Friday, March 09, 2012

Princess Trolley Bag untuk my Nuha, mana nak cari ?

Sejak dua menjak ni , My Nuha dah macam anak perempuan permintaannya. Mula-mula dulu minta dibelikan sepit rambut , kemudian skaf. Dan terbaru nak pakai skrit pulak. Sejak masuk taska ni, pergaulan dengan budak perempuan lain menjadikan dia sedikit feminim . Me suka :)


 Hari tu, balik sekolah cakap nak beg Princess. Nak sama macam Fatihah. Kawan dia kat sekolah tu. Agaknya kawan baik selain Shifah. Nama yang dia biasa sebut :) Maka misi pencarian pun bermula. Mula-mula cari dekat Giant tapi tak der pulak beg Princess yang harga masuk akal :p Beg nak bawak pergi taska nak letak baju dan susu jer pun .Dari RM80- RM100 tu adalah tidak relevan . Kitorang memang suka ukur kedai.

Hari tu masa MC pergi menonton wayang tu kan, masuk Jusco (Sekarang dikenali sebagai AEON ) memang banyak beg Princess. Harga pun tidak masuk akal jugak. Dari RM80- RM100 jugak lebih kurang.
 Sebenarnya, ada satu kedai kat Seksyen 7 ni sebelah ajer Giant , ada jual barang serbaneka. Kat situ ada beg Princess dan harganya pun berpatutan. Barang lain macam aksesori untuk wanita, hadiah dan macam-macam cenderahati lah.




Ni nama kedai dia . KEDAI SERBANEKA FULLY SHOP ENTERPRISE.
 Jalan Plumbum Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor.




 Beg ni my Nuha pilih sendiri.RM34.90.



 "Nak yang ada kayu "  - permintaan My Nuha :p


Proud owner of Princess Trolley Bag :)

Anak korang dah pandai ker buat permintaan  ?


p/s:
 
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


13 Comments:

  1. hehehe hannah dgn hadif mmg pandai sgt buat permintaan.. :)

    jgn permintaan yg tak masuk akal sudah la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik x der mintak bukan2..owh ada satu, rumah barbie :p kalo murah dah beli :p

      Delete
  2. anak-anak dara aida tiap hari buat permintaan.
    da tak tertunai dah hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah besar lain pulak permintaan nya kan :)

      Delete
  3. aerish pn samer dh pandai mintak. hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker :) kalau mampu, boleh laa belikan :)

      Delete
  4. murah gila nya!

    ReplyDelete
  5. comel beg nuha..sama ngan farisyah ..demand tak ingat

    ReplyDelete
  6. tu baru sorang Eliss. Knur ni dua2 perempuan mcm2 diaorg nak. Mana yg mampu bolehla. Yg tak berapa mampu, kena cakap "Mama, belum cukup duit nak beli". Nasib baik diaorg tak mengamuk bila Knur cakap mcm tu.

    ReplyDelete
  7. kalau kat GM Klang ni rasanya lagi murah kot..tapi nak kena rajin mencari ah sebab banyak gila pilihan..boleh rambang bijik mata tu:P

    ReplyDelete
  8. hehehe...sama lah beg nuha ngan beg saya beli kat langkawi.....murah gak eh...ingatkan kat langkawi jer dapat murah . Dari RM70 dia bg RM30....huh....sebenarnya mesti itu memang harga dia kan?

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)