Tuesday, April 16, 2024

Raya 2024 #teamrayaterengganu #teambluemintbrown


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni dah ramai masuk ofiz ke? Kita mulakan dengan throwback hari raya . Sebelum tu masih belum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca belog elissmie.com yang masih sudi menjengah belog ni. Korang dah mula ke puasa 6 atau puasa ganti? Kita baru hari kedua. Ahad lah kot baru raya 6. hehe

Kita buh balik entry Raya throwback dari 2007- 2024





Tahun ni turn pagi raya kat rumah mak mentua. Kitorang gerak dari KL pukul 9 pagi , dalam pukul 2 lebih dah sampai kampung. Jem sikit tapi lepas Bentong tu dah clear sangat dah. Sempat lah singgah bazar Ramadhan Paka cari makanan sebab turn tidur rumah mak mentua dulu. Gilir-gilir macam tuh la dengan cuti yang terhad. Pagi raya tu mak mentua nak bangun pukul 4.30 pagi untuk siapkan nasi dagang 2 kilo untuk makan anak beranak je. Merasa makan nasi dagang mak tahun ni. Saya tukang hiris bawang merah dengan halia je. hahaha. Lepas tu tolong mak angkat kukusan dan gaul balikkan nasi dagang tu. Sejam jugak kat dapur baru siap. Nampak mudah. Resepi pun dh ada, nanti lah kita try buat. hahaha. 

Pagi raya dimulakan dengan Solat Sunat Aidil Fitri kat Masjid Jamek , Paka. Lepas tu ingat nak balik rumah my ma dan lawat kubur Abah tapi my ma dan keluarga Ngah datang rumah mak mentua saya. So kitorang ikut family my hubby pergi raya belah my hubby dengan Kak Ngah my hubby. 2 rumah je sempat sebab my Nawfa melalak nak tukar baju. Sabar je lah. 


Berdua dengan mu


Bergambar berdua dulu bikin romantis 


Bersemut tak


Bergambar dengan keluarga kecil saya


Bersemut lagik. My hubby tak jumpa baju raya dia berkenan. So dia recycle baju raya 2020. Tak apalah. Biasa pun tak berapa nak sedondon sangat pun. hahaha. Janji mak dengan anak-anak baju baru .



Bergambar dengan syurga kami, ayah mentuaku. Masa ni mak dah tergolek sebab demam



Bergambar dengan syurga kami, my ma




Anak-anak dengan Kak Nina


Gambar Long & Kak Long #teamrayakedah


Gambar keluarga Ngah


Gambar keluarga Eg #teamrayajohor


Same genetic detected 



With sepupu kembar my hubby dan anak-anak dia


Ni kat rumah mak sedara my hubby, Mak Cik Lah



Family my hubby, spot the family influencer, hasifchoy  😅




Petang raya macam biasa, haruslah ke Pantai Paka buat outdoor photoshoot macam biasa berbekalkan batu as tripod. haha. Jom lah layan gambar. 












With anak-anak dara 



Bawak my ma ziarah kubur Abah. Raya ketiga baru berkesempatan. 





Hari sebelum balik ke rumah mentua, missing Danish, Long, Kak Long n Ummi, dah kerja. 

Kita gerak balik KL hari Sabtu, gerak pukul 11 pagi . 9 malam baru sampai. Ok la. Boleh lah rehat sehari. Semoga berjumpa lagi Ramadhan tahun depan Ya Allah. 



1 Comments:

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)