Thursday, October 20, 2011

Pemeriksaan gigi dan scaling cuma RM20?

Hari ni, awal-awal pagi me dah terpacak kat klinik gigi kat ofiz me ni. Jimat sket sebab murah la nak banding kat luar kan. Nombor me adalah nombor 1 tetapi dekat2 sejam baru dapat masuk jumpa doktor gigi. Dah la kena pilih satu treatment per session. So me pilih scaling instead of tampal. Doktor buat pemeriksaan gigi terus sebab dah lama me tak buat :p Dulu masa student kat sini, setiap 6 bulan me mesti pergi sampai doktor cakap, datang tahun depan pulak :p

Rawatan pencucian gigi atau penskaleran (scaling), alat ultrasonik digunakan untuk menanggalkan tartar dan kalkulus yang melekat pada gigi, disyorkan setiap 6 bulan. Rawatan ini disyorkan untuk mereka yang kerap mengalami gusi berdarah (gingivitis) dimana ianya merupakan tanda awal penyakit gusi. sumber : sini

Lepas abes scaling terasa putih berseri-seri gigiku ini :) Terasa seperti senyuman seorang raja sehari. hahaha.


Ok, dah-dah berangan. Lepas amik ubat, pergi kaunter buat pembayaran yer..



Nah resit :p
p/s: 

Pemeriksaan pergigian boleh diperolehi di klinik-klinik pergigian yang berdekatan.

Korang dah buat ke pemeriksaan gigi ?







p/s: 

Tq Niza dan Kak Long & Long for birthday gift :)


16 Comments:

  1. aku pernah kena dgn dentist kekwat kat situ. dia bebel sbb aku kata nak buat scaling, tapi dia tgk gigi aku ok.
    budus kan? nak marah pun,kalo gigi aku teruk, masuk akal gak la.

    ReplyDelete
  2. bestnya murah jer..kalo tak kat klinik 40/50 macam tu kan..

    ReplyDelete
  3. murahnye.. org luar leh tumpang x?? muehehehe

    ReplyDelete
  4. same la. td pon ke klinik gigi jugak. sambung treatment. doktor letak ubat dan buat tampalan sementara. dan skg gigiku ini terasa berdenyut aje!! uwaaaaa

    ReplyDelete
  5. kos dentist kat private memang mahal..pelik saya..

    ReplyDelete
  6. aku langsung tak tau ape2 psl scaling,..teruk betul aku nih

    ReplyDelete
  7. nak gi gak lah...pas ni nak gi ajak aku...sama2 kita menghilangkan diri

    ReplyDelete
  8. harga murah service okey berbaloi , yg tak best kalau bayar mahal2 buat ala kadar je

    ReplyDelete
  9. murah! tapi kan sy plaing malas nk check2 gg tau..hehe

    ReplyDelete
  10. knur pegi kat Klink Kesihatan UPM, guna nama suami. murah jugak.

    ReplyDelete
  11. murah sangat laaa tu.. dulu kid dgn wife bikin, dekat 300. abiskan bajet medical. hehehee

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum. Kalau bukan staff uitm boleh buat rawatan di klinik pergigian UiTM tak? Orang ramai boleh gunakan perkhidmatan tu tak? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik tu utk staff dan pelajar ajer ;) sama2

      Delete
  13. scaling gigi rm 20 tu kat mana...klinik kerajaan ke swasta..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)