Friday, January 30, 2009

Balik Kampung CNY!

Hari sabtu gerak kul 3 ptg ke Terengganu..Mulakan dengan Bismillah :D


Nuha masa ni tak meragam sangat...asyik tido jer..hiks..good gal!


Memula tu tak jam..tapi bila lepas Tol Gombak, baru start jam sampai ke Tol Bentong..babik btol..


Tol Gombak..Cantik kan awan tu?


seb baik laa sebelum terowong tu, diorang buka jalan sebelah kanan satu lorong..so jam tu tak der laa lama sangat...kitorang berenti R&R Temerloh untuk tukar diaper Nuha..aku dah bawak bekal sandwic, so juz beli air jer kat sitewh..then gerak balik..



Lambang kemegahan terengganu..Kuwait Malaysia..


Sampai paka, umah MIL kul 9 malam...Nuha biasalah, x kenal orang..abes dengan semua orang dier tak nak kecuali PIL aku...hiks..memilih jantina btol la...
Kul 2++ pagi, terima berita yang menyedihkan dari Abah aku yang Pak Long aku meninggal..
Kul 9 lebih esoknya,kitorang gerak balik Besut..Nuha masa ni demam plak..aduhai...cuak jugak..pakaikan dier cool fever..nampak ok sket..time kitorang sampai tu jenazah dah siap dimandi dan disembahyangkan..aku tak ikut laa pegi kubur..duk jer umah layan orang datang melawat..malam tu tidur kat umah mak cik aku,Mak Tie kat Jabi..
Layankan gambar ok!


aku harus ada...blog aku what??


Ngah aku ngan Nuha..macam tau2 jer aku nak buh dalam blog :D


abah aku ngan 2 orang cucunya..


esoknya pergi umah MIL Ngah aku kat Pasir Putih..then pegi pasar pasir putih untuk lunch..Nuha memberi komitmen yang tinggi sebab dier tido..hahahaha...orang punyalah bising kat situh..dier bleh selamba badak jer tido atas meja makan..sampai abes kitorang makan ni...hiks..



Then bergerak balik Paka..tido umah ma aku dulu malam tu then esoknya baru tido Paka..aku sempat gak pegi PasarayaKu dekat2 umah MIL tu..seyes..murah gila baju2 kat situ..hiks.baju budak RM 5-RM10 jer pun lawa2...aku rembat 3-4 helai untuk Nuha..tu pun sebab dah rambang mata...hihihi..agenda sebenar nak beli suar kecik aku terbeli Nuha nyer baju :P
Memang tak der buat aktiviti pun masa balik kampung tuh..memang penat badan sangat2..Konon nak pegi Mesra Mall laa (pasaraya baru bukak kat Kerteh), konon2 nak pegi pantai laa makan keropok tapi nan ado...angan2 semata2..khayalan dan fantasi gitewh...sedih sangat...dah laa frust tak bleh nak lepak Cherating on the way balik Terengganu tu...melilau jer mata aku masa sampai situh....

On the way balik Shah Alam, kami sempat laa singgah kuala kemaman carik kopok..Then singgah Pantai Teluk Mak Nik..D' Monica Bay tu nama omputehnya..lawak seh..Kesian Mak Nik tetiba dapat nama Monica :P my hubby rindu nak tengok pantai laa tuh..hehehe




Macam biasalah, x sah tak menggediks amik gambar ngan Nuha..



My hubby macam biasa arr..off frame :P ingat aku nak letak sangat gambar dier kat blog..hihihi..memang aku letak pun :P

Thursday, January 29, 2009

Kehilangan...


Hari ni aku tak de mood lagik nak blogging sebab tadak gambar..semua dalam kamera..my hubby bawak gi ofiz..esok laa..
Al-Fatihah Buat Ayah Long aku(dalam bulatan),pernah ada entri sebelum pasal dier sakit kat s.i.n.i yang pulang ke Rahmatullah pada Ahad lepas,26.1.2009 pada pukul 2.00 pagi kerana sesak nafas..Al Fatihah...


Meninggalkan seorang balu (Mak Long aku-tudung hijau ) dan 6 orang anak...x sempat tengok cucu dari anak bongsu..isteri sepupu aku,harni baru jer hamil sebulan...Ni gambar masa majlis persandingan sepupu aku tu di N9 tapi aku tak pergi sebab on the way balik Trg time tu..credit to Long for this 2 pics..
Ayah Long aku adalah bapa kepada Ameng Spring(baju hitam tu )..yer yer..dier sepupu aku.baju hitam kat depan tu long aku..yang belakang tu ok.. :P

Friday, January 23, 2009

Nak Sangat Bercuti kan??


Hari tu azam aku tak nak mintak cuti pegi mana2 kan dengan my hubby tapi hari ni aku nak mintak bantuan dengan TheLilCaliph.com. (yerlaa...merajuk kan..so baik aku pujuk hati aku ni sendiri..Aku dapat link ni dari Azlin..Kalo korang nak, sila kunjungi online store tu kat >>Sini ..Aku tak berharap laa nak pegi luar negara tu...setakat nak pergi dalam negara jer..Langkawi, Redang atau Tioman Islands..orait laa tuh...

Pastu, aku tengok2 jugak laa barang kat situh..Skang aku tengah mencari2 diaper bag BARU untuk Nuha...nak yang jenis sandang belakang..Pastu bila tengok ni, ish..berkenan plak..ala2 retro gitewh kan..




Credits to Sini


Tapi bila tengok harga dier...erm..lumayan sekali yer...RM500++ murah sket dari Carlo Rino aku..hahahaha..Jamu mata jer lah kan..teringat plak diaper bag Harith semalam...cantik jugak...

Pastu teringat yang aku tengah survey pasal breast pad ..Sebab aku ni suka survey online, then pegi beli laa kat mana2..kalo tadak sangat baru aku beli online..macam tigth Nuha hari tuh..hehehe..
Saper pernah try washable breast pad?2 jenis ni yang mana ok??

Medela Lace Washable Nursing Bra Pads

>>Credits to Sini



ATAU


Dr Brown Contoured Lace Washable Breast Pads

>> Credits to Sini


Atau korang pernah cuba pakai jenama lain ker?Aku skang pakai yang jenis Pureen tu tapi 30++ ada 24 pcs jer kan..2 jenis ni RM45 tapi leh basuh plak kan...aku nak pi carik laa weekend ni..eh, weekend ni aku nak balik Terengganu laa plak..lalalala..

Nuha nyer wishlist :-

Tadaaaaaaaa....
comel kan?
Nuha baru ada sepasang kasut,kaler biru..tu pun asyik tanggal jer..hehehehe..Ni yang paling murah 89.90..murah kasut ummi laa Nuha...



Credits to sini


p/s:Habis-habisan aku promo..doakan aku dapat pergi bercuti tuh...Amin..ahaks :P
atau korang nak kutip derma, then belikan aku pakej pergi bercuti?silakan...konon2 aku menang cabutan bertuah :D Alahai..kesiannya kat aku....
This contest is open from 1st January 2009 to 31st March 2009.
The winners will be selected after the contest ends and shall be announced on our TLC Blog by 6th April 2009.
The holiday prizes are solely on accomodation in Hotel rooms for 2 adults + 2 children only. Winners must provide their own means of transportation and everything else related. (kalo aku menang, saper nak ikut ni, lagi sorang :P), ker aku kena buat adik untuk Nuha sorang lagi :P

Thursday, January 22, 2009

Lunch @ Only Mee SACC





+++ Venue: +++
Only Me @ SACC

+++ Menu: +++
Curry Me ( AD)
Rice with Chicken Curry (ANIS)
Spaghetti Bolognese (AKU + NIZA)
Pineapple (NIZA)
Ais Kacang (AKU +AD)


Tadi waktu lunch, Anis datang sini ajak kitorang lunch kat luar..so kitorang ke SACC coz nak carik tempat makan yang sejuk sket coz Anis bawak baby dier...
Singgah Guardian kejap..dan tadi aku beli sesuatu...tadaa..



Aku dah tak sabar2 nak buat ujian ni..dalam hati punyalah berdebar..Dr hari tuh dah warning yang aku kena bertahan 2 tahun utk next baby..i'm a little bit worried when my ma said 'Entah2 ada isi' dan aku nak jaga Nuha..huhuhu..cecepat balik ofiz buat...
Result???
My hubby cakap malam ni dier nak OT..chehs.. :P korang rasa??
-
-
-
-
-
--
-
-
--
-
-
--
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-




yer yer...-ve..seb baik..aku sudah tidak period 2 bulan..tu aku cuak sket...nape yer lambat sangat period ni? ker memang macam ni? aku aktif breastfeed belah malam jer..dan pernah datang period lepas pantang hari tuh...ish..sudah tidak suburkah aku?

Hari ni, my hubby bawak keta pegi ofiz dier..so hari ni aku balik berjemput! yeay!Tak sabar nak balik....lambatnya kul 5..

Harith Daniel...



Hari ni kuar jalan2 cari makan ngan Harith Daniel..Nuha jangan jelez tau!!
Memperkenalkan anak kawan aku, Anis Yuhana...sama2 belajar uitm dungun dan shah alam dulu...best fren Ad..

Stop Snoring So Everybody Gets A Good Nights Sleep



BERDENGKUR merupakan gangguan pernafasan yang paling kerap melanda masyarakat tanpa mengira usia dan jantina.

Di Malaysia, dilaporkan lebih lima juta rakyat tidur berdengkur sama ada disedari atau tidak. Jumlah itu melibatkan kira-kira 45 peratus kaum lelaki dan 30 peratus wanita yang berdengkur setiap kali mereka tidur.

Ini bermaksud, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kita menghadapi gangguan tidur yang sukar diatasi kerana berpunca daripada dengkuran suami atau isteri sehingga kadang kala menjejaskan hubungan intim antara kedua-duanya.

Malang sekali, kebanyakan orang menyifatkan dengkuran hanya sekadar satu kejengkelan sedangkan ia sebenarnya masalah serius yang perlu diatasi segera bagi mengelak penyakit lebih kronik seperti jantung terhenti dan angin ahmar.

Konsultan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang, Dr. K. Gopalan Nair berkata, berdengkur disebabkan oleh halangan pada rongga hidung apabila saluran pernafasan menjadi sempit kerana otot akan mengendur sewaktu tidur.

“Selain itu, punca lain seperti uvula terlalu panjang, tonsil membengkak dan saiz lidah membesar akibat obesiti juga mengakibatkan gangguan pernafasan ketika tidur.

“Lain-lain punca adalah rongga hidung tersumbat akibat selesema atau alergi dan keadaan septum membengkok.

“Semua keadaan ini mengakibatkan mulut terbuka memandangkan rongga hidung tidak mampu mengawal pengaliran keluar masuk normal melalui hidung.

“Disebabkan komplikasi tersebut, 87 peratus orang yang berdengkur bangun tidur dalam keadaan letih, manakala 93 peratus pula mengalami hidung tersumbat,’’ katanya.

Mengikut kajian, daripada sejumlah 45 peratus orang dewasa yang kadang kala tidur berdengkur, kira-kira 25 peratus daripada mereka sentiasa berdengkur setiap kali melelapkan mata.

Hal ini boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius apatah lagi jika ia mendatangkan gangguan kepada corak tidur dan merampas hak individu itu untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Bahaya sebenar timbul apabila tabiat berdengkur itu lama kelamaan menimbulkan masalah kesihatan jangka panjang, antaranya Obstructive Sleep Apnea (OSA).

OSA boleh mengakibatkan pesakit berhenti bernafas berulang kali sewaktu tidur, kadang kala beratus kali pada waktu malam selama 60 saat atau lebih.

“Kombinasi gangguan tidur dan kekurangan oksigen boleh mendatangkan hipertensi, penyakit jantung, masalah ingatan, berat badan meningkat, kemandulan, sakit kepala, cepat marah atau keletihan.

“Ini kerana kualiti tidur yang rendah boleh menjejaskan prestasi di tempat kerja, mengantuk pada waktu siang dan lebih teruk lagi terlelap ketika memandu,’’ jelas beliau.

Menurut Gopalan lagi, rawatan untuk mengatasi masalah dengkuran dan OSA berbeza mengikut setiap individu.

Terbukti secara klinikal

Beberapa cara mudah untuk berhenti berdengkur adalah mengurangkan berat badan, tidak minum alkohol terutama sebelum tidur, elak mengambil pil tidur dan berhenti merokok.

Rawatan pembedahan seperti Septoplasty mampu membetulkan septum membengkok (deviated septum) yang mengakibatkan gangguan pernafasan apabila tidur.

Kaedah rawatan lain pula termasuk penggunaan alatan pergigian khas, pelekat hidung atau sejenis mesin seperti alat bantuan pernafasan digunakan sewaktu tidur untuk menolak oksigen terus ke paru-paru dengan menembusi halangan pada rongga udara.

Breathe Right Nasal Strip yang diperkenalkan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK) baru-baru ini, bukan sahaja membantu mengatasi masalah berdengkur bahkan membantu melegakan rongga hidung tersumbat akibat selesema atau alergi.

Pelekat hidung tanpa mengandungi ubat-ubatan itu hanya perlu diletakkan pada batang hidung dengan betul untuk mengembangkan lubang hidung dan meluaskan rongga pernafasan.

Naib Presiden dan Pengurus Besar GSK Asia Tenggara, Akhil Chandra memberitahu, produk berkenaan terbukti secara klinikal dalam meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam rongga.

“Ia dapat mengurangkan kekuatan bunyi dan frekuensi dengkuran seseorang itu sebanyak 31 peratus dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

“Oleh itu, ia selamat digunakan oleh semua orang termasuk wanita mengandung dan kanak-kanak serta ideal untuk mereka yang bimbang terhadap kesan sampingan ubat diambil secara oral,’’ katanya.

Breathe Right boleh diperoleh pada harga RM6 dan RM12 di mana-mana farmasi seluruh negara.

p/s: Tetiba aku jadik duta...

aku cedok di >> SINI

Wednesday, January 21, 2009

Amanat VC 2009 @ Dewan Seri Budiman


Hari ni,aku terpaksa mencemar duli,bersama dayang2 istana, Ad dan Niza pegi Amanat VC 2009..Lama gak..sampai aku pun dah tak tau dah aper yang diamanatkan..Ikut hati maleh nak pegi..dan tahun lepas memang aku tak pergi..sebabnya kawan2 aku tak pegi..boz pun tak pegi..ingatkan tak penting..tapi bila aku dapat interview tetap,tetiba diorang tanya pasal amanat VC..aduyai..Ingatkan tadak laa penting...rupanya siap amik kedatangan lagik..maklumlah,kami budak baru belajar..sudah laa tak tahu, tak tanya plak..wakakaka..

So tahun ni pegi la, selain dapat paper beg, kuih muih, limau mandarin dan air mineral Alla Fonte, bleh gak dengar hero dari Chennai punya amanat..hihihihi...ampun datuk! ampun datuk!!!



Dier nak jadikan unibersiti kitorang ni bertaraf RU...Research University...nanti ada laa geran yang akan diberikan kepada dorang yang nak wat research..macam tu kisahnya..aku tadak kaitan..banyak amanat tadak kaitan laa ngan life aku kat sini..ada satu pasal ICT..siap sebut nama boz besar aku lagi, Dr Ikram..yang tu tentu ada laa kena tempias sket..hehehe..
Dari kul 8 hingga kul 12 berkematu montot aku dalam dewan tuh..Tu lah pompuan, cakap sket nak menipu!! yer la yerlah..tak sempat berkematu :D
owh..siap baca ikrar bagai you!macam pengakap! :D

Tuesday, January 20, 2009

Birthday @ Januari

P/s: Maaf kalau ada yang aku lupa :D






2.1



2.1



2.1



15.1




23.1



26.1




26.1

Monday, January 19, 2009

Tiada Maaf Bagimu!!



Pagi tadi, aku pos ni untuk Danish...Dah besar dah anak buah ku sorang ni..Dah masuk 4 tahun 23/1 ni...kejap jer masa berlalu...ni kira hadiah hari jadi laa...

Aku tengah blog hopping blog Sweet Like Candy tetiba dapat nih..kewl rite?


Dapat dari boz yang aku buat sistem yang menang hari tu laa..jangan jelez... :P Dier baru balik dari event kat Langkawi...syoknya pegi Langkawi, leh maman coklat :P

Aku dah abes baca blog dier..aku ni memang suka baca blog orang agaknya..bila aku nak kenal orang, aku mula baca dari awal hingga abes..dah tebiat :P bukan buang tebiat ok..so, sesiapa yang ada nama dier sebelah I FOLLOW ni, blog korang aku dah khatam ler tewh :P

Nape ntah, lembab jer entri aku hari ni..Oh Isnin rupanya..

Aku baru sudah lunch..tadi aku bengkek jer kat pompuan ni sorang...kalo muka cantik, tak per laa jugak..owh, memang dier cantik..x pun bersembunyi disebalik make up..chehs..jelez :P

Sebelum aku ngan Ad duk makan kat sitewh, ada 2 orang tengah makan kat meja tuh..dier cakap ada 2 orang duduk kat sitewh..then diorang blah, aku ngan Ad pun duduklah..yerlah, Mak Buyung, orang kesian..bila aku memulakan santapan, tetiba datang pompuan ni, pandang2...owh,meja dier..sekali dier 4 orang ghupernya...abes buat muka poyo kat kitorang, ader aku kesyah?Aku dah mintak maaf still buat muka poyo..budak *pplied Scienes..lecturers,plz do teach them a manner..senyum laa sket kan..abes tu ko expect what? aku ngan Ad blah dari sitewh, dan tak abeskan makanan...:P bukan kebuluq pun tak makan kat sitewh laa...dah katernya tadak orang...
aku pun penah gak jadik students, ngan staff kitorang respect jugak..even cleaner..
budak2 skang, memang berlagak nak mampos..kalo dah kerja tak per laa jugak..ni harap duit PTPTN..owh, aku tak buat lagi bayaran bulan JANUARI ni...hehehehe

Ok, Ni aku cilok dari email my hubby...





Malam tadi, masa aku baru nak tidurkan Nuha, tengok berita, President Israel mintak maaf?? what?? dah ramai terkorban, dah ramai jadi balu,dah ramai hilang rumah, dah ramai jadi yatim piatu...Ucapan maaf?giler aper?

Walaupun tak berapa nak berjaya boycott kat Malaysia ni,tapi kiter cubalah..eh, Tesco kiter kena boycott jugak ker?macam mana tuh..pekerja yang keja Malaysian jugak kan?abes, diorang nak bagi anak bini diorang makan macammana? fenen jugak kan?
Anyway, Tahniah laa buat kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam..eh tahniah plak...takziah..

Nak tag jugak!

Aku asyik blog hopping jer pagi2(biasalah boz tiada..pergi honeymoon :P)..tetiba dapat plak tag lagik satu..baru pasan :D

Dapat award...

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

Aku renew tag : Copy Badge “2009 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda



tadaaaaaaaaaaaa...



tapi aku kan dasar durjana, dah tahun 2009 kan..so aku edit sket...maaf yer empunya bagde..


2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

Mama Qaisara bagi ni

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya

aku nak skip boleh? ...hehehe

-surfing
-YM
-Sametimes
-Blogging
-Blog hopping
-bebeling
-ngumpating
-cooking
-testing
-emailing

ok cukup! Yeay!

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda (SILA KUTIP AWARD 2009 YANG AKU EDIT HOKAY! )


MEL, JIEY MIEN, NIZA, WAFAA, MUMMY ADAM, LIANA MAJID,RIHANNA, ZURIS, HIDAYAH,RAA
DAN SEMUA LAH DALAM LIST I FOLLOW AKU..hiks..

Tag manjang :P

Pagi2 jawab tag dulu ok...aku memang tak sempat nak blogging weekend hari tuh..malas meh..my hubby jer on laptop aku..nape aku rasa geli bila sebut lappy..maafkan aku..lappy=nappy :P ker tak sama? hahahaha..

I've been tag by Mel and Mummy Adam...


Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog/Facebook note with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you choose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this.


Banyak tu 16...Aku singkatkan jadik 6, bleh?hehehehe...banyak sangat laa 16..biasalah,dasar M..
1) Sebab Aku dilahirkan pada 6HB :D (facts)
2)Aku tak pernah pegang baby, Nuha is my the very first time pegang baby..maksud aku, baby yang panas2 keluar dari perut manusia..hehehe...aku memang takut..semalam aku terdengar dari dalam bilik masa tengah tidurkan Nuha, pasal baby yang patah tangan..aper cer? (facts)
3)Aku pernah kena denda basuh toilet..(random things)
4)Eliss cepat lah ganti poser...Banyak tu..26 Hari..Jiayou! (goals)
5)Hadiah termahal aku pernah dapat adalah laptop Compaq aku tuh :D Tenkiu my dear hubby...(yer,my hubby bukan Datuk K...tak mampu nak beli jam mahal gila ba aliff ba ya itewhh)-baik beli rumah kan :-(
6)habits aku adalah suka gigit kuku..tapi bila dah kawen, hilang plak habit tu..sebab skang my hubby selalu potong kuku aku kot :P

P/s: Aku malas tag sesaper...sape yang rajin sila buat..Jiayou!

Friday, January 16, 2009

Pembelian Online Pertama & Merewang!

Tadi waktu Jumaat, aku pegi SUK...ada appointment dengan YB...hahaha..poyo...tada...




Akhirnya aku dapat jugak parcel yang tersilap anto kesana tu...Boleh Bangunan SAAS ngan Menara SAAS, posmen tu tertukar..hampeh btol..seb baik Niza, dengan baik hatinya menghantar aku kesana..tq dear :P Terima jugak kepada Pn. Bh*gw*nt K*ur kerana menjaga parcel aku dengan baik :)

P/S: Ini adalah pembelian pertamaku melalui Online disini (Kasi Promo sket yer Azlin, bleh kan? :D )..Nak tau isinya..biarlah si kenit tu cuba dulu..hehehehe..nanti aku upload later k!

Lepas tu kitorang berkampung umah Kak Ema..esok , anak dara dier kawen daa..
Layan pic jer la..agenda sebenar kitorang kesana adalah untuk tolong dier sket2..makan Terima Kasih Kak Ema jamu kitorang mee kari dan Muffin Blueberry tu..syedap sangat!!XOXOXOXO :P



Tiup2 sket kat Niza supaya dier cepat2 kawen..Aminnnnnnnnnnnnn...




Teringat plak masa dulu2...romantik tol katil tuh...jom bang pegi bunuh K***R! :P

Tag oh Tag!

Terbaca entry dari Eina, Mummy Adam...Blog Ni...Kena laa jujur :P katanya...huhuhu since, pasal azam kan, aku rasa azam aku semua orang dah tau, so aku skip part aku...bleh?huhuhu

NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK BABY/BAKAL BABY :

1. nak beli banyak baju baru & toys :P
2. nak cucuk additional tu :(
3. nak menjaga kesihatan nuha secara optimum

NYATAKAN 3 AZAM/HARAPAN BARU UNTUK SUAMI TERCINTA :

1. tak nak tinggi suara
2. protes kat blog sahaja
3. menjadi isteri solehah sampai bila2 Insya Allah

NYATAKAN 3 AZAM BARU/HARAPAN UNTUK DIRI SENDIRI :

1.
2.
3.
(Yang ni sila baca entri terdahulu di sini


NYATAKAN 3 AZAM BARU/HARAPAN UNTUK KERJAYA:

1. nak jadik pekerja cemerlang :P (yer, sila muntah)
2. tak nak mengular banyak sangat (sket2 jer ngular)
3. buat kerja cepat2 dan mendapat kepuasan dari pengguna secara maksimum (dahsyat tak?)


SILA uPLoAd 3 kEPINg gAMbAR aNAk aNDA DAN sEkEpING gAMBAr aNDA bERsAMA aNAK yANG tHE lATeST pUnYEr (tAhuN 2009)bagi yang pregnan lom ada baby upload gambar dengan husband k.(WAJIB)* uPlOAd gAmBar yAnG pAlINg aNDA sUKA*



TAG : SEMUA LAA YANG ADA ANAK DAN BAKAL ADA ANAK ! YANG TADAK ANAK, TENGOK JER LA!

Kitorang Menang Gold IID 2009!

Owh....Tak kusangka...Semalam tepat jam bape ntah boz aku SMS cakap Syabas sebab menang Gold Dalam IID 2009 tuh! my hubby cakap , eh, Syabas jer? hahahahaha..hampehs..
Aku rasa macam hampeh jer sistem tu...tapi hebat laa gak menang emas..leh pegi anto ke Geneva lah tu..huhuhu
Ok la..nak pi bfast dulu...adios!

Thursday, January 15, 2009

You Rock Babe!

Award ni dapat dari Hidayah .. tq ya!



***the rules***
.
.
.
1.
Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language.
.
.
.
2.
State the name of the author of each blog as well as a link to each one’s blogs.
.
.
.
.
3.
Each blogger (upon acceptance) of this award should do a post and show the award on their blog and put the name and link to the blog that has given her/him the award.
.
.
.
.
4.
Show these rules…
.
.
.
I dedicated this award to :

1)Cekedot a.k.a Raa (dari jadik reader dah jadik blogger :D) Blog dia
2)Long aku sebab dier punya thema blog kan nak rock...dulu duk terjah blog aku manjang..skang aku bleh terjah blog dier.. Blog dia
3)Wafaa..kira rock jugak laa Blog dia
4)Tiara Ayzan..kira rock jugak laa Blog dia
5)Haslina...kira rock jugak laa Blog dia

Bagi yang tak dapat nama jangan kecik atie...aku bagi semua laa senang sket, aku bagi semua laa yang I follow kat sebelah..aku punya jawapan tag kan...lalalalala

Cinta Ini Membunuhku...

Hari ni sessi melepaskan geram...yer, aku sungguh geram..kepada siapa? siapa saja..
Current mood :Moody bukan Dreamy seperti sebelah..itewh hanyalah lakonan semata2..yer, aku amat moody...
Aku tak jadi pegi singgah mana2 on the way balik terengganu nanti masa CNY..my hubby dengan bijaksananya,setelah aku google hampir separuh hari separuh mati jugak chalet/hotel yang kitorang nak stay malam tuh..
argh..tensen mak...kalo awal cakap tak nak pergi, tadak laa aku kecik hati yang sedia kecik ni, tak kecik ker? aku dah dreamy2 bagai...sekali ko cakap aper?????KITER TERUS BALIK JERLAH.
Ntah apa yang dikejarkan ntah...argh..tensen mak...

Ok, lepas ni, aku tak akan, tak pernah,tak akan sesekali, tak mengidam, tak bermimpi, tak tercakap, tak tersebut, tak terkentut, tak tercium, tak mengadu dan tak akan meminta untuk cuti kemana2...no more honeymoon for me..Azam tahun baru updated : AKU TAK NAK KEMANA2 TAHUN NI KECUALI BALIK TERENGGANU... FULLSTOP!!!!!

Layankan lagu ni...(Lagu ini tiada kena mengena sehidup semati dengan entri ini) ni cuma buat memey ker norman ker abby ker...saper2 lah..janji tiada kaitan dengan aku! Cinta aku tak buat aku kena bunuh tapi aku nak bunuh orang boleh?

D’Masiv - Cinta Ini Membunuhku

kau membuat ku berantakan

kau membuat ku tak karuan

kau membuat ku tak berdaya

kau menolakku acuhkan diriku

bagaimana caranya untuk

meruntuhkan kerasnya hatimu

ku sadari ku tak sempurna

ku tak seperti yang kau inginkan

reff:

kau hancurkan aku dengan sikapmu

tak sadarkah kau telah menyakitiku

lelah hati ini meyakinkanmu

cinta ini membunuhku

bagaimana caranya untuk

meruntuhkan kerasnya hatimu

ku sadari ku tak sempurna

ku tak seperti yang kau inginkan

repeat reff


Lirik lagu D’Masiv - Cinta Ini Membunuhku ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 D’Masiv - Cinta Ini Membunuhku.

Wednesday, January 14, 2009

Mari membaca...


Hari ni aku nak berkongsi buku aper yang aku selalu duk baca dan tak miss tetiap bulan..Aku mula beli buku ni, bila tahu aku pregnant...Harga asal=RM6 tapi sebab kawan baik my hubby ada sorang kawan kerja k*r*ngkraf, dapat laa diskaun RM2.hehehe..tapi bulan ni sebab lambat sangat tunggu dier(tak sabar nak kalendar) , my hubby dah belikan untuk aku..yerlah dia tak tahan tengok muncung aku dah panjang sedepa...dah 2 kali pegi rumah kawan dier, majalah still tak dapat2 kan...tensen laa aku...ada 2 kolum yang mencuri tumpuan aku kali ni, iaitu Menabung untuk beli rumah idaman dan Bijak Merancang Percutian...noticed sesuatu tak?? azam aku tahun ni daaa...hehehe....

Aku suggest kat my hubby,nanti time balik raya cina nak tido kuantan atau cherating dulu coz nak pekena ikan bakar kat peramu...(dia macam ok jer...) tapi time tu (24hb ni)-time peak season so mahal laa sket hotelnya..tak kisah laa...janji aku leh honeymoon..hahahaha... lagi satu, x der laa tergopoh2 kelam kabut nak sampai umah aku tuh memalam buta kan...aku sekarang tengah survey2 rate hotel/chalet yang mengikut budget murah dan superb aku...kalo sesaper tau sebarang hotel/chalet yang murah (aku nak stay satu malam jer pun :P) , silakan tinggalkan komen..hihihi...especially kawan2 aku yang berasal dari kuantan tu (AG dan Linda)..mana port yang best weh?kat TC pun ada hotel ker?aduhai..x sabar plak...kalo ikut hati, skang jugak aku nak buat reservation tapi apa2 hal kena bincang ngan my hubby dulu..heheheduit dier..


ps/: aku ingat nak antar gambar Nuha ke majalah tu...malasnya nak cuci gambar...hehehe

Tuesday, January 13, 2009

IID lagik!


Hari ni, hari pertandingan itewh..sajer aku nyebuk kat booth!
so bz laa hari ni...buat2 bz..adios!

Monday, January 12, 2009

IID 2009 (Invention, Innovation, Design) Competition!

Weekend hari tu, sabtu, aku dengan baik hatinya datang buat OT..sajer suka2...lagipun bosan duk rumah kan...yer laa..aku tadak keja nak buat kat rumah......hahahaha...dasar G.M! (Gila Meroyan) Jangan tanya apsal aku kena datang OT(nak kena tampaq silakan) ..ni punya pasal...IID 2009 R & D Competition...nak tau pasal aper..info di sini.
Aku nolong ajer dak niza ni buat sistem, kalo menang kira gempak laa...hehehe..ok, dah pasal kerja..x best :P


Hari Sabtu memang letih laa, sampaikan Nuha (yer dier datang ofiz aku, buat OT onar sekali)..seb baik dier tak meragam masa kat ofiz..leh aku buat kerja dengan gumbira..lalalalala..tapi biasa laa, 2 kali stop buat kerja sebab dier nak breastfeed...dah macam Taman Asuhan Kanak-Kanak dah ghuper ofiz hari aku sabtu hari tuh...huhuhu..belah malam, awal jer Nuha tido..aku lewat jugak, duk berborak ngan Long aku...dier datang sajer2 melawat kitorang dan makan kenny rogers tapi tak jadi, masa terlalu suntuk.
Hari Ahad, kitorang pegi umah kazen aku kat Klang..dier jamu kitorang nasi minyak daging masak merah, ayam gulai dan acar timun..dah macam makan kat kenduri kahwen aku rasa..hehehe...siap ada dessert lagik..Puding buih :D
Seterusnya layan gambar laa...

 
 

Hari ni, kitorang kuar kejap teman Niza pi B*nk R*ky*t...Dier nak pinjam ngan Ah Long dier takut, so terpaksa laa pinjam bank..hahahaha....ampun!!!!!!!

p/s: boz, tengok ni 2 orang budak tengah mengular....dah laa tak ajak makan, jejak ditinggalkan..hahahaha...ampun....larikssssssss!

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)