Wednesday, June 22, 2011

First time sambut hari bapa, gunakan anak sebagai alasan :p

Tahun ni, kira pertama kali sambut hari bapa untuk my hubby. Sebenarnya tak dirancang pun :p Weekend hari tu, my nuha main dengan seramik bentuk kek Mak Long dia.Sekali, dia nak bawa balik umah seramik tu.Pastu aku cakap lah kat dia, kejap lagi kita beli kek birthday untuk nuha.Terus dia bersorak kau ! Kelakar btol !Bijak jugak guna taktik anak ni. Dah alang-alang nak beli kek ni kan, terus laa celebrate Hari Bapa :)




Ni kek yang my Nuha pilih :) 
Tak pandang kek lain dah. Aku tunjuk kek coklat dia buat tak layan ajer :p



Yang diraikan ...
My nuha ingat birthday dia la tu :p Aku nyanyi2 kat tepi tu :p Kira pre-birthday my Nuha sekali la.
Maklumlah masa birthday dia nanti bulan puasa :p



Sedap kek ni.Beli kat King's Confectionary , Tesco Shah Alam..
RM 31 tak silap.
Korang suka tak makan kek ? 

Tuesday, June 21, 2011

Lunch sambil menikmati pemandangan Kincir Angin?

Salam semua ! Selamat pagi donea :) Dah breakfast ker? Ni nak tayang lunch date aku pada Jumaat lepas sempena kelahiran geng pakatan hari lahir kami yang pertama :) Niza, the KancilBiru :p Kali ni, yang diraikan nak makan western food.Layankan ajer :)

Atas saranan kak ema, kesini kami terjah.First impression tentang kedai ni, memang nampak mewah, siap tak jadi tu nak masuk :p Dahla ada waiter yang macam ala-ala hotel berbintang sehhh.Tapi bila berdiri depan kedai tu, baca-baca menu kat depan tu, terus rasa confident nak masuk . Lawak tol !


 

Venue : Restoren Windmill
Motto  : Fine Quality Western Cuisine
Plaza Shah Alam (Massalam) , Seksyen 9


Ada lagi cawangan lain..
Subang Jaya, Kajang , Bandar Baru Klang, dan Jusco Bukit Tinggi..
Kedai dibukan jam 11.30 pagi sampai 12.00 tengah malam.

Yang diraikan :)


Yang penting HALAL :-p


Buku menu pun ada kincir angin gitewwh.Kelass !



Banyak pilihan yang menarik untuk dinikmati...Sediakan duit sahaja PASTI !


 Menu of the day !


Lupa nak amik tisu ni untuk koleksi peribadi  ;p


Tu dia, blogger tegar sedang beraksi :p larikksss...


Tuan punya belog harus ada...
Jom layan gambar, apa yang kami makan ok !

Kami order yang Promotion Set Lunch ni..


close up sket..RM 16.90 per person yang kami order tu.
 
Starter, mushroom soup..


Iced Lemon Tea , siap boleh FREE refill lagi.


Lamb shoulder with black pepper sauce with fresh seasonal vegetables and butter rice.
Kemain eh, panjang nama dia :p

Siap ada dessert lagi ...

Yang ni, menu tambah sendiri :p
Tu dia mem besar nak membayar :p

p/s: 

4 orang makan tak sampai RM100. Berbaloi baloi kan :) 
Terima kasih Niza, tahun depan kemana pulak kita yer? lariksss....

Monday, June 20, 2011

Terima kasih kerana melukakan Cinta Bersulam Rinduku :p

Terlebih dahulu, Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa. Korang bapa juara satu dunia :)Terima Kasih :)

Terima Kasih kepada my hubby kerana menjadi bapa juara satu dunia :) - Sang Pemimpi.

Off topic :p Ada celebration kecil-kecilan tapi gambar lupa nak upload :p Citer lenkali la.

Ni nak citer pasal Cinta Bersulam Rinduku.Masa balik kampung hari tu, Cinta Bersulam Rinduku kena langgar tapi tiada kecedaraan jiwa yang berlaku sebab owner dan bini owner tengah sibuk dengan preparation terakhir majlis sambut menantu adik dia :p


Aku dah bunyi gedegang dah tapi sebab tak der suara orang menjerit ke hapa masa tu, aku buat dek jer tapi tetap cakap kat dua orang kakak ipar aku yang tengah bertungkus lumus sediakan paper beg orang bertandang esok. Harap bukan kereta aku kena langgar sebab baru jer sambung insurans petang tadi :p

Sekali, betul la weh, kereta ku telah pun dilanggar orang dan owner tu telah lari. Macam abang besar ajer,siap tinggal pesan ajer kat budak-budak kat situ. Apa2 hal contact dia.Seb baik budak situ nampak dia langgar.Kalo tak mesti dia langgar lari ajer..



Macam ni punya calar tadak hal ka??


Kereta korang pernah kena langgar lari?

p/s:
my hubby berjaya mendapat RM200 atas kelukaan Cinta Bersulam Rinduku :) 
seb baik dia nak bayar :p
Abang Long ka , Ayahanda ka semua kena bayar :p


p/s:

Siapa tahu tempat makan kat area PD yang menarik ? Kalo boleh alamat sekali :p

Kalo dekat dengan Tiara Beach Resort PD, lagi bagus :)


Friday, June 17, 2011

Deng deng deng, Aladdin ...Naik Motor Tak ada Lesen....

Hari ni lambat sket baru ngadap blog. Entry auto published dah abes :p Hari ni, ada tazkirah pulak pasal akidah.Ramai rupanya orang memohon untuk murtad. Nauzubillahiminzalik.Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan tersebut kan..

Antara kata-kata yang boleh memesongkan akidah :-


"Zaman Nabi dulu tak der Gillette tu pasal nabi bela janggut "

"Hukum Hudud tak boleh dijalankan nanti ramai orang yang kudung dan tak der batu nak buat jalan "

Ingat, dengan kata-kata sindiran sahaja pun boleh memesongkan akidah, bukan pengikut Ayah Pin sahaja tau!


Renung-renungkan dan selamat beramal :) 

 

Entry hari ini diakhiri dengan ustazah kenit tengah solat :)
Moga jadi anak yang seolehah yer sayang :)



Siapa nak buat calon menantu ni ???

eh lupa cakap...Budak kecik ni la nyanyi Deng deng deng, Aladdin ...Naik Motor Tak ada Lesen....

tapi versi dia

Deng deng deng, Aladi...Naik Motor Tak ada Lesen....bla bla bla( aku pun tak faham ;p )


p/s:


Hari ni tengah hari ada orang nak belanja..Biasalah, pakatan hari jadi kan :) Setiap tahun pasti ada..Apapun, happy bitrhday Niza the Kancil Biru !!! Tq in advance dear :)


p/s: 


Tq pada Niz sebab tak lupa bagi aku ole-ole dari Sabah secara paksa :p FM tu :) hahahaha.
Maklumlah boz tak bagi aku ikut korang hari tu ke Sabah tu kan. :p
 Dan Kuih Cincin yang dah tinggal serdak baru teringat nak snap..hehehe

p/s:

Entah bila dapat pergi ke Sabah..Dalam mimpi ajer kalo nak pergi free-free :p Apa pun tak boleh !!Apa pun tak boleh !!


Welcome to FM Family, FM Sabah :)

p/s:

Selamat berhujung minggu !!


Thursday, June 16, 2011

Kisah jurujual yang sengal ..Ke aku yang sengal ?

Hari ni aku nak citer kisah sengal aku ngan jurujual last week. Kejadian berlaku pada hari yang sama.

Kisah 1

Di pasaraya Gi*ant sambil membelek-belek pelbagai jenis durian termasuk Musang King, Udang Merah dan durian tidak bernama . Yang aku nak beli ni Udang Merah, sebab dah lama cari kan .

Aku : Berapa sepaket ni ?

Jurujual :RM 15. Kalo beli dua paket dapat free sepaket.

Aku : Mak aih..Banyak pulak. Amik satu jer lah, kang kalo beli dua dapat 3, banyak pulak.

Jurujual : Yer jugak ...

Aku : Sengal .Ko jual lah dua kat aku RM10.Tak ker sama jer tu? Aku dapat 2 paket ko dapat duit  :p (Tapi dalam hati jer laaaa ) hahahaha



Akhirnya Udang Merah itu milik aku :p Tapi sepaket lah...2 ulas utk my hubby dan 2 ulas utk aku. Tinggal seulas lagi, malam kelmarin dah siap masuk dalam budu.Kasi adil..hahaha Kira budu termahal la kitorang makan sebab seulas dah RM3 kan. Sama pulak harga dengan sebotol budu :p


Kisah 2

Kisah ni berlaku kat Guardian pulak.Kesana untuk mencari mandian my nuha yang sama dia dapat kat DEMC. Hari tu lupa nak mintak 2 terus, senang bagi umah pengasuh satu.So terpaksa lah pegi beli sendiri kan.Lari budget mak. Since my nuha tak boleh mandi ngan sabun, so kena cari yang soap free. So Cetaphil ni yang direkomenkan oleh pakar kulit tu.


Aku : Kat sini ada Cetaphil tak?

Jurujual :Apa tu kak?

Aku : Mandian.

Jurujual : Oh kat sini tak der jual kak jenama tu.

Aku : Eh, saya tengok website guardian ada.

Jurujual : Oh, sini tak der..

Tiba-tiba aku ternampak Cetaphil ni terselit kat mandian yang ada kat situ.

Aku : Hah, ni ada ni...

Jurujual : Oh, Cetaphil...

Aku : ???? (Sengal..Confident jer jawab tadi apa hal..Tanya la dulu pharmasist kalo tak tahu. Bak kata Usop Wilcha "Nampak beno menipu :p "

 RM 47 seketul.. Pengsan !

Apa korang rasa? Aku ker jurujual yang sengal ?? 
Korang pernah berhadapan dengan situasi jurujual yang sengal tak??




p/s:

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya sudah cashout churpchurp kali pertama :)


Wednesday, June 15, 2011

Aku Halimunan a.k.a The Stories..Sw33tdarling | Advertiser @ Elissmie

Selamat petang semua. Mata semua dah kuyu ajer kan. Almaklumlah dah sudah makan tengah hari. Korang dah makan ka? Kali ini segmen tajaan elissmie akan membawa anda mengenali sebuah blog peribadi pulak.

Korang pernah baca belog Aku Halimunan a.k.a The Stories..Sw33tdarling ? Kalo belum pernah baca boleh terjah sini. Klik laju-laju yer...





 Follow lah belog dia nescaya korang akan mengenali empunya tuan belog yang cantik rupawan ...tapi sorry lah sebab ini belog isteri orang yer :) Dah punya 3 orang cahaya mata . Bila nak menambah kak ? larikkss...

Belog ini macam blog aku jugak, entry macam-macam ada punya. Tak caya korang pergi la intai...Antara entry yang menarik perhatian aku :-



Pesta Sushi - maklumlah aku ni sushi ni kurang gemar tapi bila tengok kak amy ni buat sendiri, terkagum sekejap..nampak sedap. Bak setalam kak aku kak !! :)



Macam mana meraikan - Restoran Istana Bambu, boleh jadi bahan ni untuk segmen jalan-jalan cari makan di elissmie kan :) Ni dimana yer Amy?

 

Let’s Merentas Masa Lampau - syok juga baca entry yang membawa kenangan dan mengimbas balik tempat kenangan masa dulu-dulu ni...Aku pun ada jugak snap tempat aku dilahirkan dulu...Lenkali laa story psl aku tu yer :) Lagipun aku snap signboard jer pun..hahahaha

p/s:


http://kedaisw33tdarling.blogspot.com/

Kalo korang nak tahu, dia pun ada online shop tau , boleh terjah sini jika berminat :)

Ni free promotion jer tau :)Amy tak bayar untuk promote online shop dia .

Bagi yang nak bertukar blog badge ,boleh copy coding kat bawah ni yer :)






Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah http://sw33tdarling.com sekarang ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...

p/s :

Tempoh pengiklanannya adalah selama 6 bulan di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni :)

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sidebar yer :)

Atau pun ingin bertukar banner dan link secara PERCUMA dengan blog aku, boleh klik disini .

Jatuh cinta sama Azzam pulak | Ketika Cinta Bertasbih

Malam tadi, dapat SMS dari Long aku cakap Nur Kasih versi indon kat #114 (TV Al hijrah ) dan dia suh buat review filem ni kat belog :p Makanya terhasillah satu entry untuk hari ni.



Korang dah pernah tengok movie ni ? Bagi yang belum tengok Nur Kasih The Movie, aku rasa baik korang layan citer ni ajer lah tapi bukan dipanggung la sebab citer ni dah lama tayang pun :p Kena cari VCD lah :p Pastikan yang ori yer.

Mana persamaan Nur Kasih dengan Ketika Cinta Bertasbih? Persamaannya mungkin dari segi islamik dan konflik cinta tapi tak der orang bercinta pun dalam filem ini :p Ianya berlatarbelakangkan kehidupan pelajar di Mesir.Penuh unsur keagaamaan dan dakwah la.
Rating untuk movie ini adalah 9/10 sebab aku tak puas hati dengan endingnya. Ingatkan Azzam akan berkahwin dengan Anna..Mungkin terjawab dalam Ketika Cinta Bertasbih 2. Siapa ada DVD, bagi aku pinjam..Tambah-tambah bila aku baca ulasan ini..lagi aku tak sabar nak tengok :p


 Siapa ada DVD angkat tangan laju-laju ??



Hero Ketika Cinta Bertasbih.


Filem ini adalah adaptasi dari novel Habiburrahman El Shirazy. Aku pernah baca tapi sudah ingat-ingat lupa..Nanti aku pinjam Kak Long aku balik :p

Antara dialog yang menarik dalam Ketika Cinta Bertasbih :-

"Saya ingin mengutarakan syarat untuk pernikahan ini.."

Syarat 1

"Keseluruhan diri saya akan menjadi halal kalau dipenuhi oleh org yg mahu bernikah dgn saya, Saya harus tetap tinggal disini."(tempat tinggal orang tuanya)

"Saya mahu dinikahi.Tapi dgn syarat..selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajipan saya sebagai seorang isteri maka suami yg mahu menikahi saya tidak boleh bernikah dengan wanita lain."

"Saya hanya ingin seperti fatimah puteri nabi yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Sayiddina Ali bin Abi Talib suaminya..
Saya ingin seperti siti Khodijah yang selama berumah tangga dengan rasulullah S.A.W. juga tidak pernah dimadu..sungguh saya tidak haramkan poligami, tapi inilah syarat yang saya ajukan, jika dipersetujui akad nikahnya bisa dirancang untuk dilaksanakan..jika tidak disetuju tidak apa-apa, silakan bakal suami yang ingin menikahi saya menikah gadis2 lain yang mungkin bersedia tanpa mengajukan apa2 syarat,,,

Peneranganya korang boleh baca kat sini : credit to source


Tuesday, June 14, 2011

Kedai Makan Mana Lagi Tomyam Seafood Ikan Bakar cekik darah?

Hari ni nak cerita pasal JJCM di elissmie.com . Kali ni kita merantau jauh sket iaitu ke Gua Musang, Kelantan. Nama kedai Kedai Makan mana Lagi Tomyam Seafood Ikan Bakar.Tak caya ?



Korang baca lah kat sini :)


Kedai tu terletak berdekatan dengan Maybank dan Lembaga Tabung Haji Gua Musang.Ada banyak lagi kedai di deretan ini..
Kitorang sampai dalam pukul 7 petang...


Ni plak time nak meneruskan perjalanan ke Machang...Gelap dah..Kul 8 lebih macam tu.


Apapun terima kasih kepada Kak Long yang menaja dinner kami malam tu :)
Moga murah rezeki..Maklumlah orang dapat bonus besar :)

Wajah tuan belog harus ada :) Berangan berdua :p



Ni sorang lagi nak letak mana..hahahaha

Jom lihat apa yang kami makan malam tu :

Paprik seafood (2 orang makan ) + Tom Yam Seafood (2 orang makan ) + Kailan Ikan Masin +Ikan Bawal Goreng Kunyit + Nasi Putih 5 + Air Laici + Kopi O + Kopi Ais + Carrot susu

Rasa makanan boleh tahan la.Lagi satu yang geram, dalam menu tulis macam-macam.Bila nak order manjang jer takder.Last-last Long aku tanya apa lagi yang tak ada..hahahahaha.

Cer teka berapa kitorang kena ??

-
-
-

-
-
--
-
--
-
-
RM 70++ Harga memang standard Shah Alam btol la kat kedai ni.Ntah2 Shah Alam lagi murah :p

p/s:

Memang kena ban la dengan kami kedai ni lepas ni :p Entah bila nak pergi lagi pun tak tau laa :p

Ni antara yang sempat snap la..


Paprik seafood..


Kailan Ikan Masin

Sambal belacan tak tinggal :p


Monday, June 13, 2011

Wakaf Che Yeh, macam tak sah tak pergi kan kalo ke kelantan...

Malam masih muda. Jom kita menghabiskan sisa-sisa terakhir di Kelantan dengan bershopping. Wakaf Che Yeh, destinasi shopping budget namanya ni.
Dengan GPS tau kitorang pi sana :p Sebab semua dah ingat2 lupa jalan kesana. Aku dua kali pergi pun orang bawa, memang tak hengat langsung la.

Dari Machang, lebih kurang sejam kami sampai sana sebab jalan jam gila.Ramai nau orang atas jalan raya cuti-cuti sekolah ni.Nyaris nak pusing balik dah tapi sebab kuasa wanita luar biasa, perjalanan tetap diteruskan.hahaha.


My nuha pulak tido sepanjang jalan.Maklumlah dah kul 10 time tu.Sampai-sampai dia mamai lagi dan nak berdukung ajer.Aduhai.Tetiba rasa nak nanges.Hahahaha.Sebab tak larat nak dukung.My hubby padahal yang dukung mula-mula tu then aku take turn since my hubby lom pernah jejak Wakaf Che Yeh, aku rela berkorban. Then, ting!!! Aku dapat satu idea, jumpa kerusi kat tepi gerai tu dan aku pun duduk. Suh Kak Long aku shopping dulu then aku pulak shopping, dia pegangkan budak ngantuk tu.Hehehehe.


Last-last terjumpa gerai jual selipar budak, bagi my nuha try , pastu yeay !! Ahirnya dia nak jalan sendiri..hahaha. Jalan sambil tengok selipar baru. Kelakar tak?


Penyelamat keadaan,selipar jepun :p RM10


Then misi shopping diteruskan. Kat sana skang tengah in brooch yang jenis berjuntai ni..Aku beli la seketul RM5.


Dan tudung ala-ala ariani ni memang banyak la kat sana. Aku pandang ajer la sebab tak pakai kan.Tudung bawal tak kelihatan langsung dah...Mana diorang sorokkkan erk?? Jual laa kat aku murah-murah wehh :p


Yang kelakarnya, kitorang puas la cari tudung kuning untuk mak aku yang ada batu.Rupanya kat situ memang boleh pasangkan batu yang mana berkenan.Upah RM5 ajer.cheh! Penat tawaf  !! 

Akhirnya setelah misi shopping dah tamat kitorang bertolak balik la ke chalet dan semua balik terus pengsan.Maklumlah dah pukul 12 lebih masa tu :p

p.s:

Aku just beli baju blouse ajer sehelai dan my hubby belikan toys untuk my nuha .Misi dia gagal sebab jaket yang dia berkenan saiz besar :p Lenkali kita pergi lagi yer sayang :)

Korang pernah sampai Wakaf Che Yeh ?? Yeh yehhhhh !!!

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)