Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Friday, January 13, 2012

Dekorasi Laman Untuk Ruang Terhad

Bertemu lagi dalam episod deko bersama elissmie.Hari ni nak kongsi tips yang me dapat hasil google berkenaan dengan Hiasan Laman Untuk Ruang Terhad atau bahasa ringkasnya untuk ruang yang kecil dan kompak gitu :p

Sesetengah kondominium memiliki laman kecil selain balkoni yang boleh dimanfaatkan dengan pergola mini atau mini air terjun. Di samping itu, unsur tanaman boleh dijadikan penghias sampingan, terutamanya tanaman gantung. - source : drumah

Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 50% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 

 Dekorasi Laman Untuk Ruang Terhad



 Laman rumah me sebenarnya sekangkang kera ajer. 


1) Air Terjun , Pancuran & Kolam Mini (Water Features)


Yang ni me kurang berkenan sket sebab me rasa leceh nak menjaganya.Tapi kalo hubby nak buat jugak memang tugas ni dipikul sepenuhnya oleh dia la.hehehe. Tapi syok jugak kalo dengar deruan air ni. Tenang jer rasa kan.

Tips: Menyelenggara kolam

# Kesihatan tumbuhan dan ikan bergantung kepada kekerapan anda membersih dan menyelenggara kolam, jadi tetapkan jadual pembersihan.
# Pencemaran air akan menyebabkan pokok dan ikan dalam kolam boleh mati, maka kekalkan keseimbangan antara tumbuhan dan ikan juga kebersihan air.
# Bagi memastikan kolam kekal dengan penjagaan yang terhad apa kata tanam pokok satu pertiga daripada keluasan kolam. Penanaman pokok dalam kolam penting untuk mengawal kadar ammonia and nitrat dalam air.
# Ikan yang menghiasi kolam biasanya akan memakan tumbuhan dalam kolam. Oleh itu, untuk mengelakkan tumbuhan mati kerana menjadi makanan ikan, seeloknya bina penghadang khas.
# Jika tidak mampu membina penghadang apa kata tukarkan ikan koi dengan ikan emas. Ikan Koi biasanya suka memakan tumbuhan dalam kolam manakala ikan emas yang lebih cerewet dan memilih makanannya.
# Pastikan kolam anda mempunyai penapis untuk memastikan air tidak cepat keruh dan berbau yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut.

sumber : sini



pic credit to :here



pic credit to :here 



2) Pondok Mini


 
Yang ni memang teringin sangat nak ada kat rumah , so petang-petang boleh lepak-lepak sambil makan goreng pisang dengan kopi panas kat depan rumah. Depan rumah me tu petang-petang angin dia memang sepoi-sepoi bahasa dan redup. Tapi harga yang paling murah RM1800 so kena KIV dulu lah kot :p

 Pic credit to : http://dreebusdnbhd.blogspot.com/2010/11/produk.html

 Jam Dinding Wall deco ini boleh didapati di : sini [ klik laju-laju]

3) Kerusi Rehat 

Semalam ternampak kat blog Ceera . Nampak sesuai jugak kalo diletakkan kat laman rumah me tu kan. Nak tanya segan harganya berapa ;p Kalo sesiapa tahu kat mana nak dapatkan kerusi macam ni dan harganya berapa silalah tinggalkan komen yer :)



4) Kotak Tanaman





credit to : here



Me memang berangan jugak nak bercucuk tanam tapi untuk nampak kemas memang nak beli kotak tanaman lah. Rasa macam konsep english gitu me rasa kalo tanam dalam kotak tanaman ni.

Beberapa langkah boleh diikuti untuk meletakkan kotak tanaman:

  • Langkah 1
    Pilih kawasan tingkap dan balkoni yang mendapat cahaya matahari dan jauh daripada tiupan angin kencang

  • Langkah 2
    Pastikan kawasan tingkap mampu menampung berat kotak tanaman. Kotak tanaman yang sesuai untuk tingkap biasanya tidak lebih daripada 0.3 meter.

  • Langkah 3
    Gunakan kotak tanaman tahan cahaya matahari, haba dan suhu sejuk . Jika menggunakan kotak tanaman kayu gunakan daripada kayu cengal dan balau, elakkan menggunakan kayu tidak tahan pada panas dan lembap yang menyebabkannya cepat reput. Lebih mudah gunakan kotak plastik atau bahan gentian yang tahan suhu panas dan sejuk serta kelembapan.

  • Langkah 4
    Bagi memastikan kotak tanaman tidak jatuh, lekatkan di tingkap sama ada menggunakan paku atau skru

  • Langkah 5
    Pastikan kotak tanaman mempunyai lubang udara bagi membolehkan air siraman mengalir. Seeloknya sebelum meletakkan tanah, letakkan dulu serpihan pasu atau batu di bahagian bawah kotak tanaman supaya tanah tidak terkeluar dan ada rongga untuk alir mengalir keluar.

  • Langkah 6
    Bagi memastikan air siraman tidak meleleh, letakkan pelapik di bawah kotak tanaman.

  • source: sini 

    Tanaman Gantung dan Jenis Tanaman yang sesuai 





  • Petunia - Dianggap antara bunga popular kerana mudah ditanam dan mekar ketika musim panas. Ia menjadi pilihan kerana menawarkan pelbagai warna seperti merah jambu, ungu atau putih.



  • Geranium - Bunga berwarna merah, jingga, merah jambu, putih dan ungu muda ini memerlukan banyak cahaya matahari selain perlu dibaja sekurang-kurangnya sebulan menggunakan baja sesuai.



  • Pansy - Bunga pelbagai warna menarik ini mudah ditemui di nurseri tumbuhan. Uniknya, selain pelbagai saiz, bunga ini juga boleh menghasilkan pelbagai warna pada kelopak sama biarpun yang paling popular berwarna kuning, biru, merah, dan jingga.
  •  


  • Pokok Aluminium (Pilea cadierei)


  • Elatostema repens


  • Pelliona daveauana




  • Torenia fournieri

  • Sumber : sini


    p/s: 
    Tak sabar nak pergi nursery carik bunga :p

    p/s: 


    p/s: 

    Hari ni lambat sket bersiaran sebab ada tazkirah Jumaat kat ofiz bertajuk Maafkan Daku. 

    Korang buat tak dekorasi kat laman rumah korang atau balkoni ker ?



    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    31 Makhluk Tuhan Paling Sexy Telah Komen:

    1. kalau ada taman kecik sekalipun, dpt deco dgn cantik semua yg mini, mmg tetap akan kelihatan cantik

      ReplyDelete
    2. kolam yg 1st tuh cantek la. nmpk tng. simple . eB suker sgt2 :)

      ReplyDelete
    3. tanam sayur jer...boleh makan...hahahahha....umah akak aku...kat kawasan tu abgipar aku bercucuk tanam...siap ada pokok pisang lagi

      ReplyDelete
    4. best kan kalo dpt deko2 taman..suka kalo ada air2 yg mcm gmbr first tu eliss..tp ruang depan rumah kami nanti pun kecik je..takut nnt penuh dgn barang2 lain pulak..hehe

      ReplyDelete
    5. rumah baru nanti teringin nk beli pondok mini tuh..:)

      ReplyDelete
    6. kalau water features ni macam tak berapa sesuai sangatlah dengan kita yang ada anak-anak kecil ni..kang diorang tak nak masuk rumah nak main air kang..pahtu kena rajin basuh sebab nanti akan jadi tempat nyamuk bertelur sebab air yang digunakan dalam kolam tu air yang sama je (cycle air sama)

      aku berkenan ngan pondok gazebo macam tu..rumah kakak ipar aku dia beli dalam RM6k sebijik (yang besar & kayu cengal kot) takpe, beli yang kecik pon dah ok..pastu ko tanam rumput karpet & belilah pasu-pasu bunga & letaklah batu hiasan / buat path ke..

      bunga yang gantung-gantung tu nak kena selalu siram..leceh kalau kita nak balik kg ke apa..so better beli yang jenis tak perlukan air sangat..

      ReplyDelete
    7. betul la...tanam sayur hidroponik ...okey laa

      ReplyDelete
    8. waahhh..bestlah deko2 rumah sendirik.. yang pondok tuh kalo kawasan rumah ade tanah yg luas ok lah kan~ bulih makan colek petang2..muehehehe

      ReplyDelete
    9. cantik..nanti aku masuk umah baru aku pun nak deco2 mcm gini gak..


      eliss aku nak book mung punye ruang iklan..nanti dah siap semuanya aku email mung ok..dalam next week ok...

      ReplyDelete
    10. Teringin jugak nak ada gazebo kat rumah... :-D

      ReplyDelete
    11. kalau Knur nanti, nak cari pokok orkid gantung sbb tak payah siram selalu. cantik pun cantik. yg ada kolam air tu malasla sbb takut jd tempat nyamuk bertelur.

      ReplyDelete
    12. diriku jgn katakan nak wat dekorasi.. laman pun takde sob sob sob..

      uit cepat sket wat deko tu... nak tgk :)

      ReplyDelete
    13. memang sesuai la semua kt atas utk deko laman rumah. huhu teringin plak nk ada rumah sendiri.

      ReplyDelete
    14. wallwaeiii...semangat kau kalo citer bab mencantikkan rumah ye.
      aku suka ada mini garden. tapi dulu x larat maintain.haha

      ReplyDelete
    15. @sW33tdARLiNG idea tu ada, fulus tak kunjung tiba lagi ;p

      ReplyDelete
    16. @Atia Adina teringin jugak tanam sayur tapi tu nak tanam kat belakang rumah

      ReplyDelete
    17. @amirah tu laa psl. tu mcm kena hold dulu :p

      ReplyDelete
    18. @zailamohamad tu laa psl :p tapi hubby ai rajin orangnya :p

      ReplyDelete
    19. @hazman aka species1980 yang tu nak tanam belakang . ada tanah lagi sket ;p

      ReplyDelete
    20. @|| NaFiRaa || olossla..terliur pulak mkn colek jambu ker pelam ker.

      ReplyDelete
    21. @eyndayusoff best kan kan ? kalo murah, hari ni terus beli :)

      ReplyDelete
    22. @Nurhayati alaah..aku nyer laman sekangkang kera jer pun :p

      ReplyDelete
    23. @eiela cepat2 lah beli :) sementara tak tinggi mana lagi ni

      ReplyDelete
    24. @apak cikidong penangan ustaz azhar idrus ker ? jangkit ;p

      ReplyDelete
    25. cantik... saya doakan semoga kesampaian semua hajat tuan tanah tu. sy dulu pon mcm tu jugak. meleleh je air liur tgok bunga2 kat nurseri tu. insyaallah akan smpai jgk masanya nnt.

      ReplyDelete

    Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

    xoxo,

    Eliss

     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer