Setelah danish disahkan luekimia, dia dipindahkan ke hospital Besar penang coz doktor tu kata kos rawatan lebih murah dan pakar juga ramai dalam perubatan luekimia di hospital KERAjaan.Hari ni sikecik ni kena amik sekali lagi air sumsum dan tulang belakang..tentu sakit..sedihnya tak terhingga tapi utk kesihatan danish aku kuatkan dan cekalkan hati..Semoga danish cepat semubh...Amin
Wednesday, August 29, 2007
Tuesday, August 28, 2007
Yahooo!!Sayang Dapat keja!!Yahoo!!
Poor Little Danish :(
Semalam seluruh keluarga bersedih kerana Danish yang kami sayang telah disahkan menghidap luekimia..
Insya Allah Danish akan pulih seperti sedia kala kata doktor sebab family history aku tak der yang kena penyakit ni..Doakan kesihatan danish...
LEUKEMIA
Leukemia ialah sejenis barah yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif. Sel darah putih berbarah ini akan menyekat penghasilan sel darah merah. Ini menyebabkan pesakit mengalami anemia. Keadaan ini menyebabkan kekurangan sel-sel putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Sel-sel ini juga menyekat penghasilan paletet yang membantu dalam mekanisme pembekuan darah tubuh badan. Kerap kali petunjuk pertama bagi penyakit leukemia ialah anak mengalami masalah anemia dan sebarang jangkitan penyakit yang dihidap oleh anak sukar sembuh.
Tanda-tanda
* Anemia - pucat, letih dan pendek nafas.
* Mudah jatuh sakit.
* Sakit anggota badan. Jika sakit pada bahagian kaki, keadaan ini akan menyebabkan anak berjalan tempang.
* Purpura - ruam berwarna jingga yang tidak hilang apabila dipicit.
* Mudah lebam.
* Hidung kerap mengalami pendarahan.
Apakah yang boleh dilakukan?
Pada suatu ketika dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh tetapi dalam dekad ini, terapi yang ditemui telah berjaya meningkatkan peluang mereka untuk sembuh bagi 50 peratus kanak-kanak yang menghidap leukemia jenis biasa.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan dirawat oleh pakar pediatrik yang berpengalaman dalam penyakit leukemia kanak-kanak. Beberapa jenis dadah akan diberikan secara serentak, sama ada secara oral atau suntikan. Bagi jenis leukemia yang biasa, radioterapi dan dadah yang khusus mungkin digunakan untuk membunuh sel barah otak. Manakala pemindahan darah mungkin dilakukan di peringkat awal rawatan. Jika bilangan sel putih jatuh ke tahap yang sangat rendah, anak akan diasingkan untuk mengelak anak daripada diserang oleh sebarang jangkitan. Setiap pelawat diperlukan memakai pelindung dan pakaian khas. Selepas beberapa minggu, anak akan dibenarkan pulang ke rumah. Namun pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk mengawas keadaannya.
Peranan anda sebagai ibu bapa ialah memberikan sokongan sepanjang rawatannya dengan meningkatkan semangat anak. Kanak-kanak yang menghidap leukemia tidak boleh didedahkan kepada jangkitan kanak-kanak yang boleh menjangkit seperti cacar air, kecuali anak telah diimunkan. Oleh itu, anda perlu memastikan rakan-rakan sepermainan tidak menghidap sebarang penyakit yang berjangkit.
Apakah tindakan doktor?
Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengenalpasti penyakit leukemia. Doktor juga akan melakukan tebukan lumbar. Anak akan menjalani rawatan permulaan selama 2 -3 bulan di hospital. Tempoh rawatan bagi penyakit leukemia ialah antara 2 - 3 tahun.
Monday, August 27, 2007
Danish yang Cik Su Sayang2
Alhamdulillah..dah sedar pun danish..harap2 tak der pa per la..kul 5 ni result keluar..harap2 danish sihat dan ceria mcm selalu...
Malam Nisfu Sya'ban
Malam ni ma aku cakap malam nisfu sya'ban iaitu sebaik jer waktu maghrib malam ni.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (malam ni)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (malam ni)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Hari ni patutnya)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit
dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
Danish Jalani Bone Marrow Examination
Sedihnya..hari ni danish kena jalani satu test untuk mengesan sama ada dia ada leukimia atau anemia..mintak2 dijauhkan segala penyakit2 ni..alangkah sakitnya tubuh sekecil tu di cucuk dengan jarum tu..sedih hati aku..
masih terbayang2 lagi kelincahan anak sedara kesayangan aku yang seorang ni.x terluah dek kata2 perasaan aku saat ni..dier baru jer keluar dari dewan bedah hari ni tapi tak sedar lagi..sedihnya..harap2 semuanya berjalan lancar dan danish pulih seperti sedia kala.danish cepat laah sembuh, boleh nyanyi lagi untuk ciksu...nak main lawan-lawan lagi ngan cik su macam hari tu..
Saturday, August 25, 2007
Shopping Utk Bekas Hantaran Tunang Aku
Hari ni aku ke Kuala Lumpur..nasib baik husna tumpang aku pegi KL coz dier ada conference kat PWTC..jalan jammed coz ada accident..yang avanza terbakar tuh..masa aku lalu tuh dah padam pun apinya..
sampai2 kat Putra aku terus round seluruh counter tiket-HAMPA..tiket awal pagi aku amik..30HB..dan balik 3Sept..aduhai..ingat nak save laa cuti tapi terpaksa plak..so kena settle semuanya laa balik ni..
lepas tu pegi round2 sayang you carik polisterin dan kain organza dan bunga2 utk hiasan hantaran tunang aku...ok..puas hati..then balik terus memulakan operasi menggubah malam harinya dengan migrain tumpang sekaki..kad kawen aku dah siap..kurang puas hati sebab quality pic aku kureng sket..nanti aku edar laa utk tatapan umum..hehehe
Friday, August 24, 2007
Surat Pengesahan Bujang
hari ni aku pegi unit kebajikan staff, untuk amik surat pengesahan status bujang..masih bujang rupanya aku ni yer...hehehe..rupanya dah ada dlm sistem, staff tu just print out jer dari sistem dan amik tandatangan boz dier..settle satu masalah..saksi pulak ni..aku tulis nama long dan jiran aku jer laa..dis week aku suh dier fotostat ic dier laa..
Wednesday, August 22, 2007
Danish Masuk Wad!!
Hari ni bila aku bukak email baru aku tahu danish masuk wad.Alahai kesian betul anak buah aku sorang ni.Dah demam manjang sampai kena masuk wad plak.ni agaknya gara-gara tak minum susu ibu, so tak cukup kuat untuk mengharungi cuaca Malaysia yang tak menentu.Moral of the story, breast feeding laa anak2 mu..teringat plak aku doktor yang bagi ceramah pasal breast feeding tuh..memang susu awal ibu a.k.a kolustrum tu yang warna kuning tu bagus untuk diberikan pada anak2 dan membuatkan anak2 kiter mempunyai antibodi yang kuat untk melawan virus-virus sejagat...dus dus dus..huhuhu..
Alhamdulillah, ngah aku ckp danish bertambah sihat, dier kurang darah..tu laa kurang makan...eskrim ngan coklat jer suka makan..koko crunch pun suka makan..yang lain2 tak mo..
Tuesday, August 21, 2007
Forwarding Email..Majlis Perkahwinan Saya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya dan bakal suami, ingin menjemput
saudara/saudari/tuan/puan/datuk/datin ke majlis perkahwinan saya pada 15 OKTOBER 2007 di XXXX
XXXX Paka,Terengganu.
Memohon jasa baik saudara/saudari/datuk/datin meng'email'kan kepada
saya alamat rumah saudara/saudari/tuan/puan/datuk/datin untuk memudahkan
saya menghantar kad kahwin kepada saudara/saudari/tuan/puan/datuk/datin.
Terima
Kasih.
Wassalam..
P/s: Sila buat demikian dengan segera yer kawan2 ku.Kalo pegi kenduri kak yan nanti, kalo aku jumpa, aku terus bagi jer..
Monday, August 20, 2007
Baru balik dari Kampung..........
Hari ni aku baru sampai dari kampung..beli sebungkus sorang kopok keping utk ofiz mate aku..bulan lepas dah bagi tapi tak cukup laa plak, so kali ni cukup laa utk semua orang..Pagi tadi sampai jam 6 pagi,ada sikit jam kat KL ada lori terbalik so sangkut laa 10 minit sebab bas tu nak buat uturn..terkial2 drebar bas tu sambil menyumpah2 dalam bahasa yang aku faham.. &&^%$@@++^&^()*Macam tu laa rasanya bila ditranslate dalam code programming menggunakan lotus script..huhuhu..x pasal2 pagi ni kena seploh hengget tambang taxi..padahal dah pagi masih lagi charge midnite..hampeh..nasib ko la keling..dah keling namanya...sungguh perkauman aku ini...
Sunday, August 19, 2007
Baju & Pelamin Vers 1
hari ni aku pegi tengok pelamin aku..fuh..meremang bulu 'roman picisan' aku tatkala menyarungkan baju pengantin yang bewarna putih itu..cik abang aku try baju melayu..sesuai..so baju pernikahan kami secara rasminya ditukar kepada warna putih..baju gaun untuk belah kek..baju persalinan pertama bewarna hijau.songket bunga tabur..aku yang pertama nanti yang merasmikan baju tu...pak ali tuh suh datang sekali lagi..tak sabar2nyer nak nengok...semua sekali rm1400.00 termasuk meja makan beradab,pahar hantaran, pintu gerbang, hiasan bilik tidor, gambar 2 rolls dan pelamin..
Bunga tanjung kembangnya merah.....
Hari ni aku nyanyi lagu bunga tanjung kembang merah kat tunang aku..tunang aku cakap, nasib baik belom kawen..hahaha..semalam dier yang pegi beli roti peberet tu kat aku..masih tak ingat lagi apa yang aku suka walaupun dah byk kali aku beli depan dier..lama2 ingat laa tuh..hehehe..
Saturday, August 18, 2007
Terengganu, here i come!!!!!!!!!
Hari ni konon2 nak bertolak kul 6 laa..kul 6 baru terjaga tu pun pasal long kejut aku..maka bermulalah perjalanan kami merentasi gunung dan ganang bukit dan bukau..merentas sungai dan lautan..cis tipu belaka..lebuhraya timur barat jer disusuri..sampai r&r temerloh pekena nasi dagang walaupun x sedap mana tapi orait laa utk menampung perut aku yang kecik yang tengah kebulur ni..kecik ke??hehehehe..sampai2 kemaman pukul 10lebih..kul seblas dah melantak nasi beriani dah sementara tetamu masih belom sampai ni..hehehe..aku sempat pegi kenduri kawen maria lepas kazen aku nyer bini sampai umah dah..baru aku perasan, aku tadak pun bergambar dengan that kapel hari ni..tak per laa..hari tu dah bergambar tapi banyak gak gambar aku atas pelamin..hehehe..nanti aku upload dlm fotopages..hehehe
Friday, August 17, 2007
Balik Kampung OOOooo Balik Kampung!
Esok,subuh2 hari aku akan balik kampung..syoknya balik kampung.pasal mak cik aku buat majlis sambut menantu sulongnyer weekend ni.menu dier dah siap dah, nasi beriani gam , ayam masala ngan dalca..yum yum..siap import tukang masak dari johor lagi tuh..tak leh tinggal 'nasi bulu dada' dier tuh..huhuhu..tema majlis kali ni oren tapi aku sajer jer nak merosakkan majlis sekali lagikk.aku nak pakai baju kuning ngan cik abang aku..coz aku nak pakai baju baru..kain tu aku dapat masa majlis bertunang dulu.sket punya lama tukang jahit tu peram baju aku..dah setahun baru siap..gila btol..kuning tu mcm oren jugak kan..hahahahaha..tapi walaupun setahun dier peram baju aku, aku berpuas hati dengan baju tersebut itu...eh, macam akad nikah laa plak..hehehe..balik ni aku nak settle pasal borang nikah aku sekali kalo sempat tapi aku segan nak mintak surat pengakuan "DARA" aku dari kak su...segannya..bukan aku TAK DARA tapi aku masih lagi DARA dan DARA..hehehe...ehem..ehem..macam mana nak mintak ni..tak kan nak sametimes kot...aduhai..malu seh..
Thursday, August 16, 2007
Tuesday, August 14, 2007
Kaspersky Anti Virus
Hari ni ada orang dari anak syarikat TMnet laa kononnya mai install produk dier Kaspersky Anti Virus kat semua pc kat unit aku...entah laa Ok ker tak..dengar citer Tmnet sendirik pun tak pakai antivirus ni..wallahualam..wait n see jer laa performancenya...
Monday, August 13, 2007
Friday, August 10, 2007
My Kazen Wedding -Syazwan Hilmi & Nurhayati-
Saturday, August 04, 2007
Kursus Kahwin 4-5 Ogos 2007
hari ni aku kursus kawen...pagi tu aku pegi tempah kad kawen..rm 65 sen sekeping siap letak gambar..then amik lrt ker sogo..carik barang2 hantaran..beli minyak wangi jenama issey miyake utk abang dan aku punya elizabeth arden dan makeup maybelline..
pergi kursus kawen ni memang seronok..aku buat kat wanis..rm 80 seorang...semua fasilitator dier hebat2 belaka..ada imam satu masjid negara yang aku duk besa tengok time khutbah jumaat,ada yang jadi jurunikah siti dan datuk K, ada yang nikahkan sultan brunei ngan bini muda nya tu dan kaunselor utk jamal abdillah..ada jugak ckp baru nikahkan artis ngan mat salleh tapi tak tahu laa saper.sampai hr ni tdak berita lagi..tiba2 terasa nak kawen serta merta..hahahaha..lepas kursus kawen sambung lagik shopping..belikan kemeja dan seluar , wallet n belt abang ..aku beli kasut crocodile ngan beg carlo rino..over sket budget aku..hehehe..
Thursday, August 02, 2007
Selamat Hari Ulangtahun Percintaan Kita Yang Ke-4
pejam celik dah empat tahun eliss kenal abang..dah dekat kiter nak nikah..baru semalam eliss rasa kiter jalan2 kat teluk cempedak tengah2 malam tengok air laut..eliss rasa mcm baru jer semalam kiter gi tengok spring test..baru jer rasa tengok citer cinta kolestrol kat panggung...dah empat tahun rupanya semua tuh berlalu..rindu pada kenangan lalu..nanti bila dah nikah, abang janji nak bawak eliss ke tempat2 kiter duk selalu dating tuh..
1)Pantai yang ada kat Pahang..pantai telok cempedak, pantai batu hitam,pantai balok
2)Pantai yang ada kat Terengganu..pantai kat kemasik, dungun, pantai batu buruk,kerteh
3)tasik shah alam
P/s: banyak pulak tempat2 macam ni aku pegi rupanya..sungguh pencinta alam aku ni..