Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Wednesday, October 19, 2011

Kehamilan Luar Rahim , ramai yang tak ambil peduli ?

Rata- rata kawan-kawan yang me jumpa tidak pernah tahu pasal Kehamilan Luar Rahim.Hari ni me terpanggil nak berkongsi dengan korang tentang bahayanya Kehamilan Luar Rahim. Sebenarnya me pun memang tak pernah ambil peduli pasal Kehamilan Luar Rahim sebelum ini sehingga ianya terjadi pada diri sendiri dan membuatkan me rasa sedikit kecewa tidak tahu mengenainya terlebih awal.

Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim. source : here




Tanda-tanda Kehamilan Luar Rahim sebenarnya agak sama dengan kehamilan biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu ambil peduli dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
    Sekiranya gejala begini berlaku, korang kena cepat-cepat berjumpa dengan doktor secepat mungkin sebab Kehamilan Luar Rahim boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika tidak dirawat dengan kadar segera.

    Sumber :Sini


    Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-

    1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

    2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

    3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

    4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

    5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

    6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

    7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

    Sumber : Sini

    Kat bawah ni me cerita mengikut pengalaman me pulak.

    Sebenarnya me lambat tahu me pregnant dan memang masa tu tengah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat yang kedua .Pada minggu ke 6 baru me positif mengandung iaitu minggu kita semua sibuk nak balik beraya. Hari sabtu me gerak balik terengganu dan sepanjang di terengganu me sudah rasa sakit bahu dan sakit belakang seperti nak period tu .Ingatkan sebab me travel terlalu lama dan jauh yang menyebabkan me sakit macam tu. Selepas habis beraya, me pulang ke terengganu sehari awal dari hari bekerja. Pada malam sebelum me kena admit kat wad, me rasa sakit perut macam nak buang air besar, tapi tak pun. Sakit dia memulas-mulas macam kita nak beranak tu. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Doktor mula-mula suspek appendiks. Bagi yang pernah kena appendiks, korang tahu la macam mana sakit dia.Hari ketiga di hospital keluar sedikit pendarahan, memang sket sangat lah. Lepas me discharge, esoknya me dapat tanda berikut yang sebenarnya tiub fallopio me dah pecah :-
    • Pitam
    • Pening kepala
    • Denyutan nadi yang laju
    • Tekanan darah yang rendah
    • Sakit pada bahagian bahu (kerana pendarahan di dalam abdomen mengganggu saraf phrenic yang terletak pada diafragma)
    Tiub fallopio me akhirnya telah dibuang disebelah kanan setelah menjalani pembedahan selama 4 jam dan kehilangan darah sehingga 1800 ml. Kalaulah me lambat tiba dihospital, mungkin me sudah tidak dapat peluang lagi untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan korang semua. Innalillahiwainnailaihirojiun....



    Pesanan buat rakan-rakan yang sedang berusaha mendapatkan baby, bila ajer korang buat ujian air kencing dan disahkan positif hamil, plz plz plz cepat-cepat jumpa pakar sakit puan untuk sahkan kandungan korang samada diluar atau didalam rahim.

    Rawatan

    Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.


    “Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi


    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    29 Makhluk Tuhan Paling Sexy Telah Komen:

    1. YaAllah.. macam tu sekali ye.. thanks eliss for sharing...

      ReplyDelete
    2. betul tu
      seeloknya scan masa 5-6 minggu usia kandungan

      ReplyDelete
    3. kesian kau, babe. xpe..belum rezeki. tapi aku pelik la. masa aku check pregnancy awal2 lagi Dr dah scan tgk dlm rahim ke tak, ketuban cukup ke x.

      p/s:
      bila nak bertutti nih?

      ReplyDelete
    4. mujurla eliss pergi hospital jugak..

      ReplyDelete
    5. Takut pulak lepas baca ni.. Memang tengah merancang untuk 3rd baby. Terima kasih atasa info ni..

      ReplyDelete
    6. info yg sgt berguna...tks a lot... :)

      ReplyDelete
    7. Alhamdulilah..papepun elis selamat

      ReplyDelete
    8. fuuuhh.. kid baru tau detail pasal nih.. thanks for info!

      ReplyDelete
    9. ya Allah.. bahaya jugak yer bende nih.. ingatkan perkara biasa jek.. nasib lah kak eliss cepat dapat rawatan.. syukur! syukur!

      terima kasih atas info yang sgt berguna nih~

      ReplyDelete
    10. ena lewat jea dtg period mmg akan terus beli urine test, klu positive jumpa dgn doc utk mengesan dr doc

      ReplyDelete
    11. Simpati dengan ko Ellis..alhamdulillah ko selamat. Takpe, nanti cuba lagi ya dear.

      ReplyDelete
    12. thanks elis for the info...
      aku pun xtau psl prgnt luar rahim ni..

      hopefully everything OK sumenye.. aminn

      ReplyDelete
    13. kakak ipar dulu pun pernah mengandung luar rahim pastu keguguran, tak lama pastu dia pregnant semula, Alhamdulillah okey

      tapi mmg perlu alert tanda2 cam yg eliss beritahu tu untuk keselamatan diri kan

      ReplyDelete
    14. thnks...gud info...klu tak penah baca mmg tak penah kot nk amik serius....tq2...

      ReplyDelete
    15. Kak Elis..
      mama bgth what had happened to u..
      im sorry to hear that..
      ^__^ nnt bulan 11 mama p shah alam
      kte makan same2 keyh

      ReplyDelete
    16. agreed.. ms ila kena, mmg ila pun blur. lps operate br gigih google segala. then everytime kwn tny, ila kt hamil luar rahim. dorg jgk blur..

      yupp...bila preg je, make sure janin ada dlm kandungan. even da penah kena, still ada chances utk kena lgk.

      ms preg amni, ila sgt panik sbb doc scan xjupe. then simptom2 cam ectopic dtg blk. akhrnya alhamdulillah, nmpk jgk janin.

      ReplyDelete
    17. Thnks for your info..Sgt bagus..
      chukpunyer.blogspot.com..Jenguk2la yer.. :)

      ReplyDelete
    18. slm,kita br scan td xde pape dlm ni tp upt +ve..ptg ni br nk p jmpe pakar..seramm!

      ReplyDelete
    19. thanks elly atas info ni...saya jugak pernah mengalaminya dan dah pun buan sebelah kiri tiub fallofio pd 21/05/2011 lepas...memang sedih coz dlm masa yg sama kat dlm rahim pun ada baby...tapi kedua-duanya tak dpt diselamatkan...mmg sedih sgt...dulu tak pernah amik tahu ttg hal ni..
      skang i cuba nak pregnent lg ...haid dah lewat...but i rasa sakit kat bhgian kanan lak..bila i baca info u, i rasa takut...insyaallah esok i akan pg jumpa doktor..
      thanks elly

      ReplyDelete
      Replies
      1. harap2 tak apa2 yer..saya pun tengah berusaha jugak. risau jugak kalau berlaku lagi perkara sama

        Delete
    20. hye elly.. nak tanye.. i rasa i ada symptom mcm tu sume. n tadi dah jumpe doc, mase scan x nampak pape pun. so doc decide tunggu lagi sepuluh hari dtg balik tengok mcm mana. u rasa should i just suruh doc check n buang before the 10th days ke atau tunggu 10 hari lagi..because i dah 7 minggu sekarang. takot jugak la kan.. nanti pecah pulak. dah la anak pertama ni.. ;[

      ReplyDelete
      Replies
      1. . Saya rasa better awak tunggu dulu pengesahan oleh doktor. mana tahu tak nampak sebab kecik ker.Jgn buat keputusan terburu2..kalau tak yakin dengan doktor tu boleh try tanya doktor kat tempat lain pulak.
        Biasa dia kena buat ujian darah dulu tak boeh simply2 buang mcm tu jer..

        hope awak tak apa2..

        Delete
    21. salam. nak tanya kalau luar rahim bile scan nk tak karung dan air ketuban. tadi jmp doctor dia scan nampak karung dan air ketuban tapi x nmpk baby. saya sgt risau. doctor suruh dtg lg 2 mggu.

      ReplyDelete
    22. salam. nk tanya sbb tadi saya scan doctor kata nmpk karung dan air ketuban tapi x nmpk baby. kehamilan luar rahim ada air ketuban ke? belakang pinggang juga sakit macam lenguh setiap masa. doctor suruh dtg semula 2 mggu lagi. saya sgt risau bila baca pengalaman puan. harap bole bantu saya. terima kasih.
      -yasmin-

      ReplyDelete
    23. salam. nak tanya kalau luar rahim bile scan nk tak karung dan air ketuban. tadi jmp doctor dia scan nampak karung dan air ketuban tapi x nmpk baby. saya sgt risau. doctor suruh dtg lg 2 mggu.

      ReplyDelete
    24. alhamdulillah syukur awak dah siht.Terimakasih juga sebab kongsi pengalam ni,duk cari2 mengenai pembedahan mengandung luar rahim jumpa pulak blog ni-dapat juga info paling berguna dari yang dah pernah alaminya,terimaksih ya!

      ReplyDelete

    Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

    xoxo,

    Eliss

     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer Comments (RSS)