Jemput Baca Entri Terkini...

Wednesday, January 04, 2012

Beli kek separuh harga @ King Confectionary

Disebabkan my Nuha dah bertanya pasal kek untuk hari lahir Abah dia kelmarin. So semalam, me menunaikanlah permintaan dia sebab semalam elok ajer duduk kat taska tu :) Tapi yang lucu semalam , masa salam dengan cikgu, cikgu pesan kat dia, esok jangan nanges tau ! Dia dengan konfiden jawab balik, esok tak datang dah.Me dan cikgu tu tergelak sakan dengar dia cakap macam tu. Mungkin dia ingat dia tumpang ajer macam hari tu kot.Hari ni pergi taska, dah tak meraung tapi nampak muka monyok lagi :p



Ok, berbalik pada kisah kek. My hubby ni dia memang tak suka makan kek kecuali kek coklat. So semalam me pilih la satu kek. Masa nak bayar tu, cashier dia tanya tak nak beli kad ahli ker sebabnya kat dalam tu ada voucher kek potongan sebanyak 50%. Apa lagi, terus lah beli kad tu kan. Kiranya untung lah di pihak me sebab kena bayar sebanyak RM35.50 sahaja berbanding harga asal kek itu RM37.00.

Korang suka tak makan kek???


King Confectionary @ Seksyen 7 Shah Alam 

Bangunan bersebelah bangunan Jakel, betul-betul sebelah Sendayu Tinggi dan Avon.

Alamat : 33, Jalan Plumbum R7/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Operating Hour  -08:00 am To 10:00 pm

Outlet lain : klik sini


Inilah kek hari lahir my hubby yang ke 33 :) Fantasy Chocolate.4/5 bintang !


Jom potong kek. My Nuha yang terlebih excited dan dia yang tiup lilin sebelum tu..hehehe

Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 

 Kad Ahli me. Purple, ai loike :)

 Buku voucher yang me dapat semalam.


Harga kek RM 15.50 ( Terus guna voucher Januari RM3 + 50% diskaun )



RM20 untuk kad ahli

Kelebihan menjadi Ahli

    Instant 50% discount on all King's Confectionery non promotional items upon joining of membership
    Enjoy 10% discount on all King's Confectionery products
    Enjoy 50% discount on 1kg cake on your birthday month
    Free RM 40 cash vouchers
    Free RM 40 cake vouchers
    Buns & Pastries vouchers
    Discount vouchers for Pak Hailam Kopitiam up to 35%







12 Makhluk Tuhan Paling Sexy Telah Komen:

Kancilbiru said... [Reply to comment]

wahhh king ni pun dah buat membership..secret recipe tak mau buat ka? ekeke

Encik Anif said... [Reply to comment]

Kedai kek pun ada membership sekarang ni.. :D

Pesanan Kemasyarakatan - Jadual Kempen Derma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan Januari 2012

isabelle said... [Reply to comment]

aku beli groupon je baru ni utk beli kek tu harga murah.kat kings gak...tapi one-off je la.hihi.
errr..eliss, bday aku 26 feb ye. hahaha

Atia Adina said... [Reply to comment]

alamak...tiba2 plak rasa teringin nak makan kek....

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

sedap dop kek king's? kalu sedap, nk g buat kad ahli retep la hehe

Cik Sibuk said... [Reply to comment]

Nasib cashier tu baik hati gitau..
ada stengah cashier ni buat tak reti aje..

eT said... [Reply to comment]

penuh la wallet aku ngan kad ahli sana sini nnti...hehe

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

bagus la diorang buat membership nie... teknik nak tarik loyal customer dan untung for long term...

mommyYen said... [Reply to comment]

wah..bes kan dpt diskaun.berbaloi sbb kek pun nampak sedap..

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said... [Reply to comment]

TQ untuk info, kita dari ari tu nak jadi ahli, tapi tak terjadi2 lagik, sebab hubby suka roti kat King ni

KiD said... [Reply to comment]

ader dah lama kan king's buat membership nih.. boleh beli kek dengan harga bajet.. hehehee

CikPuanHaLia said... [Reply to comment]

Hehehehe...sebijik cam kek yg haris belikan masa besday aku ari tu.. :)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2010 Disclaimer

Follow Me on Twitter