Wednesday, December 21, 2011

Cermin mampu luaskan ruang yang sempit ker?

Bertemu lagi dalam deko bersama elissmie .Hari ni me nak tayang hasil deko terbaru rumah kecik me tu.Almaklumlah kecik, so dalam kepala asyik duk fikirkan macam mana nak besarkan ajer lah. Bukan renovate untuk besarkan tapi menggunakan cermin.Ilusi gitu kan kekdahnya.So, akhirnya me telah rembat satu cermin kat kedai perabot. Memandangkan warna kerusi meja makan tu hitam, so me cari bingkai yang warnanya hitam untuk matchingkan dia.



Jom layan gambar sebelum dan selepas deko di ruang makan rumah me.


 Sebelum




Selepas



p/s:

Lebar cermin ni dalam 6 kaki.RM500

 p/s:

Dinding belah kanan menggunakan cat Nippon Paint - Creeping Willow 882 , dinding utama Drama Red 271.




Teringin jugak nak beli cermin FIGGJO IKEA ni :) Harga RM99. 

p/s:
Ada orang boleh tolong beli tak kat IKEA Damansara ;p



Tip Menjaga Cermin Hiasan
  • Bagi memastikan cermin hiasan sentiasa bersih dan bersinar-sinar, permukaannya perlu dilap setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Cuci cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka.
  • Jangan lupa, cermin antara perhiasan pertama yang dilihat dan ditatap tetamu.
  • Bagi cermin hiasan berwarna tidak boleh dicuci seminggu selepas pemasangan, sebaliknya lap menggunakan kain lembut dan pencuci tingkap biasa atau penyapu bulu ayam untuk cucian harian.
  • Cermin hiasan berbingkai atau bercorak perlu lebih teliti penjagaannya kerana proses penjagaan bukan hanya pada cermin malah merangkumi bingkainya sekali.
  • Meletakkan cermin hiasan di atas meja tidak digalakkan sekiranya anda mempunyai anak kecil.
  • Dari konsep dekorasi, elakkan menggantung cermin hiasan berhampiran aksesori hiasan dinding lain kerana ia boleh menghilangkan seri penataan ruang yang ditampilkan.

credit : sumber


p/s: 

Kabinet TV dah dapat quotation. Nanti me tunjuk next week dalam episod seterusnya deko bersama elissmie :)



26 Comments:

  1. aku memang suka letak cermin...selain efek luas, takyah beli cermin muka dah..haha..

    ReplyDelete
  2. dah pindah betul2 ke ni eliss?

    ReplyDelete
  3. baru je mggu lepas sura g ikea..kalo x ley je tlg beli kn

    ReplyDelete
  4. cantik cermin ikea tu kan...agak2 anak2 cabut x cabang2 dia tu...huhu

    ReplyDelete
  5. apak leh belikan cermin ikea tuh.. muahhhehaehahehae

    ReplyDelete
  6. @Kancilbiru btol2. aku dah berbedak depan cermin tu. mie cakap, amboi :p

    ReplyDelete
  7. @amirah dah hampir sebulan dah duduk ni :)

    ReplyDelete
  8. @eT kena gantung tinggi sket laa..

    ReplyDelete
  9. @apak cikidong biar btol apak. btol ker? kena tanya encik suami dulu. kang dia tak berkenan .ingat nak letak kat bilik tamu ke, bilik tidur ker :p

    ReplyDelete
  10. proceed je la nak beli cermin tu, lagipun apak dah nak tolong belikan tu...mungkin beliau nak belanja...hahaha!!!

    ReplyDelete
  11. suka jugak cermin besar!! senang nak bersolek..hahahaha

    mahal jugak cermin tuh ek.. x sanggup nak beli kalo harga cam tuh.. mueheehhe

    ReplyDelete
  12. ptt ar cermin umah kami kelabu. hu3

    ReplyDelete
  13. nanti aku renovate rumah, aku mmg nak letak cermin sebesar alam. supaya senang nak betulkan baju/tudung.
    tapi kalo jenis penakut, nahas le jwbnya

    ReplyDelete
  14. cantik gabungan warna tu merah mild & apple green.. yer betul.. cermin memang boleh buat rumah nampak luas... lebih2 lagi ruang hall yg kecil...

    ReplyDelete
  15. baru teringat.... rupa-rupanya kedai gunting rambut mamak dah lama gunakan teknik cermin di bilik nie....ehehehehe

    ReplyDelete
  16. rumah aku ada cermin besar..beli kat kedai perabot dekat rumah je, memula plan nak beli Ikea sekali tak muat nak bawak balik daaaa..seb baik tak bayar lagi..hahahaha

    ReplyDelete
  17. @Skymatrix kalo dia nak belanja, kita proceed :p

    ReplyDelete
  18. @isabelle apa kaitan dengan penakut? ooo..faham2.

    ReplyDelete
  19. @kakyong tu warna pilihan hubby :) btol la, nampak luas sket rumah :)

    ReplyDelete
  20. @hazman aka species1980 a'ah lah kan tapi ingat dia suh tengok muka kita time potong rambt tu :p

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)