Thursday, March 15, 2012

Beza bil elektrik penggunaan penghawa dingin vs kipas

Rumah me skang ada alat penghawa dingin. Hari tu ada promosi kat kedai elektrik apa ntah namanya sebelah HLK tepi carrefour Shah Alam tu. Nanti me update kendian nama kedai tu :p Ada promosi ulangtahun gitu lah kekdahnya.Banyak kedai me masuk untuk survey sebelum beli aircond ni. Dan yang ni paling murah yang me dapat. Kalau inverter , kos pemasangan saja me tanya diorang nak RM200 sebab piping dia lain sket dari yang biasa tu.Paling murah RM150 gitu. So, bila kedai ni cakap kos pemasangan percuma, apa lagi. Harus lah kitorang beli terus.Me survey kat kedai lain, harga RM1300-RM1400 tanpa pemasangan.Yang me beli ni, RM 1200++ termasuk pemasangan dan penghantaran.1.0HP. Tapi ni awal tahun , mungkin skang dah turun lah kot.

Ini lah rupa penghawa dingin kami tu . Tapi ni me google. 

 Jom kita tengok bil elektrik rumah me sebelum pemasangan penghawa dingin (Me set 22 Darjah Celcius dan me pakai lebih kurang 8 jam setiap hari atau lebih esp hari minggu  ) 

RM70.73

 Ni bil elektrik rumah lama. Averange RM40 -RM30++

Bil elektrik rumah me bertambah RM30 dari biasa. Kiranya RM1 sehari lah kot yer caj penggunaan penghawa dingin tu :) Jimat jugak kan ?

 Langkah untuk kurangkan kos penghawa dingin :-
  • Tutup lampu bilik apabila tidak digunakan. Cahaya lampu menghasilkan haba yang akan menyebabkan penghawa dingin bekerja dengan lebih kuat.  - Memang kami tidur dalam gelap patutlah save yer.
  • Elakkan pancaran sinaran matahari terus kepada penghawa dingin yang sedang berfungsi -.memang terlindung dari cahaya matahari sebab aircond tak mengadap tingkap.
  • Kurangkan  pergerakan  masuk -  keluar  melalui  pintu.  Ini  akan menyebabkan kehilangan udara sejuk dari dalam kawasan yang sejuk.- kitorang biasa pasang sejurus nak tidur. So memang tak keluar lah. Nak mengencing pun dalam bilik jugak.
  • Jangan   letakkan   peralatan   pemanas   berhampiran   dengan penghawa dingin. - seb baik tak de pemanas
  • Tetapkan suhu pada  24-26 Darjah Celcius.  Penyejukan bilik kepada suhu  yang lebih rendah daripada 20 Darjah Celcius akan menyebabkan kemasukan haba dari luar dengan cepat. Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.  - Lepas ni kena naikkan suhu la sket supaya lagi jimat
  • Bersih dan tukar penapis udara  (air filter) secara terjadual - Yang ni tukang pasang tu dah ajar kat hubby me cara nak bersihkan, so dia yang bertanggungjawab membuat kerja ni.hehhee
Korang boleh guna kalkulator $$$ lawan kecekapan disini untuk kira kos penggunaan penghawa dingin - http://www.switch.org.my/v1/index.php/-vs-efficiency

crdit to : link



Pastikan memilih barangan berteknologi inverter lepas ni untuk menjimatkan bil elektrik :)




45 Comments:

  1. takde lah beza sgt bil letrik.. tapi harga ekon nih boleh tahan mahal jugak yer... urrrmmm... tgk bajet dulu laaa..hehehehe

    ReplyDelete
  2. kalau pakai ekon bil memang akan tinggi. Tapi kalau nak jimat, memang better guna panasonic inveter tu..mmg kos pemasangan tinggi, tapi in a long run, bil lebih jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu mahal sket kan :p orang ckp kalau pakai lebih 8 jam, baru jimat.entah la.

      Delete
  3. aircond ade cb
    tu psl jimat...
    kipas jdi tinggi due to high volume of speed.
    klu ko guna rendah
    jimat la..
    jgn ko lupa
    peti ais jugak
    klu peti ais ko kosong..
    mgm tinggi la letrik ko
    bil letrik aku tinggi time memula kwin sbb tak thu nak buh ape dlm peti sejuk
    bila dah reti buat cake,simpn susu anak
    ok jer.
    tiap2 bualn bil aku tak pernh cecah rm30
    tu siap ade komputer lagi..
    dgn astro lagi dgn unify lagi..
    negh nge ngeh

    *bila nak jumpa ni?!
    ko free tak 25hb?!
    turun meru jom?!
    aku buat kenduri kekah adik aku dgn celebrate besday adik aku dlm 4 org sekaligus.
    klu mahu nti aku jemput kat fb..
    ko ade fb aku tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena penuhkan peti ais lah kan :) ada ke blogger lain ko ajak? aku ni penyegan gak.maklumlah jumpa kat blog ajer.aku tak main sangat fb ni. entah ada ker tak.x perasan.

      Delete
  4. wah jimatnyr
    kamis bulan kalo x seratus x der la. sbb aircon pakai lamer.
    musim pns . kalo msm sejuk. bil kurang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. my Nuha ni tau2 ajer dia kalu kita tutup. demand tinggi :p

      Delete
  5. pakai aircond kalau masa nak tido je ok. yg mahal bil kalau psg 24 jam ataupun yg psg jugak kat ruang tamu sbb kwsn besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psal :) me memang pasang dalam bilik tido jer

      Delete
  6. oh.. takdelah mahal sangat ek? boleh try brand ni lah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba :) nanti me update no siri dia :p lupa nak tengok semalam.hehehe

      Delete
  7. my rumah on kan aircond selalunya dari 11pm hingga 2am atau 3am. Lepas itu sambung kipas.
    Sebab da sejuk da klu pepagi gitu.

    part bil tu, tiada kepastian. namun my rumah mesti ada buka lampu di porch keta, lampu dapur dan juga lampu di bhg tgh tingkat atas waktu malam until pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tido memang mls nak bangun tutup..hehehe

      Delete
  8. rumah akak tak ada air cond..dah seratus lebih..kalau pakai aircond..mau 200 wahhhhh tak larat aaaa..pakai kipas udahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kononnya nak pasang musim panas la. tapi sejuk bantai aircond jugak.hehehe

      Delete
  9. Replies
    1. memang banyak la beza kalau guna hari2 :)

      Delete
  10. ok lah jugak ek...jimat tu...saya pon bercita-cita nak pasang aircond ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau musim panas, memang jam2 tu rasa nak pasang aircond :)

      Delete
  11. setkan jer aircond tu tutup sndiri kul 3pagi camtu..then kipas akan automatik fungsi sendiri..ini mmg kena bt wiring la jugak..jimat klu bt camni..;p

    ReplyDelete
  12. salam kenal....

    Me plak tak teringin nak pakai aircond kat rumah, terutama waktu tido, sbb sgt tak boleh tahan sejuk..wat rugi jer pasang....kalau satu hari nanti nak pasang pun kat ruang tamu jer kot...

    ReplyDelete
  13. Nk pasang gk yg u pasang samsung inverter yer

    ReplyDelete
  14. cara kira mudah yg biasa sy praktik utk design aircond. area m2 x 10.76 x 60 or 75 = total btu/hr. cari yg nearest > than total nie... :)

    ReplyDelete
  15. guna aircond samsung inverted...pertambahan bill elekrik rm150sebulan..itu lepas kerja dan hari minggu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna inverter nak jimat kena guna lebih 8 jam baru betul2 dpt jimat. kalau guna kurang 8 jam sehari dia mcm tak guna inverter laa jugak kekdahnya. saya buka aircond dari jam 8 malam hingga 7 pagi. bil tak penah cecah rm100. paling tinggi pun 80.

      Delete
  16. kena tambah bill dalam rm150sebulan...guna balik keja dan hari minggu je...samsung inverter...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik tu..sampai skang bil saya tak pernah cecah 100.

      Delete
  17. saya cadangkan pakai aircond yang ade fungsi auto cut off bila suhu bilik cukup sejuk akan off sendiri. Tapi jangan la letak kat 16 darjah celcius memang tak kan auto off le jawabnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya ada tapi mmg tak pernah setting :p sbb takut tetiba panas. hahaha

      Delete
  18. Kami x leh pakai aircond. Kami kena pakaai pemanas. #Cameron Highlands punya pasal. Kipas pon ada satu untuk bbq jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ker.. best tak payah pakai aircond.. kalau x pakai pemanas sejuk sgt eh?

      Delete
  19. untungla duk camern xpayah pakai aircond.

    ReplyDelete
  20. Salam.. ade yg pakai 2hp inverter tak? Tgh mencari nk letak kt baby diaper outlet sy kt greenwood. Kalau ade boleh recommend kt sy.. wassap je 0196356610

    ReplyDelete
    Replies
    1. try g usha kat courts. skrg ada promosi cooling fair kat courts. aku tgk mnggu kat courts sri damansara. bnyk jugak pilihan brand yg ada.

      Delete
    2. brand apa yang ada? ingt nk cari aircond jugak la. sbb aircond skrg tak mcm dulu kan? guna bnyk letrik. skrg ramai kata jimat letrik

      Delete
  21. aircond skrg tak mcm dulu. skrg harga murah, kos pasang murah, kos penggunaan tak mahal mcm dulu. tu yg ramai pakai aircond skrg. brand apa kau nak? mcm2 ada, panasonic, electrolux, daikin mcm2 lg ada.

    ReplyDelete
  22. aku mmg dh lama mngidam nk pakai panasonic tu. kalau mcm gini dpt la aku beli panasonic ngan rege murah kan. hehe

    ReplyDelete
  23. tak mampu pakai air cond. hahaha!
    pakai kipas sudey..

    ReplyDelete
  24. Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    ReplyDelete
  25. Sebagai tambahan unit juga perlu dibuat chemical service sekurang2nya setahun sekali utk mengekalkan prestasi unit.

    ReplyDelete
  26. hmm meter elektrik pakai digital yg baru ke yang lama meter pusing2 tu...

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)