Thursday, October 31, 2019

Kos Servis Myvi Mileage 20,000 km

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selasa lepas saya walk in untuk servis Myvi di Pusat Servis Perodua Kawasan Perindustrian Bukit Raja untuk mileage 20K. Selalu lupa nak call dulu. Padan muka. So terpaksa la tinggal kereta dulu dan balik ofiz. Kalau booking appointment dulu, kereta kita akan diservis cepat tapi kalau walk in kena la beratur. Kat situ memang disediakan breakfast tapi sebab saya tak breakfast ,saya balik ofiz jer lah. Terima kasih Kak Yat, Rai dan Ziera mari amik. Diorang pergi breakfast kebetulan kafe tutup hari Selasa lepas tu. 


Pusat Servis Perodua Kawasan Perindustrian Bukit Raja


Apa yang diservis untuk mileage masuk 20K km ni. Saya pun tak faham. Tapi tu lah yang ditick kat buku servis Myvi saya. Yang dia tick tu lah yang dia tukar lah gamaknya kan. Oil Filter, D.Plug Gasket, Air Filter, Cabin Filter, Engine Oil & Battery Water. 


Ni nombor untuk booking appointment untuk servis . Kena buat minimum sehari sebelum.


Pukul 8.30 saya hantar. Pukul 11 pagi diorang dah call suh datang amik kereta. Dah bayar siap dapat gift lagi. 


Dapat bath towel. Alhamdulillah. Rezeki. Mak-mak sangat lompat bintang dapat towel. hahaha


Tengok berapa kena kali ni. 


Close up sket. Total : RM 314.20 


Tahun depan kena pakai car seat . Tapi budak kecik ni memang duk dalam car seat dari baby lagi. Jadi no hal lah. Car seat ni turun temurun dari zaman my Nuha. 10 tahun usianya. Masih releven lagi kah? huhuhu


Bulan ni banyak perabis untuk si merah ni. Genap setahun memilikimu. So sambung roadtax dan insurans yang bakal berakhir November ni. Semua buat sendiri, jimat yang mana boleh jimat. Tidak sia-sia pengalaman menjadi kerani insurans dulu . hahahaha



Sumber : https://bit.ly/2MHEqhh

Wednesday, October 30, 2019

Lunch @ Jombali Plaza Shah Alam, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. JJCM kali ni sempena sambutan birthday untuk Kak Ema. Kak Ema memilih tempat makan di Plaza Shah Alam. Lokasinya adalah di Jombali. Ni outlet yang baru buka di Plaza Shah Alam.Kena turun tangga sampai bawah untuk ke kedai makan ni.

Hari tu saya pilih untuk makan Asam Pedas siakap. Kak Ema pun nak makan yang sama. Ad pulak Asam Pedas seafood. Ida je pilih untuk makan Nasi Goreng Daging Lada Hitam. Overall , makanan sedap dan servis pun cepat. Oh satu lagi, tauhu bakar. Sedap jugak. Kuah macam sotong kangkung gitu. Makan panas-panas pulak tapi lupa nak snap pulak.


Sebelum tu bergambar dulu 


Bergambar selepas dah kenyang sebenarnya


Banyak manager dia amikkan gambar . Kita letak je la semua. haha


Sedia untuk dimakan .


Close up Asam Pedas Siakap. Asam pedasnya rasa macam termasin sikit dan kurang masam. Kalau tambah sikit masam lagi kick. Apapun abes licin je saya makan


Nasi putih lengkap dengan ulam timun, pajeri nenas, papadom dan telur masin. Asalnya set tu nasi hujan panas tapi saya request nasi putih baru kena dengan Asam Pedas kan


Yang ni Kak Ema ulang makan hari ni. Nasi goreng Ayam Berempah dengan percuma air serai katanya 


Promosi lunch


Promosi  dinner


Oh tertinggal satu lagi gambar. Lepas ni nak makan apa pulak yer? Tunggu Mak Yong buat pilihan pulak sempena birthday dia bulan November nanti. 

Apapun Terima kasih kak Ema belanja kami makan. We love u so strong lah :) Siap ole-ole dari Jepun lagi dan hadiah birthday. 

Friday, October 18, 2019

Lunch @ Itik Salai Masthar Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni jauh sikit kita JJCM yer sebab last week kami ke Port Dickson. Mesti la kena try makanan nogori kan. Masa kitorang tengah cari tempat my Nuha nak beli souvenier untuk kawan-kawan dia, my hubby ternampak kedai Itik Salai Masthar Port Dickson tu. So aim makan kat situ lepas dah settle beli souvenier my Nuha tu. 

Kat kedai ni bukan sahaja ada itik salai, tapi  ada jugak puyuh, keli, ayam dan daging salai. Ulam-ulaman pun pelbagai. Saya suka macam ni . In sangat dengan citarasa gitu. Sekarang kan tengah suku-suku separuh. Mudah sangat separuh tu buh ulam banyak-banyak.  


Mestilah pekena signature dish diorang iaitu Itik Salai Masak Lemak Cili Padi.  RM 7 


Pilihan ulaman yang my hubby pilih. 


Beli 2 mangkuk itik salai. Anak-anak makan ayam goreng. Tak pedas sangat sebenarnya. Anak-anak boleh makan . 


Tukang cadang


cap ibu dan anak


ok baru nampak nasi. hahaha


Nawfa makan keropok jer la dulu. hahaha. Ada pulak orang jual kat situ


Total burst hari tu. Jumlah bawah tu sebelum kami tapau Itik Salai Masak Cili Padi dan Itik Salai Goreng . Siap tapau untuk dinner. 


Ruang makan besar jugak sebab kedai lain tak buka so boleh makan kat kedai lain
Tempat dia macam food court


Tempat ambil makanan. Tengok ulam dia. Memang heaven


Nampak label ni la dari tepi jalan


Ben Amir pun pernah makan kat situ. hahaha


Diorang tengah salai itik kat situ

Jom pekena menu-menu diorang. Kompom tak nyosaa ( pandai tak mak cakap nogori? haha) 

Itik Salai Masthar Port Dickson
Saujana Walk Batu 4 Jalan Pantai 
71050 Port Dickson
Waktu operasi : 11am-5pm kecuali Selasa
Lokasi di sebelah Baden Baden Bundle 
Facebook : https://www.facebook.com/ItikSalaiMastharPD/

BENARKAH KEMATIAN ITU SATU UJIAN

Rujuk Sumber Asal : http://bit.ly/matiujian
Album Infografik : http://bit.ly/albumphf

Monday, October 14, 2019

12 th Anniversary Celebration @ Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, hari ni genap 12 tahun usia perkahwinan kami . Happy Anniversary yang ke 12 Sayang. Semoga hubungan kita sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah serta redhaNya.

Memandangkan waktu check in pukul 3 petang. Hampir pukul 1 jugak baru kami bertolak ke Port Dickson. Sampai pun dalam 3 lebih. Ngam boleh check in. Sekali bila sampai, receptionist cakap diorang upgrade bilik kami ke Sky Pool Villa for free. Kami booking bilik Garden Villa asalnya dan saya request Lower Unit untuk privacy kan so kami dapat Sky Pool Villa dan poolnya tertutup jugak. Kiranya hadiah Anniversary kami lah kan. Syukur :) 

The Published Rate for our Sky Pool Villa is RM1,308.00. Kemudahan yang ada macam kat website dia. Saya bayar hari tu RM 700++

In-Room Amenities
  • 112.97 sqm
  • Located in the tower block
  • 2 King beds
  • Can accommodate 4 persons 
  • Private swimming pool with garden
  • Spacious bathroom with separate shower
  • Outdoor rain shower
  • Bespoke bath amenities
  • Hairdryer
  • Air conditioning
  • Ceiling fan
  • Dry kitchenette
  • Electric kettle
  • Mini bar
  • Complimentary coffee & tea
  • Pillowtop beds with plush bedding
  • Bathrobe & slippers
  • Room service
  • Free wireless Internet
  • Flat-screen TV with cable and satellite channels
  • IDD telephone
  • Iron and ironing board
  • Safety deposit box
Jom lah kita tengok bilik . Memang luas gila lah ruangnya. Seronok my Nawfa jelajah dari depan ke belakang .



2 katil King. Memang seronok lah dua beradik tu berguling.  


Yang ni part yang paling dinanti anak-anak. Kolam la kan . 


Kolam dewasa 1.2 Meter . My Nuha kat paras pinggang dia. Memang kena awasi la anak-anak ni . 


Ruang pantri


Bilik air


Bilik mandi


Ruang dandanan


Peralatan mandian yang disediakan


Nak amik apa tu. hahaha


Kemain lagi posing 



Haruslah posing berdua kata anniversary kan. haha


Spot the different :p


Pengacau dah datang. hahahaha 


Anak bongsu saya


Ni tidur selepas dah penat berendam. hahaha


Baring pun boleh lagi pantau anak-anak mandi kolam


Ada dua lapis pintu untuk ke kolam. Memang safety. 


Kemain korang yer tak sabar sangat tuh 


My Nuha masih lagi tak naik-naik . Orang lain semua dah naik 


Eh, belah malam siap rendam-rendam kaki pulak. hahaha


Ni berendam sebelum check out . Sempat lagi makan meggi cup. Sabar je la 


Amboi kemain korang yer. hahaha


Berakhir sudah percutian idaman anak- anak. Semoga dimurahkan rezeki lagi bawa anak- anak bercuti kesini lagi tak pun Cameron Highlands, percutian idaman mak. hahahahahahaahaha



Rujuk Sumber Asal: http://bit.ly/tahnik1
Album Infografik : http://bit.ly/albumphf

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)