Thursday, November 24, 2011

Misteri Kotak Besar Kat Ofiz ?

Ok, ini bukan cerita seram :p Minggu ni, setiap hari orang lalu depan partition me akan tanya ? Apa ni? Peti Ais ker? Semua macam nak tahu sangat apa yang ada dalam tu kan. Ok, hari ni me nak reveal lah, sebab kotak tu pun dah selamat diangkut oleh my hubby semalam. Tq darling ! Jom kita tengok kotak besar sebelum dipindahkan semalam.Cuba korang teka !!Jangan tengok dulu :p





Sebenarnya kotak besar ini adalah




-






-



-





-



-






-





-



-



-






-





-



Jeng jeng jeng 

pssst: Abaikan batang-batang cat yang tak simpan lagi sebab ada dinding tak tercat lagi :)


Taddaaaa....



Red Ferrari you in the house ! Jom tengok Model Ferrari tersopan abad ini !




 
Duduk bersimpuh tak boleh tahan



Abah pakaikan seatbelt dulu ! Safety first !


Peace yo !!


Vrooooooooooommmmmmmmmmmmmm..


Actually ni hadiah birthday dari hubby and me [nak jugak kredit :p] untuk my Nuha sempena birthday dia yang ke 3 hari tu. Dah la celebration pun tumpang majlis ayah mertuakan, hadiah pulak lambat :p Tapi better late than never kan nak ! :p


Me beli melalui carian di mudah.com. Bawah ni dia punya spec la, credit to : here . Servis memang terbaik sebab me order Jumaat , Isnin dah sampai. Tu pun sebab stok habis hari jumaat tu. Kalo tak rasanya, jumaat tu terus dah sampai kot.Siap follow up balik tanya dah sampai ker tak.Memang betul-betul memuaskan . Tapi hubby pening jugak kepala semalam sebab nak kena pasang kereta tu:p Ingat dah assemble siap-siap. Seb baik setelah bertungkus lumus baca manual, setengah jam ajer dah siap pun pasang.

Price : RM 350 + RM30(Pos servis - kanggaro ) 

Kereta Mini Ferrari F430 berbateri 6Volt BERWARNA BARU di dalam kotak!



Ciri-ciri:

1. Boleh di laraskan
( ke depan dan belakang, membuat
pusingan ke kiri dan kanan)
2. Bateri boleh di cas semula 'penjimatan elektrik'
3.Set lengkap di dalam kotak termasuk charges, remote disediakan
4. lampu bercayaha di hadapan & belakang
5. Sesuai dijadikan hadiah yang unik untuk kanak² berumur 1-6tahun.
6. Max. speed: 3km/h
7.Max. loading: 30kg
8.Product size: 91 x 60 x 52cm


** Ada music jugak tau, so naik boleh dengar lagu dan bila nak start enjin tu, bunyi dia macam kereta btol tapi me rasa tu bunyi yang dah dirakam kat situ lah :p

Bagi yang berminat boleh berhubung dengan : Cikgu hafiz Toy Bike and Car Mini Interprise: 0134563419


pssst :


Kecik-kecik lagi dah dapat kereta ferrari :p Kereta ni nama dia HD - Hasad Dengki ? Kah kah kah.
No Plate dia ada mirip2 dengan no plate motor Abah dia yang baru :p




Wednesday, November 23, 2011

Ini Bukan Cek Nuffnang Mahupun ChurpChurp ok !




Semoga segala urusan yang dalam entry ini dipermudahkan Allah. Amin. 

Cun kan tarikh cek tu, 221111 dan amaun adalah 23K :)


psst :
Entry yang konon-konon wordless lah sangat :p


Tuesday, November 22, 2011

Pekena Steamboat @ Johnny's Restaurant , siap tak cukup gitu :p

Hari ni lambat sket bersiaran sebab nak bawak korang menikmati jalan-jalan cari makan di elissmie. Kang kalo publish awal-awal, ada yang tak makan lagi, menjejes pulak air liur. Ni aktiviti makan-makan pakatan hari lahir yang terakhir untuk tahun ni. Lepas ni bayar sendiri sendiri pulak la kalo nak kuar makan-makan. Tak gitu geng pakatan hari lahir? :p


Kali ni sambut birthday Ad pulak [Semoga panjang umur dan murah rezeki yer Ad] .Pilihan dia kali ni, sama macam Kak Ema last year ;p Johnny's Restaurant


Venue :  Johnny's Restaurant   Lot G22, Jusco Bukit Raja Shopping Centre,
Persiaran Bukit Raja Klang,
Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor.

TEL : 03-33416182 FAX : 33419182
Business Hours: 10.30am – 10.30pm (Sunday to Friday)
10.30am – 11pm (Saturday)

Lokasi branch lain, boleh rujuk [sini yer]


Jom la layan gambar deko dan makanan yang sempat me amik. Lepas tu tak dan lah, sebab masing-masing laju ajer makan sampai titisan kuah yang terakhir [ok , exaggerate kat situ :p]


 Deko ala-ala Bali


Waiter dia yang tak silap ada assistant manager kat situ yang sabar melayan karenah kami :p Tq yer :)


Tuan Tanah sedang memilih order menggunakan kuasa veto :p


Ad kelentong apa ntah kat Niza, siap terpejam-pejam mata..hahaha


Kak Ema pun tertidur sebelah me :p


 Buku menu & tisu :p


close up sket

Sebelum diisi kuah tomyam


  
Setelah segala mak nenek dimasukkan untuk distimkan :p

Moral of the day : Jangan minum kuah steamboat banyak-banyak nanti cepat kenyang. Tapi jangan tak hirup kuah sangat sebab nanti rasa tak kenyang. hahaha. Kali ketiga pergi nanti, kena order lagi banyak kot ;p

p/s: 

My Nuha tanya, kenapa dalam gambar kat atas ni dia tak ada. Katanya sampai hati Ummi tak bawak dia. Abah dia kata, lenkali Abah dia bawak pergi situ :) hehehe. Jom sayang, bila? :p lalalalariksss

Korang suka tak makan steamboat?

  

Monday, November 21, 2011

Sudah Pindah Rumah ?

Selamat Pagi semua ! Hari ni mendung ada sket pada hati.So, tak berapa nak ada mood nak update blog. Tapi kalo tak update blog rasa tak lengkap plak sebab blog ni kira macam update untuk diri sendiri jugak kan.Maklumlah blog ni kira diari terbuka untuk diri me.


Semalam, Alhamdulillah, telah selamat pindah barang.Tapi kami officially akan kesana pada bulan 12 nanti. Hebat sungguh diorang buat kerja, tak sampai sejam akhirnya servis barang bertukar tangan rumah :) Bangla yang angkat barang tu, badan kemain kurus sorang-sorang TAPI kotak baju lama yang me rasa me sorang pun tak mampu angkat, dia boleh tindan-tindan lagi dengan kotak lain sampai 3 tingkat, sorang-sorang dia ajer angkat turun tangga selamba kodok macam tu ajer .Peti ais menonong ajer buat turun 2 orang. Kagum weh kagum !!

Jom la layan gambar yang ada sekerat dua kerat ajer ni :p


 Tak ingat nak amik masa diorang tengah punggah barang sebab tengah kagum ;p So snap lori masa diorang follow kami kerumah baru . Masa hubby mandi = masa diorang angkat barang ! Hebat kan? :p


 Masa ni dah habis punggah barang.

 TC UP Enterprise

03 6250 2146 / 014 3244966

RM330 satu trip. 

Lori diorang memang besar tapi barang-barang me cuma suku lori ajer sebab memang perabot baru terus hantar kerumah baru.Sebelum ni guna barang-barang owner ajer seperti meja makan dan set bilik tidur.
 So, siapa-siapa yang nak pindah rumah, boleh la berhubung terus dengan mereka yer. Bayaran RM330 sekali dengan pekerja diorang 4 orang. Tapi semalam , me punya 5 orang yang buat kerja.

p/s:

Petang semalam, balik rumah masing-masing tertidur kepenatan :p  Padahal tak buat apa-apa pun, just follow diorang angkat barang jer.Agaknya sebab tak cukup rehat sejak dua menjak ni.


Korang pernah pindah rumah?

 

Friday, November 18, 2011

Rahsia Pandai Belajar Orang Terengganu, Mee Rebus Terengganu

Terengganu mengekalkan kejayaan terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk kali ke-11 berturut-turut dengan Gred Purata Negeri 2.14, peningkatan 0.11 berbanding 2.25 tahun lalu.[sumber


Korang tahu Rahsia Pandai Belajar Orang Terengganu? Mestilah Mee Rebus Terengganu :p Ok Tipu.Hahahaha. Lariksss.Hari ni jom masak di elissmie nak tayang menu makan malam kitorang malam tadi.Kalo masak sendiri ni lagi jimat tapi sejak dua menjak nak naik rumah baru ni, memang beli ajer makanan sebab lepas Isyak tu nak cepat-cepat pergi rumah baru untuk cat rumah.

So malam tadi rehat kat rumah ajer dan me masak yang simple untuk keluarga .Korang pun boleh cuba tau ! Resepi boleh rujuk [sini] 

 

Kuah yang dah ready untuk dimakan.Ayam, fishball dan cendawan.

Harus ada hiasan bagi nampak menyelerakan . 
Daun bawang, daun sop, tomato dan limau nipis.

Ni pengaruh johor- sambal kicap ;p

Ni mee lidi seperti gambar disini. 
Boleh guna kuey teow, me kuning atau bihun jugak yer kawan-kawan.

 

Sayur sawi ni me tumis sekejap instead of rebus. Nak rebus pun boleh atau masuk terus dalam kuah tadi.

 Hasilnya.......Sila tahan nafsu makan anda sekarang :p

-

-

-

-

-
 
-

-

-

-

-
-

-

-

-




 psstttt :


Business card yang me tempah hari tu, dah siap ok. Semalam sampai. Kualiti yang bagus dan memang berbaloi-baloi.. Siapa nak bagi kan, RM19 untuk 600 keping. 


Thursday, November 17, 2011

Pengalaman Menyamak Rumah, leceh ker tak?

Penyewa rumah kitorang sebelum ni ada bela anjing. So untuk mengelakkan sebarang was was, rasanya lebih baik kami samak rumah tu. Bukannya leceh sangat sebab rumah baru kami ni tak luas mana pun. Dengan bantuan Long dan Kak Long, Alhamdulillah. Berjaya jugak kami menyamak rumah tu pada malam Piala Malaysia Selangor lawan Negeri Sembilan dan siap ngeteh pastu kat Syed Seksyen 3 jam 12 lebih dengan penyokong bola dari stadium yang kecewa dan gembira :p 


Masa duk google tadi, terjumpa entry blog Eyriqazz, yang jugak berpengalaman menyamak rumah.[boleh baca kat sini]. Baru me tahu rupanya ada Serbuk Tanah Liat yang dijual oleh HPA. Tidak pulak me tahu sebelum ni. Kalo korang malas nak samak sendiri, rupanya ada perkhidmatan menyamak : rujuk sini

Cara menyediakan air tanah: Ambil tanah (kering atau basah) dan campurkannya dengan air mutlak. Banyak tanah dan air bergantung kepada keperluan. [source]


Credit to Eyriqazz

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10


credit to : here

4 Ketul Sabun Taharah pada harga RM23.60


Mula-mula ingat nak beli Sabun Taharah, tapi tak sempat pulak nak pergi beli. End up, guna ajer tanah yang ada sekitar rumah sewa me tu. Seb baik area rumah sewa ni ada banyak kawasan bertanah, so amik ajer kat sini.Tq my hubby :)

Jom la layan gambar-gambar semasa proses penyamakan sedang dijalankan.Penat jugak tapi berbaloi dan puas hati sebab yakin akan kebersihannya. Boleh gunakan tanpa was was :)


 My helper with my little helper :p



My little helper - sibuk jugak nak bersih rumah cantik katanya :p 
Rumah sewa skang dia panggil rumah hitam :p


With her Ayah Long

Orang kuat dalam proses penyamakan  ;p
Ingin khidmat kami ? hahahahaha lariksss...


Tq my dear hubby

Korang pernah samak rumah sendiri?


  

Wednesday, November 16, 2011

Motor idaman my hubby, sudah pun booking

Nak kata idaman, rasanya tak sampai tahap idaman dia lagi sebab yang dia nak CC lagi besar dari yang ini. Tapi buat masa ni, ini ajer termampu me belikan untuk my hubby.Kiranya ni hadiah hari lahir untuk my hubby yang ke 32 tahun, awal tahun depan la. (2.1.2012) Boleh gitu sayang? hahaha. lariksss 


Jom la kita layan gambar yang me amik time pergi booking motor hari tu. Untuk booking kena bayar cuma RM1000.Selebihnya bayar masa nak amik motor nanti.Plate pun siap booking sekali. No plate WWC. Masih tak tahu lagi nak letak nama apa WWC my hubby ni :p Kalo CBR, Cinta Bersulam Rindukan :) Warna Warna Cintakah? or Wordless Wednesday Chenta ;p Cuba korang fikir sama :p


Ni tempat beli motor , warna dinding sama dengan bilik tidur kitorang..hahaha, sempat lagi me tengok :p

Address:No 133,Jln Cokmar1,Mutiara Bukit Raja,Off Jln Meru,Klang
Phone No:0333428321
Fax No:    0333428322

Harus posing dulu depan kedai ;p



Ni lah motornya :) Kawasaki Ninja 250 . Tapi ni warna hijau..


Yang diorder adalah warna merah hitam ni, cun tak ? credit to here.


My Nuha pun nak cuba naik .Dia pun siap mintak Abah dia belikan motor jugak.
Dalam tu ada motor kecik dalam RM400++. 
Tapi Abah dia dah janji nak belikan kereta remote terus dia diam :p

Tengah menunggu harga motor. Berapa lah isteriku nak kena bayar ni yer :p


My Nuha sibuk nak peace semasa proses booking !



Korang ada motor idaman hati?

p/s:

My hubby cakap kat me, nanti dia belikan full face helmet untuk me, so boleh la pergi dating berdua naik motor ni.My Nuha kita tinggal kat rumah pengasuh yer Sayang :p

Tuesday, November 15, 2011

Berminat Jadi Supervisor Pengubahsuaian Rumah ?

Semalam, kiranya me bercuti disebabkan menjadi supervisor pengubahsuaian rumah lah sambil menonton drama Korea kat Maaduu :p (psst: Celcom broadband kat situ laju gila..) Penat jugak duk tengok diorang buat kerja ni. Kalo buat kerja sekali, mesti tak letih duk melangut ni :p

Dua aktiviti semalam kat rumah baru me tu, tukang datang pasang kabinet dapur dan staf dari Jakel datang pasang langsir.Memang puas hati btol dengan langsir rumah me.Ok, angkat bakul disitu :p Tapi pemilihan langsir dibantu oleh my hubby :)

Kabinet dapur tak siap lagi sebab granit baru jer ukur semalam lepas diorang siapkan kabinet dapur dulu.Mungkin 2-3 hari baru siap lah kot, harapnya. Jom la layan gambar pengubahsuaian kabinet dapur dan pemasangan langsir kat rumah me tapi gambar selepas tak der lagi lah. Nak kasi siap semua baru tunjuk (padahal kamera hp cabuk me membuatkan gambar jadi gelap gelita )

Pengubahsuaian dapur 

ABS TREND MASTER SDN.BHD 
No. 81, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.



Finalize design


Gambar sebelum - Masa ni diorang datang amik ukuran dulu, siapkan design seperti entry ini, bayar 40% dari quotation dan semalam diorang datang pasang.

Gambar semasa proses pengubahsuaian - Lama jugak pasangnya, setengah hari jugak la me berkampung kat sana dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Diorang rehat untuk makan jap dan sambung buat kerja. Tekun dorang ni. Yang baju biru tu dah 7 tahun duk buat pasang kabinet.Kiranya from zero to hero. Akhir bulan ni dah nak balik Medan dah sebab dah ada business sendiri kat sana.









Gambar selepas - Yang ni tak siap lagi la :p Nanti dah siap me tunjuk yer :)


Pemasangan Langsir


Gambar sebelum 



Tengah pasang kat sliding door

Gambar selepas - baik korang tak yah tengok :p



_


 _



 _




 _



_







Gelap gelita :p 

Bilik lain pun gelap gelita gak ;p So lenkali me upkan sekali dengan kabinet yang dah siap.


psst :

Sesiapa yang ingin membuat saham akhirat, boleh menyumbangkan derma ikhlas untuk Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja 

Untuk sumbangan:
Nama: JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA.
Bank CIMB Islamic: 1277-0000702-105

Kelulusan Membina Masjid : JAI.SEL.BPM/01/033(42)
Kelulusan Memungut Khairat (Derma) : MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/24(2) 




My Nuha | Aku Bukan Chef 

Friday, November 11, 2011

Sudah tempah business card untuk elissmie.com, RM19 sahaja untuk 600 keping

Konon la business card gitu :p Sebenarnya me dapat tawaran dekat Milkadeal. Memang rugi lah kalo tak amik, masa tu dia offer RM39 untuk 600 keping business card.Tapi sebab me ada credit lagi RM20 percuma, jadinya me bayar RM19 sahaja untuk 600 keping. 

Memandangkan me tak reti sangat nak buat sendiri, so elissmie punya me cilok ajer free template photoshop kat internet dan adjust ajer sket-sket.Me nak simple dan colourful dan seb baik template yang me berkenan tu ada :)  Tapi yang ofiz punya, memang me buat sendiri lah A-Z berdasarkan design yang sedia ada tapi ada adjust jugak sket-sket ;p Sebab boleh buat dua design tu pasal me buat untuk belog sebenarnya :p

Jom la layan design simple ajer me buat ni. Nak kritik pun boleh, tapi me dah submit dah pun design dia :p Asal me puas hati sudah :) 






 
Ni design depan
 

Ni design belakang


Design credit to here :)




Korang ada business card untuk belog ?

pssst :

Me dapat cabutan bertuah untuk program jom jom ceria ofiz me pagi ni :p Jam dinding jer pun, hubby cakap boleh letak kat dapur. Sama dengan idea me :p 

pssst :

Hari ni nak balik awal , wardrobe me diorang nak pasang hari ni dan tengah berdebar muat tak masuk bilik katil king me tu. Masalah wardrobe hari tu dah selesai, me minta tukar saiz jadi 6X6 , seb baik owner tu orang kampung me.hehehehe . Isnin ni nak cuti pulak, sebab kontraktor nak pasang kabinet dapur plak :p lalalala
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)