Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

Pesta Buku Antarabangsa 2015 @ PWTC, Kuala Lumpur

Seperti dijanjikan, hari ni nak cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa 2015 . Kitorang bertolak dalam pukul 10 lebih dari umah my Long dari Sentul. Punyalah ramai umat manusia. Nyaris nak patah balik. Sebab plan asal memang nak pergi Galeri Petronas jer hari tu tapi my Long ajak ke situ dulu.Kebetulan nak carikan buku untuk kelas my Nuha, cikgunya nak buat mini library kat dalam kelas.Kitorang parking kat Hentian Putra sebelah PWTC kat bahagian atas sekali. Kalau menapak, terus depan PWTC kat Dewan Tun Razak di tingkat 4 tu. 



Tarikh :  24 April sehingga 3 Mei 2015
Isnin Khamis 10 pagi - 7 malam
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum 10 pagi - 9 malam

Haruslah #wefie dulu sebelum bertolak. Tengok my Nayla tu si perosak gambar. hahaha

Flyer PTS yang dapatt semalam. Banyak hadiah menarik.

Ada aktiviti kat pentas utama dan booth. Ada Ustaz Azhar Idrus dalam tentatif Hari Ahad ni. Wow!

Dia beradik sedondon posing kat banner Ana Solehah :) Amin..

Punya ramai umat manusia. Boleh beli buku banyak-banyak. Simpan resit untuk claim dengan LHDN :) RM1000 kot limit. Rugi tak beli kan.

Ni kat ruang legar ada hari baca buku ke apa.Nak baca kat sini boleh register member for free tak silap.

Kami tumpang duduk sementara tunggu Kak Long habis shopping buku. 

My Nuha pun sempat baca buku-buku yang disediakan kat situ.Seronok dia !

Ini buku yang saya beli untuk mini library kelas my Nuha. Ada 8 buah buku RM20.

Bagus buku ni sebab ada bahasa melayu , jawi dan inggeris .

Yang ni RM10 untuk 5 buah buku

 Buku yang ni dwi bahasa.

Ni buku kelima , boleh campur dengan buku jenis kat atas. Buku ni satu bahasa jer.

Yang ni pun best. 366 Cerita dari Al Quran dan Hadis. Boleh baca 1 Hari 1 Cerita.

Dalam buku ni dia bahagikan ikut bulan. Ni contoh bulan September.

Ini cerita untuk 6 September. Haruslah birthday mak ! Tapi tulisan dia kecil sedikit. Tapi kulit tebal.

Yang ni Harga Asal RM39.90 dapat RM 35.Yang ni paling worth buying rasa sebab kita biasa baca jer quran tapi tak tahu apa maksud dan cerita disebalik ayat-ayat tu kan. 
Booth Edukid Books di Dewan Tun Razak 3 3068-3071. Yang buku cerita kat atas tu depan booth Edukid Books ni di Dewan Tun Razak 3.

Yang ni pun bagus. RM10 jer. Potongan 50%. 

Kandungan dalam dia


Dah nak exam, beli jugak buku-buku untuk ulangkaji keluaran Fargoes terletak di  Dewan Tun Razak , 3208-3209. Bagi yang nak cari buku ulangkaji sekolah agama macam yang saya beli hari tu pun ada kat sini. http://www.elissmie.com/2015/03/mana-nak-dapat-buku-aktiviti-sekolah.html

 

Kata Amran Fans, haruslah beli :p RM20 untuk Amran ! hahaha
Amran, macam mana nak bagi kau sign buku aku hah??? hahaha
Yang ni haruslah beli di Dubook Press di Legar Putra Booth L030.

Tak dapat sign meran, bergambar dengan buku meran sudah..hahaha

Abang sado pun reti baca buku :p kbai ! hahaha

Korang dah terjah ke Pesta Buku Antarabangsa 2015 @ PWTC, Kuala Lumpur ? 




Tuesday, March 10, 2015

Mana nak dapat buku aktiviti Sekolah Rendah Agama / KAFA ?

Minggu ni my Nuha ada ujian prestasi tahun 1 untuk sekolah rendah agama. Risau jugak sebab my Nuha masih belum master lagi bahasa jawi. Bila saya tengok buku-buku latihan dia memang dalam bahasa jawi lah. Saya tengok buku latihan dia, saya buatkan dia soalan-soalan yang sama dengan format ustazah dia bagi dalam kelas untuk membantu dia belajar. Macam ustazah sangat ni rasa.


Jadual Ujian Prestasi my Nuha Sekolah Rendah Agama

Semalam, bila google rupanya ada buku aktiviti untuk Sekolah Rendah Agama / KAFA. Buku ini berdasarkan sukatan JAKIM terkini. Tapi my Nuha Sekolah Rendah Agama kelolaan JAIS so agak berbeza sket tapi buku tersebut masih boleh digunakan jugak tapi yang buku Adab dan Akhlak sedikit berbeza saya tengok dari segi isi kandungannya. Semalam guna yang Bahasa Arab, ada jugak latihan yang boleh digunakan. 


Ni senarai buku aktiviti Sekolah Rendah Agama / KAFA keluaran syarikat FARGOES Books S/B. 

Semalam, saya terus berhubung dengan Sales Person syarikat FARGOES Books S/B untuk dapatkan maklumat kat mana saya boleh beli buku tu di Shah Alam. Salah satunya adalah di Kedai Buku Marwilis, Kompleks PKNS, Shah Alam. 


Hah..amik..Berpinau tengok buku :) Memang lengkap dari Tahun 1 sampai Tahun 6. 
Selain buku aktiviti, banyak lagi buku-buku keluaran FARGOES yang ada kat situ termasuk buku nota. Masuk jer, cari kat rak belah kanan. Memang ada lah kat situ . Mula-mula saya bagi senarai buku kat dia tapi macam blur jer, terus saya tunjuk gambar buku yang saya snap sebelum tu baru dia tahu. hehehe


Beli semua buku tahun 1 yang ada. RM 3.50 ajer sebuah. 

Lepas tu tengok dia relaks jer skang tak der homework, saya beli buku latihan untuk tahun 1 bagi sekolah kebangsaan sekali. kejam kan..hahahaha


Inilah kedai buku Marwilis, Kompleks PKNS. Belakang dia Restoren Sate Haji Samuri. 



Kedai buku lain yang menjual buku-buku aktiviti Sekolah Rendah Agama / KAFA adalah 


MRKB Agency bersebelehan dengan Hospital Salam, Jalan Nelayan 19/B Seksyen 19
dan 

Alisyah Book Store Sekyen 24 ( yang ni saya tak pasti dimana)

Bagi negeri-negeri lain, boleh terus berhubung dengan sales person syarikat keluaran buku fargoes seperti disini yer :)


atau boleh buat pembelian online di bawah :-


Semoga bermanfaat. 

Anak-anak korang ada yang ujian prestasi sekolah agama atau KAFA minggu ni ? 


p/s:

Terjumpa jugak satu blog yang muatnaik soalan akhir tahun untuk sekolah rendah agama , boleh tengok kat sini http://mawaddahat-talamiz.blogspot.com/ . Terima kasih yer untuk perkongsian. 


Tuesday, April 03, 2012

Takluk Hati Pasangan, korang dah berjaya ker ?

Semasa di Bengkel Kerja Kecemerlangan InfoTech, fasilitator sepanjang program adalah staf UiTM, iaitu Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat . Banyak pengisian yang diajar. Antara yang terkesan dihati adalah hal-hal yang berkaitan dengan fitrah lelaki dan perempuan lah yang selama ni macam tak berapa kita nak kenali lah. So, bila dah tahu fitrah lelaki dan perempuan, boleh pulak kita aplikasinya dalam organisasi. Senang rupanya boz nak buat anak buah suka kat dia atau membencinya :) Dan begitulah sebaliknya. Pendekatan tu yang penting . 


 Secara ringkasnya perbezaan dia macam ni :-


Dan kualiti profetik (role model kita : Nabi Muhammad S.A.W)  amatlah penting. Even barat pun memuji kehebatan Nabi kita.Pengalaman baru jugak, Qiyammulail atas tar pukul 5 pagi. Prof cakap, kat mana-mana pun boleh solat dan tak semestinya dalam surau atau masjid.



Antara amalan Nabi Muhammad yang sunat tapi baginya adalah wajib :-

1) Bersugi
2) Korban
3)Solat Witir
4) Solat Dhuha 



Group discussion "Pengkropatan InfoTech? . Relevankah? "


71 yang hadir

 Tuan punya blog dengan pose uncle Gedek ;p


Jauh sangat signboardnya. Close up sket. Tu kiri, Cameron Highlands,jom sayang :p
 Masih banyak bangunan klasik disini. Kalau pelihara, bagus ni..

Dan yang paling best,  berpeluang jugak mendapatkan karya terbaru Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat yang bertajuk Takluk Hati Pasangan.Dan yang best dah la dapat harga RM15 sahaja dan siap ada tandatangan penulis lagi :p Me baru jer baca 2 bab. Banyak cerita dalam buku tu. Yang biasa terjadi dalam kehidupan kita suami isteri ni. Kiranya buku ni ditulis dari permasalahan orang cerita kat dia lah dan bagaimana dia nak ajar kita takluk hati pasangan lah kiranya contoh macam ni :-

“Ustaz, saya nak tanya pendapat ustaz, kenapa lelaki ego sangat? Kenapa lelaki tak ada perasaan? Kenapa lelaki panas baran? Kenapa lelaki suka sakitkan hati kita? Kenapa lelaki tak kisahkan masalah kita, anak-anak dan keluarga? Kenapa bla bla bla... Kenapa? Kenapa?” - sumber
p/s: 

Jawapan dia korang boleh baca sendiri :p



 Tengah menandatangani buku Ad


Eliss, Semoga berbahagia. Hujan dan Ribut Biasanya Penghujungnya Nyaman & Pelangi


Antara kandungan yang menarik dalam buku tersebut :

• Elaklah Jadi Derhaka
• Bahagia Itu Milik Kita
• Beramal dan Berdoalah
• Sayang, Hormatlah Sikit
• Abang, Romantiklah Sikit
• Pilihlah Jalan Kebahagiaan
• Air Bah, Pantai Kan Berubah
• Pengaruhi Minda, Takluki Hati
• Hargai Fitrah Hubungan Indah
• Bahagia @ Derita, Kunci di Tangan Kita


 Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat

p/s:

Awak nak letak mana gambar ni. Bloglah  ustaz :p (Ad jawab)

Kalau korang nak beli, boleh dapatkan disini secara online.
Tapi kalau korang nak jugak buku Takluk Hati Pasangan edisi bertandatangan penulis, boleh bank in bayaran ke CIMB 12220000077104 RM20.00/ naskhah (termasuk pos), mesejkan alamat penghantaran . Info lengkap : klik sini


Monday, January 30, 2012

Beli Buku Ombak Rindu RM13.90 @ Karnival Karangkraf 2012

Semalam, kitorang pergi ke Karnival Karangkraf 2012. Punyalah ramai umat manusia sampai rata-rata parking atas divider jalan tu.Seb baik kitorang jumpa parking kat depan kilang Toyota tu. Menapak lah jugak ke situ tapi ok lagi la.Ni first time kami kesana.Nasihat me,  silalah pakai selipar flat supaya korang boleh menapak dengan lebih selesa dan aim buku yang korang nak ajer nanti rambang mata ;p Nak membayar pun beratur lagi.



Banyak jugak personaliti TV yang kitorang jumpa tapi buat-buat tak nampak sudah. Sebab tujuan utama adalah nak beli novel dan majalah ajer pun.Psstt..Jumpa peserta masterchef, Imelda, Mastura dan Azlina tapi Masterchef Ezani tak kelihatan kalau tak harus kena amik gambar. Jumpa Ustazah Mashitah, Fadzley dan Ustaz Don (hubby jumpa :p)


Tapi ada satu ajer yang terjuga nak amik gambar, Upin & Ipin. My Nuha siap meraung bagai sebab tak dapat salam dengan Upin & Ipin kesayangannya sebab ramai orang bersesak campur dengan hari nak hujan. Takut maskot basah gitu kekdahnya so cepat ajer Upin & Ipin dibawak masuk.My Nuha sejak dah masuk taska ni, teruja dapat buku mewarna Upin & Ipin, sampai dalam kereta pun mewarna gitu :)

Jom la tengok hasil belian semalam yang berbaloi-baloi. 40 % gitu diskaun dan ada yang lebih murah dari tu tau !

Ni lah novel Ombak Rindu yang me beli tu. RM13.90. RM 19.90 harga asal.Memang banyak gila novel tapi kenapa ntah blur habis tak tahu nak beli novel apa. hahaha. Sorang-sorang amik novel sampai ratus-ratus maklumlah voucher buku tu diterima kat karnival ni. Jelez me nengok ;p


Yang ni cuma RM5 yang ada 130 resepi. Dalam plastik lagi. Dah la kertas dia berkualiti. RM19.90 harga asal.Sampaikan cashier dia pun tak percaya :p



Beli majalah kegilaan terbaru me. Keluarga. Since RM6 sahaja bagi yang baru (Febuari) dan yang terpakai RM5 boleh dapat cabutan bertuah.

Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 

Ni lah hadiah cabutan bertuah.
Kelakar pun ada. Semestinya Adabi my Nuha cakap :p Macam tau-tau ajer memang selalu beli ni.


Ni free gift yang dapat semalam jugak.


Korang pernah pergi ker Karnival Karangkraf ??


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)