Tuesday, December 20, 2011

Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah in the office :)

Tandatangan jer pun. Bukan tuan punya badan. Kalo tuan punya badan, mau hari-hari bermotivasi diriku ini nak buat kerja kan ? :)  Nak-nak diri me yang kurang bermotivasi ni sebab 3 hari bercuti. Terasa seperti hari Isnin pulak hari ni. My Nuha pulak demam semalam, so tu yang sambung cuti semalam. Actually ni sijil me dapat masa pergi motivasi tempoh hari kat Agrotek tuh.





Inilah tandatangan Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah



 Ni lah sijil yang me dapat tu :) Thanks Dato'

Korang pernah ker jumpa  Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah in person ? 

p/s:
Teringin jugak nak jumpa sekali, asyik jumpa dalam TV ajer kan.

p/s:

Seronok jugak kadang-kadang tengok Johan tiru suara Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah :p


63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga oleh Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. credit : sumber

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t 



p/s:

Terima Kasih Ad atas ole-ole dari Langkawi :)

KIA Optima K5 ?? Best ker kereta ni ? Klik sini untuk ketahuinya...


7 Comments:

  1. tandatangan pun ok per.. : ) ..

    kalaula dpt praktik semua tips ni dah bagus ni..

    ReplyDelete
  2. bestnye.. lama dah tak dapat sijil.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Kebetulan pernah jumpa dia in person....tapi time tu dia kasi ceramah kat surau taman rumah ....rendah je orangnya macam saya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah saya rasa berbunga2 dpt jumpa Dato' in person semasa menunaikan umrah dec 2009.. Tu pun kebetulan ketika sdg mencari aid zam zam dlm masjidilharam.. Suami pun suka sangatt.. Jumpa orang berilmu ni aura dia lain..kita pun rasa motivated sama..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)