Wednesday, August 31, 2011
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Friday, August 26, 2011
Masih bekerja, tapi hati sudah sampai kat kampung ? Korang kerja lagi ker?
Me masih bekerja, tapi hati sudah sampai kat kampung ? Korang kerja lagi ker?Bagi yang dah pulang beraya tu, semoga selamat sampai dan selamat kembali bekerja.
OK, nak bagi duit raya ni. Nampaknya ada 3 peneka ajer dan semua jawab dengan tepat :) So, terpaksa meminta bantuan dengan MR Random.Org untuk membuat keputusan :)
1. zh-ena
2.mama tisya
3.aLeesYa's Mummy
Thursday, August 25, 2011
Yang dah tak kanak-kanak pun nak duit raya jugak ker ?? :p
Ok,nak bagi duit raya kat korang ni untuk semua pemegang akaun Maybank, CIMB, dan Bank Islam sahaja ;p Kalo tak der salah satu, pinjam la akaun sapa-sapa kan..hehehe
Cuba teka, tarikh lahir aku, my nuha dan my hubby. ( DD/MM sahaja) Jawapan yang tepat akan membawa pulang RM10 tunai masuk terus kedalam akaun dan akan diumumkan pagi esok :) Mohon email No akaun & Nama Bank ke elissmie[at] gmail [dot] com selepas membuat tekaan. Kot-kot korang dah half day petang ni kan. Esok dah mula cuti ker. Pemenang adalah ditentukan dengan cabutan oleh Mr Random Org jika terdapat ramai yang jawab betul. Seorang sahaja pemenang. Sila teka di comment box. Tidak akan publish comment tu supaya korang x leh tiru :)
Korang dah beli Pos Insurans Raya ? | Berbaloikah ?
Memandangkan aku memang tak pernah ada insurans pun kecuali khairat kematian dan insurans family plan ofiz hubby so semalam aku dah beli Pos Insurans Raya untuk Pelan Keluarga.Tapi rugi lah seringgit sebabnya family aku 3 orang ajer :p iaitu sebanyak RM 25.00. Jika plan individu cuma RM 8 iaitu lebih kurang 30 ¢ sehari. Korang agak-agak berbaloi tak ?
POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang diperkenalkan khas untuk pelanggan POS. Pelan ini memberi 24 jam perlindungan sehari terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan yang ditetapkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Tempoh perlindungan bermula dari 15hb Ogos 2011 hingga 15hb September 2011. (Keseluruahan 32 hari). Pelanggan POS boleh memilih Pelan Individu atau Pelan Keluarga sebagai perlindungan. . sumber : here
No | Manfaat | Indidvidu(RM) | Keluarga(RM) |
---|---|---|---|
1 | Kematian Kemalangan | 20,000 | 20,000 setiap Orang Yang Diinsuranskan (Mak. 100,000) |
2 | Hilang Upaya Kekal | 20,000 | 20,000 setiap Orang Yang Diinsuranskan (Mak. 100,000) |
3 | Kehilangan Dokumen akibat Ragutan | 100 | 100 setiap Orang Yang Diinsuranskan (Mak. 500) |
4 | Pendapatan Hospital Harian akibat Kemalangan | 30 | 30 setiap Orang Yang Diinsuranskan (Mak. 30 hari) |
5 | Perbelanjaan Pengkebumian (akibat kematian kemalangan sahaja) | 500 | 500 setiap Orang Yang Diinsuranskan (Mak. 2,500) |
Keluarga adalah bermaksud pasangan sah kepada Orang Yang Diinsuranskan dan anak-anak yang berumur 30 hari - 18 tahun yang belum berkhawin / bekerja atau sehingga 23 tahun bagi pelajar sepenuh masa kepada Orang Yang Diinsuranskan termasuk anak angkat sah.
Lingkungan Perlindungan : Dalam Malaysia
Tak sangka berpeluang untuk memenangi iPad2 atau wang tunai RM100 :p Harap ada rezeki :)
Malaysian Assurance Alliance Berhad,
Menara MAA, Tingkat 11,
12 Jalan Dewan Bahasa,
50460, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-888-622, 603-2146 9999 Fax: 603-2144 9622
E-mel: MAACallCentre@maa.com.my
Maklumat lanjut : http://www.pos.com.my/pos_bm/about_us/update/update1.aspx
Wednesday, August 24, 2011
Berbuka Puasa yang ditaja yang terakhir untuk bulan Ramadhan...
Masih ingat entry Berbuka Puasa di SACC Convention Centre, siap ada In-Team perform tu :p Kali ni, kami kesana atas jemputan my hubby pulak. Alhamdulillah, jimat tenaga mak noks :p Me memang suka masak tapi sekali sekala tak memasak, heaven jugak :) Setuju ?
Tuesday, August 23, 2011
Tukar duit raya di bank hampir 2 jam , kau mampu ?
Semalam, dah berjaya tukar duit raya. So anak-anak buah sila beratur depan Mak Su dan Pak Su sekarang.hehehehe :p Amaun tahun ni dengan tahun lepas sama ajer . Tiada peningkatan dan pengurangan :p
Tengok. Semua sekali RM900.00 tapi bukan semua duit me la :) Bagi yang tak de akaun, terpaksa la menumpang kasih kat me kan untuk dapatkan duit raya jugak. Patut kena dapat komisyen duit raya untuk me sekali kan ? :p lalalalariksss
Tapi yang hazab tu, hampir 2 jam kena tunggu giliran. Patutnya lagi lama, tapi ada ofiz mate me dia tak jadi ker haper tak sempat nak tanya, bagi nombor dia kat me. Sambil-sambil tu, seb baik line wireless ofiz dapat. So boleh lah update status facebook untuk menghilangkan kebosanan.Kalo kat ofiz, memang jarang ngadap FB ni.
Buang misai untuk kelihatan anggun di hari raya ? Klik sini laju-laju...
Monday, August 22, 2011
Sampul Duit Raya dah ada ke belum ?
Sampul raya dah ada ni. Tapi duit raya still tak tukar-tukar lagi..huhuhu. Apsal lambat sangat lah Affin Bank ni boleh tukar duit raya.Katanya hari ni. Harus la serbu cepat sebab macam tahun-tahun terdahulu, punyalah ramai orang nak menukar duit raya.Jenuh menunggu turn. Kalo boleh makan tengah hari siap boleh tambah 5-6 kali. Eh ;p
Nak tayang jugak la sampul raya, sebab terpengaruh dengan entry Murni :) Tahun lepas dapat jugak sampul raya ofiz ni. Tahun ni apa pun tak boleh. Kad raya mahupun sampul duit raya :p
Kehadirianmu amat dinanti,Ceriakan hari istimewa ini,segala juada sedia tersaji,Tanpamu disisi tiada erti.
Friday, August 19, 2011
Bila laki pulak shopping, apa terjadi ?
Kalo perempuan memang nama manja dia kaki shopping lah kan. Ada ker perempuan tak suka shopping ? Mungkin dari planet lain :p Tak semestinya shopping untuk diri sendiri ajer tapi untuk anak-anak dan suami jugak. Oh, mithalinya perempuan jomblo itu :p My hubby jarang sangat shopping kan. Tapi bila shopping tengok la jadinya.Mengalahkan me :p
Akhirnya, misi pencarian baju dan kasut raya berakhir semalam. No more for hubby, nuha , either me :p
Korang tahu mana nak cari baju lelaki yang bersaiz besar ? Maklumlah, my hubby ni sejak kawen dengan me badannya bagai dipam-pam, (pandai kan mak jaga laki :p ?? ) mengata orang , me pun sama :p Ampunkan hamba penunggu gua..hehehehe
Thursday, August 18, 2011
Berbuka Puasa di SACC Convention Centre, siap ada In-Team perform tu :p
Kelmarin kami berbuka di SACC Convention Centre. Ni pun orang belanja. Alhamdulillah.Pilihan makanan dia banyak jugak la.Dan yang penting sedaplah kan. Boleh makan lagi selepas moreh. Siap ada solat terawikh berjemaah kat surau di tingkat 2. Kalo bawa telekung sendiri lagi bagus sebab ramai orang .Cakap banyak pun tak guna, jom laa layan mata :p

Email: enquiry@saccconventioncentre.com
Website : http://www.saccconventioncentre.com/
Untuk kulit yang sihat dan mulus , klik sini laju-laju ...
Ni my portion. Diorang punya fofular menu - Kambing Kebuli . Satay tu memang sedap !
Kumpulan In-Team tengah perform :p Segan nak pergi amik depan2, so zoom ajer la :p