Showing posts with label bday aku;)). Show all posts
Showing posts with label bday aku;)). Show all posts

Thursday, September 12, 2024

Sambutan Hari Lahirku 2024 by Gegirl BOICT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan September. Mestilah birthday yours truly. Tahun ni tak surprise sangat sebab dah tahu dah ada orang planning untuk celebrate birthday kita dan kita pun turun padang pergi beli barang nak celebrate birthday kita. hahaha

Tapi walau dah tahu, tetap kena rakam momen jugak. Yang ni kita dah share kat IG. Nampak la fake surprise kat situ. hahahaha




Dah , jom layan gambar. Haruslah bergambar bersama Gegirl BOICT. 


Skema dulu 

Tunjuk birthday Girl


Gaya bebas


Tunjuk lagi. haha


Jom makan. 



Ada Stimboat . Tak perlu lagi pergi Johnys. Harap Allah ampunkan dosa kita dan mencari yang HALAL itu fardhu. 


Kak Mai tunjuk stimboat



The Cake



Jom potong kek 


Terima kasih Gegirl BOICT



Closed up ucapan dari Gegirl BOICT


Terima kasih Yanie 



Terima kasih Kak Sal



Terima kasih Kak Ina



Terima kasih Kak Mai


Terima kasih Ziera




Terima kasih Rai



Tahun lepas punya memang suprise. Tq sahabat semua. Walau pun dah tak berapa nak surprise tahun ni tapi tetap havoc dan meriah di hati kita. Chewah. I love you all so strong lah. 



Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Tuesday, October 05, 2021

My Last 3 Series Birthday Celebration


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Entry birthday terakhir untuk tahun ni kot. hahaha. Semua dah sambut birthday . Penutup mestilah birthday Queen pulak. Dah pembuka dengan Kingnya kan. hehehe

September babies munculkan diri. Dah masuk Oktober dah pun kan. Hari ni hari pertama kerja di ofiz. Entry ini ditulis semalam. hahaha. Tak tahulah macam mana hari ni yer. Semoga anak-anak baik2 dirumah pengasuh dan dalam jagaan Allah sentiasa . 

Masa birthday tu mestilah kat rumah kan. Mula-mula suprise yang pertama, Ad dan Am datang bawak kek dan hadiah . Aduhai terharu mak. Dah la tak mandi lagi kot. hahaha. Selenga je keluar amik gambar dengan baju ntah apa2. Kalau tau ada surprise mesti mandi dulu. hahaha. Dah tahu, tak jadi surprise la kan 



Yang kedua, dari my cinta hati dunia akhirat la. Yang kelakar, planner tu call dia kata nak datang. Masa tu saya tengah mandi kot. Hp tak angkat. Pelik dah kena planner tu boleh call dia pulak. Dia kata ada orang nak hantar barang. Ingat Ziera. Sebab dia ni memang kaki surprise kan. Planner datang, saya tanya siapa bagi. Eh rupanya my hubby yang bagi. Dah tu memikir la macam mana dia bayar kan sebab duit semua TAC kat hp saya kan hahahaha. Rupanya dia suruh transfer kat kawan dia, kawan dia transfer kat planner. Sweet sangat suami kita. hahahaha

Tq Sayang, love you so strong lah. 





Terima kasih sayang untuk hadiah birthday in advance ni. Tak ada review lagi kan. Nanti kita review hadiah birthday ni. Pilih sendiri dengan duit my hubby. hehehe


I love you sayang 

Belah petang baru sempat nak potong kek dan makan kek sebab my hubby busy kerja hari tu. hehe. Alhamdulillah. Syukur pada mu ya Allah atas rahmat dan rezeki pada ku dan keluarga ku . Semoga dengan pertambahan umur ini akan memberi lebih lagi peluang untukku menambah amal untuk mengadap Mu .Semoga Kau menjemputkku dalam Khusnul Khotimah Ya Allah. In Sya Allah


Ummi loves you anak-anak dara 


Ok . Akhirnya, kaki suprise muncul jugak belah petang belanja kami minum kopi. Tq Ziera.


Semoga cinta kita sampai syurga, In Sya Allah. Menyintaimu kerana Allah. 


Tq Ad mengingatkan dah nak masuk umur subsidi 


Sweeet sangat ...💖



Tq Kak Long dan Long


Tq Ad

Terima kasih jugak buat sahabat dunia akhirat yang wish di IG, Fb dan Whatsapp. Semoga segala doa-doa yang baik kembali kepada kalian jua. Aaaminn. In Sya Allah
Rasulullah SAW bersabda: "Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, lalu Allah SWT menghantar kepadanya seorang malaikat, lalu malaikat itu bertanya: Ke mana kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab: Saya hendak menziarahi saudaraku. Malaikat bertanya lagi: Adakah kerana sesuatu hajat kamu ke sana? Jawab lelaki itu: Tidak, akan tetapi aku kasih kepadanya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku telah diutuskan oleh Allah SWT mengasihi kamu kerana kamu mengasihi saudaramu kerana Allah maka pastilah bagi kamu syurga." (Riwayat Muslim)

Friday, October 02, 2020

Lunch @ Secret Recipe, The Chicken Rice Guy & Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai, Seksyen 7

Assalamualaikum. Ni bukan lunch sempena Pakatan Hari Jadi tapi Geng Bini Orang. Banyak kluster sahabat saya ni. hahaha. Tu belum masuk Geng Meja Bulat lagi tu. Jenuh nak buat majlis macam gini. hahaha. Kali ni meraikan birthday September babes iaitu saya dan Rai. Masa birthday saya , kitorang makan di Secret Recipe Seksyen 7 . Nak makan kek katanya tekak saya tu. hahaha. Terima kasih korang belanja mak makan . 


Geng Bini Orang


Beli 2 slices je kongsi2 . Tak boleh makan banyak-banyak kencing manis. hahaha. 


Ni saya punya 


Rai punya


Ziera punya. Yang Ad dan Kak Yat tak sempat nak snap dah. hahaha

Seterusnya birthday Rai, Rai ajak makan di  The Chicken Rice Guy, Seksyen 7 . Saya pernah tapau kat sini dulu tapi tak kena dengan selera pulak nasi ayamnya. Kali ni saya cuba Nasi Itik pulak. Ok , Nasi Itiknya lagi sedap dari Nasi Ayam. Peminat itik tegar namanya ni. Sekarang bini tokey Itik Telur. hahahaha . Tapi portionnya bagi saya agak kecil bagi yang berperut besar . Patut ada double Nasi Ayam / Itik dalam menunya. Yang tu sesuai la untuk berperut besar . 










Nasi Itik


Nasi Ayam


Wantan Goreng

 The Chicken Rice Guy 
Address: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Lepas dah makan habis licin sepinggan, eh boleh pulak ke Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai pulak. hahaha. Tak reti kenyang ke macam mana tak tahu lah. hahaha. Pekena Cendol Tapai Pulut dan Laksa pulak. Tapi kongsi makan je lah. Sebab dah penuh perut kan. hahaha. Tapi tak habis gosip lagi kan. Bergambar pulak kat sini. Gitulah berakhir celebration birthday Rai hari tu. hahaha.


Efek kurus disitu



Makan kerana terpaksa. hahaha



Cendol pulut. Tapai sebelah. hahaha



Sedap makan time panas-panas. 


Happy Birthday Rai once again !

Jumpa lagi di celebration hari lahir seterusnya Geng Bini Orang. 


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. apabila disajikan makanan kepadanya, beliau bertanya tentang makanan itu: "Apakah hadiah atau sedekah?" Jikalau dikatakan sedekah, beliau mengatakan kepada sahabat-sahabat: "Makanlah!" dan beliau tidak turut memakannya. Kalau dikatakan hadiah, beliau mengambil dengan tangannya, lalu beliau makan bersama-sama. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1211.

Thursday, September 08, 2011

Pengalaman sambut hari lahir di hospital , sakit tapi seronok...

Ingatkan Isnin tu dah boleh balik dah. Sekali doc yang rawat aku tu refer kat doktor pakar lain pulak. So, hari rabu barulah dapat keluar dari DE*MC sebab dia mulakan antibiotik lain. Alhamdulillah, fully covered bil hospitalnya yang cecah 4K tu :) Nanti la aku cerita pengalaman aku pasal UTI (kencing kotor) tu dan yang paling penting sekarang air masak adalah teman baik aku sebab UTI ni boleh berulang.

Ok, ni nak cakap terima kasih la pada semua yang wish Happy Birthday kat aku. Aku sayang korang ketat-ketat :)Kalo dapat info dari fb, maka awal sehari korang wish birthday kat aku :p Ntah aku salah setting apa :p Birthday aku pada 6.9 tu. Insan pertama yang wish aku , of course la My dearest hubby sebab dia teman aku kat hospital kan :)


Gara-gara my hubby tu tampal ni kat dinding katil, semua nurse tahu, so akhirnya me dapat bunga. Sweet kan diorang :) Terus isi satisfaction form as 5 (Sangat berpuashati) hahahaha.



 Ni plak celebration kecil-kecilan untuk me and my Nuha pada belah malam , time ni hubby pergi bungkus hadiah.hahaha. Patut lah lama menghilang dari wad :p


 Satu untuk  me dan satu untuk my Nuha :p

 
 Adegan suap-suap me ngan my Nuha.


Hadiah from my dearest hubby :) yang mahal tu siap tulis no bilik kat wad :p

 Ni model external hardisk nama dia :)


1TB, siapa ada movie, sila kongsi dengan aku....hahahaha.

 

Ni plak kek dari ofiz mate yang datang, siapa beli erk ? Niza kot sebab aku suh dia bawak kek, kejam kan ? hehehe. Yang datang melawat siap nyanyi lagu birthday tu, sweet lagi :) Thanks Niza, Ad, Ida , Kak Ray dan Kak Ema :*

Apapun inilah pengalaman hari lahir yang paling berharga bagi me :) Tahun depan Insya Allah dah masuk 3 series..Doakan me bahagia dunia dan akhirat erk kawan-kawan...Terima Kasih lagi sekali !!!!


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)