Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Tajuk saja kasi gempak sikit. Pandu uji lah sangat. Kisah bulan lepas, bulan ni baru muncul kat blog. Teruja nak pergi tengok Myvi 2018 sebab katanya ada iras kereta idaman saya Honda Jazz. Lotus Elise tu idaman jugak. Berangan free tak kena bayar ok. Semua mampu berangan ke idaman ke.hahaha
Dalam dia luas lah jugak. Rasanya untuk anak tiga boleh lagi. Yang ni saya ni 1.3 cc
Code colour : Peppermint Green. Warna ni ekslusif untuk 1.3 cc sahaja
Ni yang 1.5 yang dah ditambah body kit. Yang ni enjin macam Vios katanya. Yang 1.3 sama macam Bezza. Katanya pemasangan Myvi baru ni dalam masa beberapa minit menggunakan teknologi robotik
Yang 1.5 cc ada fog lights. Yang 1.3 cc tak ada. Kesian.
Budak berdua ni suka la konon nak beli kereta baru
Menarik juga warna ni tapi kalau nak nampak Jazz kena beli warna merah. Masa kat situ tak ada warna merah. 3 warna je ada. Satu lagi purple. Lupa nak amik gambar yang tu. Kalau beli purple baru UiTM Dihatiku. hahaha
Yang ni harga siap roadtax (average) . Harga berubah mengikut insurans ( tinggi atau rendah)
Yang ni purple. Credit Paultan.org
Yang ni merah tu.Nampak macam Honda Jazz kan. hahaha. Credit Paultan.org
Sama tak ? Hahaha. Mau kena kecam dengan Jazz Owner.
Spesifikasi korang boleh baca selanjutnya kat sini : https://paultan.org/2017/11/17/first-look-2018-perodua-myvi-video-walk-around/
Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan dia berjuang pada jalan Allah, Baginda juga tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Baginda akan menuntut bela kerana Allah Taala. Hadith Riwayat Muslim”
Ramai betul yang berkenan dengan myvi baru ni. Fenomena la juga. Tapi bile mengenangkan nak berhutang lagi tu, cancel jela hajat.
ReplyDelete