabyIbu, Liyana pun tengok dari jauh jer..huhuhu.
Dan dapat kawan baru jugak :) Fatin, dan ramai lagi yang tak tertegur bad me bad me :(

Lagi, cerita menarik DI SINI :)officially punya belog MBP la kan.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Friday, January 22, 2010

Mengandung lah pulak?



Bukan aku lah weh yang mengandung!! hahahaha.Tu Puteri Liyana atau O-Mei (ingatkan chomel :P rupanya nama siam) dalam Slot Akasia Terbaru TV3 tuhhh, Na-O-Mei. Setiap Isnin-Khamis jam 6.30 Petang .Terlayan lah pulak! Syok plak layan citer ni almaklomlah, rumah aku tadak astro asteruk, layan TV3 jer lah.huhuhuhu

Tahniah kepada semua sahabat yang selamat melahirkan baby , Bie, Aween, Isteri Haffizae dan Azlin.
Yang tengah tunggu turn pun ada, Sharina, my bozz &  Kak Yan my degree mate!
Kepada Niza, Aida, Iela , teruskan perjuangan!!!hehehe..jangan marah! larikss.

Photobucket

Adam Mukhriz, baby boy of Azlin





baby girl of Haffizae





Ni siapa lah cakap teman serumah dia sangat bodoh??? Kesian minah ni! huhuhu. Mesti dia yang dikatakan bodoh oleh teman serumahnya!!Cepat ngaku!!!

Tutorial Untk Buat Twitter Badge Terapung-rapung di side belog





Sebelum tu, jangan lupa add aku kat Twitter :) kalo nak lebih berkat, pos pulut kuning barang sepinggan,ayam golek ker barang seekor, email pun boleh la, boleh blah! :P

1) Dashboard ----> Layout ------->Edit HTML--->Expand Widget Templates(apa2 hal backup la dulu)

2) Cari line coding bawah ni, tekan Ctrl+F untuk memudahkan pencarian yer


3) Lepas tu, paste coding ni sebelum coding yang kat atas tu



4) Cari line coding bawah ni pulak , tekan Ctrl+F sekali lagi untuk memudahkan pencarian yer



5) Lepas tu, paste coding ni sebelum coding yang kat atas ni.


6)Preview dulu.Kalo tak keluar maknanya ada laa salah mana-mana.huhuhu.Lepas puas hati, save template!
gambar tu korang boleh tukar la ikut suka hati korang.Kalo tiru sebijik macam ni, memang keluar gambar burung biru yang chomel ini ajalah.

Tapi, kalo guna wordpress, just pegi SINI, siap boleh pilih color-color yang korang nak lagi.Dan paste jer coding macam diminta.Tapi bila aku paste kat template aku tak jalan plak.Katanya mungkin template aku ni yang tak btol.hurm entah lah.Cuba korang try jadi tak. Mak jeles :( Ni rasa nak beli domain sendiri ni.Tunggu duit nuffnang ribu-ribu lah.

tutorial credit to :here

Jumpa hari Ahad ini yer kawan-kawan MBP!!! 


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)