Thursday, November 10, 2011

Korang pernah cuba ke Tutti Frutti Frozen Yogurt?

Macam fenomena pulak gitu Tutti Frutti ni kan? Kali ni JJCM di elissmie menapak ke Tutti Frutti. Me dah masuk Tutti Frutti dua kali. Pertama kali masuk, me masuk dengan my hubby, my Nuha, my Long dan kak long.Masa tu Kak Long yang belanja :) Tapi my Nuha paling banyak makan dan tak nak share pun dengan kitorang akhir-akhir tu sebab mungkin dia terasa kelazatan frozen yogurt (froyo) tu.Nak dengki, kitorang suh dia pandang ke lain, dan curi-curi makan.hehehe :p



Salah satu wall feature dalam Tutti Frutti. Ayat Eric Leong ;p

Mula-mula masuk memang jakun habis la. Biasalah first timer.Korang ikut ajer step yang diorang dah provide ni. Buat-buat pro ajer lah. Mesin dia macam mesin Slurpee kat 7Eleven tu ;p


 

Anak-anak, step pertama, amik dulu bekas yang disediakan. Kalau rasa tamak haloba, pilih bekas yang paling besar. Tapi me pilih yang sedang-sedang sahaja.Lepas tu pilih la perasa  yang mana korang berkenan. Me dah cuba perasa coklat (paling best kot sebab me penggemar coklat) , kiwi (masam gila) , vanila dan strawberry. Tambah topping (ni yang memberatkan lagi korang punya froyo tu :p) Kalo nak save, bawak topping siap-siap dari rumah.hahaha. Lepas tu bayar lah ! Kalo ada kad pelajar, dapat lagi diskaun 10%. Jom Niza :p Ajak student pergi bersama-sama lagi afdhal :p



Kali Pertama, 2 mangkuk RM30++

My Nuha with My Long

Muka kontrol ayu ;p

Muka tak puas hati :p

Kali kedua, pergi dengan Isabelle. Giliran me pulak belanja dia :) Haruslah camwhore dalam tu kan.Layan jer la gambar kami yang sebesar talam katanya :p Entry Isabelle kat sini.




Mula-mula tadak background, macam tak feel Tutti Frutti pulak kan?



Amik gambar belakang mesin Tutti Frutti plak , jadi lah :p

Kali kedua, 2 mangkuk RM20++



Ini Isabelle yang punya !


Me punya ! 

Siapa yang mengalami masalah kolestrol tinggi macam me, boleh la makan banyak kali kat sini :p hahaha. Diorang kata ok bukan me :)


Address : No.19G, Ground Floor, Jalan Plumbum 7R/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
p/s:

Lot kedai Tutti Frutti ni sebelah Jakel , satu deret dengan kedai Mayfair, Subway,  Ayam Penyet Ap, JM Beriani & Rasa Mas tu..

Outlet lain : boleh rujuk sini. 

Korang pernah ker cuba Tutti Frutti Frozen Yogurt ni?? 



Wednesday, November 09, 2011

Pengalaman pertama kali drive di Lebuhraya Pantai Timur

My hubby tak pernah bagi peluang me bawak kereta kalau dia ada sebelah sejak me dah reti bawak kereta tahun 2008 .Semalam, entah mimpi apa dia dengan konfidennya (ker tak berapa konfiden me tak tahu lah kan :p ) dia bagi me bawak kereta dari exit Tol Jabor sampailah ke RnR Temerloh. Siap tidur lagi kat sebelah.Satu pencapaian yang me banggakan jugak la. Seb baik jalan clear dan tak jam kalau tak cuak jugak me nak bawak kan :) 

 
 Sedang beraksi di LPT ;)



110 KM/J , had laju maksima di lebuhraya, sesuaikah?

Me rasa bawak 110 km/j adalah tidak sesuai di lebuhraya. Setuju ? Asyik la me nak menekan minyak sampai 120 km/j .Bila nampak ajer papan tanda Kawasan Perangkap Had Laju terus brek bagi slow sket. hahahaha. Tau jugak takut. Pagi-pagi ni terus bukak MyEG nak check saman. Alhamdulillah tak der. :p

Hari raya tak pergi mana , even terbabas nak pergi solat sunat Aidil Adha sebab masing-masing keletihan sebab 9 jam di jalan raya :p Konon balik tengah hari tak jam la Sabtu tu,sekali jam jugak.Redha ajer la. Memang macam gitu tiap tahunnya. Semalam otw balik sini tak jam, lega btol ! Kul 5 lebih dah sampai Shah Alam padahal gerak sama jer macam Sabtu hari tu.


Korang meriah tak sambut hari raya Aidil Adha ?

p/s:

Me ada lah jugak bawak balik daging korban Mak dan Ayah mertua buat korban sket.
Petang ni boleh la buat Daging Masak Halia atau Daging Black Pepper :)


Sunday, November 06, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua



Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca elissmie.com !



My Nuha | Aku Bukan Chef | Watermark For Free | Header For Free

Friday, November 04, 2011

Padahnya beli perabot rumah tanpa ukur bilik dahulu

Padahnya beli perabot rumah tanpa ukur bilik dibadan sendiri dahulu. Ok, sila menyesal sekarang.Me lah mangsa keadaan itu. Hari ni ingat nak pergi bincang-bincang jampi-jampi kat dengan mamat bangla yang jual perabot tu untuk dia tukarkan wardrobe me dari 8 kaki ke 6 kaki.Sekali dia cuti pulak. huhuhu. Tengah hari ni harus la me kena terjah kesana kejap lepas dah settle beli tudung Ariani dambaan bonda terchenta tu.



Inilah set perabot yang me tempah tu (gambar kat katalog jer ni) .

Dah la me mintak dia tukarkan kepada katil king sebab kami punya tilam sedia ada tu adalah saiz king. Katil tu muat lah nak masuk dalam master bedroom kami tu tapi tang wardrobe dia tu, kalo 8 kaki, kena plak kat tempat suis kipas dan lampu tu.

Suis tu semua kalau pindah perlu ke sampai memecahkan dinding? Siapa technician electric kat sini sila jawab. Nak menyesal pun tak guna dah ni. Lagi satu penyelesaian, pasang wardrobe tu kat bilik sebelah dan cari wardrobe 6 kaki yang sama scheme colour dengan set tu untuk bilik tidur me. Tapi nak kena cat sebelum 12hb ni la pulak bilik yang kedua tu.Dah la nak balik raya ni. Macam mana pendapatan korang? 


Korang pernah mengalami situasi serupa?


 p/s:

Terus rasa nak tumbuk-tumbuk dada lalings dan ajak pekena Tutti Frutti lagi sekali ;p

Sapa mau join angkat tangan???



Thursday, November 03, 2011

Mengidam Tudung Ariani , tolong la buka cawangan kat Dungun sekali

Ok, bukan me yang mengidam, tapi my mom terchenta . Malam selasa kalo tak silap time kitorang gigih cat rumah tu, dia telefon cakap ada sorang my neighbour ni telah beli tudung Ariani masa datang KL hari tu, senang cerita dia nak suh me belikan la. Tapi sebab masa tu tengah busy, me tak layan sangat cerita dia tu. Dia pun ala-ala berkias gitu jer. Tak cakap straight to the point kan nak suh me belikan tapi me memang faham sangat perangai dia. Me cakap la, dah lama tak ke Ariani ni.Padahal hari-hari pun lalu :p Lepas tu, malam tu jugak me mimpi my mom merajuk dengan me sebab tak belikan tudung untuk dia .(Derhaka punya pasal la ni). Terus esoknya me call my mom dan tanya tudung macam mana yang dia berkenan tu. 



 Yang ni agaknya yang dia berkenan tu, ada tulisan Ariani kat depan tudung...



Boleh la me terjah esok ni since ada sales 27Okt- 13 Nov potongan 80% , ada sesiapa nak ikut ?





Diskaun tambahan untuk pemegang kad Ariani. Me ada tau :p Korang ada? hahaha



  


 Sayang, me baru dua ajer tudung style Ariani :p Tapi bukan Ariani la. 
Boleh ke me beli satu ? Banyak lagi lubang tu ;p lalalarikssss...

Wednesday, November 02, 2011

Jom beli baju kurung cotton ready made untuk raya haji


Semua rasaya tak beli lagi kan baju kurung untuk raya haji kan? Tinggal beberapa hari lagi ni. Kemain yer korang, deepavali beli baju baru, tapi raya haji tak pulak kan :p Kat sini nak tayang antara koleksi istimewa baju kurung cotton dan kain cotton yang cukup menarik untuk korang pilih dan beli terus . Kalo tak buat untuk raya, bagi yang keja gomen tu kira beli baju untuk kerja terus la. Harganya pun berpatutan dan kain-kain yang menarik digunakan.


CODE : KP09
PRICE : RM149

SIZE : S , M , L

CODE : KP10
PRICE : RM149

SIZE : S , M
 
CODE : KP13
PRICE : RM149

SIZE : M,L,XL


 
CODE : CP02

PRICE : RM90

 
CODE : CP05
PRICE : RM90

CODE : CP06
PRICE : RM90

CODE : CP22
PRICE : RM90
 


CODE : CP26
 PRICE : RM90

 
Nak lebih lagi pilihan yang lagi menarik dan lagi cantik , korang klik kat sini laju-laju : http://cotton-purple.blogspot.com/

Untuk membuat sebarang tempahan , mudah ajer.Sila berhubung terus dengan pemilik Cottonpurple dia alamat email cottonpurple@gmail.com atau SMS ajer 012 * 2233176 

Untuk tidak terlepas update terbaru, boleh like di facebook CottonPurple :
Facebook : http://www.facebook.com/pages/Cottonpurple/218155771551288
 
Kot-kot lain kali korang nak beli, dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)



Cotton Purple adalah Advertiser di elissmie.com Tempoh pengiklanannya adalah selama setahun di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog me ni :)

p/s:
Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan lebih 6 bulan, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .
Boleh klik disini untuk memulakan pengiklanan pertama anda di elissmie.com !!.

My Nuha | Aku Bukan Chef | Watermark For Free | Header For Free

Makanan sedap tapi servis lembab? Korang geram tak?

Episod JJCM di elissmie hari ni,  saja nak jamu mata korang dengan makanan yang lazat sajian istana air tangan me :p Ok, tipu. Ni aktiviti makan-makan pakatan harijadi kami yang seterusnya, Kak Ema. Kali ni Kak Ema belanja kitorang kat Asiari, SACC. Ni kiranya first time me jejak kaki kat sini. Makanan dia boleh bagi 5 bintang tapi servis setengah bintang ajer :p Moga diorang dapat perbaiki mutu keunggulan servis mereka.

 Tapi sebab hati gembira masa tu baru dapat kunci rumah, so tak der la menanah sangat menunggu makanan Jom la layan gambar makanan. Harap semua dah breakfast lah yer. 


Tukang belanja with Ad . Ad siap menguap menunggu makanan tu bukti 
bahawasanya servis dia memang lembab terbaik :p


Tukang makan :p

Deko dia ala-ala pengaruh vietnam gitu...

 Ok, aku suka divider ni :p 

Bawah ni adalah makanan yang diorang makan, me amik bau ajer, ok tipu :p Set semua makanan ni RM62 tak silap tapi nasi dan air adalah tidak termasuk. Nama makanan seriyes tak ingat , so me main taram jugak la sesedap rasa anak tekak me  :p Memang hover laa sket :p



Fresh Young Coconut




Kung Pao Chicken With Vegetables and Dried Chillies



Butter Prawn With Vegetables and Salad -
Udang CT orang terengganu cakap :p CT= celup tepung :p
 




Mango and seafood salad  - kerabu mangga letak udang dan sotong la senang cerita :p



Vegetables in Oyster sauce . Sayur campur main campak2 gitu ;p

Sweet and sour chicken with pineapple and tomato :p

Bukan setakat JJCM elissmie ajer datang sini tapi 
JJCM TV3 pun datang sini tau ! Kelasss ko maria !!



ASIARI RESTAURANT
KOLEKSI CITARASA SDN BHD (683046-x)
Lot GF-25 Ground Floor SACC Mall,
Jalan Perbandaran 14/9,
40000 Shah Alam.

Contact Person: Ms. Noor Huwaina
Tel : +603-5519 6126
Email: asiari_restaurant@hotmail.com
Map : klik sini



Progress cat rumah : Satu dinding kat ruang tamu dah undercoat dan bilik utama dan cat :) 




P/s:

Ini adalah cubaan meniru uncle Gedek ! :p Peace !!


Tuesday, November 01, 2011

Korang pernah cat rumah sendiri?

Sorry lah kalau entry berkisar tentang rumah ajer yer. Biasalah, macam budak yang baru boleh kaki, asyik nak berjalan ajer. Begitu jugak yang baru pandai naik basikal, asyiknya nak mengayuh ajer sampai dalam mimpi :p kah kah kah Setuju?

Malam tadi, sepasang suami isteri yang gigih pergi cat rumah lepas maghrib.My hubby and me ler, siapa lagi yer dak? Kitorang baru cat undercoat ajer dulu pun kat bilik tidur utama. First time tau me mengecat rumah. Sebelum ni, batang cat pun tak pernah kenal ;p Siap baca tu teknik mengecat seperti kat sini :p www.nipponpaint.com.my/homeowners/paintingtips/index.php Seriyes !!! Jom la layan gambar.




Sebelum

 

Persedian sebelum mengecat


 Selepas cat , model Mippon Paint

p.s  : 

Memang my Nuha sebut Mippon Paint instead of Nippon paint ;p


Ni bahagian yang me cat :p Ok,tipu. Hubby ada buat separuh ;p


Warna bilik tidur me yang warna dinding belah kiri tu tapi tak siap lagi la. (Braintree Road 4202T) 
Mungkin malam ni :p

Korang pernah cat rumah sendiri?
p.s : 
Ni namanya save budget .Lagipun hubby pandai mengecat, kita upah dia ajer. Eh, :p 


Bawah ni design kabinet dapur yang me dapat dari kontraktor semalam, mana satu lebih menarik?


Pic 1


Pic 2

Monday, October 31, 2011

Selepas dah dapat kunci rumah, nak buat apa?

 

Last friday, my lawyer dah hantar kunci kat me kat SACC. Akhirnya, penantian selama 4 bulan berakhir sudah. Lega, gembira, nak menangis semua bercampur baur.(ok, ayat novel ahadiat akashah kat situ :p) So, bermulalah aktiviti kat rumah baru kami. Malam sabtu ketika Stadium Shah Alam sedang gegak gempita untuk menyaksikan perlawanan bola antara Negeri 9 menentang Terengganu (mujur me tak tengok ) , kitorang buat operasi penyamakan dan pembersihan rumah baru kami. Terima kasih Kak Long and Long yang banyak membantu kami.

Bagaimanakah cara menyamak rumah yang sebelum ini dimiliki dan didiami oleh seseorang berbangsa cina? Bahagian manakah yang perlu disamak sama ada lantai sahaja atau keseluruhan rumah tersebut?

Menyamak rumah yang disyaki terkena najis berat hendaklah menyamak iaitu membasuh dengan satu kali air bercampur tanah liat dan 6 kali air bersih di tempat-tempat yang disyaki terkena najis seperti di lantai dan di dinding bahagian bawah sahaja. sumber : sini

Lepas sudah basuh, semalam tu terus kitorang call kontraktor kabinet dapur untuk ukur dapur. Mula-mula ingat nak separete dapur basah dan dapur kering tapi end up, buat sekali ajer sebab nak save budget :p Hari ni katanya akan dapat lukisan 3D dari kontraktor tu untuk finalize.Tak sabar sungguh.40% deposit kena bayar dulu baru diorang buat.


Semalam jugak dah pergi beli cat.Kitorang baru pilih warna untuk bilik tidur ajer sebab lepas raya haji ni nak masukkan set bilik tidur utama yang dah tempah hari tu. (Braintree Road 4202T) . Harap-harap malam ni dapat settlekan yang tu dulu. Kalo nak tahu jumlah cat yang korang perlu, boleh try guna kalkulator nippon paint ni http://www.nipponpaint.com.my/homeowners/paintingtips/estimator.php




Langsir pulak lepas raya haji diorang datang pasang. Langsir semua tempah kat Jakel Seksyen 7 tu.Nak suh diorang datang ukur pun percuma tapi sebab kitorang malas nak tunggu, my hubby ukur sendiri ajer.Yang ni kena bayar deposit RM200 dulu baru diorang jahit. Nanti diorang datang pasang sekali.



Friday, October 28, 2011

Tu dia...semangat nak pindah rumah sudah mai dah...


Tu dia , nampak kotak-kotak tu ? My hubby yang kemaskan tau malam tadi . Semua kotak-kotak ni baru majalah ajer yang me dan hubby beli tiap-tiap bulan selama 4 tahun ;p Beg besar dah pinjam siap-siap dengan my Long last week. Weekend ni Insya Allah pergi basuh rumah dengan mereka-mereka yang berkenaan (Long ngan Kak Long la :p)  Kunci rumah me dah ada dengan my lawyer. Katanya hari ni dia suruh staf dia hantar kat me. Harap-harapnya lah. Penantian suatu penyeksaan korang tau !!


Semalam kereta me memang bateri king kong. Asal bateri kong ajer time me bawak :p Pandai dia pilih bulu Cinta Bersulam Rindu me ni tau. Mentang-mentang tuan dia dah bagi dia pakai sport rims baru :p Melayang la RM300 siap sekali cuci sampai berkilat :)


Tq pada mechanic yang datang you jump ai jump kereta me semalam :)
Servis mereka memang terbaik : Dimana Korang Selalu Servis Kereta?



Bahagia Janji Dinda (BJD)
  , terima kasih jugak menumpangkan kasih bateri pada Cinta Bersulam Rindu (CBR)... 


p/s:

Sorry sebab lupa nak allow korang comment entry terdahulu sebab me guna interface blogger baru :p  - Dah boleh komen kalo sudi especially entry Idea Warna Bilik Tidur Dengan Perabot Gelap


p/s:

Hari ni ada pakatan hari jadi. Mau makan-makan dimana yer ?? lalalalala...



My Nuha | Aku Bukan Chef | Watermark For Free | Header For Free

Thursday, October 27, 2011

Ni la padahnya bila perempuan reti bawak kereta sahaja

Hasilnya adalah me terpaksa tumpang kawan pergi kerja hari ni :p Tq Murni. Masuk ni dah 2 kali dah Cinta Bersulam Rindu me tak boleh nak start kat rumah pengasuh. Hari tu mintak tolong KB .Kejap lagi mechanic datang betulkan la dan me pesan siap bawak jumper sekali :p Tetiba teringat pulak kat entry Shakiddo hari tu  Cara Jump Start Kereta Seorang Diri  yang boleh dipraktiskan bagi kereta tak nak hidup macam me pagi ni tapi kena pinjam kereta orang la kan sebab me sah2 ada satu jer kereta.

Jump start juga dikenali sebagai rangsangan, adalah kaedah memulakan kereta atau kenderaan lain yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman apabila bateri kenderaan telah “kong”. Bateri kedua (biasanya di dalam kenderaan lain) digunakan untuk memberi kuasa kepada kenderaan tu source : sini

Yang lebih malang berganda lagi, konon SMS nak mengadu domba la kat my hubby. Sekali dia pun tersadai kat workshop tunggu buka sebab tayar motor pancit pulak. Alahai. Kesian my hubby. Macam tau-tau ajer tuannya tu nak beli adinda baru ;p hahaha Sabar jerlah. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.



pic credit to : Shakidoo.com

p/s:


My hubby yang dikasihi, tolonglah beli jumper untuk darlingsmu ini...


Korang pernah ke buat jump start sendiri???


p/s:

Mungkin CBR merajuk sebab my hubby dah berapa kali sebut nak beli kereta baru kot..hahahaha Larikss..


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)