Friday, June 06, 2014

Beg jualan amal ,Oat Chocolate Choco dan UiTM Fridge Magnet Giveaway !!

Assalamualaikum. Salam Jumaat, penghulu segala hari . Sekejap ajer sekarang ni seminggu ke seminggu. Minggu ni ada jualan kat bawah ofiz saya ni atau PPP ( Pesta Perabis Pitis). Ada satu tu jualan amal oleh pelajar UiTM. Diorang dapat barang-barang sponsor, so diorang jual balik untuk kutipan amal. Bagus juga idea mereka ni kan. Saya turut bagi sokongan atas inisiatif mereka. 


Inilah barangan yang ada dalam beg amal diorang. 9 barang semuanya iaitu majalah Anjung Seri, Jelita , Deodorant Syahirah, 2 pek Sabun Top, Perapi rambut Safi Shayla ( nanti saya review produk ni yer ) , Cip Ubi Kayu , InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu, dan sabun mandi. 

Cuba teka berapa harga beg jualan amal ini ? 

Pemenang akan menerima , satu Fridge Magnet UiTM . Korang boleh teka banyak kali tapi cuma tekaan yang tepat dan betul paling awal akan menerima FM ini ( seorang pemenang sahaja) . Jika tiada jawapan tepat, jawapan hampir tepat yang paling awal akan menerima FM ini. Undian di tutup pada hari Isnin ( 9 .6) sebelum jam 1.00 tengah hari ! Selamat meneka you'ollss !! - TELAH DITUTUP. DAH ADA PEMENANG :)



FM UiTM untuk dimenangi..UiTM Sentiasa Dihatiku ...

p/s: 



Ini pulak kegilaan terbaru my hubby, anak-anak and me :) Oat Chocolate Choco ni hubby yang belikan . My hubby beli kat BHP Petrol RM16.Padahal orang jual RM11-RM12. Punyalah tak masuk akal harganya...Sebelum ni saya tak pernah cuba pun. Rupanya sedap jugak. Agak-agak boleh tak turun kolestrol saya ni ? hehehe. 


Jom dapatkan barangan tupperware disini, boleh beli kat sini yer :)
Nak jalan hujung minggu dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)