Friday, June 07, 2013

Macam mana nak letak watermak pada gambar sekaligus ?

Hari ni entry tutorial. Korang perasan tak semua gambar dalam belog saya ni ada watermark. Dulu saya pernah offer watermark percuma tapi skang tak sempat dah nak buat. Bagi yang nak guna watermark tu boleh rujuk kat sini tapi ni nak tunjuk cara nak letak watermark pada gambar sekaligus iaitu satu batch terus. Mula-mula download dulu freeware apps ni dulu Photoscape.



1) Dah siap download tu , buka freeware ni dah pilih Batch Editor seperti dibawah yang anak panah merah tu.




2) Pilih folder yang memuatkan gambar-gambar korang yang nak letak watermark.



3) Lepas tu , tarik gambar tu masuk kat ruangan tengah tu yang ada tulisan Drop your photo here. Tadda...semua gambar dah diletakkan kat tengah.


4)Tengok kat bahagian tengah tu jer. Ada tab Home ,Filter dan Object belah kanan tu.Pilih tab Object dan tick pada Photo1 dan pilih watermark yang korang dah ada, Kalau guna photo klik kat pensil warna kuning sebelah kanan tu dia akan keluar option utk korang setkan opacity gambar tu. Biasa ada orang buat watermark dia jadi blur ajer so korang gerakkan ke kiri bahagian opacity tu. Kalau nak terang mcm biasa 255 la opacity nya.

* Kalau tak ada gambar watermark pilih ajer Text1 dan masukkan nama belog korang atau apa-apa yang korang nak letak pada gambar lah.



4) Dah masuk part yang magis ni, korang nampak anak panah yang saya buat tu. Kalau korang letak kat tengah2 gambar watermark tu rasanya semua gambar watermark masuk frame, boleh buat sekali harung ajer tick pada anak panah merah ( Convert All ) tapi kalau ada gambar yang korang nak letak tu kat tepi kat pilih anak panah biru ( Convert current photo) . Tapi ni kan tutorial nak letak watermark sekaligus so pilihlah anak panah merah. Sekelip mata ajer semua photo anda sudah diwatermark ! Dan yang best tu, kalau korang pilih frame kat tab Home tu, semua gambar ada frame yang sama. Mudah sangat :p Tak perlu photoshop bagai lah.


Korang guna software apa untuk letak watermark pada gambar kat belog korang ?

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  


My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef
 

12 Comments:

  1. Mekaseh!
    Saya bookmark entry ni
    Sangat berguna

    ReplyDelete
  2. Kakak pun guna Photoscape juga. Tapi kakak punya kecik aje...hujung kanan bawah..

    ReplyDelete
  3. Eliss, dulu akak dah habaq dah tapi ni nak habaq lagi sekali, akak tau tentang Photoscape ni dari blog Eliss la. Terima kasih banyak2. Akak letak watermark simple saja takdak frame tapi sangat2 berguna info yg Eliss bagi ni, sekali lagi, terima kasih banyak2. Hanya Allah SWT yg dapat membalasnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker. alahai, terima kasih banyak2 akak :)

      Delete
  4. Raa pon guna Photoscape jugak.. itu jer yang senang nak edit gambar.. dan free software pulak tuh.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Saya guna Photoshop CS5.

    Nak try jugak lah guna Photoscape ni :)

    ReplyDelete
  6. saya buat manual... hehehehe

    ReplyDelete
  7. selalu pakai photoscape tp x buat watermark.... huhuhu

    ReplyDelete
  8. la tak tahu la plak blh mskkan sekali harung
    ena nie buat la satu2
    hampagas betul la
    TQ elis bg info

    ReplyDelete
  9. wahhh..love this entry, really help a lot.. Tq so much:)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)