Thursday, January 12, 2012

Steamboat RM17.90 per person @Anggerik Terrace Coffee House, Hotel UiTM Shah Alam

* Awas entry berbau makanan dan banyak gambar :p
Semalam beria-ria gitu tanya pendapat korang masak sendiri dirumah lebih jimat kan ? Tapi episod jalan-jalan cari makan di elissmie hari ni nak ajak korang jamu mata pekena steambot.Actually, dah lama dah pekena steambot ni sempena hari lahir dan majlis penutup kelab kopi unit kat ofiz me ni yang dah berubah 360 darjah dah sekarang ni, so terpaksa dibubarkan.

True Match Roll’On foundation L’Oreal Paris, korang dah ada ker ? Klik sini




Majlis penutup kali ni bertempat di :

Hotel UiTM Shah Alam
Anggerik Terrace Coffee House
Facebook search : Hotel UiTM Shah Alam 


Jom la layan gambar sekitar majlis hari lahir dan pembubaran kelab kopi unit me.




Fresh Fruits + Seafood




Ice lemon tea



Seafood/Daging/ Vege/Mee  yang ready ntuk disteamkan



Sup siap-siap dia bagi dua jenis, tomyam dan sup ayam.Tapi tak boleh tambah aku rasa..hahahaha :p Tak siapa berani nak tanya takut kena charge :p
 
 
Sos pencicah untuk tambahan rasa yang menyentap jiwa :p
 
2 Pic credit to :Yang ni cilok dari KB :p



Yang diraikan, 4 orang sebenarnya. Sorang tak dapat join.

 

Kek pun beli dari sana RM63, Swiss Black Forest. 
Sedap sangat !! 4/5 bintang.



Wajah empunya belog harus ada bersama dengan Ad

KB dan Sura.

 Kak Zura tengah merenung masa depan :p

 Boz-boz tengah bz menyetim :p

 Semua khusyuk mengadap steamboat


Yang ni ajer me makan. Ok tipu :p


Kalau korang nak merasa makan steamboat macam kami ni, sekarang ada lagi promosinya :-


JANUARY 2012: STEAMBOAT SET PROMOTION

RM 17.90 Nett per person & get FREE Fresh Fruit & Ice Lemon Tea
Available at Anggerik Terrace Coffee House from 12.00 noon till 10.00 pm daily.
Minimum for two persons. For reservation: contact Anggerik Terrace Coffee House ( 03-55192069/78/78 ext :310). Reservation : 3 days in advance

Siapa suka makan steamboat , nak belanja ni ??

p/s:


Me belanja , korang bayar nak ?



Wednesday, January 11, 2012

Masak sendiri di rumah lebih jimat kan? | Ikan Bakar & Ketam Masak Sos

Sejak dua menjak ni, me suka pulak baca majalah Seri Dewi & keluarga. Dulu memang suka beli Majalah Pa & Ma. Memang tak miss tiap-tiap bulan lepas tu stop sebab dah rasa bosan.Majalah Seri Dewi & Keluarga ni RM6.50 senaskah.Belek-belek majalah Disember 2011 yang covernya Rita Rudaini tu, terpandang pulak resepi Sos Masak Ketam.So, malam tadi me try la masak sebab sebelum ni memang me suka masak Ketam ketuk serai ajer :p Simple tapi sedap.



Nampak menggiurkan bukan ?


p/s: 

Tapi agak kecewa sebab ketam my hubby half cook pulak tapi yang me punya ok . Mungkin kena rebus lama sket ketam tu agaknya sebab dah masuk peti ais.

True Match Roll’On foundation L’Oreal Paris, korang dah try ? Klik sini



p/s: 


Kalo korang nak tahu resepi , kena la beli sendiri majalah  Seri Dewi & keluarga tu .
Ok tipu. Boleh rujuk resepi Ketam Masak Sos disini [klik].

Lagi satu yang me masak hari sebelumnya adalah Ikan Bakar. Kalau kat kedai mahu menangis jugak nak membayarnya kan. Yang ni me tak buat sendiri rempahnya sebab rasa tak berbaloi sebab nak makan untuk dua orang ajer. Me guna ikan merah. Mudah sangat, masukkan bahan perapan dan sedia untuk dibakar menggunakan Kuali Tefal yang tak melekat tu :p

Sedia untuk dibakar . Aluminium foil RM5++ ajer kat Giant.

Pes Ikan Bakar RM3


Guna ajer periuk tidak melekat tefal :p


 p/s: 

Rempah Ikan Bakar pemilik restoren Ikan Bakar di area Paka, Terengganu, boleh dapatkan disini.



Apa pendapat korang , masak sendiri di rumah lebih jimat kan?



Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 


Tuesday, January 10, 2012

Tukar Syiling @ Tesco dengan Voucher

Last friday, kitorang mencuci mata kat Tesco Extra Shah Alam. Perabiskan saki baki duit gaji yang ada :p Tiba-tiba me terpandang satu mesin yang membolehkan korang menukar syiling korang dengan voucher Tesco.Tapi tak tahu la semua Tesco dah ada ke belum mesin ni.


True Match Roll’On foundation L’Oreal Paris, korang dah try ? Klik sini




Inilah rupa mesin yang menukar syiling korang kepada voucher Tesco tu.







Syiling me kat ofiz ni kalo ditukar dapat berapa ringgit lah agaknya yer ? :p


Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 



Korang pernah guna ke mesin ni?

 p/s:
Ilmu itu ibarat cahaya, & cahaya takkan masuk ke hati yg gelap! Justeru, mari kita gilap & cuci hati agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik & bertindak ikut hukum Allah. Spt biasa kita cuci hati dgn jaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan org, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang spt kurung burung dlm sangkar, beri org makan, berkawan dgn alim ulama' & org2 positif, & bayangkan hari ini mungkin hari kita terakhir... Wassalam & kongsikan. - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (via fb)
p/s:


Suami adalah pelindung isteri..jika isteri tuan2 ditangkap buaya, sanggupkah tuan terjun berlawan dgn buaya tersebut utk selamatkan nyawa isteri tuan2? - Ustaz Azhar Idrus ( via fb )



Monday, January 09, 2012

Siapa nombor 1 dihati suami korang ?

Me rasa sejak dua menjak ni, Bercinta Lantas Merindu [klik] sudah mengambil alih kedudukan me dihatinya :(  Tak per, janji bukan perempuan lain ok :p Ai tak rela you... Jom la tengok perubahan Mr Kawasaki hubby me yang terkini.Layankan ajer lah ;p




Sebelum


Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 





Selepas


p/s: 

Bila erk orang tu nak bawak me meronda dengan motor ni ;p

p/s: 
Entry yang direquest by my hubby untuk tatapan cousin di Doha sana tu...

 Siapa nombor 1 dihati suami korang selain korang lah :p ?
 
Siapa yang meneka kat [entry ini], terima kasih buat semua.Pilihan me adalah no 11. Tapi my hubby punya pilihan yang lain. So me serahkan la pada dia , dia nak pilih yang mana. Me ikut jer la.Mungkin kami amik wall deco ajer tanpa jam kot sebab ingat nak letak jam kat tengah-tengah tu.

Design 11


Peneka tepat ada 4 orang. So terpaksalah me guna khidmat mr random.org lah yer. 4 peserta bertuah adalah :-

1) KancilBiru
2)Amd
3)pnsusu
4) || NaFiRaa |


 Dan pemenangnya adalah :-



** Pemenang Voucher #1 - KancilBiru ( satu (1) voucher diskaun di Pak Hailam Kopitiam)
 
** Pemenang Voucher #2 - Amd (1 voucher basuh kereta 
di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam.)

Tahniah buat mereka !  


Friday, January 06, 2012

Jam Dinding Sebagai Wall Deco

Bertemu lagi dalam episod deko bersama elissmie. Minggu ni me nak korang buat pilihan untuk me jam dinding manakah yang sesuai bergandingan dengan kabinet tv me seperti dalam entry ini. [klik] Me plan nak letak jam dinding tu kat ruang kosong atas dari kebinet tv tu [dinding warna hijau tu]




Ok, me tayang kat sini la kabinet tv me tu bagi korang jelas.


Bawah ni antara design yang me suka lah. Credit pic to here and here.  



Design 1



Design 2
  
Design 3

Design 4

 Design 5

Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 

  Design 6

  Design 7

  Design 8

  Design 9

 Design 10


Design 11

 Design 12


Design 13
 Design 14
Design 15

Jam Dinding ini boleh didapati di : sini [ klik laju-laju]

Yang mana satu menjadi pilihan hati korang ?
p/s:
Siapa yang meneka [sila komen dan tinggalkan email ] design kegemaran me akan menerima satu (1) voucher diskaun di Pak Hailam Kopitiam bernilai 20% diskaun dan 1 voucher basuh kereta 
di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam.

p/s:

Isnin depan me umum pemenang ! Sila teka sebelum Isnin, 9/1/2012 Jam 8 pagi.

p/s:
Jika ramai meneka tepat, me gunakan k
hidmat mr random.org :)

 

Thursday, January 05, 2012

Pekena Nasi Arab Dalam Dulang @ D'Arab Cafe

Bertemu lagi dalam episod JJCM di elissmie. Ini cerita sebelum my parent balik Terengganu hari tu. Dah berjanji dengan Ngah nak bawak dia sekeluarga makan Nasi Arab.Malam tu semua penat sebab seharian duk membeli belah barang Danish nak masuk Tahun 1 tu kan. So, kitorang bawak mereka pekena Nasi Arab berdekatan dengan rumah me ajer lah. Tapi kami lagi suka sebenarnya makan Nasi Arab di food court Seksyen 7 belakang Unisel tu. Tapi tak kenal maka tak tahu kan :) Lagipun, lebih kurang 5 minit ajer sampai sini.


Malam tu kitorang amik set atas ni yang boleh makan 4/5 orang (RM59.50) .Ada roasted chicken, lamb kabshah dan chicken kabshah, Arabic Tea & Apple Juice (Kotak) .Kalau sesiapa yang rasa tak habis makan sorang sepinggan set Nasi Arab mereka, set ni memang terbaik la. Tapi me dan hubby, sepinggan sorang boleh habis ;p


Setiap cawangan D'Arab Cafe, harga menu mereka adalah berbeza. Setakat ni yang paling murah me rasa kat food court Seksyen 7, Shah Alam tuh la. Shawarma mereka pun paling sedap antara ketiga-tiga cawangan yang pernah me rasa iaitu Bandar Bukit Raja(BBR) & Giant Seksyen 7, Shah Alam.

Shawarma is thinly sliced cuts of meat, like chicken, beef, goat, lamb, and sometimes turkey, rolled into a large piece of flatbread or pita that has been steamed or heated. Inside the pita, foods like hummus, tahini, pickles, vegetables, and even french fries are added. Think of shawarma as a taco or burrito Middle Eastern style.
Overall, rasa nasi masih sama dan sangat sedap disetiap cawangan .Tapi Shawarma memang berbeza sebab yang tu disediakan oleh setiap outlet sendiri. Menurut owner di BBR yang me makan malam tu, kadang-kadang pun diorang masak sendiri jugak nasi Arab dan lauk pauk tu.


 Kaunter air yang menarik di  D'Arab Cafe BBR


Deko dalamnya..




Senarai menu for combo meal.

Pic Credit to : here . here

Untuk cawangan yang me makan ni, bolehlah terjahi :-



D'Arab Cafe:
No 24 Jalan Zapin 1A,
Bandar Bukit Raja,
42100 Klang Selangor.
En Zamri 0192826865
FB: http://www.facebook.com/pages/D-ARAB-CAFE/130469123643321
Website: http://nasiarab.com/
Cawangan lain : klik sini

Korang suka ker makan nasi Arab ? Nasi Arab di Saba', Cyberjaya, tetap nombor satu dihatiku :)




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)