Showing posts with label Russell Taylors PC. Show all posts
Showing posts with label Russell Taylors PC. Show all posts

Friday, June 21, 2019

30 Resepi Terbaik Menggunakan Russell Taylors Pressure Cooker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan 30 Resepi Terbaik Russell Taylors Pressure Cooker yang saya compilekan tahun lepas. Nampak banyak sangat yang share tanpa credit. So saya publickan untuk korang share secara berhemah . Semoga menjadi ladang pahala untuk saya dan penyumbang asal resepi dari group FB : Russell Taylors Official (Malaysia). Semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat . Yang mana dah share tanpa izin tu, mohon kreditkan balik kepada FB : Russell Taylors Official (Malaysia) . 
































Semoga bermanfaat . Kongsikan :) 


credit  : https://www.facebook.com/drzulmuftiwp

Wednesday, December 20, 2017

Cara Menghilangkan Bau Pressure Cooker Russell Taylors

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Komuniti Russell Taylors PC Users (Malaysia) pun dah berkembang.Ahli pun dah 2000 lebih. Sekarang bukan setakat Russell Taylors PC jer tapi ramai jugak yang share pasal Russell Taylors Air Fryer dan Bread Maker Russell Taylors yang lain. Teruja mak. Memang bikin nak beli jugak. Tunggu next birthday lah pulak kan. hahaha

Hari ni saya nak share Tips Untuk Hilangkan Bau yang tidak menyenangkan pada RTPC. Tips ni saya dah kongsikan pada FB group RTPC. So yang mana dah ada RTPC boleh la join yer. Kebiasannya, masa mula-mula dapat PC pengguna baru tanya apa yang perlu diorang buat dulu sebab pot RTPC ni stainless steel kan so dia akan ada bau besi. Biasanya bau ni tak melekat pun kat makanan tapi biasalah kan, tetap ada bau jugak kan. Tips ni pun boleh diaplikasi kepada semua jenama PC yang lain. Konsep lebih kurang sama jugak. Saya pun join group Philips untuk tengok resepi sebab bila kita dah tahu konsep memang amatlah mudah nak diaplikasi pada PC masing-masing. 



Langkah-langkah : 

1. Masukkan dua cawan air dan beberapa hirisan lemon / daun limau / limau nipis. 
2. Onkan PC. Tutup penutup PC
3. Halakan valve ke seal / close
4. Tekan Steam , tekan pressure select dan simbol - dan setkan kepada P5. 

Tunggu sehingga PC release sendiri. Tak perlu halakan valve ke exhaust/ open. 

Selamat mencuba !

Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie

Jangan lupa follow saya di :

Facebook: https://www.facebook.com/elissmie
Instagram: https://www.instagram.com/elissmie/



Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.
(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518)

Thursday, October 26, 2017

Resepi Bubur Pulut Hitam RTPC

Assalamualaikum dan Selamat Tengah hari. Weekend hari tu saya buat Bubur Pulut Hitam dan memang kena dengan piawaian tekak saya. Saya suka cicah dengan roti putih. Kalau simpan sejuk pun sedap. Balance saya buat pulak aiskrim malaysia pulut hitam . Selamat mencuba !

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). 


Resepi Bubur Pulut Hitam @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss Mie
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut hitam (rendam 30 minit dan toskan)
1 kotak santan
4 cawan air
1 cawan gula perang / biasa
2 cawan air masak
secubit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Masukkan beras pulut hitam, air & daun pandan ke dalam RTPC.Onkan PC dan tekan Beans Tendon , tekan pressure select dan tekan simbol + dan set kepada P40 .
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal.
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Tekan Keep Warm/Off then tekan Bake, saya set kepada P5. Masukkan air masak, santan, gula perang dan sedikit garam kacau hingga sebati.


Korang suka ke makan bubur pulut hitam ni ? 
Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie

Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang arab badwi telah membuang air kecil di dalam masjid lalu orang ramai bangun hendak bertindak ke atasnya. Lalu Nabi SAW bersabda “Biarkan dia (hingga selesai membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau setimba air ke atas kencing itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”(Riwayat al-Bukhari)

Tuesday, September 12, 2017

10 Aksesori Tambahan untuk Pressure Cooker Russell Taylors di Lazada

Assalamualaikum dan selamat Petang. Nasib lah kan kalau ada yang naik menyampah kan asyik cerita Pressure Cooker jer bila update. hahaha. Hari ni kita window shopping secara online sudah. Mana lagi nak shopping kalau bukan Lazada. Sebelum buat pembelian di Lazada, register dulu Cashback, boleh klik sini dan dapat voucher RM10.

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). 

Ok , hari ni saya nak tulis pasal Aksesori Tambahan yang diperlukan untuk Russell Taylors PC ni. Sebenarnya kelemahan Russell Taylors PC ni tak boleh masak kek secara direct guna pot yang disediakan. So teknik yang berjaya untuk membuat kek adalah dengan cara mengukus saja.Ada yang cuba menjadi tapi banyak yang buat tak jadi. Kat sini saya nak kongsi lah kukusan yang boleh muat di dalam Russell Taylors PC ni. Untuk makluman, lebar inner pot Russell Taylors PC ni adalah 18 cm atau lebih kurang 7 inci .So kalau nak cari aksesori tambahan , korang kena tengok ukuran terlebih dahulu. Saya nasihatkan cari lebar yang kurang dari 7 inci. Loyang saya memang tak muat masuk dalam Russell Taylors PC ni. Kena cari loyang baru lah nampaknya. Jom la tengok list aksesori tambahan untuk Pressure Cooker Russell Taylors di Lazada . So korang yang ada Pressure Cooker jenama lain pun boleh guna alatan ni tapi kena semak dulu lah ukurannya. 

1) Stainless Steel Steamer ( Boleh laras  7 - 10.6 inci) 


2) Silicone Steamer ( 6 inci) 


3) Silicone Poaching Cups



4) Silicone Cake Mould ( 3 inci) 



5) Steam Rack ( 7 inci) 



6) Ramekin ( 4 inci) 


7) Aluminium Cake Pan ( 2 inci) 

Untuk pembelian, klik di sini 

8) Springform Pan ( 4 inci)


Untuk pembelian, klik di sini 

9) Bundt Pan ( 4 inci) 


Untuk pembelian, klik di sini 

10) Aluminium Cake Mould ( 6 inci) 


Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie

Sunat Menyampaikan Berita Gembira - Daripada Abu Ibrahim, dipanggil juga Abu Muhammad atau Abu Muawiyah Abdullah ibn Abu Aufa RA, “Bahawa Rasulullah SAW memberitahu berita gembira kepada isterinya Saidatina Khaidjah bahawa dia akan memperolehi sebuah rumah di Syurga yang dijadikan daripada permata, jauh daripada kebisingan dan juga permusuhan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 07, 2017

Nasi Daging Pressure Cooker Russell Taylors untuk Birthday Celebration


Assalamualaikum dan selamat petang. Dah makan ke belum? Kalau belum boleh la pergi makan dulu. Entry hari ni berbau makanan lah lagi. Entah bila nak kurus pun tak tahu kalau asyik mencekik macam ni. Semalam saya bercuti sempena birthday sendiri. Hahaha. Terima kasih kepada semua sahabat saing rodong yang sudi mendoakan saya sempena birthday saya semalam. Saya doakan agar semua kebaikan di balas ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah . In sya Allah. 

Sebenarnya my hubby dapat MC semalam, so ajak lah pergi dating. Breakfast je pun. Anak-anak dah pelik sebab tengok maknya pakai kasual kan. Lagi pelik bila tengok Abah pun pakai tracksuit je. Hahaha. Ajak la my hubby pergi TTDI nak makan kat Restoren Mak Uda tapi teringat yang Kid pernah update makan kat Restoren Mak Uda kat shop lot depan AEON tu. Nak pergi punyalah jam sebab waktu orang nak pergi kerja kan. Tapi demi sepinggan nasi minyak kami hadap jua. Nasib la buka kedainya . Bila tanya diorang kata, memang sama dengan cawangan TTDI Jaya . Alhamdulillah

Dengan cinta hati 

Restoren Mak Uda Selera Timur 
16, Jalan Boling Padang G 13/G, 
Seksyen 13,  40000 , Shah Alam, Selangor

Map



Dah sampai rumah, saya keluarkan daging jiran bagi hari sebelum tu. Maka terjadilah nasi daging hentam ajer lah labu. Belasah ajer bahan yang ada dalam almari dapur tu. Alhamdulillah bertambah tambah my hubby dan anak-anak saya makan. Kiranya in lah dengan tekak. 

Resepi Nasi Daging @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss 

Bahan- bahan:-

5 cawan beras
2 helai daun pandan disimpul
4 tangkai daun kari
3 sudu rempah kari dijadikan pes (*boleh juga gunakan rempah kurma)
Rempah 4 beradik ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1 kiub ayam
Sedikit garam
2 inci halia diketuk
3 ulas bawang merah dihiris
1 tin susu cair (2 cawan)
3 cawan air
Daging setengah kilo
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih dihiris

Cara-cara :- 

1. Tekan bake by default P10. Masukkan minyak sapi dan tumis rempah 4 beradik , bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan pes sehingga pecah minyak. Masukkan beras, susu cair, daun pandan , daging dan garam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Rice (tekan pressure select - jadikan P10) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi sehingga mesra dan sedia dihidangkan.












Buat sambal masak merah dan sambal nasi ayam dengan timun dan salad. Settle. Sebenarnya nasi daging ni lebih kurang nasi minyak la. Kalau belah kedah ni diorang makan pulak dengan daging bakar cicah air asam gitu bersama dalca pulak. Semua menu daging la hai. 

Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie




Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.” Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak lagi berhak ke atas harta-harta tersebut.
(Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)