Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Tuesday, November 05, 2019

Jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf , Seksyen 15, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Weekend lepas ajak my hubby bawa anak-anak ke Jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf , Seksyen 15. Lama dah tak pergi kan. Last dulu pergi tahun 2012 kot. hahaha


Kali ni ada 2 ulat buku yang akan memperabiskan duit my hubby. hahaha. My Nuha dah cakap dia nak beli novel so lama sikit boleh baca buku. Gitu. Adik pun tak nak kalah. Dia pun nak buku jugak. 


Mula-mula cari buku pelajaran dulu untuk dua beradik tu. Yang ni Pakej Bestari 5 buku RM 10


Yang ni RM 20 . Harga asal RM 25


Menarik sebab tulisan tangan dan ada gambar-gambar


Sebiji macam tulisan Ngah / Long saya. haha. Dah la kartun2 tu pun hampir sama. 


Memang menarik dan mudah faham jalan kerja yang digunakan. Boleh la beli satu untuk panduan mak bapak sekali. hahaha


Yang ni penghibur suasana je. Tengok la setahun dua lagi. Bakal ulat buku jugak ni


Yang ni my Nuha punya novel. Yang ni RM5 sebuah


Adik pun nak buku la Abah ...


Yang ni my Nayla punya . Pakej Kanak-kanak RM 20 3 buah 


La tak boleh beli buku lagi ke ? TKDMKA


Yang saya cari ni. Al Quran dan Tafsir. Yang ni RM70. Less RM35


Tulisan pun besar


Ada hadis sekali 


Yang ni my hubby punya RM 3 sebuah


Tak bagi buku, saya main kasut je la


Dua beradik yang gembira tapi muka masam je sentiasa. huhuhu


Ok. Jom la balik anak-anak selepas menghabiskan duit Abah korang . hahaha


Total burst  RM106.20 

Korang pergi ke jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf  ? 

#MalaysiaMembaca
#JualanGudangKarangkraf
Kelebihan Membaca al-Qur’an
Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 22, 2019

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Buku English Itu Mudah Wow! My English

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak review pasal buku yang saya beli untuk my Nuha. Dia ni english lemah sikit . Hari tu my hubby ternampak kat kedai buku. So terus la ajak my hubby cari. Kedai buku tu kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam.Rupanya kat Shopee pun ada jual.



Ini bukunya. Menarik warna warni . Harga tak silap tak sampai RM30. 



Korang search je kat Shoppee. Semua dihujung jari je. Klik kat sini nak register shopee. 



Ada 14 bab yang ada dalam buku ni. 


Ni sebahagian yang ada. 

Contoh bab 1 : Nouns. Memang mudah nak faham sebab bahasa melayu. 


Conjuctions. Kata hubung 


Active voice dan passive voice


Siap ada petunjuk penggunaan simple tenses. 


Nampak mudah sikit bila tunjuk macam ni kan?

Beli lah satu. Bukan sahaja untuk anak yang lemah bahasaa inggeris, mak bapak pun ralit duk baca. Nak ajar kena fahamkan dulu. Maklumlah,selalu makan nasi dengan budu. Lepas ni kena belajar makan nasi dengan cheese. hahahaha. lariksss..


Jauhi Tiyarah (Firasat Buruk)
Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tiyarah (firasat buruk) sebahagian daripada amalan syirik dan bukan daripada ajaran kami, akan tetapi Allah SWT akan menghilangkan tiyarah (firasat buruk) itu dengan bertawakal kepada-Nya." (Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 1614, Abu Dawud, No: 3910, Ibnu Majah, No: 3538, Ahmad, No: 3504, 3957)

Friday, August 04, 2017

Review Buku Masakan One-Pot Wonders

Assalamualaikum dan Salam Jumaat ! Lama tak bersiaran. Asal bersiaran cerita pasal makanan kan. Tapi kali ni nak review buku yang saya menang kat contest Philips tu. Siapa yang follow kat fb mesti dah tahu la. Tak sangka menjadi salah seorang pemenang. Tak sia-sia follow instagram Chef Marina tu. Selalu tengok demo masakan Philips sebelum beli Russell Taylors PC tu. 




Inilah buku yang dimaksudkan One-Pot Wonders. Haruslah kena guna Philips Pressure Cooker ( PPC) tapi Russell Taylors PC pun boleh


Terdapat 25 Resepi kesemuanya.Antara resepi yang ada dalam buku ni.


Sambungan Resepi yang ada

Inilah jawapan kemenangan untuk contest saya, Roti Naik Johor

Ni kalau kat Terengganu kitorang panggil Roti Paung. Tak silap saya dipanggil Roti Paung sebab semua bahan utama untuk adunan nak buat roti tu bersamaan dengan 1 Pound. Orang terengganu kan , haruslah jadi Paung. hahahaa
 1 Pound = 0.454 kg


Yang menarik dalam buku resepi ni Claypot Chicken Rice with Salted Fish
Cara nak buat guna PPC
Nampak sedap kan. Bolehla cuba nanti.


Buku ini keluaran MPH. So boleh la beli online yer seperti dibawah


Jimat duit saya RM 35.91

Klik Untuk Pembelian Buku One-Pot Wonders di MPH



Aim buku ni pulak lepas ni. Ke ada orang nak bagi hadiah percuma ? Hari lahir dah dekat ni. hehehe

http://pts.com.my/buku/resipi-istimewa-pressure-cooker


Korang ada buku masakan menggunakan Pressure Cooker ?



Untuk yang nak beli Philips Viva Collection All-In-One Cooker boleh klik sini untuk Pembelian 



Friday, April 14, 2017

Puding Sekelip Mata Inspired by Chef Hanieliza

Semalam saya berbuka puasa dengan Puding Sekelip Mata Chef Hanieliza .Sebenarnya memang lama dah tahu pasal kewujudan resepi ni sebab dulu Niza pernah kongsikan resepi ni kat blog kancilbiru yang dah arwah tu. Dah ada orang Jepun pakai domain tu Niza weh. hahaha. Buku yang dimaksudkan adalah Buku 1 Hari 1 Resepi. Saya olah sket resepi saya ikut apa bahan yang saya ada. Bab olah resepi tu serah pada saya. hahaha. Janji sedap kat tekak saya kan.





Credit : http://inibelogyuyue.blogspot.my/2012/11/resepi-puding-sekelip-mata.html

Resepi Puding Sekelip Mata Inspired by Chef Hanieliza

Bahan-bahan :

15 biji agar-agar sumi

1 tin susu cair (400ml)

250 ml peel fresh orange

1 bekas yogurt 140 g perisa blueberry


Cara- cara :

1. Di dalam mangkuk hidang, campurkan susu cair, yogurt dan jus oren. Kacau rata.

2 . Keluarkan agar-agar sumi dari bekasnya dan masukkan ke dalam mangkuk hidang.

3. Sejukkan sebentar dan hidangkan.



Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)




Monday, November 23, 2015

Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Korang dah baca buku  365 Tip Didik Anak Gaya Nabi karangan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ? Zira yang suggest buku ni dan dah kirim sekali dengan dia belikan . Terima kasih Zira untuk perkongsian . Skang duk hadam la tip yang Ustazah Isfadiah tulis ni. Untuk ajar anak gaya nabi, ibu bapa dulu sepatutnya kena praktis amalan hidup gaya nabi lah kan dan semestinya kena tahu pasal agama untuk kemaslahatan hidup dunia dan akhirat .Aduhai.Terasa kerdil sangat diri ini kan. Banyak lagi ilmu yang tak cukup di dada. Semoga dapat lagi tambah ilmu dan dapat didik anak-anak yang dianjurkan nabi. Paling teringin sekali nak buat adalah menghidupkan taklim di rumah tu. 

Alhamdulillah dah terima bukunya. Tak sempat 365 hari rasanya ni. Dah separuh jalan. Sejak jadi mak-mak ni susah sangat nak baca buku cepat-cepat. Ada jer halangan kan.

Keistimewaan Buku Ini:

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

Biodata Ustazah Isfadiah


Ada dua bahagian dalam buku ni. Bahagian 1 : Melihat Anak Sebagai Amanah

Bahagian 2 : Menelusuri Didikan Anak-anak Nabi


Bahagian Bonus:13 Tip Mengurus Anak Bermain Gajet


Salah satu isi buku yang ada

Amanah yang kedua. Tak sabar nak sekolah dah gayanya tu.

Kalau korang berminat, boleh dapatkan seperti kat bawah :-


Korang ada buku-buka keibubapaan lain yang korang baca untuk dikongsikan ? Semoga beroleh manfaat.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)