Venue ++ My Home Sweet Home ++
Date ++ 26 Oktober 2008 ++
Time ++ 12 pm onwards ++
Antara jemputan yang hadir...Terima kasih buat semua...Dan terima kasih for Nuha's duit raya :D
Menu open house aku kali ni adalah nasi minyak, ayam masak merah(lupa snap seh :P), acar carrot+timun+sambal belacan+air oren+tembikai susu+ agar2 koktel (terlebey air plak :P).Ni first time aku buat nasi minyak, my hubby cakap 80% nak sama ngan mak dier punya..yuhuuuuuuuu...:P susah dier nak puji tuh, so credit laa for me kan...nanti aku tempeks kan macam mana nak buat nasi minyak k !
p/s:Kepada yang tak dijemput, aku mintak mahap bebanyak sangat, buat sket2 jer...tapi kalo korang nak datang lenkali, ckp ler awal2, leh aku masak aper2 yang patut...
Duit raya Nuha jangan lupa..hehehehe :P
Bagi yang aku jemput tapi tak datang2,ckp nak datang, terima kasih laa..tahun depan maybe aku tak jemput dah..
Nasi Minyak (untuk 6-7 orang makan)
Bahan-bahan:-
5 cawan beras
Seulas bawang besar
2 sudu besar minyak sapi
Satu sudu besar tomato puri
3 sudu besar susu cair
Bahan A=Jintan kasar+Jintan manis+Jintan putih+bunga lawang+buah pelaga+kayu manis
Pewarna kuning
Sehelai daun pandan
Satu inci halia
Kismis(utk hiasan)
Cara-cara
Basuhkan beras bersih2...masukkan air berdasarkan sukatan beras(mak aku syorkan) tapi aku lebihkan berdasarkan kualiti beras kot(Aku guna beras Jas*min, kena lebihkan air 2 cawan ).Sebab aku masak kali pertama dier kurang masak sket :D -terpaksa akak kukus balik cik kiah :P
Then lakukan penumisan, buh minyak sapi dalam periuk, masukkan bawang besar yang dimayang,sampai wangi2 then masukkan bahan A.Peh tuh, masukkan dalam periuk beras tadi..Letakkan pewarna kuning setitik dua,halia yang diketuk,susu dan tomato puri..dan simpulkan pandan masukkan dalam tu..Onkan plug periuk elektrik anda, dan masukkan periuk..tekan cook..tunggu sampai dier beralih ke butang warm...bukak periuk..cek2 dulu masak ke mentah nasi tu :P kalo mentah, kukus laa dalam pengukus balik...hihihihihi
kalo dah ok, anda bernasib baik :D
sila laa try!Biasa kat terengganu, nasi minyak lawan dier adalah gulai ayam..tapi sebab aku malas nak menggulai, aku buat jer laa ayam masak merah...terima kasih juga kepada kak long comel, sebab tolong aku potongkan timun dan carrot utk buat acar tuh dan resepi rahsia sambal belacan ( :D ) ada yang gatal hidung ker?lu fikir laa sendirik, dah namanya sambal belacan kan...