Wednesday, April 27, 2011

Minum Petang di Restoren Saba' Cyberjaya Tidak Mengecewakan :)

Kembali lagi dalam segmen jalan-jalan cari makan di elissmie.com .Hari ni jauh sket kita jelajah. Main area Shah Alam ajer kan. Kali ni, area Cyberjaya pulak :)

Restoren ni dah 2-3 tahun duk berkumandang kat telinga aku oleh my hubby tapi aku tak jejak2 pun lagi. Katanya nasi Arab dia memang sedap dari tempat yang dia pernah makan selama ni. Akhirnya,Sabtu lepas,sampai jugak kami kesana.Sebabnya nak submit dokumen rumah kat kawan aku untuk submit kat peguam aku. Insya Allah, dalam masa 2 minggu lagi , rumah akan jadi milik kami. Moga Allah permudahkan urusan kami.Amin. Ok, sambung pasal jalan-jalan cari makan :)

Seb baik GPS menyelamatkan keadaan :) My hubby pun dah lama tak kesini, so dia ingat-ingat lupa pulak :p
Saba Resturant Map

Map ke Restoren Saba'
Venue : Restoren Saba'
 4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR, BLOCK A1, JALAN PERDANA CBD PERDANA, CYBERJAYA, SELANGOR
GPS Coordinates : N2 55.370 E101 39.072




Meh tengok menu dulu. Deko tak sempat nak snap :p Lagipun simple ajer konsep dia.

Hari tu, memula kami ingat nak makan light-light ajer, sekali my Nuha cakap nak makan nasi bila nampak orang makan nasi. Aduhai :)  My hubby order la nasi , iaitu Kabsah Chicken. So dia share dengan my nuha. Sebelum tu dah order Lamb Akdah yang didatangkan dengan Roti Arab.


Ni la roti Arab tu. Mak aihhh...besarnya makkkk...
Siap tak abes pulak :p Dah makan 4 orang dah ni..
Kena makan cepat-cepat, bila dah sejuk kurang kick :p


Lamb Akdah. Ni pencecah dia la kiranya.. Satu set ni RM 15 dengan Roti Arab.

Nasi lupa pulak nak try. So my hubby owe me untuk datang sekali lagi ke Restoren Saba dan pekena Kabsah Lamb.Hari tu me tak jamah pun nasi sebab kenyang lagi :)


Menu yang lain yang diorder : Sandwic Kebab, Barbican, Teh O, Watermelon Juice dan Chicken Kabsah satu lagi .

Total : RM 70
Gambar lain tak sempat nak snap, sebab busy borak dengan kawan lama :) Kak Yan :) Lupa pulak snap gambar bersama. Anak dia dah 2 baru jumpa. Last sekali jumpa tak silap masa kawen diorang kot..


Up balik laa gambar kawen diorang, kasi nostalgia :) hehehe

p/s:

Dalam gambar ni, semua dah kawen kecuali Carol :p hehehehe
Weh Carol, ko bila nak kawen ? Kalo baca belog aku, sila jawab..larikksss

 

Sesiapa nak beli rumah, ada rumah untuk dijual, ada rumah untuk disewa boleh layari laman web ni http://www.gohartanah.com/


p/s:

ads-churp2


10 Comments:

  1. xpernah lagi makan kat restoran saba' ni.. ramai kata sedap :)

    ReplyDelete
  2. besaunyer roti pak arab tuh...
    gerun plak nk mknn....

    ReplyDelete
  3. kat situ memang best..aku selalu pergi makan..sebulan sekali kot..tapi memang bestlah

    ReplyDelete
  4. sedap kan? tapi kalo time lunch hour penuhsss gile. so mmg better pegi ptg or malam camtu. tu pun ramaii gak org huhu

    ReplyDelete
  5. We all sllu gak mkn situ tapi sllu dtg malam-malam sikit...hubby cukup gila akan lamb kabsah :D

    Latest n3: Arissa Di Cium Kucing Biru!

    ReplyDelete
  6. last week saya baru makan kat situ..

    memang portion dia besar. Kalau makan chicken hanith dia, rasanya boleh share 2 orang

    ReplyDelete
  7. Puan apa emel puan, Puas saya mecari2..
    saya nak tanya berkenaan dengan iklan di blog puan,

    bole emel saya di

    juanitaasani@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. ramai gak yang citer mengenai tempat ni tapi tak sempat nak pi

    ReplyDelete
  9. hurmm..... kalau tak silap penah order untuk makan2 kat opis... dia charge transport dalam rm 30-40 je kto....makananan dia memang okey laaa...lauk arab kan...perah lemon aje laaa

    ReplyDelete
  10. sala.. nak tanya sket.=)
    klu cuti umum bukak tak? tengah hari bukak kul bape ye?

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)