Monday, October 03, 2011

Tips Pindah Rumah, korang share la pengalaman korang disini..

Insya Allah, dalam masa 2 minggu lebih lagi (karenah birokrasi) , me akan dapat kunci rumah untuk harta pertama me dan hubby . Semalam, dah pergi tengok lagi rumah tu, penyewa dah pindah dah pun.Nak jer mintak kunci awal :p Tapi kang nampak plak gelojohnya...hehehehe So me dalam proses bersabar lah ni. Harap-harapnya dapat duduk sebelum hari raya haji lah kan.


Skang tengah pening dengan hubby tentang design kitchen kabinet, nak cat rumah kaler apa dan yang paling me pening nak memindah barang-barang dari rumah sewa ke rumah baru. Korang ada tips tak ? Dulu masa duk rumah sewa ni, memang dah ckp dgn hubby jangan beli barang banyak2, tapi setelah hampir 4 tahun menyewa, banyak pulak barang yang dah dibeli :p

Ni antara tips yang me google , me copy paste dan kredit kepada empunya blog untuk perkongsian semua.

TIPS PINDAH RUMAH - credit to http://www.ciklaili.com/2010/06/tips-pindah-rumah-baru.html

1. Mengemas

- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat.
- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.
- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.

2. Asingkan barangan

- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.
- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.
- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika dilakukan orang lain.
- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik tidur.

3. Keselamatan perabot

- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus dengan kain atau sarungkan dengan plastik.



TIPS PINDAH RUMAH CARA ISLAM - credit to http://islam-jalan-hakiki.blogspot.com/2010/01/tips-pindah-rumahpejabat-mengikut-islam.html

1. AZAN
- para ulama berpandangan adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah/premis baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat tempoh kosong yang dimaksudkan ialah lebih daripada 40 hari dan ada pula yang berpandangan lebih daripada 15 hari.
- dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH

- sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

- dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran”(hadis riwayat Al-Baihaqi).

4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS

- amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan berkenaan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat kursi 1 kali (tetapi ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali).

5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM

- perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
- bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:

i) ambil air secawan
· baca surah Al-Fatihah
· baca ayat Kursi
· baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas)

ii) tiup ke dalam cawan tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
iii) kemudian jirus ke setiap penjuru rumah dengan air tersebut. Mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jam.



Korang ada tips pindah rumah yang lain untuk dikongsikan ???



19 Comments:

  1. aku hanya terbayang...PENAT. kalau pindah rumah ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. tq info berguna ni psl pindah umah secara islam..boleh praktikkan lepas ni..x lama lg ktorg pun nak duduk sendiri jgk..selama ni dok ngan mertua...skg ni tgh kemas2 serba sikit...

    ReplyDelete
  3. salam...
    erm klu nak kongsi cite sal pindah umah ni..letih nak tulis la..ko tau la aku ni dh bape kali pindah since kawen ni kan...7 kali dh..memang penat+rumit la..betul dah tips yg ko godek2 tu...mcm yg latest pindah bln 12 taun lepas,dgn kain baju,perabot,sampah sarap yg byk..ko tau la dh 8 taun kawen..mcm2 reta yg kita kumpul...
    kain bj letak dlm plastik sampah,storage box,pinggan magkuk belut ngn sok kabar buh dlm kotak..sampai skang xbukak2 pon ada lg...anyway..buleh dh simpan benda2 yg ko x guna dr skang...slamt pindah umah baru...

    ReplyDelete
  4. aku dulu hari tu gak kemas aritu gak pindah.. tapi selepas 3 bulan pindah baru abis punggah.. hihihi..

    ko packing je dulu dalam kotak, label skali.. sampai rumah baru terus letak kotak kat tpt yang ko nak letak.. tak de la 2 3 kali kerja angkut kotak ke sini ke sane..

    ReplyDelete
  5. Eliss

    mmg pening bab nak pindah randah ni..masa lyn masuk rumah baru..kitorang siap wat segala benda maintenance basic sblm masuk..antaranya repaint,fitted in kitchen cabinet, mencuci rumah dsbg

    bab packing kitorang amik masa sekejap je sbbnya upah org kemaskan...mmg x larat nk mengemas dgn ada anak kecik ni

    apapun slmt pindah rumah baru..

    ReplyDelete
  6. akak dulu mmg praktikkan mengemas mcm tur..mesti label properly kat tepi, atas kotak..kita org masa tu ada banyak masa, so sempat la pindahkan dulu sket2 mana barang yg tak nak guna..tp make sure bukan brg berharga sbb takut ilang plak..n of coz kena jugak jenguk umah tu 2-3 hari sekali..

    sebulan pertama duduk umah, kami amalkan baca Quran /yassin tiap2 malam..maklumlah, anak br abis pantang masa tur..

    ReplyDelete
  7. terimakasih atas informasi ini, saya baru mengerti masalah '‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah' :(

    ReplyDelete
  8. aku berpengalaman pindah umah.....huhuhuhu...penat nak kemas....tak per...wat slow2....

    ReplyDelete
  9. adoi penatnya nak pindah rumah

    ReplyDelete
  10. selamat berpindah ke rumah baru. jgn lupa buat kenduri dos selamat jugak nanti spy boleh buat sembhyg hajat sekali.

    ReplyDelete
  11. kalu nk pindah..mmg awal2 dh siap pack sket2..cr kotak siap2..

    ReplyDelete
  12. Good info..selamat pindah umah eliss...

    ReplyDelete
  13. dlm masa setahun ni dh 2x fai pindah rumah... fuhhh, mmg teramatlah penat. kemas berdua lak tu dgn hubby... huhu... tapi lepas ni kalo pindh lagi memang kena asingkan barang n siap2 labelkan, nnti senang nak cari balik kat mana...

    ESP-Best seller dikalangan wanita dan ibu2

    ReplyDelete
  14. kalau buat housewarming jangan lupa jemput aku :D

    ReplyDelete
  15. ohh..pindah rumah sgt la memenatkan..tp best bila masuk rumah sendiri..mcm puas hati je... tips: sama mcm yg telah di list kan..plus, kena byk sabar n cekal ;)

    ReplyDelete
  16. tips mudah... upah indon 2-3 orang utk unpacked kan barang... unpack adalah perkara yg paling susah nak buat

    ReplyDelete
  17. -barang yg sudah lama atau mungkin sudah rosak, elok di buang dulu.
    -label kotak dengn content barang didalamnya.
    -barang yg berharga dan mudah pecah is better bawa sendiri dgn kereta.
    -confirm kan juga saiz lori dengan banyak barang yg ada. jadi macam sy ari tu, memula patut satu lori sahaja. tetiba hari pindah terpaksa sewa lori lain lagi satu.

    sekadar berkongsi pendapat baru sekali berpindah rumah.

    ReplyDelete
  18. TIPS TAMBAHAN
    -Survey harga lori dan servis. Takut tertipu mcm sesetengah org lain kena.

    www.lorisewa.officialsite.my

    ~promote sikit..hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)