Wednesday, March 07, 2012

Kebun sayur mini dirumah akhirnya jadi realiti..

Nak buat dekorasi kat laman depan masih belum menjadi realiti. Laman depan ada dalam entry ini. Ramai yang cadangkan me tanam sayur. Sebenarnya, kat belakang rumah me ada sedikit tanah yang memang me cadangkan untuk tanam sayur. Hari Ahad lepas, balik dari pasar, hubby singgah kat nurseri bunga berdekatan dengan area rumah kitorang. Kat area rumah kitorang tu ada banyak nurseri. Tujuan utama adalah nak beli pokok ceri untuk ditanam kat depan rumah menggantikan pokok kemboja dan pokok apa ntah yang hubby tebang sebelum tu sebab dah mati.



Alang-alang dah beli pokok ceri burung, me beli sekali pokok kari . Tapi terlupa pulak nak beli pokok lada .Misi seterusnyalah agaknya. Jom lah tengok kebun sayur mini me tuh. Harap-harap membiak dengan jayanya lah .



Tadaaa :p Baru ada 2 jenis tumbuhan yang my hubby tanam.Peralatan berkebun tu RM 5 satu.



Close up sket. Pokok pandan ni peninggalan owner rumah yang lama.Kat depan rumah sebenarnya dia tanam. Ada satu pohon lagi tanam depan rumah :p


Yang ni pokok kari yang me beli. RM8.50 sepohon. So sapa nak makan kari ayam ker, kepala ikan ker boleh la datang rumah me :p


Lupa lak nak snap pokok ceri burung . Tinggi kat pinggang me dah pokok tu RM10 sepokok.


 Rumah korang ada kebun sayur mini ? 
Ke ada kedai sayur mini ? :)




50 Comments:

  1. rumah kami sekarang hanya ada kedai mini lah. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bila dah duduk rumah atas tanah, boleh buat kedai sendiri :)

      Delete
  2. umah aku ada pokok hiasan je dalam pasu...ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait laa tu. atleast boleh hijaukan bumi :)

      Delete
  3. wah..bestnye ada kebun sendiri..sy ada kedai sayur mini je..semua main tunjuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun main tunjuk2 ajer sayur lain nanti :p

      Delete
  4. ada, tanam jagung pokok pandan, pokok pisang, pokok kari, serai, daun kesom dah macam ladang macam2 nak tanam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aihhhh banyaknya :) memang leh buat ladang.

      Delete
  5. wahhh, bakal penanam syur berjaye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah. my hubby yg tanam. me adalah tukang masak berjaya :p

      Delete
  6. wah...bestnyer. Aku suka bercucuk tanam ni. huhu

    ReplyDelete
  7. rumah kitorng cuma dihiaskan dengan pasu kosong..hehehe..tak menjadikla..sume mati sebab byk sgt semut dlm tanah..pokok ceri burung tu untuk apa ek eliss?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok ceri burung tu bagi teduh kat depan :)nanti pokok dia rendang.

      Delete
  8. hihi..kat rumah charm lak, cik abg rajin tanam pokok sekeliling rumah...ada mempelam, mcm2 jenis pelam, betik, jambu air, jambu batu, mata kucing, huhu..byk ag la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byknya..syoknya kalau semua berbuah yer.

      Delete
  9. seronok tgk org bercucuk tanam, tp diri sendiri malas...mesti gembira nanti bila dah dpt hasil

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula dulu dengan tanaman yg memang jam2 kuarkan hasil contoh seperti pandan dan daun kari ni.hehehehe

      Delete
  10. salam saya suka la entry kat blog ni sbb u share info untuk sape2 yg baru masuk rumah baru esp rumah sendiri la kan. tgk u cite buat tu buat ni buat i jadi semangat la jugak nk buat kat rumah sdr. like this entry. boleh tiru nk menanam apa yg patut kat rumah i. huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab suka :) sekadar berkongsi pengalaman saja..hehehe

      Delete
  11. tanamla pokok durian..nanti2 boleh saya menyinggah..hik3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bosan pulak kalau banyak sangat makan durian..hehehee

      Delete
  12. Kat rumah aku ada 2 pokok ceri.. Memang senang nak tumbuh tapi tang nak menyapu daun kering tu yang paling menyampah sebab banyak sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita suruh orang bandaran yg sapu..hehehe. pandai jer kan ;p

      Delete
  13. umah saya tak der bercucuk tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah pindah awak bercucuk tanam yr :)

      Delete
  14. kenangan betol lah kalo tengok buah ceri tuh.. dulu kat depan umah Ma ade pokok ceri.. banyak buahnye.. rendang jek pokoknye.. skrg pokok tuh dah x de dah.. kena tebang.. rindunya nak makan buah ceri.. nanti2 kalo pokok ceri kak eliss dah berbuah.. roger Raa k~ kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh laa tengok anak pokok ceri dulu.hahahaha

      Delete
  15. ceri brg tuh manis kan? suker mkn ms kecik dolo :)

    ReplyDelete
  16. ala bestnye....ni yang tak sabar nak dok rumah atas tanah ni... btw i tanam kangkung dalam pasu....harap kangkung tu tak menjalar sampai tingkat 20. pokok ceri tu beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait jugak tu tanam kangkung. pokok ceri beli kat nurseri bunga kat area rumah eliss ni.

      Delete
  17. boleh jimat nih..
    takyah beli kat kedai dah :D

    ReplyDelete
  18. lps ni boleh tanam serai pulak. kena ada pokok serai sbb senang nak masak.

    ReplyDelete
  19. Rumah akak ada pokok kari, daun pandan, pokok cili..er tu jalah. Yg lain2 tu pokok bunga ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak tu. syok dah :) pokok bunga bila la pulak yer.

      Delete
  20. best kan... saya pun dah mula berkebun:)
    http://nicemamaforever.blogspot.com/2012/02/3k-kesum-kailan-dan-kangkung.html

    ReplyDelete
  21. bagus gak tapi ingat dulu2 pernah bawa cili satu pasu tak lama mati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam cili dalam pasu erk. ok gak idea tu tp kenapa boleh mati pulak.alahai..

      Delete
  22. takde kebun.. sebab apartment.. takde tanah../ hehehee

    ReplyDelete
  23. syabbash..
    kalu aku laki bini menanam..haram nak tumbuh

    ReplyDelete
  24. Anda dan keluarga sukakan sayuran dan berkilo-kilo ikan yang segar? Caranya mudah saja iaitu melalui sistem akuaponik. Anda cuma perlu peruntukkan masa 5 minit sehari untuk berkebun cara akuaponik walaupun dengan pakaian yang anda pakai ke pejabat. Tidak perlu menyangkul, merumput, menggembur dan membongkok atau duduk lama yang menyiksa badan. Sistem akuaponik tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun serangga. Juga tidak perlu bimbang untuk menyiram sayuran setiap hari. Anda hanya perlu memberi ikan anda makan dan anda akan mendapat sayuran dan ulam yang segar serta bebas racun.

    Hubungi 0134499728 atau e-mail ke kifayahternak@yahoo.com untuk mendapatkan video cara-cara membuat mini akuaponik.

    ReplyDelete
  25. Salam sis blh share gmbar overall kebun x? Saya tgh cari idea nk buat edible garden kononnya memenuhi ruang cenonet kt umah ni.. tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tu jer ler kawasannya..hahaha.memang ada pandan n kari jer sampai sudah.cuma pokok kari jer besar dan pandan jer merimbum..boleh join facebook group --> Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)