Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahun ni pakatan hari lahir boleh diteruskan lagi seperti kebiasaannya. Birthday babe yang pertama haruslah Ida. Happy belated birthday Ida. Kali ini birthday girl bawa kita makan makanan Vietnam sambil mengembalikan kenangan diorang ke Vietnam dulu. Kita tak pernah sampai Vietnam tapi biasalah minum kopi Vietnam tu. hehe
Inilah kedai yang kami terjah hari tu, Super Saigin Pho Cafe , Seksyen 9, Shah Alam
Dah order dan dapat makanan kita amik gambar dulu
Makanan blom sampai ni. Air je sampai
Dengan yang diraikan, Faidah
Saya dan Datin Ema
Ni kopi vietnam.Dalam menu Vietnamese Milk Coffee
Makanan yang kami order :
Sliced Beef Pho ( Macam Mee Sup, boleh pilih jenis mee yang korang nak ) , Crispy Spring Rolls Minced Chicken & Prawns, Fresh Rice Paper Rolls Riger Prawns & Veggies. Setiap sup tu memang akan dapat semangkuk tauge macam tu. Puas makan tauge lah yer. hehe
Geng baju cubit-cubit katanya
Mini love
Semoga bertemu lagi , Jumaat ni . hehehe
Overall, makanan sedap dan servis terbaik.
Location :
34 Ground Floor, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 11:00am – 10:00pm
Phone No : 0355237488
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)."