Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Puasa di Concorde Hotel Shah Alam RM85 ++

My hubby dapat jemputan berbuka di Concorde Shah Alam, sabtu lepas. Dapat 4 invitation, so bawa sekali Long and Kak Long. Kitorang sampai awal dalam 6.40 petang macam tu tapi dah boleh masuk duduk la sambil tengok-tengok juadah yang ada.Rasa semua nak makan.Ni kiranya first time untuk bulan Ramadhan kami berbuka puasa kat luar. Petang ni kat SACC Convention Centre pulak :) Alhamdulillah, rezeki gitu.



Concorde Hotel Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel:  +603 5512 2200   Fax: +603 5512 2233
 RM85++ per person, Melting Pot Cafe
(Enjoy 25% discount on first 4 days and last 3 days of Ramadan & 50% discount for child aged below 12)
 RM70++ per person, Xin Cuisine & Ballroom
(Enjoy 50% discount for child aged below 12 & available from 2nd week of Ramadan)
 RM75++ per person, Private Dining
(Subject to minimum booking of 150 pax)



Wajah empunya belog pembuka bicara

Long and Kak Long. Baru perasan yang gambar hubby tak snap pun :p


Budak yang berbuka awal dengan Red Velvet Cake satu slice :)


Jom tengok kronologi kambing panggang :p


Chef malu-malu nampak aku nak amik gambar terus pergi tepi ;p


Tengok, dah susut dah...Diorang tungkus lumus potong tu. Tajam betul pisaunya :p



Licin beb !! :p Rupanya, diorang keluarkan balik lagi seekor :p


Sup gear box pun ada !


Juadah kami :)

Banyak betul makanannya antaranya Nasi Arab, Ayam Panggang Madu, Gulai Kawah , Sup Gearbox, Ayam Golek, Ikan bakar,yong taufu, Rendang, Nasi Himpit dan sate .
Kuih pun banyak kuih talam, karipap, sagu gula melaka, kuih lopes,kuih lompang ,  beraneka jenis kek dan yang aku terliur Red Velvet Cake tapi bila dah rasa biasa ajer :p Larat dengan tak larat ajer korang nak makan :p


Aku makan nasi minyak + seafood (alahai kolestrol) + sate + daging kambing + shitake mushroom with asparagus . Amik jugak ikan pari bakar sekali makan liat lah pulak :p


Ni pinggan hubby. Nasi Arab, Dowry Fish dan Kambing Panggang ajer. Kuih talam 3 ketul :p
Alahai sketnya makan sebab rancak berbual dengan ofiz mate dia ;p
Tengah2 malam,suh masakkan meggi ;p Hahahaha

Long cakap dia tak nak makan nasi, dia bantai semua seafood :p



Me and nuha pun nak berphoto gdiks :)


Perut dah kenyang, jom kita pulang ! hehehe

p/s:

Surau ada disediakan di tingkat 3. Makan-makan jugak , solat jangan lupa :p

p/s:

Maaf lah pagi-pagi dah tayang gambar makanan :p Cabaran puasa katakan..hehehehee

Monday, August 15, 2011

Kadar Setem Kad Raya 50 sen sahaja dan contoh poskad kad raya pos malaysia

Alhamdulillah, dah pos kad raya . Harap sampai la ke tangan empunya badan dengan segera. Sesiapa yang nak kad raya, email me @ elissmie[at] gmail[dot]com yer alamatnya :) Kalo nak hantar kad pun , email jugak boleh me terus reply :) Kesian pulak kan, dengar korang dah tak dapat kad raya.


 Kadar rata untuk semua saiz kad raya, cuma 50¢


 Beli RM5 dapat 8 keping poskad raya siap setem 30¢ ...



 Ni salah satu contohnya...Boleh dapatkan di pos malaysia berdekatan :) 

Ok la, nak tayang brooch ala retro untuk my Nuha ...Cantik takkk?? (baca ala eric leong :p)  Aku baru siapkan dua. Ingat nak buat untuk anak-anak buah kat kampung sekali . Insya Allah...



p/s: 


Biasa setiap tahun Datuk VC UiTM bagi kad raya..Tahun ni , bila nak dapat eh ?

p/s:

Sabtu lepas berbuka kat Hotel Concorde orang belanja. Gambar tak dapat lagi so update later la pasal tu :p

Friday, August 12, 2011

Ramai lagi ker macam saya, hantar kad raya guna pos??

Me every year mesti bagi kad raya especially buat my parents dan parents in law .Disamping tu kepilkan sekali gambar my Nuha yang terbaru macamkan cucu ni tak balik beraya kat kampung :p Bagilah me berangan duk oversea.hehehehe :p




Kalo korang nak hantar pada me kat raya , email la me elissmie [at] gmail [dot] com untuk dapatkan alamat. Insya Allah, me balas . Kalo tak sempat tahun ni,  tahun depan :) Lepas tu me featurekan kat belog ni dan ada backlink ke belog korang ok ?


Backlinks are incoming links to a website or web page .The number of backlinks is one indication of the popularity or importance of that website or page (for example, this is used by Google to determine the PageRank of a webpage).source : here

p/s:

Tak sabar pulak nak menunggu kad raya dari korang. Kalo korang sudilah :)

p/s:

Eh, pos malaysia keluarkan poskad raya tau, RM5 untuk 8 keping poskad siap dengan setem 30 ¢


Thursday, August 11, 2011

BE Nuffnang tertinggi tahun 2011 dan ChurpChurp berwajah baru

Sibuk nak tayang jugak sebab me rasa ini satu pencapaian buat belog picisan me ni :) Alhamdulillah, rezeki iklan pun bertambah-tambah. Kalo nak tengok tawaran menarik , klik la iklan-iklan berbayar di belog me under label Advertise Here ? Iklan Disini?......... RM 3 / Month Only ! Ada 20 advertiser tengah running setakat hari ni. Berminat nak beriklan , klik sini laju-laju :)



Ni hah, seketul ajer pun BE nya dah cecah RM70++ .
Alhamdulillah :) Lepas ni boleh buat giveaway .Insya Allah.

Terima Kasih Nuffnang dan  Terima Kasih Samsung Galaxy S II Launch



Hidupkan untuk memberi bak belog DenaiHati




Churpchurp sudah berwajah baru ... Korang dah daftar ker ? Klik sini laju-laju

RM10K korang nak buat apa ? Klik sini laju-laju..



Wednesday, August 10, 2011

Menu Berbuka Kitar Semula ??

Hari ni main-main masak di elissmie nak berkongsi Menu Berbuka Kitar Semula. Korang pernah guna leftovers korang menjadi sesuatu yang menarik untuk dimakan semula pada keesokan harinya ?

Leftovers are the uneaten edible remains of a meal after the meal is over, and everyone has finished eating.

Hari sebelumnya, my hubby belikan ayam panggang di Pasar Ramadhan. Beli half portion ajer, suku dia dah makan untuk dia dan suku lagi untuk me. Disebabkan me tak terkejut sahur, so tak sempatlah makan.Me decided untuk buatkan kuah percik dan siram atas ayam tu. Bijak tak ? Resepi kuah percik disini.



Maka terhasillah, Ayam Percik ! Nampak lazat kan ?

So, korang cubalah bereksperimentasi sendiri dengan leftovers yang ada di dalam peti ais korang. Kalau lebihan sardin atau ikan, korang boleh buat sambal atau pun masukkan di dalam tepung gandum untuk dibuat jemput-jemput.

Korang ada Menu Berbuka Kitar Semula ?? Share lah kat sini ...



p/s:

Kelas ko Maria dah ada buku sendiri :) RM5 sahaja. Korang boleh dapatkannya disini.


p/s:

Bila baca kat internet,level hCG (pregnancy hormone)adalah berbeza. 
Untuk lebih tepat me kena buat test lepas missed tarikh period. 
Oh lambat lagi lah baru kena check balik. 15hb nanti !
Masih mengharap :p Doa-doakan yer :)


Tuesday, August 09, 2011

Bonus Raya 2011 untuk kakitangan awam , gembiralah orang gomen :)

Korang dah dengar ke berita semalam? Akhirnya, setelah warga Felda dapat Bonus,(ayah dan ayah mertuaku ) kini giliran kami pulak merasa bonus raya. Kiranya ni yang paling tinggi la bonusnya sejak aku menjadi penjawat awam bermula tahun 2007 dulu.Sabar jer la.

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.sumber : sini

Kalo sebut ramadhan ni, mesti semua orang berfikir tentang DUIT. Yer la, mana nak beli baju raya, kasut raya, kelengkapan raya malah belanja sehari-hari rasanya lebih banyak pada bulan Ramadhan walhal kita berpuasa pada siang hari.Sinonim sungguh DUIT dan RAMADHAN kan ?? Mari kita berfikir sejenak...



Bulan RAMADHAN ni siapa yang paling banyak dapat DUIT korang rasa ?
Sudah tentunya Tukang jahit...
Tak sempat masuk Ramadhan lagi, tempahan baju kurung atau baju melayu sudah tak boleh ditempah. Untunglah bagi yang pandai jahit baju kan sebab tak perlu keluar banyak belanja baju raya. Baju kurung siap pun dah ada, boleh main tunjuk-tunjuk jugak, sediakan duit sahaja.Kalo malas nak bersesak ditempat awam, boleh shopping di hujung jari contohnya di Adorable Muslimah


pic credit to : here

Bulan RAMADHAN ni siapa yang paling banyak dapat DUIT korang rasa ?
Sudah tentunya Peniaga Pasar Ramadhan ..Ada jugak sesetengah orang siap amik cuti sebulan dari majikan sebab nak meniaga punya pasal di bulan penuh barakah ni.
Korang cuba la meniaga apa pun , sure laku punya. Sampaikan Ikan Perkasam yang dah siap goreng pun ada dijual korang tahu kat Pasar Ramadhan Seksyen 18 tu .Punyalah nak mudah ajer sampai lupa pahala yang banyak bagi yang orang yang menyediakan juadah berbuka tu kan.


pic : credit to :here

Bulan RAMADHAN ni siapa yang paling banyak dapat DUIT korang rasa ?
Sudah tentunya tauke biskut raya dan tauke kek lapis :)
Tester kuih sebelum Ramadhan lagi dah berkoyan koyan masuk dalam perut ni. Yang ni malas dengan rajin ajer sebenarnya.

Buat duit, buat duit jugak. Apa lagi yang sinonim dengan DUIT pada bulan RAMADHAN ni ? Yer, Zakat Fitrah. Sudahkah korang bayar zakat fitrah yang menjadi tuntutan di bulan Ramadhan yang mulia ni ?


Alhamdulillah, my hubby dah berzakat untuk kami sekeluarga...




Kalo malas-malas, boleh bayar melalui SMS ajer , boleh rujuk sini ..
atau pun di kaunter zakat yang disediakan, boleh rujuk sini

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
7.00 / 5.00
6.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
6.20
Sabah
7.70
Wilayah Persekutuan
7.00


Tiada alasan lagi kan untuk tidak membayar zakat kan?

Pesan Abah pada aku - Walaupun kita tak pernah makan beras mahal, bila bayar fitrah tu, bayarlah dengan beras yang paling mahal.Tapi di Selangor , kadar rata bah, tak macam Terengganu, ada 3 kadar yang tak rata :p

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Monday, August 08, 2011

Misi Pencarian kasut raya 2011 gagal ??

Semalam pukul 3 macam tu keluar konon-konon nak beli kasut raya. Sekali, my Nuha pulak tidur. Tak larat nak berdukung eh.Terus pergi pasar Ramadhan carik juadah berbuka. My hubby jer pun pergi sementara me temankan my Nuha dalam keta. Spoil mood nak shopping kan kalo anak tidur.

So, misi pencarian kasut raya diteruskan pada malam hari pulak di PKNS.My hubby dah ada baju melayu hitam. Yeay !! Ni tak sabar nak bergambar raya sedondon ni.Amik gambar pre-raya boleh ker? hehehe.

Carikan selipar Bata untuk My Nuha.Dia sibuk tanya selipar dia mana lepas tu.Dia ingat dah boleh pakai kot. My hubby cakap selipar tu kena pakai masa balik kampung nanti.Harap dia bersabar la dan tunggu raya.

Me pun try jugak pilihan kasut yang ada kat Bata since kedai lain dah tutup kecuali tempat jual baju raya tu ajer.Banyak jugak yang menarik tapi bila try tak best pulak dipakai.Me berfikir-fikir nak amik yang flat atau tapak tinggi tapi rata. Hari ni nak kena check pregnancy..hahaha :p Mana tahu rezeki Ramadhan kan ?


Mana satu pilihan kasut raya 2011 korang ?

 kasut flat 

ATAU


credit to : here and here
 
kasut tumit tinggi untuk hari raya ?




Ni pun rezeki Ramadhan, Terima Kasih Mama Zharfan atau Suzi
Barangan dari UK gitu :) Welcome to FM Family FM London :)
p.s :

Baju dari Suzi pun adalah sesuai untuk Cabaran Untuk Kurus tu.Amin....

Friday, August 05, 2011

Tak best sungguh ada seminar dibulan puasa khannn...

Sebabnya tak dapat makan pagi dan tengah hari. Dasar pemakan btol laa akak nih sorang ;p Mati mak kena keji.Hehehe.

Baru balik Mini Seminar ofiz aku. Lega semua dah selesai dan berjalan dengan jayanya. Walaupun kelam kabut sket semalam nak menyiapkan persiapan terakhir.Layan gambar la, cakap banyak pun tak guna kan.



Agak-agak korang, kat mana mini seminar kitorang dijalankan ?
Yer , tepat ! Masjid..hehehehe

 Semua kena register dulu, baru dapat goodie bag :)

 Yang paling mahal, ada kurma laa dalam tu .Ganti minum pagi dan lunch !


Satu pun aku tak dengar ceramah kat situ...
Duk melepak ajer luar dewan kot-kot ada yang datang nak register lagi :p


 Last-last terpaksa jugak masuk, duk bersila  
belakang dewan sebab nak kutip questionnaire dari peserta.


p/s:

Ni juadah sahur pagi tadi. Kalo omputeh tengok pun menangis, makan spaggeti tabur cheese dengan ikan keli goreng dan udang masak sambal petai.hehehehehe :p

Korang pernah hadiri seminar masa puasa ??? 


Thursday, August 04, 2011

Kalau time buka puasa, mesti nak makan manis-manis dulu kan ...

Setuju tak saya cakap, Kalau time buka puasa, mesti nak makan manis-manis dulu kan ...Ini bertujuan untuk meningkatkan kadar glukosa dalam darah .Tu pasal disunatkan makan kurma sebab kurma mempunyai kandungan gula yang mudah diserap dan memberi tenaga yang cepat semasa berbuka :) Lagi cepat kenyang, lagi kurang nak makan :p Berangan...hehehe. Makin laju makan..hehehehe



p/s:

Tq Nina sebab bagi kurma sekotak kat saya and the gang :) Rezeki ramadhan gitu kekdahnya.Sekali hubby pun buat balik jugak sekotak kurma. Dah ada banyak pulak :) Time tak ade, sebiji pun tak de :p

p/s: 

Tq Ad untuk kuih badak berendam ni :)

Minggu ni , saya sediakan dadih sebagai pemanis untuk berbuka . My hubby dia tak layan dadih, so dia beli sendiri kat pasar ramadhan pemanis mulut bicara dia seperti Agar-agar dan bubur :p Ingat next week nak buat agar-agar santan pulak.Tak pun puding buih.



p/s: 
3 langkah mudah ajer nak buat dadih . Bagi yang tak reti rumi, boleh baca yang tulisan jawi....hehehehe
Bukankah masak sendiri juadah berbuka lebih murah dan menjimatkan ? Ayat ala-ala segmen icip icip gitu :p



Korang suka makan apa manis-manis semasa berbuka?


p/s:


 Ingat tak nak up juadah dalam belog, tapi macam mustahil ajer.So, up sipi-sipi jer laa gambar makanan,  jangan ada yang sentap  :p

My Nuha | My Hubby | Watermark For Free | Header For Free

Wednesday, August 03, 2011

Datin, puasa-puasa ni bertaubatlah...

Ada pulak cari anak ikan dalam blog saya yang suci murni ni :p Semoga datin mendapat keinsafan di dalam bulan yang mulia ni yer :) Ker ada anak ikan sedang membaca belog saya ni ? Scary dowh..hehehehe :p




Kalo cari resepi ikan untuk berbuka puasa tu tak per..Contohnya , resepi ikan bakar saya seperti disini :) Daripada beli kat kedai yang belum tentu jaminan sedapnya tu kan :)

Hari ni nak berkongsi resepi, eh eh.. tak mo, tak mo :p Puasa..takut tak tahan dugaan :p Ni nak berkongsi entry dari  Suzie iatu entry dia semalam ,  Sedikit serik dgn makanan kat bazar Ramadhan | ayam percik mentah. 

Korang pernah rasa tidak puas hati dengan peniaga di Pasar Ramadhan ? Saya rasa sesetengah peniaga yang jual kat pasar ramadhan tu masak sekadar melepaskan batuk ditangga dan sekadar mencuba-cuba merebut peluang berniaga dan meraih keuntungan semata-mata.Aku memang banyak yang tak puas dari puas lah selalunya.Plzzz laa...Kepada peniaga pasar ramadhan, kalo tak tahu masak, duduk rumah sahajalah...Jangan tambah dosa :p


Nabi s.a.w., sabdanya: “Barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa -yang diberi makan tadi-.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi credit: here

Tu pasal tahun ni berazam nak masak sendiri sahaja.Lagipun kalo beli, ada ajer yang tidak kena pada selera tekak. Tapi semalam dapat excuse la sebab tadak stok lauk mentah dalam peti . Berbuka dengan nasi tomato, gerai yang memang selalu aku beli dan sedap.Takut nak try gerai lain. Semalam frust sungguh tak ada pulak pucuk midin (paku pakis merah orang sini cakap ) untuk buat bubur lambuk..Selalu time tak nak tu ada jerrr...Resepi bubur lambuk Terengganu kat sini.

P/s:

Dugaan bawak anak pergi terawikh : Dia buang air besar pulak sebelum terawikh tu.Terpaksa laa balik rumah dan  solat terawikh kat rumah ajer.. haih!! hehehe.


Tuesday, August 02, 2011

Baju kurung sedondon ibu dan anak, mana nak cari ?

Ini betul-betul sedondon. Bukan warna ajer sedondon. Akhirnya tercapai jugak hasrat saya nak berpakaian sedondon dengan my lovely dotter, my Nuha la siapa lagi. Tema tahun ini adalah hitam. So, pencarian dimulakan dengan mencari baju kurung.

Saya shopping kat Plaza Alam Sentral tahun ni.Tahun lepas kat Plaza Massalam.Di Plaza Alam Sentral, skang ni ada banyak gerai yang dibuka kat ruang legar seperti tahun-tahun sebelumnya untuk jual baju-baju raya.Boleh rambang mata mak  *pengsan.


Mula-mula, saya belek baju kurung yang berharga RM80 sepasang. Mak aih..Tak sesuai nak beli sebab My Nuha pakai baju kurung sekejap ajer kan. Sekali ternampak baju dengan bunga-bunga kecil kain cotton dambaan hati mak ni :) Konon nak effect kurus tu :p dan berharga cuma RM39. Boleh laa ni. Terus model cilik tu menggayakan baju yang saya sarungkan kebadannya. Ok, sesuai. Sekali adik tu cakap, kalo kakak nak baju kurung sama kain dengan anak pun ada. Terus saya belek-belek dan sarung kebadan saya pula. RM80 lepas diskaun.Terus jadi lah..Malas nak fikir panjang.Settle bab pencarian baju kurung . Pulang dengan gembira.


So, kalo korang nak Baju kurung sedondon ibu dan anak, terjahilah Plaza Alam Sentral sekarang ! Korang cari la sampai jumpa, dia depan kedai kasut Al-Ikhsan tak silap aku. Depan tu ada kedai jual jam dan kasut .Minggu ni, pencarian kasut raya pulak ;p dan baju melayu hubby :)



Teaser, baju kurung raya kami :)


Korang tema apa baju raya tahun ni ? 

p/s:

Aku parking kereta di Plaza Perangsang (lengang gila weh) sebab takut kena saman macam hari tu .Dah la parking dalam PAS tu penuh .Ramai btol manusia Ahad lepas.Mungkin orang mengambil kesempatan weekend terakhir sebelum puasa kot.






p/s:

Selamat Hari Lahir Puteri Kesayangan Ummi dan Abah, Nur Nuha Humayra yang ke 3..Semoga menjadi anak yang solehah . Petang nanti Ummi belikan birthday to you (kek laa tu :p) untuk Nuha yer :) 4.42 petang 3 tahun lalu, saat kau melakar memori indah ke dalam kehidupan kami :)



p/s:

Selamat Hari Ulangtahun chenta kita yang ke 8 sayang..Semoga rasa kasih dan chenta kita mekar mewangi hingga ke syurga....Hanya dirimu yang kudambakan diseluruh hidupku....


Monday, August 01, 2011

Pengalaman kali pertama bawa anak pergi terawikh

Assalamualaikum semua ! Selamat Berpuasa ! Eh, macam ada bau kopi lah dalam ofiz. Ada orang tak puasa ker? hehehehe. Imaginasi ajer :)



Pengalaman Kali Pertama bawa anak pergi terawikh bagi saya cukup mengujakan sebabnya sudah lama tak merasai kenikmatan Ramadhan sejak kahwin ni. Maklumlah, tahun pertama kahwin, sudah ada anak kecil.Alasan sungguh kan ? :p


Tahun ni, my Nuha pun dah cukup besar rasanya untuk turut sama solat terawikh.Mula-mula saya rasa macam tak konfiden jugak nak bawa dia sama-sama terawikh tapi Alhamdulillah,dengan sedikit keyakinan, semuanya berjalan lancar.Terkejut jugak sebab my Nuha berjaya habiskan solat Isyak berjemaah dan 8 rakaat terawikh pada malam pertama . Saya ingatkan dia nak duduk ajer kat tepi dinding, tapi dia cakap nak ikut serta saya bersolat dan paling mengagumkan dia tidak sedikitpun mengganggu saya.Tapi ada budak lelaki sebaya dia kat situ duk usik-usik dia. Kacau anak dara saya yer :) Haishhh..

Balik rumah, saja saya  tanya dia, nak pergi lagi tak solat kat surau, katanya nak. Alhamdulillah :) Rupanya, dah besar anak dara saya yang seorang ini :)

Tertarik saya untuk berkongsi artikel yang cukup hebat dari Mommy Lyna .Solat Tarawih di Masjid Mendidik Anak Mendekati Agamanya.

Jom laa sama-sama kita mengimarahkan Ramadhan kali ini...teringat lak kat lagu mambai ngan Raihan tu.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Korang pernah bawa anak korang bersolat terawikh ? Ceritakanlah pengalaman korang pulak .


Friday, July 29, 2011

Rezeki berganda , dah terima cek Nuffnang dan ChurpChurp Serentak :)

Alhamdulillah.Akhirnya cek yang ditunggu sudah tiba semalam iaitu Cek Nuffnang yang ke-enam dan Cek ChurpChurp Kali Pertama :) Pagi-pagi ni dah deposit dah check tu. Bleh la buat beli baju raya kan :) Walaupun tak banyak mana tapi rezeki tetap rezeki kan :) Selamat menyambut Ramadhan buat semua !!




Korang dah register ker ChurpChurp ? Klik sini laju-laju untuk pendapatan tambahan duit RAYA :) Daftar percuma sahaja !! Apa tunggu lagi.Bertindaklah sekarang...

p/s:


Tak sabar pulak nak pekena Aiskrim yougurt kat Tutti Frutti ni..Tutti Frutti Frozen Yogurt Now Open @ Shah Alam, siapa mahu belanja ??





Dapatkan Gaun Muslimah Kanak-kanak - > KLIK DISINI

Review Diaper Cakes by ShilaShower Elissmie masuk Milkadeal

Senyum sampai telinga sebab review me digunapakai oleh Milkadeal. Kalo nak tahu tentang tawaran tu, korang boleh klik sini laju-laju.



p/s:

Review Niza pun sama digunakan :) Sebenarnya, pihak Milkadeal dah email bagitau nak guna review aku tu hari tu. Bagus jugak sebab dapat backlink kan :) Achik gembira noksss :p


Apa yang korang boleh dapat ?  
  1. Diapers (Huggies)
  2. Receiving blankets
  3. Rompers (Carter's)
  4. Bib (Carter's / Mothercare / Debenhams)
  5. Wash cloth (Carter's)
  6. Socks
  7. Shoes (Carter's / Mothercare / Next / Adam's Kids)
  8. Baby book 
  9. Plush toy (Lamaze)
  10. Baby rattle (Bright Starts)
 
-  Hanya 10 tawaran ajer dibuka. 


Klik sini laju-laju untuk merasai keunikan Kek yang tak boleh dimakan, Diaper Cakes by ShilaShower ini :)



inside4 inside3 insideshoes inside1 inside



p/s:

Mahukah blog korang samada bisnes atau peribadi direview oleh Elissmie ? Serendah RM20 satu entry atau beriklanlah di Elissmie sekurang-kurangnya 6 bulan untuk review  PERCUMA !!! Cepat !!! Email me elissmie [at] gmail [dot] com

T & C Apply , Klik sini


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)