Wednesday, April 04, 2012

Pemenang cute cable tie, sila bagi alamat plz :)

Pemenang bulan April untuk contest Lim Tayar dah keluar .Pemenangnya Rakesh Joshua Daniel -siap Like sekali entry me :p Terima kasih. Pemenang dapat hampir 1000 likes :) Jauh sangat dengan me setakat semalam, 41 likes . Apapun terima kasih kepada semua penge "LIKE" gambar tayar me seperti entry ini. 






Terima kasih semua !!



Sebagai token of appreciation, terima lah hadiah yang tidak seberapa ini (4 jer kelihatan :p, satu lagi pun bear tu jugak ) :-

Kiraan dari kiri  ke kanan, then turun bawah yer  :)

p.s : 

Maaf terlewat umum sebab semalam baru dapat hadiahnya tu :)

Terima kasih mr random.org yang membuat pemilihan :)


Jeng jeng jeng...

 -


_


_


_




_


_





1) Hisyamudin Fadzil


2) Fadzil Musnin


3) Shamroslee Hassan

4) Astina Abu Bakar


5) Zareena Heeney


Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com.




My Nuha | Aku Bukan Chef

Dulu, nickname mIRC saya cutegal..konon cute lah :p, nickname korang apa?

Lama betul dah me meninggalkan dunia chatting ni. Me start chatting masa form 4 guna mIRC. Kira-kira 14 tahun lalu lah gitu. Channel yang me selalu masuk adalah #terengganu dan #dungun #uitm #uitmdungun. Kadang-kadang terlepas jugak ke #bangsar #kampung #kl banyak lagi la . Gila weh nostalgia :p Server tak silap webserver.Tak pun dalnet. Lupa dah.Memang betul-betul fenomena lah masa tu me rasa.Sampai bil internet melambung lah :p Masa tu kat rumah me pakai dial up tu. Dah la asyik dc ajer.




Paling best bila dapat OP channel la (ada @ kat depan nickname) sebab boleh kick orang yang tak suka gitu.Kekdahnya. Dan boleh buat macam channel ini ana yang punya lah kan.Ramai betul kawan-kawan yang me dapat melalui mIRC ni. Even dengan my hubby pun me chatting jugak lepas dah kenal tu.Nostalgia :)  Rupanya masih ada yang bermIRC yer, korang boleh download kat sini kalau nak try. Tapi bertujuan untuk download anime dan mp3 bukan mengayat awek atau blind date :p

Me dah tak aktif lepas dah ada YM kan. Maklumlah lepas dah ada boyfriend, orang lain dah tak pandang gitu . Baik chatting dengan insan yang tersayang gitu lah kekdahnya.

Apa nickname korang? Channel masa korang selalu lepak?ASL plz ;p


p/s: 

Petang karang, me umum pemenang cute cable tie yer . 5 pemenang yer , bukan 3...Tunggu....


Tuesday, April 03, 2012

Takluk Hati Pasangan, korang dah berjaya ker ?

Semasa di Bengkel Kerja Kecemerlangan InfoTech, fasilitator sepanjang program adalah staf UiTM, iaitu Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat . Banyak pengisian yang diajar. Antara yang terkesan dihati adalah hal-hal yang berkaitan dengan fitrah lelaki dan perempuan lah yang selama ni macam tak berapa kita nak kenali lah. So, bila dah tahu fitrah lelaki dan perempuan, boleh pulak kita aplikasinya dalam organisasi. Senang rupanya boz nak buat anak buah suka kat dia atau membencinya :) Dan begitulah sebaliknya. Pendekatan tu yang penting . 


 Secara ringkasnya perbezaan dia macam ni :-


Dan kualiti profetik (role model kita : Nabi Muhammad S.A.W)  amatlah penting. Even barat pun memuji kehebatan Nabi kita.Pengalaman baru jugak, Qiyammulail atas tar pukul 5 pagi. Prof cakap, kat mana-mana pun boleh solat dan tak semestinya dalam surau atau masjid.



Antara amalan Nabi Muhammad yang sunat tapi baginya adalah wajib :-

1) Bersugi
2) Korban
3)Solat Witir
4) Solat Dhuha 



Group discussion "Pengkropatan InfoTech? . Relevankah? "


71 yang hadir

 Tuan punya blog dengan pose uncle Gedek ;p


Jauh sangat signboardnya. Close up sket. Tu kiri, Cameron Highlands,jom sayang :p
 Masih banyak bangunan klasik disini. Kalau pelihara, bagus ni..

Dan yang paling best,  berpeluang jugak mendapatkan karya terbaru Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat yang bertajuk Takluk Hati Pasangan.Dan yang best dah la dapat harga RM15 sahaja dan siap ada tandatangan penulis lagi :p Me baru jer baca 2 bab. Banyak cerita dalam buku tu. Yang biasa terjadi dalam kehidupan kita suami isteri ni. Kiranya buku ni ditulis dari permasalahan orang cerita kat dia lah dan bagaimana dia nak ajar kita takluk hati pasangan lah kiranya contoh macam ni :-

“Ustaz, saya nak tanya pendapat ustaz, kenapa lelaki ego sangat? Kenapa lelaki tak ada perasaan? Kenapa lelaki panas baran? Kenapa lelaki suka sakitkan hati kita? Kenapa lelaki tak kisahkan masalah kita, anak-anak dan keluarga? Kenapa bla bla bla... Kenapa? Kenapa?” - sumber
p/s: 

Jawapan dia korang boleh baca sendiri :p



 Tengah menandatangani buku Ad


Eliss, Semoga berbahagia. Hujan dan Ribut Biasanya Penghujungnya Nyaman & Pelangi


Antara kandungan yang menarik dalam buku tersebut :

• Elaklah Jadi Derhaka
• Bahagia Itu Milik Kita
• Beramal dan Berdoalah
• Sayang, Hormatlah Sikit
• Abang, Romantiklah Sikit
• Pilihlah Jalan Kebahagiaan
• Air Bah, Pantai Kan Berubah
• Pengaruhi Minda, Takluki Hati
• Hargai Fitrah Hubungan Indah
• Bahagia @ Derita, Kunci di Tangan Kita


 Prof Madya Haji Mohd Nor Mamat

p/s:

Awak nak letak mana gambar ni. Bloglah  ustaz :p (Ad jawab)

Kalau korang nak beli, boleh dapatkan disini secara online.
Tapi kalau korang nak jugak buku Takluk Hati Pasangan edisi bertandatangan penulis, boleh bank in bayaran ke CIMB 12220000077104 RM20.00/ naskhah (termasuk pos), mesejkan alamat penghantaran . Info lengkap : klik sini


Monday, April 02, 2012

Pusat Latihan Kampung Gajah UiTM ala2 Hotel Budget dah..

Selamat Hari Isnin semua :) Mulakan pagi dengan ceria. Hampir semua motivator cakap macam tu kot. Semalam, me baru balik dari Pusat Latihan Kampung Gajah UiTM. Suasana kekampungan menggamit kerinduan pada kampung halaman.Tapi kampung me tak der tinggalan lombong bijih jer la :p



Kitorang gerak sana petang Jumaat. Sampai dalam pukul 7 macam tu (4 jam perjalanan) naik bas. Jom kita tengok  Pusat Latihan Kampung Gajah UiTM tu. Kali terakhir me pergi masa induksi dulu. Kali ni, kitorang ditempatkan dibangunan baru.



Kemudahan baru blok penginapan (twin sharing) untuk 280 orang, Dewan Seminar bagi 100 orang dua unit, Bilik LDK, Makmal Komputer serta Dewan Bankuet bagi 400 orang dan ruang tempat letak kereta yang luas adalah antara lanskap baru di Pusat Latihan


Ni permandangan dari luar. credit here

Jom kita masuk dalam bilik pulak yer :)

Me dapat bilik single dua katil. Me share dengan Ad.

Empuk tilam dan bantalnya tapi aircond mula2 tu tak berapa nak kuat .Lepas tu ok jer :)

Ni model tidak berbayar :p Siap dapat meja study gitu.

Toilet pun selesa dan bersih. Ada pemanas air jugak !


Cubaan ber "Uncle Gedek" ;p

Almari ada 3 pintu.





Kalau datang bawak suami ker  isteri ker, boleh la amik bilik Suite .

Ok, jom tengok tempat mengisi perut selama 6 kali sehari ok :p Tengok jadual laa..hehehe



Bersih dewan makan dia  :)

Makanan ala buffet yang banyak pilihan..

Ni menu hari pertama. Siakap goreng cicah air asam memang sedap :p


Overal boleh bagi rating 4/5 bintang untuk hotel budget :p Tapi kalau ada tambahan TV lagi bagus. Free wifi ada tapi kat dalam bilik seminar ajer. Dalam bilik tak dapat pulak.

p/s:

Kalau korang nak buat kursus ofiz korang kat sini pun boleh tau. Bukan staf UiTM saja. Organisasi luar pun dialu-alukan . Dan bayaran amat berpatutan :p

Untuk permohonan tempahan/ pertanyaan sila berhubung dengan :

Cik Norashilawati bt Ghazali Pegawai Khidmat Pelanggan
Email :norashilawati@salam.uitm.edu.my
Tel : 05-361 6200 / 6333 / 6400 Faks : 05-361 6270
Laman Web : http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan 


Sunday, April 01, 2012

Cute Cable Tie from InShopFashion untuk korang :) , jom LIKE gambar ini

*Dah tamat tempoh yer, pemenang akan diumumkan bila dah dapat barangnya :)

Last week, me ada terbeli barang kat Milkadeal :) Asyik terbeli ajer kan. Bagi yang belum register milkadeal tu, baik korang klik sini laju-laju dan REGISTER PERCUMA tau :) Banyak tawaran yang menarik gila dan buat korang teruja gitu baik makanan, barangan mahupun percutian. Hari tu me beli RM19.90 instead of RM68 for 9 pcs of Cute Cable Tie from InShopFashion.

These handy little cable ties help to keep your cables organised and tidy 









Belum sampai lagi ke tangan me sebab next week baru diorang akan poskan :) So kepada sesiapa yang nak memiliki Cute Cable Tie from InShopFashion ni, sila lah LIKE pada gambar bas untuk contest Lim Tayar tu sebelum 1 April 2012 :) 3 Pemenang akan dipilih secara undian :)




Terima kasih kawan-kawan yang telah  LIKE pada gambar bas untuk contest Lim Tayar tu dan you're counted  :)



p/s:

Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710



Friday, March 30, 2012

Borang-borang yang diperlukan untuk Pembelian Rumah 2nd Hand

Entry ni adalah pertanyaan salah sorang reader pada entry Tips Pembelian Rumah Second Hand Bagi Kakitangan Awam/Pegawai Kerajaan (Rujuk sini). Sebelum me terlupa kan, baik me kongsikan kot-kot mana tahu korang pun nak beli rumah second hand menggunakan pinjaman dari Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia  (loan kerajaan la gitu mudahnya)


Kita tengok dulu prosesnya kat bawah ni bagi faham ok !





Antara borang yang diperlukan dalam proses Terima dan Daftar Permohonan bagi  Pembelian Rumah Second Hand yang bertaraf FREEHOLD dan owner ada hutang dengan bank lagi keatas rumah tu (kes me lah tu ) ianya adalah JENIS I: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP  :-

1)Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan  (Pinjaman  Pertama, Kedua dan Ubahsuai) 

2) Surat Iringan Ketua Jabatan - Yang ni kalau UiTM, dia print ajer bagi kita

3) Borang 1 : Borang Permohonan Laporan Penilaian 

4) Borang 2 : Surat Persetujuan Penyelesaian Hutang

5)  Borang 3A (Assignment) : Surat Akujanji Peguam   - Yang ni just minta dari lawyer, kalau dia biasa buat, dia dah ada format dah.

6) Borang 4 : Surat Penolakan Tuntutan Kepentingan
 
 7) Borang 10 : Akujanji Pemohon Menanggung Rugi (Indemnity) Kerana Membeli Harta Tiada Hakmilik Strata /  Individu Daripada Penjual Kedua - Siapa suruh beli dengan owner yang ada hutang bank, so kena isi borang ni

8)Borang 7 : Persetujuan Menggadai Oleh Penama Bukan Peminjam - Yang ni kalau nama suami isteri nak letak kat geran tanah tu dan dalam SNP

9) Pengesahan Bayaran Wang Beza - Yang ni kot2 korang punya rumah tu nilainya rendah dari harga beli

10)Borang 11 : Akujanji pemohon menanggug rugi kerana tidak mengambil insurans pemilik rumah kediaman dengan panel insurans/takaful Bahagian Pinjaman Perumahan  - Yang ni kalau tak amik insurans dari diorang. Baik isi siap2 borang takaful, kalau malas nak leceh2 tapi borang tu tak der plak kat dalam senarai tu dah :p

 Borang boleh dowload dari sini .

Dokumen lain yang diperlukan :-

1. Wang proses RM1.00 bagi pinjaman pertama bagi setiap RM1,000.00 (tambahan RM1.00 bagi setiap RM500.00 dan ke atas). Sekiranya pinjaman kedua, wang proses RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 (tambahan RM2.00 bagi RM500.00 dan ke atas). 


2. Salinan kad pengenalan awam/tentera/polis yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

3. Slip gaji asal terkini / E-slip yang diakui sah oleh Ketua Jabatan ( 3 bulan terakhir) 

4. Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen sekiranya slip gaji ada potongan KWSP.

5. Salinan Perjanjian Jual Beli (SNP) yang disahkan oleh peguam.

6. Pinjaman bersama suami dan isteri serta Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan. 

7. Pelan Lantai Rumah / Tanah

SNP me yang paling lambat sekali nak dapat sebab ada miss communication antara lawyer me dan lawyer owner tu. Geram sangat masa ni sebab selagi tak dapat SNP selagi tu lah tak leh submit .So memang hari2 me follow up dengan lawyer me. Kalau lawyer penjual lembab sangat me hantar mesej geram2 dekat agen yang jual rumah tu kat me.Dia sampaikan mesej tu kat owner tu.hahaha. Siap menyumpah2 sekali dalam mesej tu dia forward ke owner tu, tadak tapis-tapis dah.


Ok, lepas dah siap2 semua dokumen, bolehlah hantar borang permohonan yang lengkap di bahagian perumahan di tempat korang bekerja untuk semakan, lepas tu boleh lah proceed untuk hantar ke Bahagian Penilaian Negeri dan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya.Boleh hantar serentak.Keputusan penilaian dari Bahagian Penilaian Negeri akan terus di hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya.Kita akan menerima surat yang mengatakan rumah kita telah dinilai dan permohonan diluluskan. Seminggu tak silap dah dapat kelulusannya.

Kalau tak sabar tunggu surat, boleh buat  semakan status permohonan secara online : klik sini

Lepas tu kita akan dapat surat dari Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang mengatakan kita lulus pinjaman. Masa ni kita kena pulangkan surat setuju terima ( sepatutnya dihantar bersama surat dari lawyer). Tapi hari tu Ad cakap, lawyer dia suruh hantar surat setuju terima tu dulu. Tapi my lawyer cakap, hantar sekali dengan part dia pun tak per. So dengarlah cakap peguam masing-masing yer :)

Panjang sangat dah ni nanti tak faham pulak kan. Nanti me sambung lagi bahagian selepas dah dapat surat kelulusan tu pulak yer :) Sket lagi stepnya tapi menunggu tu yang lama.

p/s:

Sekarang ni dah boleh submit permohonan secara online seperti disini tapi me  tak tahu la macam mana prosesnya, samada kena hantar hardcopy atau tak. Kena rujuk terus pegawai di BPP atau baca manual kat sini.


p/s:

Bukan senang nak dapat kunci rumah ni .Bukan senang untuk senang.

p/s:

Hari ni outstation ke Kampung Gajah, tempat me induksi dulu . Petang ni bertolak ! Ahad baru balik.
Sedih tinggalkan anak dan suami.


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



Thursday, March 29, 2012

Boleh beli ke spek mata secara online ?

Pagi ni, Ad jerit kat me, cakap ada parcel kat kaunter ofiz. Bila sampai kat kaunter, ofiz mate me yang jaga kaunter tu cakap, spek mata awak dah sampai ni. Aik ! Bila masa pulak me beli spek mata secara online ni ;p Terus teringat kat Papa Mifz :) Terima kasih yer :) Fridge Magnet yang me menang tu dah dapat. Maka bertambahlah koleksi FM me kat rumah tu. Terus rasa tak sabar  nak balik sebab nak lekatkan kat peti ais.



Bungkusan yang disangkakan spek mata..

 

 Sebenarnya adalah Fridge Magnet :) 

 

Close Up sket, Dari Pulau Tioman gitu. 



Tapi boleh ke beli spek mata secara online yer?

p/s:

Tapi kalau nak beli spek mata secara offline,siap ada diskaun lagi skang ni,GP Sales Up To 60%, 
  boleh la berkunjung ke :

Focus Point Vision Care S/B
Lot F1.29 , Carrefour Bukit Rimau , Lot No. 2 , Jalan Sg. Burung 32/68,
Seksyen 32 , 40460 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia .



psstttt :



Kalau bekas spek mata wanita , boleh dibeli secara online disini :p

Wednesday, March 28, 2012

Earning RM1K++ dengan Nuffnang, Terima Kasih Nuffnang

Alhamdulillah.Setelah beberapa tahun dengan Nuffnang, akhirnya jumlah earning terkumpul sudah mencecah RM1K ++ :) Mungkin berbaloilah dengan blog picisan elissmie.com ni. Teringin jugak nak difeaturekan di Nuffnang tapi sebab tak selalu pergi event Nuffnang, mesti dipandang sebelah mata  :p




RM1002.16 jer pun. Tu pun nak kecoh :p

p/s:

Sekadar rekod catatan peribadi.Nak menunjuk apanya, orang lain satu kali cash out RM1K tu .
Me 9 kali tau .hahahaha


Apapun, I Love My Sponsors :) & Exabytes



Semoga mendapat hits yang baik dari blog elissmie.com




Tuesday, March 27, 2012

Berpindah ke UiTM Johor, Farewell Lunch @ Tirai Ratus, Sekyen 3

Bukan me yang akan berpindah ke UiTM Johor. Ofiz mate kitorang, cik Azida. Single but not available :p So kami meraikannya dengan makan-makan di Tirai Ratus, Seksyen 3 yang pernah me story seperti kat sini.So ni kira episod jalan-jalan cari makan jugak lah yer tapi versi ulang tayang :) Dulu satu pintu kedainya, sekarang tambah lagi satu pintu. Semoga terus maju lah yer :)


 Sebelum ke sana, singgah dulu kat King's Confectionary, Seksyen 7 untuk beli kek.

Macam dari US pulak kan. Tapi from us(kami) jer :p



 

Sempat pulak me amik 6 ketul portugese egg tart kegilaan seisi keluarga ;p 
2 ketul free sebab guna kupon.



Yang diraikan yang tudung purple tu :p Lupa nak snap masa potong kek !
Selamat bertugas di tempat baru dan dapat BOZ baru. Hazami  :)

Beriani Kambing for me , RM12.50

Lemon Ais

For reservation :
Tirai Ratus Sdn Bhd
No 10, Jalan Cendana 3/13B, Seksyen 3 , Shah Alam.
Tel: 03-5512 0000



Korang pernah berpindah tempat kerja ? 

p/s :

Me setakat tukar jabatan jer :p Lepas ni tukar lagi..Yang paling malas nak packing barang ajer :p


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)