Friday, November 04, 2011

Padahnya beli perabot rumah tanpa ukur bilik dahulu

Padahnya beli perabot rumah tanpa ukur bilik dibadan sendiri dahulu. Ok, sila menyesal sekarang.Me lah mangsa keadaan itu. Hari ni ingat nak pergi bincang-bincang jampi-jampi kat dengan mamat bangla yang jual perabot tu untuk dia tukarkan wardrobe me dari 8 kaki ke 6 kaki.Sekali dia cuti pulak. huhuhu. Tengah hari ni harus la me kena terjah kesana kejap lepas dah settle beli tudung Ariani dambaan bonda terchenta tu.




Inilah set perabot yang me tempah tu (gambar kat katalog jer ni) .

Dah la me mintak dia tukarkan kepada katil king sebab kami punya tilam sedia ada tu adalah saiz king. Katil tu muat lah nak masuk dalam master bedroom kami tu tapi tang wardrobe dia tu, kalo 8 kaki, kena plak kat tempat suis kipas dan lampu tu.

Suis tu semua kalau pindah perlu ke sampai memecahkan dinding? Siapa technician electric kat sini sila jawab. Nak menyesal pun tak guna dah ni. Lagi satu penyelesaian, pasang wardrobe tu kat bilik sebelah dan cari wardrobe 6 kaki yang sama scheme colour dengan set tu untuk bilik tidur me. Tapi nak kena cat sebelum 12hb ni la pulak bilik yang kedua tu.Dah la nak balik raya ni. Macam mana pendapatan korang? 


Korang pernah mengalami situasi serupa?


 p/s:

Terus rasa nak tumbuk-tumbuk dada lalings dan ajak pekena Tutti Frutti lagi sekali ;p

Sapa mau join angkat tangan???





15 Comments:

  1. heheehhe.. elok jugak x muat.. boleh beli lagi satu..mueheheehhe

    ReplyDelete
  2. hohohohoho...kalau zaila pula, seb baiklah en suami jenis alert sket bab2 ukuran ni..belum g beli tu survey dulu 2,3 kali..siap ambik ukuran segala..maklumlah rumah kami kan kecik so memang kn berhati2 masa beli barang..huhuhu

    kalau nak letak suis lain xperlu pecah dinding segala, tp kn tarik dr punca wayar tu masuk r..mungkin kn hack sket je..terpulang pd eliss r..kalau sayang dinding cuba letak bilik tengah..alah cat kendian2 pon takpe..lagipon kalau dah letak wardrobe buat apa nak cat kat belakang tu..bukan orang nampak pon:P

    ReplyDelete
  3. pernah2...tp nasib baik almari tu boleh letak bilik bawah. tak muat nak bwk naik bilik atas sbb terlebih lebar...huhu..

    ReplyDelete
  4. cantik set bilik tdo tu...

    kami x blk trgu raya haji ni...abah aimy keje daa... lmbt lg lah leh mkn kepok lekor...huhu...

    ReplyDelete
  5. nak join.. tapi kena lanje tuti fruti hehe

    ReplyDelete
  6. Rasanya kalau nak ubah suis tu tak payah nak pecah dinding kot melainkan kalau nak disorok dalam dinding wayar² tu semua.

    ReplyDelete
  7. *angkat tangan tinggi2*

    kau gergaji je wardrobe tu bagi pendek sikit, eliss. hahaha

    ReplyDelete
  8. tak mo join.. gigi saya ngilu bila makan tuti fruti

    boleh rasanya tanpa pecahkan dinding.. suruh mereka tarik je wayar dari power point tu...ke mana yang kita suka

    ReplyDelete
  9. hmmm. susah jugak tu. kena beli satu lg wardrobe kot.

    ReplyDelete
  10. oooo tidak... kena check betul2 sebab saya pun nanti nak cari satu untuk bilik anak

    ReplyDelete
  11. takpe alang2 2nd room dah setup sama...family dtg dah readyyy..hik hik

    ReplyDelete
  12. @zailamohamad hubby mls nak leceh2, senag cerita tukar wardrobe tu kasi kecil sket saiz dia.

    ReplyDelete
  13. Set perabot tu memang cantik lagi2 saya minat design katil nyer... Boleh tahu x berapa harga katil dan set tilam tuh?... Sebab plan hujung tahun ni nak beli set katil and tilam... Kalau x keberatan, msg saya harga set tersebut di no 0137903092 atau email at aker.ieez@gmail.com ....

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)