Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Friday, March 30, 2012

Borang-borang yang diperlukan untuk Pembelian Rumah 2nd Hand

Entry ni adalah pertanyaan salah sorang reader pada entry Tips Pembelian Rumah Second Hand Bagi Kakitangan Awam/Pegawai Kerajaan (Rujuk sini). Sebelum me terlupa kan, baik me kongsikan kot-kot mana tahu korang pun nak beli rumah second hand menggunakan pinjaman dari Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia  (loan kerajaan la gitu mudahnya)


Kita tengok dulu prosesnya kat bawah ni bagi faham ok !





Antara borang yang diperlukan dalam proses Terima dan Daftar Permohonan bagi  Pembelian Rumah Second Hand yang bertaraf FREEHOLD dan owner ada hutang dengan bank lagi keatas rumah tu (kes me lah tu ) ianya adalah JENIS I: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP  :-

1)Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan  (Pinjaman  Pertama, Kedua dan Ubahsuai) 

2) Surat Iringan Ketua Jabatan - Yang ni kalau UiTM, dia print ajer bagi kita

3) Borang 1 : Borang Permohonan Laporan Penilaian 

4) Borang 2 : Surat Persetujuan Penyelesaian Hutang

5)  Borang 3A (Assignment) : Surat Akujanji Peguam   - Yang ni just minta dari lawyer, kalau dia biasa buat, dia dah ada format dah.

6) Borang 4 : Surat Penolakan Tuntutan Kepentingan
 
 7) Borang 10 : Akujanji Pemohon Menanggung Rugi (Indemnity) Kerana Membeli Harta Tiada Hakmilik Strata /  Individu Daripada Penjual Kedua - Siapa suruh beli dengan owner yang ada hutang bank, so kena isi borang ni

8)Borang 7 : Persetujuan Menggadai Oleh Penama Bukan Peminjam - Yang ni kalau nama suami isteri nak letak kat geran tanah tu dan dalam SNP

9) Pengesahan Bayaran Wang Beza - Yang ni kot2 korang punya rumah tu nilainya rendah dari harga beli

10)Borang 11 : Akujanji pemohon menanggug rugi kerana tidak mengambil insurans pemilik rumah kediaman dengan panel insurans/takaful Bahagian Pinjaman Perumahan  - Yang ni kalau tak amik insurans dari diorang. Baik isi siap2 borang takaful, kalau malas nak leceh2 tapi borang tu tak der plak kat dalam senarai tu dah :p

 Borang boleh dowload dari sini .

Dokumen lain yang diperlukan :-

1. Wang proses RM1.00 bagi pinjaman pertama bagi setiap RM1,000.00 (tambahan RM1.00 bagi setiap RM500.00 dan ke atas). Sekiranya pinjaman kedua, wang proses RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 (tambahan RM2.00 bagi RM500.00 dan ke atas). 


2. Salinan kad pengenalan awam/tentera/polis yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

3. Slip gaji asal terkini / E-slip yang diakui sah oleh Ketua Jabatan ( 3 bulan terakhir) 

4. Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen sekiranya slip gaji ada potongan KWSP.

5. Salinan Perjanjian Jual Beli (SNP) yang disahkan oleh peguam.

6. Pinjaman bersama suami dan isteri serta Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan. 

7. Pelan Lantai Rumah / Tanah

SNP me yang paling lambat sekali nak dapat sebab ada miss communication antara lawyer me dan lawyer owner tu. Geram sangat masa ni sebab selagi tak dapat SNP selagi tu lah tak leh submit .So memang hari2 me follow up dengan lawyer me. Kalau lawyer penjual lembab sangat me hantar mesej geram2 dekat agen yang jual rumah tu kat me.Dia sampaikan mesej tu kat owner tu.hahaha. Siap menyumpah2 sekali dalam mesej tu dia forward ke owner tu, tadak tapis-tapis dah.


Ok, lepas dah siap2 semua dokumen, bolehlah hantar borang permohonan yang lengkap di bahagian perumahan di tempat korang bekerja untuk semakan, lepas tu boleh lah proceed untuk hantar ke Bahagian Penilaian Negeri dan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya.Boleh hantar serentak.Keputusan penilaian dari Bahagian Penilaian Negeri akan terus di hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya.Kita akan menerima surat yang mengatakan rumah kita telah dinilai dan permohonan diluluskan. Seminggu tak silap dah dapat kelulusannya.

Kalau tak sabar tunggu surat, boleh buat  semakan status permohonan secara online : klik sini

Lepas tu kita akan dapat surat dari Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang mengatakan kita lulus pinjaman. Masa ni kita kena pulangkan surat setuju terima ( sepatutnya dihantar bersama surat dari lawyer). Tapi hari tu Ad cakap, lawyer dia suruh hantar surat setuju terima tu dulu. Tapi my lawyer cakap, hantar sekali dengan part dia pun tak per. So dengarlah cakap peguam masing-masing yer :)

Panjang sangat dah ni nanti tak faham pulak kan. Nanti me sambung lagi bahagian selepas dah dapat surat kelulusan tu pulak yer :) Sket lagi stepnya tapi menunggu tu yang lama.

p/s:

Sekarang ni dah boleh submit permohonan secara online seperti disini tapi me  tak tahu la macam mana prosesnya, samada kena hantar hardcopy atau tak. Kena rujuk terus pegawai di BPP atau baca manual kat sini.


p/s:

Bukan senang nak dapat kunci rumah ni .Bukan senang untuk senang.

p/s:

Hari ni outstation ke Kampung Gajah, tempat me induksi dulu . Petang ni bertolak ! Ahad baru balik.
Sedih tinggalkan anak dan suami.


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

4 Makhluk Tuhan Paling Sexy Telah Komen:

  1. Slm..klau loan kerajaan ni kita bole dpt full loan kan?
    Tq - diya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh full loan :) bergantung kepada gred yer.

      Delete
  2. salam nak tanya surat setuju terima akan di hantar guna pos laju atau pos biasa..sy semak melalui bpp lulus 1 julai 2013 tapi tak dapat surat lagi..kalu ketua jabatan xda boleh ke pegawai tanda tangan sbb ketua jabatan saya pergi umrah

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer