Wednesday, August 24, 2011

Berbuka Puasa yang ditaja yang terakhir untuk bulan Ramadhan...

Masih ingat entry Berbuka Puasa di SACC Convention Centre, siap ada In-Team perform tu :p Kali ni, kami kesana atas jemputan my hubby pulak. Alhamdulillah, jimat tenaga mak noks :p Me memang suka masak tapi sekali sekala tak memasak, heaven jugak :) Setuju ?

Tanpa membuang banyak tenaga, meh laa kita suh pictures do the talking :)



Seminggu ajer pentas sudah tukar. Dulu belah kanan, ni belah kiri..
In - Team masih lagi perform tapi masa ni tak perform lagi.


Harus bergambar dulu sebelum makan :p



Meja kami. Masa ni kawan hubby tak sampai lagi..Depan pentas tu.



Nasi Briyani for my Nuha dan Nasi putih for me. 
Gulai daging kambing, ikan masak kari,udang berkacang dan carrot steam.


 Dessert yang sungguh sedap. I loike. Bread pudding still my fav to the max :p
 My nuha tanya " Hah Lizard?? "  :p

Satay kali ni kurang sedap sket compare dari hari tu. 
Dan ada lidah lembu jugak . First time try. So-so lah :p

 Ni hubby punya lauk :)


Dan Nasi Kambing Kebuli (Bak kata Niza, Kambing Kebuli = Kambing kena buli ;p)

p/s:

Tamat sudah. Lepas ni, kena masak sendiri ajer lah kat rumah. 
Eh, my hubby ajak makan kat Shid Seafood pulak :p Our all time favourite place :) Bila yer?? Bila yer ??


p/s:

Korang dah dapat biskut raya yang diorder ? Aku dah dapat 2 balang kuih makmur dan popia kecil.


Tuesday, August 23, 2011

Tukar duit raya di bank hampir 2 jam , kau mampu ?

Semalam, dah berjaya tukar duit raya. So anak-anak buah sila beratur depan Mak Su dan Pak Su sekarang.hehehehe :p Amaun tahun ni dengan tahun lepas sama ajer . Tiada peningkatan dan pengurangan :p



Ni la tempat me tukar duit raya tu...

Siap ada deko hari raya lagi...
tapi tak nyala la pelita tu, kang mau terbakor bank ni :p


Tengok. Semua sekali RM900.00 tapi bukan semua duit me la :) Bagi yang tak de akaun, terpaksa la menumpang kasih kat me kan untuk dapatkan duit raya jugak. Patut kena dapat komisyen duit raya untuk me sekali kan ? :p lalalalariksss

Tapi yang hazab tu, hampir 2 jam kena tunggu giliran. Patutnya lagi lama, tapi ada ofiz mate me dia tak jadi ker haper tak sempat nak tanya, bagi nombor dia kat me. Sambil-sambil tu, seb baik line wireless ofiz dapat. So boleh lah update status facebook untuk menghilangkan kebosanan.Kalo kat ofiz, memang jarang ngadap FB ni.



Dapat lagi sampul duit raya. Dari bank tersebut itu....

Akhirnya , dapat jugak sampul raya ofiz me :)




p/s:
Kad raya pertama.
Terima Kasih Dato' VC atas kad raya :) 
Tapi me balas secara virtual la, seperti disini...hehehe

Monday, August 22, 2011

Sampul Duit Raya dah ada ke belum ?

Sampul raya dah ada ni. Tapi duit raya still tak tukar-tukar lagi..huhuhu. Apsal lambat sangat lah Affin Bank ni boleh tukar duit raya.Katanya hari ni. Harus la serbu cepat sebab macam tahun-tahun terdahulu, punyalah ramai orang nak menukar duit raya.Jenuh menunggu turn. Kalo boleh makan tengah hari siap boleh tambah 5-6 kali. Eh ;p


Nak tayang jugak la sampul raya, sebab terpengaruh dengan entry Murni :) Tahun lepas dapat jugak sampul raya ofiz ni. Tahun ni apa pun tak boleh. Kad raya mahupun sampul duit raya :p

Dari kiri, sampul duit raya ofiz my hubby tahun ni, 
SSPN, ofiz hubby last year (balance tahun lepas :p) , KPF dan The Store tak silap ;p


 Yang ni dapat 3 pack - so 30 keping la :)


Ni dapat sempena buat potongan SSPN untuk my Nuha.


Yang ni pasal sampul kad raya ni, siap ada pantun lagi...
Kehadirianmu amat dinanti, 
Ceriakan hari istimewa ini, 
segala juada sedia tersaji, 
Tanpamu disisi tiada erti.

Korang dah ada ker sampul duit raya ??




p/s:

Dua helai tudung Ariani ..Bukan untuk aku tapi untuk ma & mak mertuaku :)
Lain warna, harga sama baru adil :p



Friday, August 19, 2011

Bila laki pulak shopping, apa terjadi ?

Kalo perempuan memang nama manja dia kaki shopping lah kan. Ada ker perempuan tak suka shopping ? Mungkin dari planet lain :p Tak semestinya shopping untuk diri sendiri ajer tapi untuk anak-anak dan suami jugak. Oh, mithalinya perempuan jomblo itu :p My hubby jarang sangat shopping kan. Tapi bila shopping tengok la jadinya.Mengalahkan me :p


Akhirnya, misi pencarian baju dan kasut raya berakhir semalam. No more for hubby,  nuha , either me :p
Korang tahu mana nak cari baju lelaki yang bersaiz besar ? Maklumlah, my hubby ni sejak kawen dengan me badannya bagai dipam-pam, (pandai kan mak jaga laki :p ?? ) mengata orang , me pun sama :p Ampunkan hamba penunggu gua..hehehehe



 Ni hah kedai dia. Kat Plaza Alam Sentral tingkat 2 kalo tak silap..Sebelah dengan kedai kasut Nip Collection. 

 Banyak la pilihan untuk yang BIG SIZE .


 
 Dari baju t-shirt, kemeja dan seluar la.

Ada jugak t-shirt Buy 1, Free 1

 Smart kasual pun ada untuk lelaki maskulin jantan kasanova :p

 Tu dia lelaki kesayangan hamba baru keluar dari fitting room :) Ok ke sayang ?

 My Nuha pun sibuk nak posing sama :)

Pilihan jeans pun tak kurang banyaknya...

 Ini pilihan my hubby , Lois..
Lega sket ;p sebab me kena belanja..seb baik bukan levis. hehehehe


 
 Lee pun ada.. Mahal sket jer pun dari Lois.



 Jom tengok reganya ...pitam mak :p Sehelai jeans Lois dan sehelai T-Shirt pilihan me..
Bleh beli 3 pasang baju kurung mak noks :p



Dapat jugak free gift :p Stokin 2 pasang..hehehe

  Ni pulak kasut raya me..sesuai dengan tema tahun ni la. Hitam. My Nuha selipar dia tu dah lama makcik me bagi tapi skang baru muat kaki dia..hehehe. Kira pakai yang tu jer la :p



 Beli kat sebelah ajer dengan kedai tadi. RM59.90. Cantik tak?

 p/s:

Ni bukan tudung raya tapi sajer test. 
Ok tak dengan me pakai tudung macam ni ? sambil kenyit-kenyit mata kat my hubby :p 
Ingat hari ni nak ke Ariani belikan tudung raya untuk ma dan mak mertuaku :) 

Eh, aku pun belum ada tudung raya lagi rupanya ..hehehehe :p

 p/s:

Terima kasih sayang for the kad raya dan hadiah sempena
minyak wangi habis Tresor In Love Lancome :) I'm in love again :)


Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa di SACC Convention Centre, siap ada In-Team perform tu :p


Kelmarin kami berbuka di SACC Convention Centre. Ni pun orang belanja. Alhamdulillah.Pilihan makanan dia banyak jugak la.Dan yang penting sedaplah kan. Boleh makan lagi selepas moreh. Siap ada solat terawikh berjemaah kat surau di tingkat 2. Kalo bawa telekung sendiri lagi bagus sebab ramai orang .Cakap banyak pun tak guna, jom laa layan mata :p




The Ramadan buffet is priced at RM65 nett for adults and RM30 nett for children aged from 6 to 10 years. For details and reservation, call 03-5511 8814.
Email: enquiry@saccconventioncentre.com
Website : http://www.saccconventioncentre.com/


 My hubby yang melayan anak dara me makan sebelum waktu berbuka :p


Ada jugak gambar kami bertiga akhirnya :) Air oren adalah refill selagi korang duduk kat situ :p

 
Kak Ema dan anak daranya, single and available . Status maknya lah, anaknya tak tahu :p

 Dayana dan Niza the KB




Meja kami..Tengok anak sapa lah tu tengah hirup aiskrim..hehehe
 


close up sket :) Atia rupanya :)


Makanan kami..punyalah banyak :p

Ni my portion. Diorang punya fofular menu - Kambing Kebuli  . Satay tu memang sedap !


Ayam berempah , paru goreng dan brocoli.Sayur harus ada untuk me :)


Kuih muih. Bread pudding with vanilla sauce dia sedappp sangat...



Kumpulan In-Team tengah perform :p Segan nak pergi amik depan2, so zoom ajer la :p


p/s:

Isnin ni pun kami akan kesini lagi , jemputan hubby pulak :p


p/s:

Again !!! Maaf lah pagi-pagi dah tayang gambar makanan :p
Dugaan...dugaan...dugaaan....macam citer P-ramlee daa :p



Wednesday, August 17, 2011

E-Kad Raya buat semua pembaca blog elissmie

Terlebih dahulu, Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran buat semua yang beragama Islam.Bagi yang berada di Kuala Lumpur tu especially pada Long dan Kak Long aku, selamat bekerja ! Wohaa !! hehehehe :) Jangan marah no orang KL , bahawasanya kami sedang berfoya-foya dirumah ketiduran :p


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. sumber : sini




p/s:

Rupanya tak banyak gambar me bertiga sekeluarga untuk tahun 2011 :( Raya ni, harus kena bergambar banyak-banyak yer sayang..Harus !!!

p/s:

Kepada Shakiddo, mohon emailkan alamat di elissmie [at] gmail [dot] com untuk penghantaran kad raya :) atau sesiapa yang nak la :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)