Wednesday, July 05, 2017

Review Pressure Cooker Russell Taylors

Hari ni saya nak review pasal Pressure Cooker (PC) jenama Russell Taylors yang saya baru beli kat Lazada ni. Tak mampu mak nak beli noxxa. Sila jangan kecam sis yer. hahaha. Tapi yang saya punya ni , sekali tengok macam Philips Pressure Cooker pun ada. Mati mak kena kecam. Saya beli sebab periuk nasi saya sudah almarhum. Tiba-tiba je tak menyala lampu dia. Hari sebelum tu lagi dah tunjuk tanda nak almarhum. Hampir 10 tahun je mampu berkhidmat. Merasa la mak beli pressure cooker nak. 

Kenapa pressure cooker? Alang-alang nak beli kan, baik beli yang elok terus. 10 tahun tak pernah beli periuk nasi kan. Yang sebelum ni pun hadiah kahwin kot. hahaha. Nasib my hubby ada budget nak beli helmet yang tak beli beli lagi tu. Apapun terima kasih my hubby sebab katanya ni hadiah hari lahir untuk tahun ni :) Nanti birthday sayang , eliss belanja helmet yer. hahaha. Sebenarnya terliur yang Raa punya jenama ewant tapi warna merah mahal sket dari yang Russell Taylors ni. Jimatkan la duit laki RM25. hahaha


Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker PC-60, stainless steel pot. Saya beli sebelum raya. Sempat la merasa guna sebelum balik beraya hari tu . Yang ni termasuk pos RM205. 


Jenama ewant yang Raa punya tapi dia beli masa tu RM 168.00 Dengan Voucher. Tu pasal saya tak jadi beli. Yang ni jadi RM 230.88


Jenama Philips, jangan kecam sis. hahaha


Hari pertama guna semestinya untuk masak nasi. Nasi lembek. Kah kah kah
Rupanya PC ni memang tak boleh letak air banyak. Letak air 1 ruas jari jer. Maklumlah mak ajar letak air 2 ruas jari kan. Siapa masih masak nasi sukat air guna jari tu kita geng .  hahaha. Tekan rice, P12 by default.


Sukatan air yang diperlukan



Merasa lah jugak masak nasi secara konvensional beberapa hari. Nasib mak ni bekas pandu puteri dan puteri islam. Skill memasak nasi tanpa periuk nasi elektrik masih ada. Nasib tak hangit oooiii..


 Panel PC Russell Taylors . Comel kan dari noxxa? hahaha. mati mak kena kecam


Cara release pressure, tolak valve ke exhaust . Untuk mulakan masak tolak ke seal yer. Kalau tak dia bunyi hissing. hahaha. Masa mula-mula guna hairan juga kenapa bunyi bising PC ni. Rupanya lupa nak halakan valve ke seal.



Nasi himpit dalam Russell Taylors PC in the house
Nasi Himpit yang 2 ketul besar ni 50 minit. Saya rasa saya silap setting.

Resepi Nasi Himpit Segera @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Masukkan nasi himpit dan air sampai tenggelam nasi himpit
2. Tutup penutup PC dan halakan valve ke Seal/Close/ X
3. Tekan Beans/Tendon dan tekan pressure select (+) jadikan P50
3.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb

 ( Updated : Resepi Nasi Himpit Segera mini disini )


 Resepi Sup Kaki Ayam @ Pressure Cooker Russell Taylors 

1. Tekan pada fungsi bake ( yang ni kalau noxxa dia panggil stir fry) tumiskan bawang dan rempah 4 sekawan. Dah garing, masukkan air , sup bunjut dan kaki ayam. Masa tumis ni tak tutup periuk lagi.
2. Lepas dah masukkan kaki ayam dan air tu baru tutup periuk.Halakan valve ke seal/Close/ X
3. Tekan Keep Warm/OFF dan tekan pada Soup P35
4.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb
5. Buka penutup.
6. Tekan Bake 10 minit dan masukkan garam dan daun sup. Bila keluar bb dah masak la tu.






Resepi Sup Kaki Ayam @ Pressure Cooker Russell Taylors  

1. Tumis dulu guna fungsi Bake sampai brown,masukkan air dan kaki ayam. Tutupkan penutup.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF dan tekan then tekan Soup. Tekan pressure select (+) jadikan P35
3.Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb.  Buka penutup dan tekan bake P5 dan tambah bahan perasa.

Resepi Ayam Percik @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tekan pada fungsi bake 10 minit dan masukkan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap dengan garam dan kunyit. Dah garing masukkan air secawan.
2. Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X. Tekan Keep Warm/OFF then tekan Chicken. By default P15
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb

Selebihnya saya panggang pulak atas tefal pan untuk siram kuah percik. Saya nak masak nasi pulak lepas tu kelam kabut. Boleh cuba resepi ayam percik bonda

Yang belah kanan sebelum disiram kuah percik keluar dari PC. Yang tepi dia selepas disiram.
Memang lembut ayamnya. 

Yang ni kredit kepada Nora Norudin yang share review pada website lazada untuk produk Russell Taylors ni. Saya belum cuba lagi . Ingat nak merendang jugak ni. Tapi nak cari ayam kampung atau ayam pencen dulu . hehehe. So dibawah saya olah dari resepi kat atas.

Sup Tulang  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tumis dulu guna fungsi bake P10 sampai brown,masukkan air dan tulang.Tutupkan penutup.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF then tekan Beans Tendon. Tekan butang tambah jadi 40 minit
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb. Buka penutup dan tekan bake P5 dan tambah bahan perasa.


Rendang  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tumis dulu guna fungsi bake P10  sampai brown.Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X.
2. Tekan Keep Warm/OFF kemudian tekan Beans Tendon. Tekan pressure select (+) jadikan P35
3. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb.
Kalau kuah masih cair, tekan bake balik dan sampai kuah tinggal sedikit.

Update : Rendang Ayam Kampung by Eliss


Bubur Pulut Hitam  @ Pressure Cooker Russell Taylors

1. Tutupkan penutup PC.Halakan valve ke seal/Close/ X.Tekan pada fungsi rice
2. Halakan valve ke exhaust/Open/Awan bila keluar bb. Buka penutup PC.
3. Tekan bake dan masukkan santan.

Apapun, saya bagi 5 bintang untuk Pressure Cooker Russell Taylors  ni. 

Korang dah ada pressure cooker ? Jom masak ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie







22 Comments:

  1. Salam Sis...Bila kita bt rendang kan pakai brand yg sama tp bila tekan 35 ttp p35 dia mmg x jalan ke angka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jalan tu macammana? dah tekan ke fungsi beans tendons ke ?

      Delete
    2. Alhamdulillah dh boleh Sis..hehe ala maklum la Newbie 😅 tq ye Sis..😘

      Delete
    3. Alhamdulillah berkat keikhlasan rakan2 yg tlh lama mnggunakn pressure cooker dan sudi pula berkongsiresepi serta cara menggunakn pressure cooker memudahkn saya utk mnyediakan juadah hari raya aidil adha. tqvm , love u ols

      Delete
    4. Alhamdulillah. yang pasti memudahkan RTPC ni..

      Delete
  2. Boleh tak bg step by step ce mana nak guna. Sy ada beli 1 tapi tak tahu nak guna. Tak ada pun bunyi hissing... may be sy salah or unit sy rosak. Boleh wassap sy tak.. klik www.wassap.my/60123188054/pc. Hope dpt membantu

    ReplyDelete
  3. As'salam sis,
    Jemput ke FB Group Russell Taylors PC Users (Malaysia).

    Boleh kita sama-sama belajar cara guna dan bertukar resepi.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. TERSENYUM2 SY BACA ENTRY AWAK. JENUH KENA KECAM.

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum puan. Sy newbie pc ni juga. Sy kurg jelas yg puan bgthu di atas 'jangan lupa keluarkan pressure tu'. Means kluarkan inner pot atau mcm mna ye? Mohon pencerahan. Terima kasih puan.

    ReplyDelete
  6. Boleh ajar sy guna pc jenama ni sbb kt mne button release tu sbb yg catat float vàlue dan vent value

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk release tolak je ke tulisan exhaust. masa mula-muka nak masak tolak ke seal. valve tu yang seketul hitam atas penutup tu. Jemput ke FB Group Russell Taylors PC Users (Malaysia).

      Delete
  7. Tq sis ada tulis psl pc ni..sy dh lama mengidam nk beli pc ni hari ni order xsbr nk tggu smpai nk guna pc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa join group fb : FB Group Russell Taylors PC Users (Malaysia).

      Delete
  8. TOLONG sis macamana nak tutup periuk ni...TOLONG ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks.. dah ok ke tu? Jgn lupa join group : FB Group Russell Taylors PC Users (Malaysia).

      Delete
  9. I Ada problem macamana nak tutup pressure cooker ni... sampai dah give up

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. setakat try ni tak menjadi kalau direct inner tapi steam ok.

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)