Wednesday, May 13, 2026

Raya 2026 #teamhitamsilver #teamrayaterengganu #teamrayamentua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siap lupa nak renew domain belog ni. Mujur lah tergerak nak bukak belog . Ni baru nak cerita pasal hari raya. Dah nak raya haji pulak kan. Tahun ni raya paling mendebarkan sebab takut jadi raya terkejut kan tapi tahun ni lega sebab cuti panjang sampai tak tahu nak buat apa dah kan kat kampung tu dengan cuaca yang panas asyik nak duk dalam aircond je kerjanya. Balik pun awal, siap pakej pontengkan sekolah anak awal sehari sebab dah janji nak bagi anak cuti awal, sekali hari tu kerajaan pulak bagi cuti tambahan. Apa lagi anak-anak. Kebetulan mr husbaby dapat MC sebab ada buat minor operation kat dahi seminggu sebelum tu. So apa lagi, ayuh kita pulang. Hahaha. Memang raya paling bahagia kalau tak kena hadap jem kan. Sempat berbuka dengan my ma dan family mentua. Nikmat mana lagi yang mahu kudustakan.



Hari raya pertama tahun ni di rumah mentua. As usual, masih merasa lagi nasi dagang ibu mentuaku . Alhamdulillah. Bangun lah awal tolong arung Nasi Dagang tahun ni.hahaha. Ada la kredit kan dari makan ajer tahu.  Layankan gambar raya dulu yer. Long balik hari Jumaat tu. Mujur tak raya. Ngah pulak patah tulang belakang, jadinya beraya di Kuala Terengganu. Eg,Si bongsu balik Johor, beraya dengan keluarga SIL. Tahun ni kiranya keluarga kami berdua je la yang ada. Tapi Eg petang tu dah balik terengganu balik sebab SIL dah kena kerja. Layan gambar je la yer. 



Harus gambar satu keluarga dulu 





Dengan anak-anak dara mak






Jom masuk studio AI pulak. Studio AI je la mampu yer dok. 

Sebelum tu bergambar di luar rumah my mentua untuk efek-efek estetik konon. Dibawah pohon bambu gitu. Mula la nak nyanyi  kan... bawah rumpun bambu. hamba menunggu. berdebar jantung kalbu. hati ku rindu.



Terima kasih mr husbaby bagi duit raya. Tahniah juga naik pangkat. Tahun depan up lagi la kan duit raya. hehehe










Harus la feeling baru kahwin. padahal dah 18 tahun ni. 


kasi chance la anniversary kami Syawal kot. 






With My SIL, dia kerja di pagi raya. Tengah hari baru jumpa. 



Tengah hari sikit balik rumah my Ma. Sekali dia pergi jalan raya rumah jiran. Panas-panas terpaksa hold dulu demi merakam gambar raya kami. Nasib lah kalau tudung dah tak on point. hahaha



Gambar satu keluarga dulu 


Gambar yang pulang beraya tahun ni


Gaya bebas


Sayang suami. haha


Buat la apa yang korang nak


Pasangan romantis, Long dan Kak long 


Dengan my ma


My ma.. love you ma...


Eh, gambar kita tak ada la dengan my ma. sabar je la


Masuk Studio AI pulak. Ni buat naya. dia bagi kita dah tak ada pulak.Adoi. 



Ok ni dah bayar payment Studio AI baru dia muncul.


Yang ni #teamrayajohor tahun ni


#teamrayakualaterengganu

Hari raya kedua, kitorang gerak pergi rumah my abang, Ngah kat Kuala Terengganu untuk ziarah sebab patah tulang belakang. Semoga Allah angkat segala kesakitan Ngah dan sembuh seperti sedia kala. 



With my sepupu Wanie, tailor tersohor baju retis ni. 


Long lost cousin. Aing . hahahaha. Padahal duk dekat je, nak jumpa beberapa tahun sekali. Mujur boleh skodeng whatsapp status je la.


Sepupu besut, Syafiq dan isteri dan Zahira


Yang ni team besut


Team kemamang ni


Ni team kemamang masa raya rumah my ma



Kita buh balik entry Raya throwback dari 2007- 2025


Semoga berjumpa lagi raya tahun depan, In Sya Allah . 



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)