Thursday, July 20, 2017

Rendang Ayam Kampung , Nasi Himpit dan Sup Tulang Kambing Russell Taylors PC

Assalamualaikum. Kalau yang follow IG mak tu, sila la bertabah. Macam budak baru boleh jalan kan, asyik nak berjalan la. Tapi saya ni baru beli PC. Asyik la nak masak guna PC. Bukan personal computer. hahaha. Tapi pressure cooker tu. Siapa yang terlepas review saya sebelum ni, boleh la baca kat sini , Review Pressure Cooker Russell Taylors . PC marhaen ajer bukan PC idaman rakyat jelata. 

Kali ni saya cuba buat Rendang Ayam Kampung & Sup Tulang Kambing. Nasi himpit tu, saya buat eksperimen sekali lagi tapi menggunakan nasi himpit mini pulak . Jom la kita tengok macam mana nak guna PC ni . Sebenarnya , kebanyakan resepi ni saya cedok dari noxxa atau Philips. Korang boleh rujuk blog http://sajiandapurbonda.blogspot.my (noxxa) atau http://cookingwithmarinamustafa.blogspot.my ( Chef Marina yang selalu demo untuk philips) . 

Resepi Rendang Ayam Kampung @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan - bahan:
1 ekor ayam kampung
1 kotak santan
2 sudu besar kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
5 helai daun limau purut - dihiris halus
2 keping asam gelugor
3 ketul gula melaka kecil
Gula/Garam secukup rasa
4 sudu besar cili boh

Bahan-bahan dikisar:

10 biji bawang merah
1 labu bawang putih
3 inci  gram lengkuas
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
Air secukupnya

Cara-cara:  

1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan bahan kisar sampai garing, masukkan cili boh. Kemudian masukkan  ayam sampai nampak ayam tu kecut. Masukkan santan separuh kotak. ( penutup terbuka) 
2. Tutup penutup periuk. Tekan Keep Warm/Off  then tekan Chicken (default P15) . 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , masa ni boleh masukkan kerisik, garam, gula, asam keping, santan separuh kotak dan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. 
4. Dengan penutup pc terbuka, kalau kuah masih cair, tekan bake P10 dan sampai kuah tinggal banyak mana yang kita kehendaki. 

Tapi memang lembut macam ayam daging pulak. Rasa kena beli ayam pencen kot . Saya suka kalu rendang macam keras-keras sket. hahaha. Terpulang pada cita rasa masing-masing kot atau mungkin kena adjust suhu tu. 


Resepi Sup Tulang Kambing @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan - bahan:
Tulang kambing 
Air secukupnya
Garam secukupnya
Daun Sup 
Batang saderi
Kentang
Halia 
Sup bunjut

Bahan-bahan tumis :
Bunga Lawang
Cengkih
Kayu Manis
Buah pelaga 
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihirs

Cara-cara : 
1. Onkan PC masukkan tulang, air sampai paras full , halia dan sup bunjut. 
2. Tutup penutup periuk. Tekan Beans Tendon (default P30) . 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , masa ni boleh masukkan garam, sup bunjut, kentang dan batang saderi. 
4. Tutup kembali penutup PC, dan tekan bake P10. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu ,masukkan bahan tumis yang sudah ditumis di atas dapur gas.

* Saya kalau sup tulang atau daging , bahan tumis akan masuk akhir sekali. Jika ingin tumis masa awal tu, masa on PC tu , tekan bake dan masukkan minyak dan tumis bahan tumis ( penutup PC terbuka)  

Daging lembut gila dan memang tertanggal dari tulang tu. Yang ni gambar dalam pc tak sempat nak amik. Ni dah transfer ke periuk sebab nak guna buat rendang pulak lepas tu. Memang habis-habisan digunakan hari tu kecuali nasi guna dapur gas, sebab rendang malas nak transfer dah. 


Nasi Himpit @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan-bahan :

12 ketul ketupat mini adabi

Cara-cara : 

1. Onkan PC masukkan ketupat dan air sampai menutup nasi himpit yang dimasukkan
2. Tutup penutup periuk. Tekan Steam ( P20 by default) 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , keluarkan dan tunggu sejuk baru dipotong. 

 

 

Gambar makanan atas meja secara dekat dah tak sempat nak snap. Yang ni pun boleh la yer. hahaha
Lunch Sup Tulang & Rendang Ayam . Belah malam, makan nasi himpit dengan rendang ayam tu pulak. Lain kali saya kongsikan resepi lain pulak yer :)  Tak sangka mendapat sambutan saya punya review, hari-hari ada yang bertanya cara gunanya.In sya Allah, yang mana saya mampu jawab saya jawab yer. Boleh buat group PC  Russell Taylors lepas ni :) 

Macam mana? Ada rasa tak nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie






Wednesday, July 12, 2017

Nissan Recall Campaign, kereta korang terlibat ?

Rupanya Cik Vina saya terlibat dalam Nissan Recall Campaign untuk Takata Driver front airbag inflator. Terima kasih Kak Juna sebab inform saya pasal ni. Kalau tak sampai ke sudah tak tahu. So terus saya suruh my hubby call Nissan Centre untuk dapatkan kepastian. Terus Nissan setkan appointment mengikut service centre terdekat dengan kita. In sya Allah, esok saya akan tukar tu.

Nota :

1. Parts and labour charges for this Recall Campaign will be complimentary regardless if vehicle is under warranty or not.  ( Kos barang dan upah adalah percuma samaada dibawah waranti atau tidak, tu yang penting . hahaha)
2. Any request for cash reimbursement will not be applied.
3. The provided information is correct at this point of time.
4. Compulsory for all affected customers to provide accurate information for communication purpose.
5. For additional information on this Recall Campaign, please click HERE.

Boleh buat semakan di sini : http://servicecampaign.nissan.com.my/


Cik Vina sebelum ternoda




Yang korang perlu tahu adalah VIN tu atau No Casis . Yang ni saya punya polisi insurans. Maklumat ni ada pada Kad Pendaftaran JPJ tu.

Korang boleh call :

Nissan Customer Care Centre Talian Bebas Tol : 1800- 88-3838 untuk pengesahan lanjut 

Nissan Recall Campaign, kereta korang terlibat ? Dah buat semakan ? 



Tuesday, July 11, 2017

Throwback Raya Aidilfitri 2007 - 2024

Masih dalam mood raya kan? Saya masih berpuasa enam, tapi baru hari kedua. Puasa ganti dah sudah . So masih afdhal la kan tayang gambar raya. Tapi kali ni nak throwback gambar raya dari tahun 2007 sehingga 2017. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk 10 tahun saya bergelar isteri and still counting #tilljannah gitu #relationshipgoals

Saya dinikahkan pada 2 syawal 1428 H dan bersanding pada 3 Syawal 1428 H mengikut kalendar islam kan. So hari raya 2007 tu kira dah beraya sekali la kan. Jom kita tengok per'kembangan' saya dari dulu sampai sekarang. hahaha





Tahun 2007
Mestilah sedondon. Tak kan hari nikah, sanding dan menghantar nak pakai tak sedondon. Mati mak kena kecam kan. Alhamdulillah dah 10 tahun beraya bersama.


Tahun 2008  #teamkoko
Tahun pertama jer merasa beraya berdua. Tahun kedua perkahwinan dah ada anak. Banyak dapat duit raya tahun ni sebab dah habis pantang sebelum raya.


Tahun 2009 #teampurple
Masa ni my nuha pun dah setahun. Ligat mengejar dia tahun ni. hahaha

Tahun 2010 #teammerah
Tahun ni my nuha dan my hubby kena chicken pox. So raya memang macam tak raya lah. 
Terpaksa kuarantinkan diri dan orang ramai dari datang rumah nak beraya. Kesian.

Tahun 2011 #teamhitam
Masa ni tengah mengandungkan yang ectopic tu. Memang sesuai tema hitam tu. 

Tahun 2012 #teamturqoise

Tahun 2013 #teampeach
Tahun pertama my nayla beraya dan pertama kali beraya berempat 

Tahun 2014 #teammaroon

 Tahun 2015 #teamhijau



 Tahun 2016 #teammerahhitam


 Tahun 2017 #teampurplepeach


Tahun 2018 #teammaroonpurple



Tahun 2019 #teampeachyellow


Tahun 2020 #teamashbrown


#temapinkmerah


#temapinkmerahmaroon

#temadustygreen


#teambluemintbrown


Semoga berjumpa lagi tahun depan Ramadhan dan Syawal , In sya Allah :)

Korang ada kenangan raya yang tak dapat dilupakan? 


Friday, July 07, 2017

Sambutan Raya Infostruktur 2017

Hari ni sambutan hari raya kat Jabatan Infostruktur. Selalu ada by jabatan dan ada booth tapi sejak kelab ofiz kitorang dah dibubarkan dan digabungkan dengan jabatan lain tak buat dah la sambutan macam dulu-dulu. Layankan jer la gambar yang ada ni. Kebetulan handphone tak ada bateri so, layan gambar yang mana ada jer la , ihsan si Ad. hehehe. 



Dengan boz baru, team emel. Sorang tak dapat dikesan, sorang lagi dah cuti bersalin. 

Kaching ke love tanda tu ? Belasah 

Dengan ad gambar wajib ada setiap tahun


Geng gossip moms tanpa Zira. hahaha

kaching lagi !

yat tengok apa? 

Ad dan Rai

 
Tuan tanah dan Rai

Rai dan Kak Yat
 
Dengan otai network

Haruslah tuan tanah kedaung nak tumpang posing  

 
Ad
Pinjam hamper cabutan bertuah jer. Ad dapat jugak heater tapi dah tukar dengan 
Kak Sha dapat oven.untungggglah..

Baby shower sekali untuk si Yat. hehehe
 
Sopan katanya...

 Last.....dari tuan tanah kedaung..hehehe

 Ofiz korang ada sambutan hari raya ???



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)