Wednesday, May 04, 2011

Jom Sauna Dirumah, Dapatkannya di Adianiez Shoppe | Advertiser @ Elissmie

Semua dah selamat lunch ker ? Bagi yang belum, selamat menjamu selera yer. Bertemu kembali dalam segmen tajaan penaja di elissmie :p Kali ni kita menjamu mata pulak di Adianiez Shoppe . Klik sini laju-laju untuk jatuh cinta sekali lagi  :) http://nezda.blogspot.com



Di  Adianiez Shoppe, produk utama adalag Set Sauna. Syok jugak yer bila dapat bersauna dirumah untuk memanjakan diri.

FAKTA
  • Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori.
  • Aerobik selama 30 minit membakar 400 kalori.
  • Jogging 30 minit membakar 300 kalori.
  • Berbasikal 30 minit membakar 250-500 kalori.



BERSAUNA selama HANYA 20 minit mampu membakar 400-600 kalori !!!


Best, kan ?


 Photobucket

 Dulu RM460 + RM20 (kurier)...
Sekarang... RM440 saje  termasuk caj kurier! 

 Kelebihan bersauna ?
  1. Membersihkan kulit untuk kelihatan segar, halus dan licin.
  2. Dapat mengurangkan sedikit demi sedikit sinus / resdung atau jerawat!
  3. Sememangnya dapat menyingkirkan toksin badan berlebihan melalui perpeluhan.
  4. Selepas bersalin, memang la boleh sihatkan badan. Ala-ala bertangas la ni. Berat badan pun cepat turun. Luka-luka dalaman pun cepat elok.
  5. Paling best, turunkan berat badan secara teratur. Tak perlu paksa-paksa telan pil atau teh pahit!
  6. Sekurang-kurangnya dpt la menggantikan aktiviti jogging atau bersenam.
Kelebihan memiliki set sauna di rumah ?
  1. Jimat duit nak ke spa. Sekali beli untuk selama yang mungkin.
  2. Bersauna ikut masa sendiri.
  3. Semestinya privasi !
  4. Beli satu, semua orang boleh guna.

Terdapat informasi lain yang berguna yang turut dikongsi di Adianiez Shoppe tentang set sauna ini..

Bagi yang nak bertukar blog badge ,boleh copy coding kat bawah ni yer :)





Photobucket









Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah http://nezda.blogspot.com sekarang ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...

p/s :

Tempoh pengiklanannya adalah selama 6 bulan di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni :)


p/s :


Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sidebar yer :)

Pekena Gulai Itik @ Restoren Anis Puteri Pantai Dalam

Sejak dua menjak ni asyik makan itik ajer. Kali ni, nak tayang makan Gulai Itik pulak kat Restoren Anis Puteri Pantai Dalam. Restoren kegilaan Ngah aku :p Kalo datang KL, for sure akan datang sini makan tengah hari, mentang-mentang ada bau bacang dengan istri dia :p

Yang bestnya restoren ini adalah restoren selera Melayu Kelantan gitu.Sesuai lah dengan anak tekak kami ni :) Antara yang menarik, ikan percik, Gulai Kawah, Gulai Itik, pelbagai jenis kerabu dan macam -macam ada lah..Terbaik kata kau ! Kalo lewat pergi alamatnya makan kuah lerrrr :p

Dekat ajer dengan Komuter Pantai Dalam.3° 5′ 42″ N, 101° 40′ 11″ E
No. 4, Jalan Pantai Dalam, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Tel: (+60) 19-282-6908

Jom laa layan kami jamu mata :) Lunch hari tu ditaja oleh my hubby. Maklumlah dah dapat bonus dan increement gaji...Jelez mak :p



Ni my hubby punya...Gulai Itik..


 

Ni aku punya...pun Gulai Itik..hehehehe



Gulai Kawah




Ulam-ulaman wajib ada. Dan budu ! Pergi mana pun cari budu. Kalo ada lah kan. Kalo takder, tak kan bawak sendiri kot :p

My fav ulam that day- nangka rebus cicah budu :p  

Menu yang orang lain punya tak sempat nak snap. Masing-masing dah tak sabar nak menjamu selera katakan...


Long dan My hubby..Masa ni kak long dan sepupu dia tengah amik makanan :)


My nuha tengah mintak kepala ikan dengan Abah dia.
Menjerit mintak kepala sebab nak korek mata ikan :p


Deko dia pulak konsep ala-ala kampung gitu...

 Yang pakai cap merah tu owner dia :p  

Semua sekali 5 orang makan lebih kurang RM60 siap dapat percuma tapai sebungkus :)


Korang suka makan Gulai Itik tak??

Tuesday, May 03, 2011

Baucer RM3-RM8 sempena Hari Ibu & Hari Pekerja di ClothDNZ | Advertiser@ Elissmie


Petang-petang macam ni, mata semua mengantuk kan ? Jom kita layan produk-produk yang berkualiti dan menarik dari ClothDNZ, Muslimah & Natural Parenting Boutique.

CDNZ merupakan 100% Online Boutique & berhasrat menampilkan "cloth-based products" yang bercirikan Muslimah & Keibubapaan Alami khususnya Breastfeeding, Cloth Diapering & Babywearing.

Klik sini laju-laju untuk menjamu mata yer :) http://clothdnz.blogspot.com

Antara produk yang aku berkenan sangat dan gatal nak amik ajer :p tapi terpaksa kuatkan iman dulu buat sementara waktu selagi tak settle lagi rumah aku tu tak boleh nak mengandung lagi..hehehe

 
RM89.90
 
Material : Cotton rayon yang strechable ( 1 cm - 4 cm )
Ciri-ciri : Padanan renda cotton dan kedut di setiap lapisan

Dress Hamil / Menyusu - Sungguh praktikal dress ni, lepas dah bersalin still boleh pakai lagi untuk menyusu. Kiranya 2 in 1 lah kan ? Menarik kan ? Klik sini laju-laju tau...Tempahlah sekarang !!


All In One Snap Button CD (Package of 5) - RM235 RM220 
 Bagi yang tercari-cari Cloth Diaper tu, boleh klik sini laju-laju :)

Panduan pun disertakan sekali :)

  • Kenali Lampin Kain Moden @ CD

  • Kenapa Perlu Pilih CD

  • Cara Pemakaian CD

  • Cara Pembasuhan CD

  • Stripwash

  • Produk di FB pun ada tau :-







    Bagi yang nak bertukar blog badge ,boleh copy coding kat bawah ni yer :)










    Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah http://clothdnz.blogspot.com sekarang ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...

    p/s :

    Tempoh pengiklanannya adalah selama setahun di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog aku ni :)


    p/s :


    Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
    RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sidebar yer :)

    Nak Tayang Hasil Keras Tangan aku boleh tak??

    Hari ni lambat sket bersiaran sebab nak settlekan sistem yang dalam pembangunan tu. Hari tu demo banyak pulak penambahbaikan. Esok pulak nak kena demo balik.Aduhai.

    Hari minggu,pergi KL umah abang Long aku ajer dan lepak-lepak JJCM. My hubby siap kuar dengan Long aku pegi tengok wayang malam buta.




    Tengok pulak The fast and The furious 5.Ok tak jelez..


    pic credit to :here

    Kalo Nur Kasih The Movie, aku jelez..hehehehe. Tak sabar nak tengok :p Dah tengok trailer kat tv semalam :p 19 Mei 2011 katanya...Siapa nak ikut angkat keyboard tinggi -tinggi ???


    Eh, tersimpang tajuk pulak.Ok, nak tayang hasil keras tangan aku ni. Aku dah jahit satu sepit rambut felt dan dah lekat nama pada baju my Nuha (2 kali jahit tau sebab auditor dah memperlekehkan hasil kerja aku, katanya teruk gila ).Tak membina langsung kritikan tersebut :p Nyaris aku nak koyak ajer felt tu :p Tapi sebab dah beli mahal-mahal, aku buka dan jahit balik, auditor kata OK .Amik hati kot :p lalalalala. T-shirt putih beli kat The Store Shah Alam, RM 7 (ada sales:P)

    Tadaaa...Silalah memberi kritikan membina yer..hahahaha.



    My Nuha sedang menggayakan sepit rambut yang dibuat dengan kasih sayang oleh Umminya :p


    Masa ni model tengah tidur :p Maklumlah pukul 12 baru siap sepit seketul :p

    Pandangan belakang



    N aku jahit pada baju putih,dah siap jahit tapi lupa nak amik gambar hasil akhir.
     Lain kali aku tunjuk ehh..


    p/s:

    Aku ni tak pernah amik kursus menjahit. Masa sekolah dulu, Kemahiran Hidup amik Pilihan Elektrik & Elektronik ok !! So what do you expect :p


    Ada sesiapa nak amik tempahan?? lalalalalalariksss...


    Friday, April 29, 2011

    Bekas telur cantik-cantik dan murah, nak dapatkannya dimana ?

    Bukan aku nak memperbaharui perkahwinan yer :p Ini nak cari untuk satu-satunya adinda yang belum menamatkan zaman bujang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 4 Jun  nanti.  Semua mintak orang sponsor :p Syokk  laa ko dik... Aku pun sudi jugak kiranya sponsor bekas telur tu pun sebab ma aku request..hahahaha



    Sorry, single but not available..
    Gambar aku cilok dari fb dia. Weh, ko bila nak approve hakak as friend ni hah?

    pic credit to : here
    P
    Pilihan aku yang macam seramik-seramik macam ni.

    Aku ada tanya ofiz mate aku, dia cakap sebelah De Palma Hotel Shah Alam ada tempat jual barang-barang perkahwinan murah-murah dengan kata lain dengan harga borong laa kiranya. So, esok ingat nak pegi sana serbu. Ahad nak ke KL, sebab kat Chow Kit kakak aku cakap pun ada. So marilah kita survey banyak-banyak tempat. Sekarang masa untuk berjimat yer... :p (Ker kedekut ?  :p )

    Nak pergi Nilai 3 memang malas lah. Kalo boleh nak cari area KL atau Shah Alam ajer..Terimbau pulak kenangan ke Nilai 3 dulu  nak cari barang perkahwinan, siap ada check list lagi barang-barang nak beli dan tampal segala tok nenek resit dan bil dalam buku tu. Buku tu masih ada dalam simpanan tapi dah berhabuk..hehehe

    Korang tahu tak kat mana lagi aku boleh cari ?


    Thursday, April 28, 2011

    Menang Pengubahsuaian Dapur Bernilai RM80K ??

    Aku sekarang tengah mode verangan membayangkan aku menang Hadiah Utama Pengubahsuaian Dapur bernilai RM80K oleh Eric Leong ! Surpriseeeeee !! Sukanyaaaa :)

    Sebenarnya, Isnin lepas ke Tesco beli susu my Nuha dan ternampak contest ini. Dan hadiahnya adalah Pakej Pengubahsuaian Dapur Bernilai RM80K. Mak ai..Nak buat dapur macam mana yer dengan RM80K. Boleh renovate satu rumah aku ni..hehehe




    Dapur rumah aku nanti..Insya Allah..

    Siapa nak makan pizza hut separuh harga , klik sini laju-laju yer :)


    Ni plak pelan lantai dapur rumah aku...

    Rumah aku nanti, memang ada wet dan dry kitchen...

    Jom layan aku verangan ok...Aku nak design dia, lebih kurang design-design bawah ni laa Eric.. Eh , :p

    Kat Dry Kitchen tu aku nak L-Shape la...Tema Hitam Putih :) Konsep Luxury Minimalist Kitchen.



    Yang ni ok dah, cuma L dia tu belah sini, macam gambar dalam pelan lantai dapur kat atas tu..



    Kalo macam ni best jugak, part depan tu aku boleh potong bawang ker sayur ker kan :)


    Yang ni cun jugak part L-Shape dia tu...mana-mana jer laa..janji konsep
     Luxury Minimalist Kitchen yer Eric, eh  :p

    Kat bahagian wet kitchen pulak, nak simple ajer..nak letak dapur untuk masak ajer..tapi tak jumpa pulak yang hitam putih ..macam ni laa lebih kurang..


    Simple tapi luxury yer Eric :p


    Yang ni memang UiTM dihatiku :)



    Memang nak la style ada island macam ni, tapi kena ukur lah rumah dibadan sendiri kan..
    Yang ni, kena beli rumah lain pulak kalo nak buat..hehehehe


    Eric, Dining room termasuk ker dalam pakej pengubasuaian dapur ni ?? hehehe

    Aku dah laa belum ada set meja makan ni...



    Nak yang macam ni boleh :) Lalalalalarikssss...



    Kalo tak boleh macam tu, Macam ni pun tak apalah...hehehe

    p/s:

    gambar semua dari google , lupa nak save credit..

    p/s:


    Siapa nak makan pizza hut separuh harga , klik sini laju-laju yer :)



    Wednesday, April 27, 2011

    Minum Petang di Restoren Saba' Cyberjaya Tidak Mengecewakan :)

    Kembali lagi dalam segmen jalan-jalan cari makan di elissmie.com .Hari ni jauh sket kita jelajah. Main area Shah Alam ajer kan. Kali ni, area Cyberjaya pulak :)

    Restoren ni dah 2-3 tahun duk berkumandang kat telinga aku oleh my hubby tapi aku tak jejak2 pun lagi. Katanya nasi Arab dia memang sedap dari tempat yang dia pernah makan selama ni. Akhirnya,Sabtu lepas,sampai jugak kami kesana.Sebabnya nak submit dokumen rumah kat kawan aku untuk submit kat peguam aku. Insya Allah, dalam masa 2 minggu lagi , rumah akan jadi milik kami. Moga Allah permudahkan urusan kami.Amin. Ok, sambung pasal jalan-jalan cari makan :)

    Seb baik GPS menyelamatkan keadaan :) My hubby pun dah lama tak kesini, so dia ingat-ingat lupa pulak :p


     4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR, BLOCK A1, JALAN PERDANA CBD PERDANA, CYBERJAYA, SELANGOR
    GPS Coordinates : N2 55.370 E101 39.072




    Meh tengok menu dulu. Deko tak sempat nak snap :p Lagipun simple ajer konsep dia.

    Hari tu, memula kami ingat nak makan light-light ajer, sekali my Nuha cakap nak makan nasi bila nampak orang makan nasi. Aduhai :)  My hubby order la nasi , iaitu Kabsah Chicken. So dia share dengan my nuha. Sebelum tu dah order Lamb Akdah yang didatangkan dengan Roti Arab.


    Ni la roti Arab tu. Mak aihhh...besarnya makkkk...
    Siap tak abes pulak :p Dah makan 4 orang dah ni..
    Kena makan cepat-cepat, bila dah sejuk kurang kick :p


    Lamb Akdah. Ni pencecah dia la kiranya.. Satu set ni RM 15 dengan Roti Arab.

    Nasi lupa pulak nak try. So my hubby owe me untuk datang sekali lagi ke Restoren Saba dan pekena Kabsah Lamb.Hari tu me tak jamah pun nasi sebab kenyang lagi :)


    Menu yang lain yang diorder : Sandwic Kebab, Barbican, Teh O, Watermelon Juice dan Chicken Kabsah satu lagi .

    Total : RM 70
    Gambar lain tak sempat nak snap, sebab busy borak dengan kawan lama :) Kak Yan :) Lupa pulak snap gambar bersama. Anak dia dah 2 baru jumpa. Last sekali jumpa tak silap masa kawen diorang kot..


    Up balik laa gambar kawen diorang, kasi nostalgia :) hehehe

    p/s:

    Dalam gambar ni, semua dah kawen kecuali Carol :p hehehehe
    Weh Carol, ko bila nak kawen ? Kalo baca belog aku, sila jawab..larikksss

     

    Sesiapa nak beli rumah, ada rumah untuk dijual, ada rumah untuk disewa boleh layari laman web ni http://www.gohartanah.com/


    My Nuha | My Hubby | Watermark For Free | Header For Free

    Tuesday, April 26, 2011

    Tetiba ajer nak belajar jahit felt :p, sila lah bagi sokongan moral :)

    Korang tahu kain felt tu apa dia ?

    Menurut encik wiki, Felt is a non-woven cloth that is produced by matting, condensing and pressing woollen fibres.
    Ntah dari mana aku dapat idea nak jahit felt ni. Skang dah belajar jahitan-jahitan basic untuk jahit felt.Semua aku belajar melalui youtube :p Hebat tak hebat. Nak attend kelas, tak tahu pulak kat mana dan tak ada kesempatan kalo buat weekend.Lain la, ada orang sudi nak datang ajar kat rumah..hehehe


    Masa aku duk belajar jahit-jahit tu, so far my Nuha ok jer tengok apa yang aku buat. Tak pulak kacau. Ingat nak buat sepit rambut dan jahit baju untuk dia dengan nama dia. Siapa tahu kat mana ada orang jual baju t-shirt budak warna putih/warna ker, tapi kosong, bagi tau kat aku erkk  :)


     
    pic credit to : here



    pic credit to : here

    p/s:

     
    Sekarang sedang sabar menunggu kain felt yang diorder dari belog purple shades
     
    p/s:
     
    Insya Allah, kalo dah perasan cantik hasil kerja keras tangan aku nanti,
    aku buatkan giveaway untuk korang yer :p
    Mode : Berangan...
     
     
    Korang ada pernah buat apa, idea datang tetiba ajer???

     

    Monday, April 25, 2011

    100101

    Cantik betul jumlah visitor belog me pagi ni :)


    p/s:

    Masih tengah gigih menyiapkan sistem.. Last Friday, aku balik pukul 6 lebih.
    Sekali bunyi ketik-ketik-ketik, terus cabut..hahahahaha. Boleh tahan penakut aku ni yer :p
    Bekerja di bangunan yang wujud dari tahun 70 an ni wehhh :p

    Korang pernah jadi orang terakhir balik dari ofiz ?? 
    Seram tak ??


    p/s:



    Tq yer Puan Zima, sebab bagi Fm & Kek Sarawak :)



    Friday, April 22, 2011

    Perkahwinan Diraja HRH Prince William & Kate Middleton LIVE boleh tengok kat Hypp TV?

    Perkahwinan Diraja HRH Prince William & Kate Middleton LIVE boleh tengok kat Hypp TV? Korang tak percaya ? 



    p/s:


    Hari ni busy nak siapkan sistem yang nak kena lauching Isnin ni. Oh, kenapa hari ni hari Jumaat..Ko jadikan hari ni hari Isnin pun aku redha dalam keadaan ini..hahaha.Over :p 14 hari lagi...Sign SPA..Semoga Allah permudahkan urusan kami...Amin....

    Teaser,



     
    Master Bed Room :p


    Thursday, April 21, 2011

    Elissmie.com diserbu LHDN ?? biar benar ??

    Mana lah sumber pendapatan Elissmie.com ni kan. Banner kat sidebar tu pun RM 3 ajer sebulan. Nak kata PR tinggi, baru PR 2 ajer.Kurang 1 tangga dari MBP :) Follower pun suam-suam kuku ajer, tadak riban-riban kan..UV pun tak sampai riban-riban sehari..

    Ok, sebenarnya, bukan aku kena serbu LHDN, tapi aku sendiri yang serbu LHDN..Opss..Sorry. Tahun ni tahun pertama aku nak declare kat LHDN tapi bukan dari sumber berblogging lah. Declare ajer dulu, untuk kemudahan masa akan datang :)

    Korang dah isi E-Filing ker ??

    Sebelum isi E-Filing, kena dapatkan dulu No Pin dari E-Daftar atau pergi terus ke pejabat LHDN. Tak kuasa aku nak pergi pejabat kan, so aku apply online ajer.Mudah betul ! Just hantar email ajer ,kurang dari 3 hari dah dapat feedback dari LHDN . Siapa kata gomen lembab buat kerja ?


    Permohonan No. PIN e-Filing

    Permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :

    No.Rujukan Cukai  ( Boleh dapat dari ofiz masing-masing lah)
    Alamat terkini
    Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
    No telefon

    TAPI, TARIKH AKHIR PERMOHONAN BARU PIN E-FILING MELALUI E-MEL BAGI PENGHANTARAN BORANG BE ADALAH PADA 20/04/2011 (semalam) .

    Bila dah ada no pin, boleh la isi e-filing tu...

    1) Bagi yang first timer macam aku ni, kalo nak isi kena klik sini..

    2) Kalo dah biasa isi, kena klik sini.

    Bila dah submit, boleh tengok pengesahan kat sini..

    TARIKH AKHIR pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi
    punca pendapatan bukan perniagaan ialah pada 30/04/2011.

    Korang dah bayar ke cukai pendapatan ? Dah kena bayar ker ?


    * Link telah dikemaskini pada 17/3/2015


     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)